photo allkarya_zpsxsfjfgmj.png

Bermula Daripada Pena Penghujung Mata, Dia Mula Mencetus Ilham Dan Menyusun Kata. Setiap Lorekan Mengandungi Bicara Yang Terkandung Seribu Satu Rahsia. Hanya Di Sini Dicurahkan Rasa Hati, Pendapat Peribadi Tentang Hakikat Duniawi Dan Di Sana, Alam Yang Kekal Hakiki.


- Weeda Airiza -



Mencari Mood

Ada sesiapa nampak mood aku? Entahlah, dia hilang tiba-tiba saja minggu ni. Tercicir agaknya di mana-mana. Pelik. Kalau ada nampak, tolong pulangkan kat aku ya! Ini semua mesti gara-gara terlalu penat, mood yang ada terus hilang, merajuk! *eyy, pantang betul aku dengan benda-benda merajuk ni* Dah beberapa hari, kehilangan mood. Hanya buat aku sugul dan termenung saja.

Nak menulis memang terasa susah sangat kalau mood tiada. Ada sesetengah penulis berpendapat, jangan dihirau sangat tentang mood. Kalau belum start, memang langsung mood tak ada. Cuba dah start, hah! Tak sempat jari ni nak stop daripada ketuk keyboard!~ Tapi pada aku, memang kalau mood tiada, tak jalanlah jawabnya kerja aku. *harus kena feeling-feeling dulu, baru boleh garap cerita, hehe*

Apa aku nak buat kalau mood aku hilang? *nak mencari? sah-sah tak jumpa kat tengah jalan okey!*


1. The most common thing to do for some people - sleep?!
Ada sesetengah orang, bila mood tiada, terus tidur. Bestnya kalau begitu. Aku jenis yang paling susah nak tidur siang. Entah, sesekali baru menjadi. Sebab pada aku, tidur kena selesa. Maksudnya, kena sunyi, sejuk dan minda tenang. *cerewetnya...*

2. Baca buku? - No!
Nama pun tiada mood, nak membaca memang jauh sekalilah...

3. Facebook? Twitter?
Ermm... Sesekali bolehlah layan, tapi selalunya aku hanya akan scroll ke bawah, ke atas. Lepas tu, tutup. T.T

Habis tu, nak buat apa???

Tengok TV? Percaya atau tidak, aku memang kurang menonton televisyen tapi sebaliknya menonton skrin komputer. Muahaha~ Selalunya aku banyak download drama, filem ataupun variety show negara-negara lain untuk ditonton dan dijadikan bahan gelak. Seriously, ketawa mampu membangkitkan mood kembali. :) Antara cerita yang aku selalu ulang tengok - Running Man dan drama realiti We Got Married

Usually, sebelum aku start menulis, aku mesti kena tengok cerita lawak. Tak kiralah apapun, janji boleh menaikkan mood kembali. :) Bila dah happy, baru boleh tulis dengan gembiranya. Hehehe~~ Jadi, tak perlu susah sangat cari mood kat tengah jalan, cukup cari benda yang boleh buat kita happy. Tak semestinya video, makanan manis macam Big Apple *doublenyummmmm* pun boleh...! Cuma, berpada-padalah ya! :)

*Ubat paling mujarab terutamanya kepada orang Islam, bacalah Al-Quran ataupun solat sunat. Insya-ALLAH, memang berkesan! Bila hati tenang, automatik kita akan rasa lebih segar. Mulanya memang malas tapi kuatkanlah hati. :)*

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments: