photo allkarya_zpsxsfjfgmj.png

Bermula Daripada Pena Penghujung Mata, Dia Mula Mencetus Ilham Dan Menyusun Kata. Setiap Lorekan Mengandungi Bicara Yang Terkandung Seribu Satu Rahsia. Hanya Di Sini Dicurahkan Rasa Hati, Pendapat Peribadi Tentang Hakikat Duniawi Dan Di Sana, Alam Yang Kekal Hakiki.


- Weeda Airiza -



Mengidam!

Assalamualaikum, Selamat Malam :)

Adus, dua tiga hari ni asyik terfikir beberapa jenis makanan yang menjadi kesukaan. T.T Parah betullah... Mungkin sebab sibuk sangat bergelumang dengan kerja, selera makan makin menjadi-jadi. Sekejap nak makan itu, sekejap lagi mengidam benda lain. Namun, satu pun belum dapat lagi T.T

Sushi
Favourite yang melampaui batasan! Yeah! Aku memang suka sangat sushi dan sashimi. Iya, yang mentah tulah... Agaknya penangan daripada keluarga nenek sebelah ibu yang berketurunan Cina. Makanan yang aku suka semuanya jenis tak pedas. Ngeh~~ Selalunya kedai yang menjadi tempat serangan aku adalah Sushi King, sebab aku ada kad dan tiada spesifik alasan lain. Haha~

sabar, sabar... *terliur tahap tak normal*

Takoyaki
Hah! Kan aku dah cakap, semuanya mesti makanan yang berunsurkan negara matahari terbit. Haish, kena cari suami Jepun lah macam ni. Muahaha~ Selalunya aku cekau takoyaki ni kat mana-mana cawangan Jaya Jusco. Ada gerai kecil kat tempat bahagian food tu, memang situlah tempat utama selepas pergi shopping! Hee~~ Sedapnya! Ni semua gara-gara kawan sekolah aku yang kenalkan, lepas tu terus ketagih! Chiss...


Setakat ni, dua tu jelah aku mengidam lebih. Yang lain ada juga, seperti ikan Salmon. Ikan ni memang favourite aku di antara ikan-ikan yang lain. Kiranya kalau ada spesis Salmon atas meja, memang aku tak nampak dah kembung ke, cencaru ke, apalagi ikan sepat. Ngeh~~ Tapi ops! Kalau ada patin masak tempoyak, Salmon tu akan jatuh ke carta kedua. Muahaha~~

Berkeroncong perut aku masa tengah buat entri ni! *padan muka* Hampeh betul... Siapa suruh buat entri pasal makanan yang diidam-idamkan? Sendiri mahu tanggung~~ Yes!!! Mujurlah weekend ni tiada jadual *bunyi macam artis, perasan :p* Jadi bolehlah aku pergi memenuhi tuntutan selera yang semakin over ni...  Siapa nak ikut? Weeehooo~~~

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Cerita Ceritu Bahagian 2

Jom sambung! Ngee~~~

Jumaat - 16 Mac 2012 (Office + Cuci The Musical Last Kopek!)
Habis saja kerja, zoom! aku terus ke Istana Budaya untuk menonton teater cerita Cuci The Musical Last Kopek. Dah lama aku nak tengok, sejak musim pertama lagi tapi asyik miss saja sebab takde orang nak teman T__T *to bakal suami, make sure you suka tengok teater oke! hahahaha* Truthfully, cerita ni memang best sangat sampai naik lebam pipi aku! Selang dua minit, gelak. Cramp pipi aku yang comel ni akhirnya apabila tamat teater jam 12.15 mlm. *berkejaran nak ambil gambar dgn Hans Isaac*gedik*












^_____^ thumbs up to them! I really love Vanidah Imran & all the Cuci cast here! Err, sila abaikan wajah aku yang terlalu penat itu!~ :p

Sabtu - 17 Mac 2012 (Office + Signing Session + Sabah Nite 2012)
Hari ni aku kerja half day di pejabat. Lepas pukul 1, terus merempit dengan kereta ke MPH Subang Parade untuk sesi temu mesra. Ingatkan dah lambat, sampai saja masih belum ada orang. Parking tak usah ceritalah. *nak pengsan pulas stereng sengsorang cari tempat kosong. uwaaaaaa* 

Lupa nak ambil gambar dengan diri sendiri. Ngeh~~

 
Kakak Aleya Aneesa & Kak Kamsiah Abu. Best sangat dapat borak2 dengan mereka :)

Habis saja tepat jam 4ptg, aku terus ke Shah Alam untuk menghadiri Sabah Nite 2012. Company part time aku, Aico Empire Group yang menguruskan sistem lighting dan PA system malam tu. Tambahan pula, Adam AF2 selaku big boss company Aico membantu organizer Sabah Nite untuk malam tersebut. Maka, aku pun menumpang sekaki menjadi anak Sabah malam itu :D Ngee~ Selain Adam, ada V.I.P, Nera AF, Candy AF, Yazer AF dan penyanyi-penyanyi dari Sabah. Overall, memang fun sebab dah rasa macam duduk di KK masa tu. Hehe~

Antara hasil lighting, rekaan Aico Empire Group

Wee~~ Sabah Nite 2012 :)

Dialah bos, kawan dan juga seorang abang yang menjadi tempat bertengkar serta mengada2. Haha~

Ahad - 18 Mac 2012 (Kursus CIDB + Mentor 6)
Seawal 8.30pg lagi aku dah tercongok di hadapan bilik syarahan 1, bangunan Akademi ABM kat Cheras untuk menghadiri kursus kad hijau, CIDB. Tanyalah yang kerja bahagian construction, mesti tahu apa bendalah kad hijau tu. :p Kursus tu sangatlah... penat. Tentang keselamatan di tapak binaan dan aku memang nak muntah bila encik yang bagi talk tu tunjuk video serta gambar-gambar accident o__O

Berjaya juga aku menahan mual sampai jam 4ptg. Horey! Boleh balik :D Terima kasih abah sebab menghantar dan mengambil anakmu yang comel ini. Ngee~~ Dah balik, terus siap-siap mahu ke Auditorium MBSA untuk menonton Live Mentor 6. Malas sebenarnya nak pergi tapi dah sebab kekanda aku nan seorang itu menjadi Mentor tahun ni dan ditambah pula adinda-adinda aku pun turut pergi, maka aku menguatkan rasa penat dan malas ini.

Seronok rupanya tengok live. *mentang-mentang tak pernah pergi, jakun sekejap* Haha~ So far, aku tak mahu komen. Lagipun, aku memang tiada bakat langsung dalam bidang muzik ni, orang sebut pitching ke, oktav ke, aku mesti BLUR. Jadi, biarlah juri-juri profesional mengadilinya. Aku hanya menyokong semua orang yang mahu mencapai kejayaan dalam bidang yang mereka suka. ^__^

 Antara adinda2 & kekanda2 yang menghadirkan diri :)

Nampak sangat betapa overnya duduk di hadapan sekali. Ahaha~ *mata tak berkelip tengok En. Ally :p*

Sampai saja di rumah, aku terus pengsan tak sedarkan diri sampai esok. Namun, masih gagah berdiri untuk ke tempat kerja. *zombi berjalan* Apapun, it was a fun week. :) Release tension dengan cara tersendiri. Although tersangatlah penat, tetapi banyak benda yang boleh aku kutip jadikan pengalaman untuk menulis. *think positive!* Minggu ni aku tiada plan, yeay boleh rehat!!!~

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Cerita Ceritu Bahagian 1

Beware! Jeng! Jeng! Entri aku kali ni maybe sangat panjang sebab habis semua aktiviti last week aku nak cramp dalam satu entri. Weee~ Minggu lepas memang jadual aku tersangatlah pack! Bermula Ahad minggu sebelumnya, aku ada sign session di Central Market. Kemudian menjadi jemputan di Selamat Pagi 1 Malaysia, RTM pada hari Khamis, menonton teater hari Jumaat, menghadiri signing session di MPH Subang Parade pada hari Sabtu & kursus CIDB hari Ahad. *zzzzzzzzz*

Ahad - 11 Mac 2012
Berada di Central Market sempena Popular Book Fair dari jam 2 sehingga 4ptg. Sebelum itu menghadiri kenduri kahwin sebelah ibu di Cheras. 


Khamis - Program Selamat Pagi 1 Malaysia, 8pagi
First time on air, rasa macam nak lari saja. Hehe~ Takut sangat tiba-tiba blur tak tahu nak cakap apa. Malam sebelum tu aku tidur-tidur ayam sebab risau bangun lambat. Standy by pula jam 7.30pg. Sampai saja di sana, perlu solek dan Tuhan saja yang tahu betapa hati aku macam nak luruh ketika menunggu giliran. Phew~ Terima kasih kepada semua yang menonton! Terima kasih kepada BFF aku, Kamariah Jasmani kerana sempat mengambil gambar di depan TV! :)

erk~ Lainnya nampak muka kat TV -__-

 Pengalaman yang berharga :)

 Dengan ibu yang menemani dan Hezri, pengacara SP1M

 Boleh pula terserempak dengan Uncle Chef Wan kat sini, dia on air di RTM2 :)

Walaupun ke udara dalam masa lebih kurang 8 minit, ia memberikan sebuah pengalaman baru dan berharga tahun ini. Aku betul-betul respect dengan mereka yang bekerja di bahagian belakang tabir especially yang bersiaran secara langsung. Sentiasa perlu get ready untuk memastikan sebuah program itu berjaya. *tabik spring!* Erm, nampak gayanya macam aku perlu buat entri lain saja. Heee~ Cukup banyak ni nak dibebelkan :p 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Forever Sibuk !

Kring! Kring! Aku memandang sekilas ke arah skrin telefon bimbit yang menyala. Ah, dotdot yang menelefon rupanya! Sambil tersenyum panjang melihat temanku nan seorang itu telefon, aku terus menjawab panggilannya.
"Jom keluar minggu ni." Aku terdiam seribu bahasa apabila mendengar ayat 'jom keluar'. Sempat aku melirik ke arah diari yang terpampang indah di hadapan mata. Erk? Ada schedulelah masa tu! Oh tidak!
"Emm... Aku tak janji boleh keluar atau tidak sebab ada kerja sikit." Dalam tutur kata yang perlahan, aku menjawab. Dotdot terdiam di hujung talian. "Kau ni forever busy. Apa kau buat sebenarnya?"

Lemah sungguh nak menjawab sebenarnya. Aku tahu, semua orang sibuk dan aku tahu, aku memang lagi sibuk daripada semua orang. Apa perlu aku jawab? Memang jadual aku telah disusun dengan teliti setiap minggu supaya aku tak lari daripada drag kerja. Itulah aku dengan dunia aku yang sememangnya sibuk. 

Aku akui, kesibukan aku ada masanya mencalar hati sesetengah pihak kerana jadual aku sentiasa 'on stand by'. Rasa macam doktor pun ada. Hahaha~

Kadang-kadang malam sebelum nak keluar tu, aku pasti mendapat arahan kerja yang perlu dipatuhi demi klien-klien yang terlibat. Mencari masa untuk diri sendiri pun sukar, inikan pula untuk orang lain? Hmmm... 

Namun, aku hargai dan gembira dengan mereka yang sentiasa memahami diri ini. Bila aku senyap, tidak bermakna kalian dilupakan, aku sentiasa ingat. Cuma, aku ada matlamat diri sendiri yang aku mahu. :)


Aku mahu mencapai apa yang aku mahukan. Tambahan pula, kini aku cuba melalui suatu proses perubahan ke arah yang lebih baik dan ianya ternyata sungguh mendugakan! 

Aku hanya insan biasa yang bekerja sebagai designer, writer, project/event manager dan apa yang mampu aku lakukan untuk memenuhi tanggung jawab sebagai seorang gadis, anak dan juga kakak. :)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Jom ke MPH!

Jemputlah datang beramai-ramai ke MPH Subang Parade pada hari Sabtu ini jam 2-4 petang. Aku akan berada di situ dengan 2 orang lagi penulis iaitu Aleya Aneesa dan Kamsiah Abu. Mari datang untuk berbual mesra dan bergurau senda ya! Heee~~ Jumpa di sana! :)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Novelis Turun Padang!

Ya! Entri baru lagi! Hehe~ Tapi kandungannya tetap sama. Hehe~ Novelis-novelis Grup Buku Karangkraf akan turun padang ke POPULAR Bookfair @ Pasar Seni. Selain aku, turut ada novelis Norzailina Nordin dan juga Emy Raziela. Boleh jumpa kami pada hari Ahad, 11 Mac jam 2-4ptg ini :)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Jom Ke Pameran Buku!

Jom! Jom! Wah~ Tawaran hebat sampai 70% di Pameran Buku POPULAR! Bolehlah datang kalau nak jumpa aku ataupun penulis-penulis lain yang datang daripada pelbagai publisher. Kalau dah beli novel, lepas tu nak jumpa pun boleh. Takde hal~ Mari kita beramah mesra, berkenal-berkenal dan bergosip-gosip ya! Heeeee~~~ Eh lupa pula nak cakap, aku akan berada di Central Market pada hari Ahad (11 Mac) jam 2 petang sampai 4 petang sahaja. See you there! :)

*carilah aku di mana! wink wink*

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Sakit Itu Nikmat?

Nikmatkah? Sebenarnya dah dua hari aku terlantar di rumah kerana sakit, food poisoning dan juga demam tiba-tiba. Dengan kurang semangat, pergi ke klinik untuk check up sebab sehari suntuk sakit perut, terus lagi tambah kurang semangatnya bila doktor check, temperature naik! Cis, boleh tak sedar? Patutlah berat semacam saja kepala ni. Aku sendiri tak sedar bila masa aku demam. *fokus kerja sangat agaknya*


Maka, diisytiharkan aku berada di rumah bersama ubat-ubatan yang... erk~ Terpaksa telan. Habis terbengkalai semua kerja. Mujurlah di pejabat tiada kerja yang urgent. Maafkan aku wahai office. Bukan sengaja mahu bercuti, tetapi kesihatan aku tidak mengizinkan aku ke tempat kerja. Rasa nak menangis saja, aku bukan suka nak cuti pun. -__- Disebabkan aku memang jenis tak reti duduk diam, ada saja yang aku nak buat kat rumah ni. Macam mana nak sembuh? Huhu~

Okey sambung berehat... ZzzzzzZ

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS