photo allkarya_zpsxsfjfgmj.png

Bermula Daripada Pena Penghujung Mata, Dia Mula Mencetus Ilham Dan Menyusun Kata. Setiap Lorekan Mengandungi Bicara Yang Terkandung Seribu Satu Rahsia. Hanya Di Sini Dicurahkan Rasa Hati, Pendapat Peribadi Tentang Hakikat Duniawi Dan Di Sana, Alam Yang Kekal Hakiki.


- Weeda Airiza -



Shopping Bersama Anak-Anak

Assalamualaikum, Selamat Malam!

Weekend baru saja beberapa hari berlalu dan sememangnya jadual saya untuk minggu lepas tersangatlah busy! *macamlah sebelum ni free sangat :p* Hari Sabtu lepas, saya dan team Aico Empire Group telah membawa sekumpulan anak-anak dari Rumah Kasih Nurul Hasanah pergi membeli belah ke Mydin Mall, Subang Jaya. Alhamdulillah, tahun ni telah masuk tahun ke 7 pihak Mydin sudi menaja anak-anak untuk penyediaan menyambut Aidilfitri. Moga mereka sentiasa dirahmati Yang Maha Esa. Amin. Huhu Sekejap saja rasa masa berlalu. Saya sendiri pun tak sangka, dah 7 tahun kami melakukan aktiviti ini bersama.

Selain saya dan Aico Executives yang lain, orang kuat syarikat iaitu Adam AF bersama kumpulannya, VIP (Yandy, Amen & KJ), Chef Selebriti Malaysia, Pn Norzailina Nordin dan Profesor Shaharudin Datuk Haji Ali (Rajamenangis.com) turut turun padang bersama-sama untuk menemani anak-anak membeli belah. Peruntukkan sebanyak RM100 telah diberikan untuk setiap seorang dan alhamdulillah, segalanya telah berjalan dengan lancar. Sayu bila tengok mereka yang tiada beribu dan berbapa. *hargailah ibubapa korang sementara ada*.

ada jugalah terselit saya dalam gambar ni *cari sendiri :p*

dengan Azma, pembantu Mydin bersama anak-anak kami :D

thanks a lot Mydin Mall, Subang Jaya especially kak Emmy :)

Adam juga sempat menghulurkan sumbangan peribadi berupa duit raya buat anak-anak ini dan ternyata mereka sangat gembira menerimanya. Saya masih tak lupa dengan wajah mereka yang confuse nak beli mana satu baju *rambang mata~~ bila diorang tanya, saya pun blur sekali haha* Sebenarnya saya sendiri pun rambang mata nak tolong diorang! Ahahaha~ Dahlah murah-murah, banyak jenis pula tu! *terpaksa menahan diri daripada shopping, tanggungjawab itu lebih penting ketika ini* :D

Kat sini saya share video rakaman tempoh hari ketika kami bershopping bersama. Jangan cari saya kat dalam tu sebab saya sendiri pelik kenapa saya hilang daripada rakaman *yandy VIP punya kerja~ :p* Oh, korang boleh juga tengok album penuh dalam Facebook - Aico Fc. :)

Buat adik-adik yang disayangi, kakak harap, adik-adik akan berjaya menjadi khalifah-khalifah ALLAH SWT yang berjaya di dunia akhirat, rajin-rajin belajar, sedekahkan Al-Fatihah, Yasin buat ibubapa yang telah pergi serta dengar nasihat kami, kakak-kakak dan abang-abang tempoh hari, jangan tinggal solat & sentiasa baca Al-Quran, ya? Will miss you... :')


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Cerita 8 Ogos

Assalamualaikum, Selamat Malam! 

*warning - perkataan 'aku' selama ini telah digantikan kepada 'saya' untuk membolehkan semua peringkat umur membacanya. *hiks~ :)*

Alhamdulillah, usia saya telah menginjak lagi setahun tepat jam 9.47 malam pada tarikh 8 Ogos lepas. 08.08 dan angka umur pun 28. *wargh lagi 2 tahun dah umur 30 o__O* Thank you very much kepada semua yang wish saya di merata-rata tempat terutamanya Facebook, Twitter dan juga inbox

Berjaya juga akhirnya saya membalas setiap komen kerana saya betul-betul menghargai setiap doa kalian. Terima kasih banyak *terharu sangat, serious* So now, saya nak kongsi cerita apa yang berlaku pada saya ketika 8 Ogos menjelang, sejak dari dulu sehingga sekarang. *special for readers here <3 love love*

8 Ogos 1987 : Paling Mengada
Ye, tahun pun 1987 kan? Memang saya kategorikan masa ni sebagai birthday party paling mengada untuk saya. Sebab apa? Kalau nak tahu, saya memang pemalu tahap melampau masa kanak-kanak dulu. Ibu buat birthday party saya di kampung dan ajak semua kawan-kawan satu kampung datang tapi apa yang saya buat, adalah menangis sepanjang acara birthday berlangsung! *overnya...* Kalau tengok gambar pun tahu, orang lain senyum tengok kamera. Saya? Terpekik, terlolong, mulut nganga, tangan tutup mata. *ahaha~ tak senonoh, pemalu tak bertempat :p*

8 Ogos 2001 : Paling Sweet
Saya di tingkatan 5 ketika ini *ehem ehem* Apa yang sweet? *senyum lebar-lebar* Tahun ni saya dapat hadiah yang paling berharga buat saya kerana hadiah ni memang betul-betul menyentuh hati saya. Nak pula, orang tersayang ketika ini yang beri. *opss!* Sebuah naskhah Al-Quran yang diberikan olehnya membuatkan hati dan jantung saya luruh kerana terharu dengan nasihatnya sepanjang persahabatan kami. 

Hadiah tersebut masih menjadi hadiah paling bermakna dalam hidup saya biarpun kini saya tidak tahu di mana dia berada setelah hampir 4 tahun kami tidak bersua setelah... *kenangan lama :')* Walau bagaimanapun, saya mendoakan dia sentiasa di bawah perlindungan Yang Maha Esa. *Buat Awak, terima kasih atas segalanya. Awak memang seorang lelaki paling baik pernah saya kenal :)*

8 Ogos 2003 : Paling Sedih
Ini adalah hari yang kalau boleh, saya tak mahu ingat langsung. Ketika ini saya bergelar pelajar semester 3. Saya telah difitnah semester ini oleh sekumpulan rakan-rakan kelas yang akhirnya menyebarkan cerita tentang saya ke seluruh kelas sehingga saya terasa seperti dipulaukan. Hanya kerana saya baik dengan seorang pelajar lelaki yang memang bijak dan menjadi tumpuan ramai, mereka menyebarkan cerita yang kononnya saya sukakan lelaki itu.

Tanpa saya sedar, mereka guna telefon saya di waktu saya sedang tidur dengan memberi SMS, telefon dan mengganggu lelaki tersebut sehingga kawan lelaki saya itu menjauhkan diri daripada saya. Malam 8 Ogos saya tak akan lupa sampai bila-bila kerana ketika ini kawan-kawan perempuan yang bersekongkol, telah membaling 30 biji telur kepada saya *kononnya sambut birthday*. Tak cukup dengan itu, mereka letak telur dalam sarung bantal tetapi telur tersebut pecah sebelum sempat saya tidur, jadi malam tu memang saya tidur tanpa bantal. :(

Ditambah lagi, mereka mencurahkan baldi berisi air busuk ketika saya sedang mandi. Kawan-kawan saya yang lain banyak dah muntah sebab 30 biji telur tu memang... *ehm baunya memang boleh bayangkan* Namun, kuasa ALLAH SWT lebih besar. Saya langsung tak bau telur tersebut walaupun berpuluh mengenai kepala dan badan saya. Hmm... Klimaks cerita ini berakhir ketika hampir penghujung semester, saya menangis teresak-esak di hadapan pensyarah apabila diberitahu kemungkinan saya akan gagal semester ini lantaran kerja saya langsung tak memuaskan. *macam mana nak memuaskan kalau dipulau...*

Kawan perempuan saya akhirnya membuka cerita dan bertanya saya dengan jujur tentang isu ini. Saya terperanjat besar kerana saya langsung tak tahu! Astaghfirullahal'azim. Secara perlahan, saya ambil kekuatan yang ada untuk pertahankan diri saya dan alhamdulillah, akhirnya saya mendapat kepercayaan kawan-kawan saya kembali. *thanks a lot sisters* Namun, saya terkedu bila tamat belajar, salah seorang rakan, watak utama yang membuat 'rancangan khas' untuk saya ini akhirnya pergi menemui Ilahi selamanya kerana leukimia. Walaupun arwah menyakiti hati saya, tapi sehingga sekarang saya tetap tak lupa untuk sedekahkan surah Yasin untuk dirinya... Pengalaman kali ini benar-benar mengajar saya tentang kehidupan.

8 Ogos 2012 : Paling Kelakar
Memang kelakar dan memalukan! *ahahahahaa* Ceritanya begini, saya berkenan dengan sehelai baju masa tengah sibuk berjalan seorang diri di KL Festival City. Pada hari sebelum tu, saya memang dah survey dulu. Jadi, masa hari lahir saya, dengan confidentnya, saya ke kedai tersebut. Ambil baju tu, siap try lagi dalam changing room! Bila nak bayar, baru saya buka beg dan rupanya....... saya lupa bawa wallet!!! *argh!!!* Terus wajah saya merah padam, rasa nak tergolek-golek kat situ! Isk! Tauke Cina tu pula buat muka blur. Akhirnya dengan muka tak malu, saya cakap esoklah saya datang sebab wallet saya tertinggal. Mujurlah akhirnya tauke tu bersimpati *berjaya buat rupa muka kesian* dan dia tolong simpankan untuk saya. *muahahahaha* Tanggal 9 Ogos, saya berjaya dapatkan baju tu! *yeayyyyyyyyyyyyyy*

-------
Ini semua antara kenangan hari lahir yang saya tak dapat lupa. Setiap apa yang terjadi memang memberikan hikmah tersendiri terutama kenangan yang paling sedih. Walaupun sampai sekarang saya tak boleh lupa, saya berdoa supaya tiada orang yang akan kena seperti saya kerana sesungguhnya peristiwa itu sungguh menyakitkan dan membuatkan saya trauma dengan kawan-kawan yang nampak baik tetapi sebenarnya ada niat lain di belakang. Nauzubillah. Semoga kita semua terus dilindungi-NYA, insyaALLAH... :)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Cerita Puasa Jom!

Assalamualaikum, Selamat Malam !

Diam tak diam, dah nak masuk hari ke 12 kita berpuasa. Rasa sekejap sangat masa berlalu, kan? Dunia semakin pantas berjalan meninggalkan kita di belakang. Dah takde warning, takde nak inform apa-apa dah wahai kawan-kawan. Aku sendiri rasa tak puas sebab walaupun dah hampir setengah bulan kita puasa, tapi aku rasa macam pantas sangat. Mungkin sebab tahun lepas masa ni aku belum kerja lagi. Sekarang bila dah kerja, memang rasa masa tu tak cukup T.T

Apa yang korang ingat bila cerita pasal puasa? Bagi aku, memanglah banyak tapi semuanya common macam korang punya cerita juga rasanya. Nak pula bila cerita ponteng puasa! Jom nak cerita sikit :) Yang sebenarnya aku tengah break daripada menulis sekejap *writer's block* Maka, terpaksalah cari bahan-bahan untuk menyegarkan biji mata dan menenangkan fikiran sekejap *bloglah mangsanya*


Ponteng Puasa!
Ya, aku pernah minum air paip masa sekolah rendah okey. Muahaha! Pernah juga beli cokelat, masukkan dalam beg. Balik rumah, boleh pergi makan dalam bilik tanpa diketahui parents. *opsss!* Tapi itu dulu. Sekarang ni, alhamdulillah memang akan cuba belajar untuk bersabar sepenuhnya. Puasa ni bukan takat menahan lapar dahaga, tapi juga nafsu segala nafsu - mengantuk, malas, sabar dan lain-lain.

Bazaar Ramadan!
Kalau ikutkan, rekod aku setiap tahun kalau pergi bazaar Ramadan, paling banyak pun 3 kali sepanjang Ramadan. Tapi kali ni macam banyak ja? Ahahaha~ Kadang-kadang aku fikir juga, takpelah, berkongsi rezeki dengan penjual-penjual di bazaar tersebut :) Apa yang aku suka beli kat bazaar eh? Benda pertama - Roti Jala! Itu adalah kemestian. Air pula mesti Air Soya. *memang hantu soya* Kalau berat, hurm... Biasanya Nasi Kerabu. Truly, pergi bazaar memang menduga duit dalam poket T.T

sampai sekarang aku belum jumpa the best roti jala. anyone knows?

Kalau cerita pasal bazaar, aku memang ada satu peristiwa yang langsung aku tak boleh lupa. Masa baru nak balik daripada membeli belah, tiba-tiba aku nampak ada lelaki tengah pegang bayi. Isterinya pula tengah masukkan barang-barang dalam kereta. Datang seorang lagi wanita, nampak diorang bincang2. Lepas tu yang aku terkejut, 2 wanita tu makin kuat bertekak dan akhirnya terus bertarik-tarik rambut kat situ o__O *apehal??* Sampai sekarang aku tengah fikir, siapa perempuan seorang lagi tu? Isteri kedua? Skandal? Sebab lelaki tu hanya berdiri tegak pegang anaknya sambil tergamam seorang. Malu sungguh bila pakcik2 berketayap datang leraikan kekusutan dua wanita yang memang dah kusut rambut mereka itu........ Isk Isk.

Selalunya yang nak dicerita, dua benda kat atas tu sajalah. Kalau bab terawih, mengaji, beramal ataupun selain daripada tu, hanya ALLAH SWT saja yang mengetahuinya. :) Yang penting sekarang, aku nak menjadi muslimah yang lebih baik. Benarlah ramai orang kata, semakin kuat hati kita mahu berhijrah, semakin besar dugaannya. Penghijrahan memerlukan kekuatan iman dan kesabaran yang tinggi. InsyaALLAH, jika niat ikhlas, DIA pasti ada untuk membantu. Selamat beramal! :) *sambung siapkan novel yang tinggal sikit sangat lagi...*

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS