photo allkarya_zpsxsfjfgmj.png

Bermula Daripada Pena Penghujung Mata, Dia Mula Mencetus Ilham Dan Menyusun Kata. Setiap Lorekan Mengandungi Bicara Yang Terkandung Seribu Satu Rahsia. Hanya Di Sini Dicurahkan Rasa Hati, Pendapat Peribadi Tentang Hakikat Duniawi Dan Di Sana, Alam Yang Kekal Hakiki.


- Weeda Airiza -



Cinta Sebelah

Kesedaran itu tiba lambat apabila menyedari blog ini tidak dikemaskini sekian lama. *pura-pura sibuk* Jadi, hari ini mahu membalas dendam! Sila jangan cakap apa-apa. *syok sendiri* Namun, tidaklah aku mahu buat entri setiap sejam kan! Hanya bila-bila rasa nak menconteng dinding ni, akan aku coretkan serta merta. Topik yang bakal menjengah dalam entri ini adalah kisah cinta sebelah! *huh?*

Loving someone who doesn't love you back is like hugging a cactus, the tighter you hold on... the more it hurts - InvicibleEpic @ twitter

Mencintai seseorang yang tidak mencintai kamu semula adalah seperti memeluk sebatang pokok kaktus, semakin kuat pelukan kamu, semakin sakit. *terjemahan free* Aku dapat Retweet ini daripada seorang rakan di Twitter. Lama aku menatap sebaris ayat yang ringkas tetapi penuh makna ini. Pasti antara korang juga ada yang pernah merasai sakitnya rasa bermain dengan perasaan yang terumbang ambing.

*ok tiba-tiba touching gila hayati ayat kartun ini*

Cinta sebelah atau cinta yang bertepuk sebelah tangan sahaja tidak bermakna kita perlu rasa malu. *okey. memang malu sebenarnya, tapi nak buat macam mana?* Cinta itu hadir dalam setiap orang tanpa mengenal masa. Cuma kita rasa malu bila tidak berbalas. Apatah lagi kalau kita sudah ungkapkan kata tersebut kepada orang itu tetapi tidak dibalas. *tergolek-golek frust*

"Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah bahawa Dia menciptakan isteri-isteri bagimu dari kalangan kamu sendiri supaya kamu dapat hidup tenang bersama mereka dan diadakan-Nya cinta kasih sayang antara kamu. Sungguh, dalam yang demikian ada tanda-tanda bagi orang yang menggunakan fikiran” - Surah Ar-Rum Ayat 21

Ingatlah, manusia diciptakan ada pasangannya. Telah ditentukan sejak dahulu lagi, cuma belum tahu bila masanya. Bila umur lanjut, lagilah kan orang suka tanya? *terasa sendiri* InsyaALLAH, cinta sebelah lagi itu akan hadir tidak lama lagi buat semua yang masih mencari. Kadang kala aku pun turut termenung sendiri memikirkan hal ini tetapi percayalah, DIA ada. *senyum sampai telinga* Sedang sibuk-sibuk melayari laman web, terjumpa artikel ini. *sharing is caring* Selamat membaca! :)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments: