2018_allkarya

Bermula Daripada Pena Penghujung Mata, Dia Mula Mencetus Ilham Dan Menyusun Kata. Setiap Lorekan Mengandungi Bicara Yang Terkandung Seribu Satu Rahsia. Hanya Di Sini Dicurahkan Rasa Hati, Pendapat Peribadi Tentang Hakikat Duniawi Dan Di Sana, Alam Yang Kekal Hakiki.


- Weeda Airiza -



Pembayang Novel Seterusnya - Bhgn 4

Phew~ Jenuh aku nak mencari pembayang lagi untuk novel aku seterusnya ni. Bukan main mencari tapi manuskrip tak habis-habis lagi tulis! *muahhahaa* InsyaALLAH, dijamin sebelum Aidilfitri akan aku tamatkan cerita kali ini. *baru rasa nak sambut raya keke* Okey, tanpa membuang masa aku perkenalkan...


Tada!! Oh my novel! Siapa lelaki yang handsome giler ni? *handsome bagi akulah setakat ni hehe* Lelaki ni adalah seorang pelakon dan model di sebuah negara. Lebih mengharukan lagi, beliau ada kena mengena dengan hero novel aku akan datang. *pengsan* Nampak sangat angan-angan yang tinggi melangit terpaksa dikuburkan di dalam novel. Hahaha~ Kalau nak kenal dengan sepupu sepapat yang real dengan actor ni memang goodbye lah jawabnya kan.

Tak pasal-pasal pagi yang indah ni aku memaksakan diri untuk menghadap deretan lelaki-lelaki Irish yang macho *opsss!! hahaha* Apapun, kumpulkan dulu pembayang-pembayang ni. Tunggu sampai manuskrip aku dah approve, baru aku akan buka soalan-soalan yang perlu dijawab, bukan untuk dimasak okie! Soalan-soalan aku semua takde talian hayat. Hanya ada Mr Gooogle saja. Gunakan ia sebaiknya. Hihi~

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Salam Ramadhan.

Assalamualaikum. Hi~!

Salam Ramadhan kepada semua yang mengenali aku dan selalu jejakkan tetikus ke dalam blog ini! Mohon maaf sebab aku sememangnya agak susah nak update blog, nak pula sekarang musim gila kerja. T.T Dari pagi sampai malam, memang jadual aku full. Yes, kalah orang-orang kenamanaan tau! Hehe~ Apapun, kita dah pun masuk hari berpuasa yang ke 6 esok. *cepat betul masa berlalu...*



Jom kita sama-sama mencari jalan untuk memperbaiki diri dalam bulan yang mulia ini. Sesungguhnya setiap apa yang kita lakukan dengan ikhlas, merupakan suatu ibadah dan insyaALLAH, jika hati kita redha untuk melakukannya, kita akan peroleh pahala yang besar. Rebutlah peluang dalam bulan Ramadhan untuk menjadi yang terbaik buat diri sendiri dan muhasabah diri adalah perkara yang harus dilakukan setiap hari agar kita dapat beroleh keinsafan, insyaALLAH.

Jadual aku memang kurang bulan ni. Lebih banyak duduk di rumah dan berehat meskipun agak sibuk menyiapkan manuskrip baru. Relaks sikit rasa bulan ni sebab balik ke rumah awal. Jam 8.30 dah mula kerja dan jam 4.30 dah boleh balik. Yeay! Apapun, bulan ni juga agak letih bagi aku sebab tiba-tiba kerja sangat banyak di office *rezeki Ramadhan* dan juga kami nak berpindah ke premis baru! *yeay lagi!*

Jadi, kepada semua... Selamat beristirehat. Jaga pemakanan dan jagalah diri di mana saja kalian berada. Semoga sentiasa berada di dalam kerahmatan Yang Maha Esa. :) **eh! Aku baru perasan. 3 perenggan aku semuanya bermula dengan huruf J! Bukan sengaja okie... :D**

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS