photo allkarya_zpsxsfjfgmj.png

Bermula Daripada Pena Penghujung Mata, Dia Mula Mencetus Ilham Dan Menyusun Kata. Setiap Lorekan Mengandungi Bicara Yang Terkandung Seribu Satu Rahsia. Hanya Di Sini Dicurahkan Rasa Hati, Pendapat Peribadi Tentang Hakikat Duniawi Dan Di Sana, Alam Yang Kekal Hakiki.


- Weeda Airiza -



Bertemu & Memborong

Alhamdulillah, semalam berakhir sudah sesi saya di booth Group Buku Karangkraf selama 3 jam daripada pukul 10 pagi sehingga 1 petang. Terima kasih banyak2 kepada yang sudi hadir, membeli dan berjumpa saya di tempat penulis. Saya hargai sangat setiap pembelian anda. Selamat membaca!

Semalam juga saya bercadang mahu memborong beberapa buah buku dan berjalan mencari buku-buku yang menarik tetapi niat itu dibatalkan apabila melihatkan keadaan yang sungguh sesak di dalam dewan dan juga persekitaran pwtc. Akhirnya, saya cuma sempat membeli pakej novel milik Siti Nur Dhuha keluaran Prima. Itupun saya sempat capai novel-novel tersebut kerana Dhuha hanya duduk selang 3 novelis daripada saya! Hehe

Seronok bila pertama kali merasai suasana meriah bertemu peminat-peminat novel. Pelbagai ragam karenah yang dapat dilihat di situ. Namun, ada rasa terkilan kerana kamera yang dibawa kehabisan bateri. tu namanya tiada rezeki. 2 keping gambar ini saya rembat daripada FB Alaf21. Heeee, terima kasih daun keladi!



Pulang jam 4 petang dan di sebelah malam, saya sempat menghadiri kenduri perkahwinan rakan sekolah Hairi Hafiz dan pasangannya Diana. Semoga kekal bahagia ke anak cucu. Namun, saya terkilan kerana tidak dapat menghadiri pernikahan seorang teman yang sudah saya anggap seperti kakak saya sendiri, iaitu Kak Eina. Majlisnya di sebelah pagi, tetapi mujur juga kendurinya bakal berlangsung bulan 7 nanti. Kepada Kak Eina, tahniah dan semoga berbahagia selamanya di samping Ejul. Love you guys forever!

Happy weekend everyone! Weekend saya? Duduk rumah! ^____^

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments: