photo allkarya_zpsxsfjfgmj.png

Bermula Daripada Pena Penghujung Mata, Dia Mula Mencetus Ilham Dan Menyusun Kata. Setiap Lorekan Mengandungi Bicara Yang Terkandung Seribu Satu Rahsia. Hanya Di Sini Dicurahkan Rasa Hati, Pendapat Peribadi Tentang Hakikat Duniawi Dan Di Sana, Alam Yang Kekal Hakiki.


- Weeda Airiza -



Pembayang Novel Seterusnya - Bhgn 1

Pergh, awal gila aku nak bagi hint. :p Yang sebenarnya, aku tak tahu nak tulis entri apa dah. *sebulan off blog, lepas tu mengada nak buat entri banyak-banyak! :D* Timbullah idea untuk aku menulis serba sedikit dan berkongsi idea untuk novel akan datang. Buat masa ni, tak dapat nak cerita panjang-panjang sebab karya tu sendiri masih dalam pembikinan. InsyaALLAH, cuba menghabiskannya secepat mungkin untuk terbitan 2013. Moga karya selepas ini diterima sepertimana Sayang 3 Dalam 1 dan Nyanyian Syahdu ;)


Anyways, gambar bawah ni adalah hint kepada novel aku seterusnya. Setiap kali aku buat entri, aku akan letak hint baru. Muahaha~ Hint-hint ni akan membawa korang berteka teki tentang watak dan juga jalan ceritanya. Novel masih bergenre komedi romantik, ringan, mudah difahami dan mestilah ada pengajaran untuk mematangkan kita dalam kehidupan. Adakah di bawah ini heronya? Jeng Jeng Jeng !


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Pesta Buku Karangkraf!

Yeah! Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur kembali lagi! Syukur alhamdulillah, kali ni aku diberi peluang sekali lagi untuk menghadiri sesi temu mesra / turun padang berjumpa para pembaca yang dikasihi. InsyaALLAH, aku akan berada di Dewan Tun. Dr. Ismail, PWTC pada jam 2 hingga 5 petang hari Selasa. *hari pekerja, cuti yahooo!* Kepada yang mahu berjumpa, dah beli novel lama dan nak sembang-sembang, bolehlah datang pada hari tersebut, okey?

Kemungkinan besar aku juga akan turun pada hari Ahad dalam tengah hari untuk beri sokongan kepada teman-teman penulis. Yang paling penting, mahu kacau Elin Nadia, Liyana Zahim dan Muna Mahira semasa sesi temu mesra mereka. Muahaha~ *siap korang! :p* Jangan lupa singgah Pesta Buku Karangkraf ini okey, banyak gila hadiah sedang menanti! *err, penulis boleh masuk, kan? hikss* Teruja pula tengok hadiah-hadiah yang terpampang indah tu... *habisler duit den pasni... -___-*

Kalau nak tengok lagi besor, check this link! Cepat klik SINI~~ :D


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Kosong

Hari minggu bermula lagi dan secara rasminya baru aku perasan, dah hampir sebulan aku tak update blog. *ye, aku bukan malas nak kongsi cerita, tapi malas nak taip, ada tak blog yang tulis automatik bila kita cakap? muehehe~* Syukur alhamdulillah, akhirnya weekend ini aku free! Mulalah rasa janggal takde aktiviti nak buat. Menulis novel memang prioriti masa cuti macam ni tapi mood pula hilang. -__-


Kosong. Kenapa? Hmm... Mesti korang teringat lagu Kosong~ Kosong~ *tekalah sendiri :p* Sebenarnya yang dimaksudkan adalah entri aku yang kosong, tiada apa-apa. -__- Kalau nak cerita, hampir setiap hari jadual aku tetap sama. Kerja dan kerja lagi. Kerja dalam bidang construction memang tough! Setiap hari ada dateline dan rushing. Kalau dulu aku di bahagian consultant, sekarang aku dah mula timba pengalaman dalam bidang construction. So far, banyak sangat benda aku belajar. *chiss, jawapan common*

Untuk mereka yang bertanyakan tentang novel terbaru aku, buat masa ni aku sedang menulis. Tak sampai 100 mukasurat lagi. Jalan cerita semua dah ada. Hanya perlukan masa! Ya! Aku perlukan kapsul masa yang lebih. Masa yang ada memang cukup untuk buat kerja office, belum tambah kepenatan dan kekeringan idea. Writer's block adalah penyakit pada penulis yang amat ditakuti. Ouh~~~

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS