photo allkarya_zpsxsfjfgmj.png

Bermula Daripada Pena Penghujung Mata, Dia Mula Mencetus Ilham Dan Menyusun Kata. Setiap Lorekan Mengandungi Bicara Yang Terkandung Seribu Satu Rahsia. Hanya Di Sini Dicurahkan Rasa Hati, Pendapat Peribadi Tentang Hakikat Duniawi Dan Di Sana, Alam Yang Kekal Hakiki.


- Weeda Airiza -



Jun Yang Sibuk

Amat sibuk!

Jun menghampiri penghujungnya. Sekejap sungguh masa berlalu dan apa yang saya perasan, blog saya tidak terjaga. Muehehe! Kesibukan membataskan segalanya. Kebanyakan kerja saya tertangguh. Namun syukur alhamdulillah, saya sempat mencuri masa menyiapkan manuskrip kedua dan sekarang saya agak lega! Walau bagaimanapun, masih berlambak lagi deretan kerja yang menanti. Bila tengok senarai kerja, terus jadi gerun. T___T

Semalam, tamat sudah sesi pengambaran buku masakan terbaru milik bonda saya. Sepuluh hari bergelumang di dapur membantunya memasak, menghias, mengemas, membasuh dan 1001 satu lagi perkara yang perlu dibuat di dapur mengujakan saya. Walaupun tersangatlah letih, ya sila jangan bayangkan kepenatan yang dialami kerana tidak ada perkataan yang dapat saya gambarkan, haha! Namun, saya temui konklusi sebenar tentang dunia masakan. Ianya tidaklah sesukar mana sebenarnya, jika rajin dan kena tempat, semuanya boleh menjadi. Yang penting, niat harus ikhlas dan dilakukan dengan penuh kasih sayang! Ngeee~~


Buku masakan yang bakal terbit ini mempunyai 100 jenis masakan perayaan di Malaysia iaitu masakan Sabah dan Sarawak, perayaan Deepavali, Chinese New Year, Aidilfitiri dan hari Natal. Hebatkan? Saya menyambut semua perayaan 1Malaysia setahun dalam masa hanya sebulan! Waaaa~ Sudahlah perut tidak sesihat mana, sudahnya setiap hari saya perlu keluar masuk tandas! Huuuu~


Gambar di atas ini merupakan Yam Cake yang selalu disediakan semasa Chinese New Year. Apa yang istimewanya? Mestilah rasanya yang sangat enak! Saya dan ibu gemar mencari Yam Cake semasa berkunjung ke JJ dahulu, sebab hanya JJ yang ada Yam Cake halal. Susah sebenarnya mahu mencarinya sekarang. Kalau ada sesiapa tahu, sila beritahu ya! Heeee~~ Apapun kami berjaya melakukannya dan dapatlah makan sepuas rasa!

Yang di bawah ini pula adalah antara koleksi masakan Deepavali. Semuanya kami buat sendiri kerana mahu melihat hasilnya sendiri dan mengemaskini resepi supaya pembaca yang beli akan dapat menikmati masakan yang mereka buat memuaskan hati! Syukur, segalanya berjalan dengan lancar dan tidak rugi untuk memiliki buku ini nanti kerana kita boleh mencuba pelbagai masakan perayaan bangsa-bangsa di Malaysia! Kitakan 1Malaysia? Muehehe~


Konklusinya, saya dapat rasakan masakan yang mana paling sukar dilakukan dan masakan yang paling mudah. Tolak masakan Aidilfitri kerana itu sudah menjadi masakan turun temurun saban tahun. Agak sukar untuk memasak kuih tradisional sebenarnya, baik perayaan Aidilfitri, Chinese New Year ataupun Deepavali. Saya akan membuat entri lain mengenai pendapat masakan perayaan ini. Kalau cerita, memang tidak akan ada kesudahannya. Apa yang saya boleh, hanya berkongsikan serba sedikit info yang boleh saya beri.

Selamat hari Sabtu!~ Semoga segalanya berjalan dengan lancar hari ini. Saya hanya mahu berehat sepanjang hari setelah menempuhi kepenatan yang luar biasa hampir sebulan. Wajah juga sudah mengalami 'sunburn' ataupun dalam kes ini saya sepatutnya menklasifikasikan ianya sebagai 'ovenburn'. Muahaha~

Nota pena : Perut saya sakit hari ini~! Uwaaa!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS