photo allkarya_zpsxsfjfgmj.png

Bermula Daripada Pena Penghujung Mata, Dia Mula Mencetus Ilham Dan Menyusun Kata. Setiap Lorekan Mengandungi Bicara Yang Terkandung Seribu Satu Rahsia. Hanya Di Sini Dicurahkan Rasa Hati, Pendapat Peribadi Tentang Hakikat Duniawi Dan Di Sana, Alam Yang Kekal Hakiki.


- Weeda Airiza -



Minggu Sakit

Yaish! Minggu yang amat sesak! Sesak fikiran dengan jutaan kerja yang menuntut kesabaran dan keprihatinan serta kesusilaan perlakuan! *apa yang aku merepek ni... -___-* Sekejap sungguh rasanya weekend. Baru nak happy lepas habis kerja hari Sabtu, tiba-tiba dah hari Isnin. Walhal, hujung minggu aku dipenuhkan dengan aktiviti melepak dan tidur. *yahooooooo* Novel? *zzzzzzzz*

Sungguh bosan rasanya bila aku decide taknak buat kerja dan taknak keluar pergi mana-mana. Hanya semangat menyiapkan satu bab novel saja. *apa nak jadi ni Weeda oiii~~* Takpe, mungkin kepenatan yang amat sejak 2 minggu lepas menyebabkan aku ambil keputusan nak berehat saja minggu sudah. 2 minggu aku dijangkiti gastrik *erk? gastrik jangkitkah?*, selsema dan juga over exhausted.


Lalu, segala pelan yang sudah dibuat hilang begitu sahaja. Kesihatan itu lebih penting. Namun, aku gagahkan jua perjalanan ke office memandangkan di sana lebih banyak kerja. Apa nak buat, itukan kerja tetap. Harus ikhlaskan diri, tidak membebel *tipuuuuuuu* dan juga redha dengan kesibukan pejabat. Ouh, bilakah agaknya aku nak sambung manuskrip baru ni? Tak sabarnya nak dapatkan mood balik! Serious, tak sabar!

Sebut-sebut tak sabar ni, aku teringat lagu baru single Baby Shima, Tak Sabar. Comel sangat lagunya! Ciptaan Edry KRU, wohooo! Best!~ Jom layan~ Sementara mencari mood yang suka hati dia saja menghilangkan diri!~ -_____- 


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments: