photo allkarya_zpsxsfjfgmj.png

Bermula Daripada Pena Penghujung Mata, Dia Mula Mencetus Ilham Dan Menyusun Kata. Setiap Lorekan Mengandungi Bicara Yang Terkandung Seribu Satu Rahsia. Hanya Di Sini Dicurahkan Rasa Hati, Pendapat Peribadi Tentang Hakikat Duniawi Dan Di Sana, Alam Yang Kekal Hakiki.


- Weeda Airiza -



Kembali Kerja

Dah dekat tiga minggu aku kerja sebagai seorang Pereka Dalaman *atau nama glamernya Interior Designer*. Selepas banyak perkara yang terjadi, aku menjadi trauma untuk bekerja semula. Entahlah, tak semua orang rasa apa aku rasa. "Kau boleh kerja. Kau kuat. Kau kan iron lady. Kau strong. Kau itu ini bla... bla.. blaa.." *Okey, aku faham... Tapi aku sendiri tak yakin, cemana?* Namun, aku bersyukur kerana ada ramai orang sekeliling yang mengambil berat tetapi berat sungguh hati ini untuk melangkah kembali ke suatu dunia kerja yang sememangnya mencabar.

Kini semua perkara itu aku perlu letak ke tepi. Kerjaya baru lebih tenang, alhamdulillah. Aku masih dalam proses menyesuaikan diri, pendek kata banyak yang perlu dipelajari. Tempat baru, kerjanya berbeza dan caranya juga berlainan. Justeru, mahu atau tidak, aku perlu melangkah dengan cepat untuk memastikan aku suka dengan kerjaya baru ini. Syukur seadanya kerana setakat ini, aku masih mampu tersenyum.

Diam tak diam juga, karya kedua aku bersama Alaf 21 akan terbit tidak lama saja lagi. Kata editor yang bertugas, insya-ALLAH bulan Januari. Mungkin. *Tungggu!!!* :D Aku happy sebab semuanya berjalan lancar. Minat yang mendalam membuahkan hasil. Kadang-kadang rasa sayu bila tengok karya sendiri sudah menjadi sebuah buku. Sekarang, aku dah sibuk untuk membuat plot karya akan datang. *Pening fikir nama hero & heroin ahahaha*

Idea tu dah ada depan mata, tinggal taip ja ni. Aku tak mampu nak taip kalau nama hero atau heroin tak sesuai. Pelik tak? Pelik tapi memang betul. Kalau nama tak kena, terbantut rasa nak tulis. Kadang-kadang dah sampai pertengahan cerita, baru rasa tak sesuai. *Haru sangat!* Terima kasih buat kawan-kawan di FB yang tak lokek nak kongsi dan beri nama-nama baru untuk novel akan datang. Walaupun tak terpilih, aku hargai sangat apa yang korang komen. *Love you guys always*

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments: