photo allkarya_zpsxsfjfgmj.png

Bermula Daripada Pena Penghujung Mata, Dia Mula Mencetus Ilham Dan Menyusun Kata. Setiap Lorekan Mengandungi Bicara Yang Terkandung Seribu Satu Rahsia. Hanya Di Sini Dicurahkan Rasa Hati, Pendapat Peribadi Tentang Hakikat Duniawi Dan Di Sana, Alam Yang Kekal Hakiki.


- Weeda Airiza -



Novel Baru.

Baby kedua bersama Alaf21 'Sayang 3 Dalam 1' dah pun keluar. Alhamdulillah. Kini aku mula menggaru kepala untuk mencari idea bagi novel seterusnya. Hurm... Konsep yang mana agaknya harus dikekalkan? Konsep 'Nyanyian Syahdu' atau 'Sayang 3 Dalam 1'? Kedua-duanya merupakan kisah cinta, cuma yang beza, novel NS aku garap berdasarkan konsep 'orang ketiga'. Manakala S3D1 pula berkonsepkan 'orang pertama' (AKU).

Mungkin ada yang tak perasan, ada watak dalam NS buat comeback dalam novel S3D1. *cuba teka, siapa?* Hehehe~ Sengaja aku buat begitu sebab nak bagi nampak kesinambungan yang ada dalam novel-novel aku terdahulu dan akan datang. Pembaca-pembaca karya aku lepas ni mesti akan nampak beberapa watak yang akan muncul untuk novel seterusnya pula. :p

Aku masih belum mula serius menulis untuk novel terbaru kerana masih memikirkan konsep jalan cerita. Setakat ini, aku hanya mampu buat plot cerita sebanyak 10 bab sahaja dahulu. Kisah kali ni akan berkisar tentang dunia hiburan sepertimana novel NS, tetapi bukan penyanyi, kemungkinan besar watak utama adalah pelakon dan penulis skrip. Mesti ada diantara korang terfikir, kenapa novel aku banyak sangat cerita tentang dunia hiburan?


Yang paling utama adalah sebab aku nak cuba genre sebegini. Dunia hiburan banyak pasang surutnya dan kalau diteliti, banyak sungguh kisah luar dan dalamnya. Berdasarkan pengalaman, penglihatan, pendengaran, aku cuba terapkan kisah ini ke dalam karya untuk dikongsi dengan pembaca. Of course novel adalah intipati daripada khayalan atau imaginasi penulis sahaja, tetapi yang lebih penting pada aku, bagaimana nak sampaikan ilmu dan kesedaran tentang kehidupan ini kepada pembaca.

Maybe bulan Februari nanti baru aku nak serius menulis semula. Sementelaah, sekarang ni banyak sangat urusan kerja yang aku perlu buat. Kepada yang dah order S3D1, terima kasih banyak-banyak aku ucapkan. *sayang korang* InsyaALLAH, dalam minggu ni juga aku akan hantar kepada semua. Sayonara! Wassalam... ^___^

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments: