photo allkarya_zpsxsfjfgmj.png

Bermula Daripada Pena Penghujung Mata, Dia Mula Mencetus Ilham Dan Menyusun Kata. Setiap Lorekan Mengandungi Bicara Yang Terkandung Seribu Satu Rahsia. Hanya Di Sini Dicurahkan Rasa Hati, Pendapat Peribadi Tentang Hakikat Duniawi Dan Di Sana, Alam Yang Kekal Hakiki.


- Weeda Airiza -



Forever Sibuk !

Kring! Kring! Aku memandang sekilas ke arah skrin telefon bimbit yang menyala. Ah, dotdot yang menelefon rupanya! Sambil tersenyum panjang melihat temanku nan seorang itu telefon, aku terus menjawab panggilannya.
"Jom keluar minggu ni." Aku terdiam seribu bahasa apabila mendengar ayat 'jom keluar'. Sempat aku melirik ke arah diari yang terpampang indah di hadapan mata. Erk? Ada schedulelah masa tu! Oh tidak!
"Emm... Aku tak janji boleh keluar atau tidak sebab ada kerja sikit." Dalam tutur kata yang perlahan, aku menjawab. Dotdot terdiam di hujung talian. "Kau ni forever busy. Apa kau buat sebenarnya?"

Lemah sungguh nak menjawab sebenarnya. Aku tahu, semua orang sibuk dan aku tahu, aku memang lagi sibuk daripada semua orang. Apa perlu aku jawab? Memang jadual aku telah disusun dengan teliti setiap minggu supaya aku tak lari daripada drag kerja. Itulah aku dengan dunia aku yang sememangnya sibuk. 

Aku akui, kesibukan aku ada masanya mencalar hati sesetengah pihak kerana jadual aku sentiasa 'on stand by'. Rasa macam doktor pun ada. Hahaha~

Kadang-kadang malam sebelum nak keluar tu, aku pasti mendapat arahan kerja yang perlu dipatuhi demi klien-klien yang terlibat. Mencari masa untuk diri sendiri pun sukar, inikan pula untuk orang lain? Hmmm... 

Namun, aku hargai dan gembira dengan mereka yang sentiasa memahami diri ini. Bila aku senyap, tidak bermakna kalian dilupakan, aku sentiasa ingat. Cuma, aku ada matlamat diri sendiri yang aku mahu. :)


Aku mahu mencapai apa yang aku mahukan. Tambahan pula, kini aku cuba melalui suatu proses perubahan ke arah yang lebih baik dan ianya ternyata sungguh mendugakan! 

Aku hanya insan biasa yang bekerja sebagai designer, writer, project/event manager dan apa yang mampu aku lakukan untuk memenuhi tanggung jawab sebagai seorang gadis, anak dan juga kakak. :)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments: