photo allkarya_zpsxsfjfgmj.png

Bermula Daripada Pena Penghujung Mata, Dia Mula Mencetus Ilham Dan Menyusun Kata. Setiap Lorekan Mengandungi Bicara Yang Terkandung Seribu Satu Rahsia. Hanya Di Sini Dicurahkan Rasa Hati, Pendapat Peribadi Tentang Hakikat Duniawi Dan Di Sana, Alam Yang Kekal Hakiki.


- Weeda Airiza -



Kenangan Semalam

Kenangan itu indah. Kadang kala kenangan itu juga menyakitkan. Biar apapun juga kenangan yang dicipta, ia bagaikan suatu pelajaran baru untuk diri sendiri. Lumrah, kenangan manis mahu diingati sehingga bila-bila dan kenangan pahit pula sebolehnya mahu dilupakan selamanya. Namun, hakikatnya kenangan pahit itu terlalu pahit untuk cuba dihindarkan. :)

Ada sebabnya kenapa aku buat entri kenangan ni. Sejak akhir-akhir ini, kenangan pahit yang terjadi awal tahun ini bermain-main di fikiran *grrr kebencian tahap dewa!* Seribu satu perkara yang terjadi semasa kenangan tersebut hampir membuatkan aku putus asa dengan kerjaya tetap aku sendiri dan kini, aku berada di rumah kerana keputusan drastik yang terpaksa aku lakukan demi kebaikan diri. *menganggur*


Kenangan itu dipenuhi dengan kepenatan dan alam mistik. *sah-sah semua orang tahu* Aku terkesima apabila mendapat tahu cerita sebenar. Isk! Tak sangka... Manusia memang tidak pernah puas dengan apa yang mereka ada dan lebih teruk tidak mahu melihat manusia lain berjaya. Secara jujurnya, aku mengalami sedikit trauma dengan kejadian yang berlaku. Walaupun orang-orang sekeliling memberikan kata-kata semangat, yang alaminya aku.

Kini, aku cuba melupakan kenangan itu. Namun, aku tak pasti bila masa kenangan itu boleh berlalu pergi. Sedikit sebanyak, aku menjadi takut untuk memulakan kerjaya ini sekali lagi. Penangan yang aku alami memang sangat horror! *blergh* Aku tak merasainya tetapi orang-orang keliling yang perasan... Oh! Scary...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments: