photo allkarya_zpsxsfjfgmj.png

Bermula Daripada Pena Penghujung Mata, Dia Mula Mencetus Ilham Dan Menyusun Kata. Setiap Lorekan Mengandungi Bicara Yang Terkandung Seribu Satu Rahsia. Hanya Di Sini Dicurahkan Rasa Hati, Pendapat Peribadi Tentang Hakikat Duniawi Dan Di Sana, Alam Yang Kekal Hakiki.


- Weeda Airiza -



Trailer SAYANG 3 DALAM 1

Alhamdulillah! At last, trailer untuk novel terbaru aku, SAYANG 3 DALAM 1 selesai jua oleh team produksi yang telah bertungkus lumus untuk menghasilkan yang terbaik! Mereka semua masih merupakan penuntut kolej dan aku happy sangat dapat bekerjasama untuk cuba sesuatu yang baru bagi mempromosikan novel aku sendiri. Director - Kann, thanks a lot dear! Love you very much! You've done an amazing job although you are still young dear.

Of course untuk semua pelakon yang terlibat, Rinie, Adie, Ridwan, Aiman, Amelia, Ezany, Adeq. Terima kasih kerana tolong kakak!~ :) My family, friends, because of you guys, I'm here. *hugskisses* My beloved brother a.k.a. bigboss Aico Empire Group, bro Adam, beloved sister, kak Weina, AVX family,  thanks for all the support & thanks sebab bagi kebenaran lagu SAYANGKU JANJI untuk jadi main song trailer. Last but not least, editor Pn Ruby yang selalu beri nasihat dan tunjuk ajar bagi menghasilkan yang terbaik, Pn Saadiah & seluruh warga Alaf21 serta Grup Buku Karangkraf.

Hurm, entri aku dah seperti teks ucapan penghargaan dapat anugerah pula dah. *winkwink* Takpelah, sesekali. :) Bersyukur dengan segala anugerah yang diberikan oleh-NYA. Untuk pembaca, siapalah aku tanpa kamu. Aku ikhlas mencoretkan karya yang terhasil, semoga ianya memberikan manfaat dan ilmu yang berguna sama ada daripada yang tersurat atau tersirat.

Khas untuk semua, Sayang 3 Dalam 1, sayang selamanya!


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Novel Baru.

Baby kedua bersama Alaf21 'Sayang 3 Dalam 1' dah pun keluar. Alhamdulillah. Kini aku mula menggaru kepala untuk mencari idea bagi novel seterusnya. Hurm... Konsep yang mana agaknya harus dikekalkan? Konsep 'Nyanyian Syahdu' atau 'Sayang 3 Dalam 1'? Kedua-duanya merupakan kisah cinta, cuma yang beza, novel NS aku garap berdasarkan konsep 'orang ketiga'. Manakala S3D1 pula berkonsepkan 'orang pertama' (AKU).

Mungkin ada yang tak perasan, ada watak dalam NS buat comeback dalam novel S3D1. *cuba teka, siapa?* Hehehe~ Sengaja aku buat begitu sebab nak bagi nampak kesinambungan yang ada dalam novel-novel aku terdahulu dan akan datang. Pembaca-pembaca karya aku lepas ni mesti akan nampak beberapa watak yang akan muncul untuk novel seterusnya pula. :p

Aku masih belum mula serius menulis untuk novel terbaru kerana masih memikirkan konsep jalan cerita. Setakat ini, aku hanya mampu buat plot cerita sebanyak 10 bab sahaja dahulu. Kisah kali ni akan berkisar tentang dunia hiburan sepertimana novel NS, tetapi bukan penyanyi, kemungkinan besar watak utama adalah pelakon dan penulis skrip. Mesti ada diantara korang terfikir, kenapa novel aku banyak sangat cerita tentang dunia hiburan?


Yang paling utama adalah sebab aku nak cuba genre sebegini. Dunia hiburan banyak pasang surutnya dan kalau diteliti, banyak sungguh kisah luar dan dalamnya. Berdasarkan pengalaman, penglihatan, pendengaran, aku cuba terapkan kisah ini ke dalam karya untuk dikongsi dengan pembaca. Of course novel adalah intipati daripada khayalan atau imaginasi penulis sahaja, tetapi yang lebih penting pada aku, bagaimana nak sampaikan ilmu dan kesedaran tentang kehidupan ini kepada pembaca.

Maybe bulan Februari nanti baru aku nak serius menulis semula. Sementelaah, sekarang ni banyak sangat urusan kerja yang aku perlu buat. Kepada yang dah order S3D1, terima kasih banyak-banyak aku ucapkan. *sayang korang* InsyaALLAH, dalam minggu ni juga aku akan hantar kepada semua. Sayonara! Wassalam... ^___^

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Karnival Karangkraf!

Karnival Karangkraf datang lagi! Jom ramai-ramai meriahkan karnival ini, terbuka untuk semua dan karnival ini juga menerima Baucar Buku 1Malaysia. Macam-macam aktiviti yang akan dilangsungkan termasuklah sesi bertemu penulis dan novelis serta demo masak/pakai tudung/penanaman dan sebagainya! Kalau ada masa, datang ya?


Aku juga akan turut berada di sana untuk Sesi Temu Mesra Penulis & Novelis pada 29 Januari (petang). Boleh jumpa di sana untuk kita beramah mesra ya! Jangan segan-segan nak tegur, insyaALLAH, mesti akan dilayan! ^____^ Karnival sebegini pada aku memang mennyeronokkan sebab kita akan jumpa pelbagai gelagat orang. Jangan tak percaya, kadang-kadang daripada situasi sebeginilah akan munculnya pelbagai idea untuk novel-novel seterusnya. Jumpa di sana!~ :)

~ Sayang Tiga Dalam Satu, Sayang Semua Untuk Segalanya ~

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Super Penat.

Sekejap sangat rasa minggu ni. Esok dah hari Jumaat! *pengsan* Hujung minggu menanti dengan penuh setia untuk aku menikmati saat-saat gembira. *walaupun dengan tugasan yang banyak!* Mujurlah bos aku yang baik hati telah memanjangkan cuti kami sehingga Khamis. Syukur alhamdulillah. Dapatlah aku berehat sehari dua tanpa melakukan apa-apa kerja.

Mesti korang pelik, kan? Kerja apalah yang membelenggu diri ini setiap hari. Rutin harian aku bermula jam 9 di pejabat sehingga 6 petang. Aku bekerja sebagai Interior Designer di sebuah firma kontraktor ID Design & Build. Di pejabat, siapa yang tak busy, betul tak? Kekangan masa di pejabat menyebabkan aku memang langsung lupa hal lain. Balik saja rumah, lepas Isyak aku dah mula busy update website-website klien. Antaranya ialah website Rajamenangis & Aico Empire Group.

Selain itu, aku perlu menyambung manuskrip novel terbaru setiap kali ada kelapangan. Ini tak termasuk menerima pelbagai arahan untuk membuat design (banner, name card, poster etc etc) daripada klien-klien yang sama serta ada juga klien-klien lain. Biasanya jam 12 aku dah mula mengantuk, tetapi bakal merangkak ke tilam jam 1. *sobsob* 

Aku bukanlah ironlady sebagaimana ramai orang lain mengatakan sedemikian *betul, tak tipu*. Penat? Yes, memang penat. Siapa yang tak penat tu, bukan orang namanya! Cuma aku rasakan, ada benarnya kata-kata bondaku.
Think positive, plan your schedule, work smart, be happy and everything will be alright!


Yes! Cubalah, setiap kali korang rasa down, ingatlah semua yang berlaku tu ada hikmahnya dan sebagai insan, kita hanya mampu berserah kepada Tuhan serta lakukan segala kerja dengan rasa hati yang ikhlas. Semoga apa yang kita kerjakan akan menjadi lebih mudah dan beroleh hati gembira serta bahagia! :)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Di Sebalik Tabir - Sayang 3 Dalam 1 Bhgn 1

Kali ni aku nak bercerita tentang novel terbaru, Sayang 3 Dalam 1 yang telahpun berada pasaran bulan ini. Kalau dulu, aku menggunakan latar belakang dunia hiburan sebagai fokus utama cerita, kali ini hanya berkisar kepada kisah orang biasa yang hidup secara sederhana. Mereka seperti kita semua, ada cerita suka dan duka. Ada juga kisah percintaan dan perpisahan. Kisah yang nak aku ceritakan ni, ada hubungkait bagaimana cetusan idea daripada cerita aku itu menjadi sebahagian daripada kisah dalam novel S3D1 ini. ^___^

Aryana, Arel & Abang

Aryana Shafnie & Arel Afzal merupakan dua tunggak utama penceritaan ini. Kedua-dua buah nama mereka aku ambil masa dalam dua hari juga. Akhirnya nama mereka direka setelah berhempas pulas aku mencari nama-nama yang baik. *rasa macam nak cari nama untuk anak pun ada, hehe!* Mulanya hero tersebut bukan nama Arel, tapi bila aku dah mula start menaip, feel tu tak sampai. Pelik? Memang pelik. Ayat tergantung macam tu saja, akhirnya aku terpaksa ubah semula nama dan akhirnya jadilah Arel Afzal. *yeay!*


Sebenarnya, idea cerita ni tercetus bila aku mula terfikir tentang bagaimana kehidupan kalau ada abang dan kakak. Maklumlah, aku anak sulung, dah tentu aku banyak fikir apa rasa adik-adik aku ada kakak macam ni. Heee~ Jadi, nak lah juga aku merasa ada abang dan kakak! At last, aku dapat idea untuk rasa perasaan tu melalui Aryana yang mempunyai 3 orang abang. Mereka bertiga mempunyai perangai berbeza dan sudah tentu ianya memberikan sedikit sebanyak cabaran tersendiri ketika menulis.

Sekejap aku kena jadi seorang lelaki yang baik (abang sulungnya), sekejap lagi aku kena jadi soft ala-ala lelaki melayu terakhir (abang tengah) dan tak sampai beberapa minit nanti, aku dah kena jadi watak abang yang tegas (abang bongsu). Jenuh jugalah nak mencari kesesuaian watak yang suitable untuk mereka adik beradik. Sekarang, barulah aku tahu best ke tak best ada abang sebenarnya. Ngeee~ Hajat dah tercapai! Memang best! *tengok perangai jugalah sebenarnya :p*

Kisah Lif

Insiden pertama kedua-duanya berlaku di dalam lif yang rosak. Err, bukan cerita aku semestinya! Hehe~ Lif adalah benda bukan hidup yang paling aku tak suka sebab aku dah pernah stuck dalam mesin tu! *taksukataksukataksuka* Masa tu kami dalam 15 belas orang dan kisah ni adalah kisah benar yang terjadi di Kompleks Yik Foong di Ipoh. Aku masih study ketika itu dan kami beramai-ramai ke kompleks tersebut bagi mencari barang untuk assignment. Masuk saja lif, tertutup macam biasa tapi tak bergerak. Agak lama jugalah sampai aku dah mula naik fobia sebab kami berhimpit. Tekan loceng tapi tak jadi apa-apa.

Salah seorang member dah terduduk dalam lif. Lagi gabra aku jadinya sebab member boleh cakap "Sedut oksigen sikit-sikit ya, nanti kurang, tak bernafas kita." *geramgeram* Aku terus terkedu dan hanya mampu berdoa. Alhamdulillah, dalam lima minit lepas tu, lif terbuka! Sejak itu, aku langsung tak mahu naik lif kecuali jika TERPAKSA dan DIPAKSA. Biasanya lif yang aku boleh naik adalah lif yang nampak luar. Sebab apa? Sebab kalau terperangkap, aku boleh buat aksi mintak bantuan kat gelas kaca tu supaya orang luar boleh nampak. Hehehehe~~~~


to be continue...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Bermalasan.

Yes! Hari minggu muncul lagi. Seperti biasa, hari minggu aku sama saja macam hari-hari lain. Masih sibuk dengan pelbagai kerja sambilan, cuma yang beza, aku boleh duduk di rumah dan buat macam office sendiri! *tapi, masih tak boleh rehat kan? zzzzzz* Celik saja mata, aku ada 10 senarai kerja yang tersusun cantik atas meja kerja. T.T Nampak gayanya, minggu ini masih seperti minggu-minggu lalu. Apakan daya, kerja mengatasi segalanya. *sob sob*

Dalam pada sibuk nak langsaikan hutang kerja, sempat juga aku skodeng cerita satu-satunya band daripada Korea yang memang aku minat sejak daripada kemunculan mereka di persada seni sana. Yeay! CNBLUE menang 4 awards dalam 26th Golden Disk Awards di Osaka beberapa hari lalu!! Congratulations! Padah kerja banyak, cerita terbaru tentang mereka langsung aku tak sempat nak tahu. *sob sob lagi*

Koleksi boyfriends setakat ini *grinning*

Mereka bukan kumpulan menari sambil menyanyi. Mereka adalah talented band yang sudah terkenal di pelusuk Asia terutamanya Korea dan Jepun. *eh jap, apasal aku kemain bercerita ni? takpe kan? hehe~* Nak lagi dashyat punya cerita, aku pernah ke mini konsert mereka di Singapore tahun 2010 lepas. *terasa dunia aku yang punya*


Marvellous! Mungkin sebab arwah datuk aku sendiri seorang pemuzik Yayasan Negeri Pahang, minat aku lebih terarah ke music instruments. Teringat dulu, pernah belajar main piano, organ, biola dan macam-macam lagi. *al-fatihah untuk datuk*

Jungshin, Jonghyun, Yonghwa, Minhyuk *pengsan*

Sebelum entri ni dipenuhi lagi dengan gambar keempat-empat jejaka terhangat Asia ni, baiklah aku berhenti bercakap tentang mereka. :p Walaupun kesibukan sentiasa melanda diri aku, tapi bulan ni aku sangat happy apabila Sayang 3 Dalam 1 dengan rasminya telah diterbitkan hari ini untuk pasaran Malaysia. Syukur alhamdulillah!

Novel ni aku siapkan dalam masa hampir dua bulan, siap Mei 2011. :) Aku berharap karya baru ini akan diterima dengan hati terbuka oleh pembaca-pembaca novel. Setiap karya yang dihasilkan, aku akan terus cuba menampilkan kelainan yang tersendiri. Terima kasih buat semua! Terimalah, video CNBLUE dengan lagu Intuition! *nak juga selit... :)*


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Promosi Novel

Tara!! Yeay!! Aku dah buka promosi beli novel terus daripada aku. Senang saja untuk sesiapa yang tak berkesempatan mahu ke kedai untuk membeli novel. Aku pun sebenarnya lagi suka tempah online sebab kesibukan waktu menyebabkan segala-galanya nampak macam terkejar-kejar. Jadi, untuk pembaca yang disayangi, boleh tengok banner iklan di bawah ni. Kalau ada sebarang kemusykilan atau apa saja berkaitan, boleh inbox aku di FB atau emel.

Terima kasih banyak-banyak~~~ ^_____^


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Sayang 3 Dalam 1


Alhamdulillah. Akhirnya lahir juga karya kedua aku bersama Alaf 21 Januari ini. 'SAYANG 3 DALAM 1' mempunyai seribu satu makna tersendiri. Kehadiran 3 orang abang yang amat disayanginya sejak kecil lagi dan kemunculan 3 orang jejaka lain mengharu birukan hidup seorang gadis yang bernama Aryana Shafnie. Ingin tahu selanjutnya? Jom tengok sinopsis!

Sinopsis :

Seronok kan bila jadi anak bongsu? Itu yang dirasai oleh Aryana. Macam Dania dalam drama bersiri Awan Dania! Disayangi, dilindungi dan dilayan bagai menatang minyak yang penuh oleh tiga orang abangnya.

Hmm… bila sebut tentang percintaan, Aryana menongkat dagu sambil bingung memikirkan pilihan hati. Pertemuannya dengan Arel sejak pertama kali bersua di dalam lif yang rosak, menyebabkan gadis itu menjadi tidak keruan. Hati jiwangnya mula terusik. Saat Aryana mula mengenal cinta, muncul pula Zafran menagih kasih yang tidak kesampaian. 

Cinta monyet zaman sekolah sudah berlalu dan kini jejaka itu benar-benar menyayangi Aryana. Gadis itu bertambah bingung apabila Aizam cuba mengetuk pintu hatinya yang sudah sedia dipecah masuk oleh orang lain. Amboi, kasih sayang buat dirinya datang bertimpa-timpa, sekali harung!

Mahu atau tidak, kehidupan harus diteruskan. Sekarang, hanya ada satu cara yang harus dilakukan. Fikir dan bertindak! 

The best man wins! 

Hati kata, pilihlah dia. Otak kata, jangan! Hei, kasih… yang mana satu pilihan hatiku?

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS