2018_allkarya

Bermula Daripada Pena Penghujung Mata, Dia Mula Mencetus Ilham Dan Menyusun Kata. Setiap Lorekan Mengandungi Bicara Yang Terkandung Seribu Satu Rahsia. Hanya Di Sini Dicurahkan Rasa Hati, Pendapat Peribadi Tentang Hakikat Duniawi Dan Di Sana, Alam Yang Kekal Hakiki.


- Weeda Airiza -



Belakang Tabir : Nyanyian Syahdu

Sekali kau kata cinta, cukup untukku  mencintaimu selamanya.

Kasih yang bertaut di antara Khazrul dan Shazrin di zaman remaja terlerai begitu sahaja apabila Khazrul nekad mengejar cita-citanya dalam bidang hiburan penuh glamor. Perwatakan Khazrul yang seakan bermain tarik tali meresahkan jiwa Shazrin. 

Sementara itu, perkenalan tanpa sengaja dengan wartawan kacak, telah mula mengelirukan makna kasih di hati Shazrin. Di saat mahu belajar menerima hakikat bahawa cintanya perlu diberikan kepada yang lebih berhak, Khazrul datang merayu cintanya. Mampukah Khazrul berjuang  mendapatkan cintanya semula dan sanggupkah Shazrin menduakan cinta barunya untuk lelaki itu dalam percintaan penu egoistik ini?

Ada ramai bertanya aku tentang novel pertama bersama Alaf21 ini. Tentang bagaimana aku mendapatkan ilham cerita ini, tentang wataknya dan masa serta tidak kurang bertanya apakah ianya ada kena mengena dengan diri aku sendiri. *jawapan straight forward - tidak! hehe* Justeru, jom aku nak cerita serba sedikit. :) 

Durasi
Pejam celik, hampir dua tahun lebih juga karya aku ini terperuk di dalam komputer. *Orang kata kalau kahwin, dah boleh ada anak. huhuhu* Kesibukan belajar membantutkan segala perancangan. Hanya sewaktu cuti semester sahaja aku berpeluang untuk menyambung karya yang tertunggak. Itupun mengambil masa semula kerana terpaksa membaca bait demi bait ayat sebab terlupa. (-__-)

Ilham
Sejujurnya ilham datang ketika aku bersama sebuah kelab peminat seorang artis Malaysia dan juga berjinak-jinak dengan kelab peminat artis antarabangsa. *hallyu! :p* Minat menulis memang lama ada cuma tiada perancangan untuk menghasilkan sebuah karya tebal buat tatapan pembaca. Ilham yang datang aku olah dengan cerita dan pengalaman orang lain yang aku dengar selama ini.

Jalan Cerita
Pengalaman bertahun-tahun melihat sendiri perjalanan karier artis dan mengikuti industri hiburan tanah air menjadi latar belakang cerita ini. Tidak semuanya benar, kebanyakannya diolah semula untuk menyesuaikan cerita tersebut dengan watak.

Siapa Khazrul?
Seorang penyanyi lelaki yang popular. Wataknya aku wujudkan sebagai seorang yang gentleman *ini semua idaman setiap perempuan kan kan*senyum*senyum* dan berperwatakan menarik. Memang ada yang berbisik dan bertanya kepada aku, apakah artis ini dot dot dot *nama dirahsiakan* kerana kerjaya mereka yang hampir serupa. Jawapannya tidak. Artis itu hanyalah inspirasi kerana ilham ini juga tercetus kerana kerjayanya. Melalui bahan bacaan dan idea yang muncul, aku olahkan semula perwatakannya menjadi hero cerita ini. :)

Siapa Shazrin?
Gadis yang bekerja sebagai seorang Pereka Dalaman. Aku jadikan dia bekerja dalam bidang yang aku terajui supaya senang aku olahkan cerita. Mengikut apa yang penulis senior lain nasihati, kadang kala penulis baru perlu banyak menggunakan pengalaman yang ada supaya ilham dapat datang dengan mudah dan ya, memang betul. Berdasarkan pengalaman yang ada, cuba kaitkan perkara tersebut dengan pengalaman yang diperolehi daripada orang lain. Shazrin diilhamkan hasil daripada perwatakan beberapa orang teman aku sendiri. :)

Kesimpulan
Jujurnya Nyanyian Syahdu merupakan percubaan pertama dalam penghasilan novel bertemakan cinta. Alhamdulillah, novel ini diterbitkan jua akhirnya. Terima kasih kepada semua yang sudi membacanya dan insyaALLAH aku akan cuba menghasilkan karya-karya yang lebih baik. Pengalaman itu benar-benar boleh menjadi pengajaran dan pengetahuan dalam kehidupan.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS