photo allkarya_zpsxsfjfgmj.png

Bermula Daripada Pena Penghujung Mata, Dia Mula Mencetus Ilham Dan Menyusun Kata. Setiap Lorekan Mengandungi Bicara Yang Terkandung Seribu Satu Rahsia. Hanya Di Sini Dicurahkan Rasa Hati, Pendapat Peribadi Tentang Hakikat Duniawi Dan Di Sana, Alam Yang Kekal Hakiki.


- Weeda Airiza -



Cerita Puasa Jom!

Assalamualaikum, Selamat Malam !

Diam tak diam, dah nak masuk hari ke 12 kita berpuasa. Rasa sekejap sangat masa berlalu, kan? Dunia semakin pantas berjalan meninggalkan kita di belakang. Dah takde warning, takde nak inform apa-apa dah wahai kawan-kawan. Aku sendiri rasa tak puas sebab walaupun dah hampir setengah bulan kita puasa, tapi aku rasa macam pantas sangat. Mungkin sebab tahun lepas masa ni aku belum kerja lagi. Sekarang bila dah kerja, memang rasa masa tu tak cukup T.T

Apa yang korang ingat bila cerita pasal puasa? Bagi aku, memanglah banyak tapi semuanya common macam korang punya cerita juga rasanya. Nak pula bila cerita ponteng puasa! Jom nak cerita sikit :) Yang sebenarnya aku tengah break daripada menulis sekejap *writer's block* Maka, terpaksalah cari bahan-bahan untuk menyegarkan biji mata dan menenangkan fikiran sekejap *bloglah mangsanya*


Ponteng Puasa!
Ya, aku pernah minum air paip masa sekolah rendah okey. Muahaha! Pernah juga beli cokelat, masukkan dalam beg. Balik rumah, boleh pergi makan dalam bilik tanpa diketahui parents. *opsss!* Tapi itu dulu. Sekarang ni, alhamdulillah memang akan cuba belajar untuk bersabar sepenuhnya. Puasa ni bukan takat menahan lapar dahaga, tapi juga nafsu segala nafsu - mengantuk, malas, sabar dan lain-lain.

Bazaar Ramadan!
Kalau ikutkan, rekod aku setiap tahun kalau pergi bazaar Ramadan, paling banyak pun 3 kali sepanjang Ramadan. Tapi kali ni macam banyak ja? Ahahaha~ Kadang-kadang aku fikir juga, takpelah, berkongsi rezeki dengan penjual-penjual di bazaar tersebut :) Apa yang aku suka beli kat bazaar eh? Benda pertama - Roti Jala! Itu adalah kemestian. Air pula mesti Air Soya. *memang hantu soya* Kalau berat, hurm... Biasanya Nasi Kerabu. Truly, pergi bazaar memang menduga duit dalam poket T.T

sampai sekarang aku belum jumpa the best roti jala. anyone knows?

Kalau cerita pasal bazaar, aku memang ada satu peristiwa yang langsung aku tak boleh lupa. Masa baru nak balik daripada membeli belah, tiba-tiba aku nampak ada lelaki tengah pegang bayi. Isterinya pula tengah masukkan barang-barang dalam kereta. Datang seorang lagi wanita, nampak diorang bincang2. Lepas tu yang aku terkejut, 2 wanita tu makin kuat bertekak dan akhirnya terus bertarik-tarik rambut kat situ o__O *apehal??* Sampai sekarang aku tengah fikir, siapa perempuan seorang lagi tu? Isteri kedua? Skandal? Sebab lelaki tu hanya berdiri tegak pegang anaknya sambil tergamam seorang. Malu sungguh bila pakcik2 berketayap datang leraikan kekusutan dua wanita yang memang dah kusut rambut mereka itu........ Isk Isk.

Selalunya yang nak dicerita, dua benda kat atas tu sajalah. Kalau bab terawih, mengaji, beramal ataupun selain daripada tu, hanya ALLAH SWT saja yang mengetahuinya. :) Yang penting sekarang, aku nak menjadi muslimah yang lebih baik. Benarlah ramai orang kata, semakin kuat hati kita mahu berhijrah, semakin besar dugaannya. Penghijrahan memerlukan kekuatan iman dan kesabaran yang tinggi. InsyaALLAH, jika niat ikhlas, DIA pasti ada untuk membantu. Selamat beramal! :) *sambung siapkan novel yang tinggal sikit sangat lagi...*

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments: