photo allkarya_zpsxsfjfgmj.png

Bermula Daripada Pena Penghujung Mata, Dia Mula Mencetus Ilham Dan Menyusun Kata. Setiap Lorekan Mengandungi Bicara Yang Terkandung Seribu Satu Rahsia. Hanya Di Sini Dicurahkan Rasa Hati, Pendapat Peribadi Tentang Hakikat Duniawi Dan Di Sana, Alam Yang Kekal Hakiki.


- Weeda Airiza -



Pesta Buku 2012

Alhamdulillah. Berakhir sudah Pesta Buku Antarabangsa 2012. Walaupun sudah hampir seminggu berakhir, aku masih terkenang barisan rak-rak buku yang sangat banyak, pekerja-pekerja yang sangat sibuk memunggah, menyusun dan mempromosikan buku serta pengunjung-pengunjung yang sanggup bersesak untuk membeli bahan bacaan. Thanks a lot :)

credit gambar : Shai

Aku memang suka datang pesta buku saban tahun. Bukan borong banyak sangat pun, tapi suka mencuci mata melihat karenah orang ramai. Daripada zaman sekolah lagi memang pengunjung setia. Hehehe~ Sesak tak payah ceritalah. Macam nak pengsan! Tahun ni tak sempat nak pergi membelek komik-komik. T.T Cuma sempat borong dua tiga buah buku motivasi dan rujukan agama. Sekarang tengah sibuk baca karya baru Dr. HM Tuah Iskandar, 101 Rahsia Penguat Nurani. Best sangat!


Terima kasih kepada yang sudi hadir semasa aku turun padang pada hari Selasa, 1 Mei minggu lepas! Seronok sangat! Sebelum tu, aku sempat mengacau beberapa teman novelis seperti Liyana Zahim, Elin Nadia, Herna Diana dan Muna Mahira semasa giliran mereka pada hari Ahad. *tak puas borak wehs, cepat buat gathering! hihi~* Terserempak juga dengan Hafimi dan kak Yatie Atiqa serta sempat bergosip dengan aunty Eka Fahara dan Norzailina Nordin. :D

Truthfully, bila dikelilingi buku-buku, hati aku cukup bahagia. Entahlah, mungkin daripada kecil memang minat membaca dan memang aku cinta sangat-sangatlah dekat buku! Muahaha~ Itu sebab cita-cita aku nak buka sebuah kedai buku merangkap perpustakaan kecil. Semoga impian ini termakbul, insyaALLAH. Amin :)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments: