2018_allkarya

Bermula Daripada Pena Penghujung Mata, Dia Mula Mencetus Ilham Dan Menyusun Kata. Setiap Lorekan Mengandungi Bicara Yang Terkandung Seribu Satu Rahsia. Hanya Di Sini Dicurahkan Rasa Hati, Pendapat Peribadi Tentang Hakikat Duniawi Dan Di Sana, Alam Yang Kekal Hakiki.


- Weeda Airiza -



Ketentuan Yang Maha Esa

Assalamualaikum, Selamat Malam!

Kebelakangan ini saya selalu terfikirkan tentang ketentuan qada' dan qadar Ilahi. Mengapa kehidupan saya begini dan mengapa kehidupan orang lain begitu. Mungkin kerana ada beberapa insiden berlaku terhadap saya dan ia secara tidak langsung, membuka mata saya untuk lebih mengenali Pencipta alam semesta ini. Saya akui, ilmu saya masih cetek dan saya ingin sekali berubah atau dengan kata lain, melakukan 'penghijrahan' secara lahiriah serta rohaniah.

Baru-baru ini saya mengalami sebuah kejadian di mana ianya telah memberikan keinsafan yang cukup mendalam. Walaupun mungkin di luar saya masih kelihatan normal seperti biasa, tetapi hati saya menjadi kosong secara tiba-tiba. Seolah-olah ada perkara yang perlu saya lakukan untuk mengisi kekosongan itu. Puas saya berfikir sampai kusut pemikiran saya selama beberapa hari sehinggalah seorang teman baik, 'membuka' jiwa saya yang inginkan jawapan itu.


Kata-katanya membuatkan saya berfikir tentang hikmah yang DIA beri untuk kita selama ini. Saya harus bersyukur dengan pelbagai ujian hidup yang menimpa kerana melalui perkara sebeginilah saya tahu, DIA mahu saya mencari jalan menuju keredhaan-NYA dan jangan alpa di muka bumi ini. Sesungguhnya saya benar-benar mahu mencari perasaan yang dinamakan ketenangan. Sejak peristiwa tersebut, hati saya mula berbelah bahagi terhadap beberapa perkara dunia.

Mungkin orang akan mempertikaikan tentang perubahan sekelip mata yang bakal saya lakukan tetapi itulah yang dinamakan sebagai ketentuan Qada' dan Qadar daripada-NYA. Segala yang berlaku telah dirancang secara terperinci sejak sebelum kita dilahirkan lagi. Hati saya milik-NYA dan doakanlah agar saya dapat mencapai apa yang saya mahukan, yakni nikmat ukhrawi yang sebenar. Buat pembaca, InsyaALLAH, sama-samalah kita doakan agar kita semua menjadi khalifah-NYA yang lebih baik, beriman dan beramal-soleh di dunia dan akhirat. InsyaALLAH, Amin.

Entry Quote
'Walaupun jiwa sayu mencari makna, hati layu menggapai cinta,
ketahuilah ada DIA yang sentiasa berada di sisi kita'
~ Weeda Airiza ~

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Pembayang Novel Seterusnya - Bhgn 5

Assalamualaikum, Selamat Malam!

Ada orang tanya saya apa sebenarnya yang ingin saya sampaikan dalam entri pembayang-pembayang novel seterusnya. Okey, meh saya terangkan dengan jelasnya di sini. :D Actually kalau tiada aral yang melintang dan jika novel baru saya berjaya diterbitkan, saya ingin berkongsi hadiah dengan pembaca semua. Kumpulkan saja pembayang-pembayang yang saya bagi sehingga bahagian ke 8. *kenapa 8? sebab saya lahir 8 ogos muahahaha *gedik* 

Lepas 8 bahagian, saya akan kemukakan 8 soalan juga untuk korang semua cuba menjawab. Last sekali, mesti ada slogan 'Saya ingin memiliki novel baru Weeda Airiza kerana...' *jangan lebih 18 patah perkataan* Saya akan pilih 3 pemenang bertuah *8 banyak sangat hihi*. Pemenang of courselah akan dapat hadiah special daripada saya. Selain novel yang terbaru, ada juga hadiah misteri yang bakal dimenangi! *err, tapi bukan duitlah ya? ngeee*


So, jom tengok bahagian 5! Huh? Kiraan apakah ini? Haaaa~~ Silalah ambil calculator scientific tu cepat kalau nak senang kira. *saya sendiri pun nak pengsan create soalan ni... ahahah :p* Korang kena tengok betul-betul dan fahamkan maksudnya. Bila soalan keluar nanti, mesti dengan secepat kilat korang boleh jawab! Kalau tak reti, ehmm... *bunyi cengkerik* Ingat tau, simpan dulu pembayang-pembayang ni. Jangan risau sebab soalan senang sangat, tak payah pergi beli buku rujukan~ kekekeke~~ Sehingga berjumpa lagi! Fikir ya, jangan tak fikir~~ Tata Titi Tutu~~~

** keyboard takde tanda bahagi, jadi digantikan dengan tulisan 'bahagi' *sobs*

[(188 - 72) bahagi 2 + (16 x 3.5 )] - [9 + (36 x 3) - 27] = ??

Entry Quote
'Dalam diam ada rasa, dalam hati ada bahagia, dalam doa ada jawapannya'
~ Weeda Airiza ~

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS