photo allkarya_zpsxsfjfgmj.png

Bermula Daripada Pena Penghujung Mata, Dia Mula Mencetus Ilham Dan Menyusun Kata. Setiap Lorekan Mengandungi Bicara Yang Terkandung Seribu Satu Rahsia. Hanya Di Sini Dicurahkan Rasa Hati, Pendapat Peribadi Tentang Hakikat Duniawi Dan Di Sana, Alam Yang Kekal Hakiki.


- Weeda Airiza -



3 Minggu Yang Menyeksakan

Assalamualaikum, Selamat Malam!

Alhamdulillah, baru hari ini terbuka hati saya nak tulis balik dalam blog setelah 3 minggu berperang dengan sakit. Al-kisahnya, dua hari sebelum raya dulu saya dah start selsema. Disusuli pula dengan demam dan batuk selama 3 minggu berganti-ganti. Seminggu raya di kampung halaman, Perlis pun tak rasa apa sebab dah teruk sangat selsema.


Sayu tengok rendang! Terpaksa tahan dan pantang daripada macam-macam jenis makanan supaya lekas baik tapi bila dah balik KL pun masih belum sembuh. Berpapan-papan ubat dah saya makan sampai rasa nak muntah tengok biji-biji halus tu. *ubat batuk sampai 2 botol, rasa macam ketagih dah -__-* Apatah lagi office pula baru mula nak pindah ke premis baru, kemas sana kemas sini sampai nak pengsan. *patutlah tak baik-baik sakit*

Akhirnya dek kerana lemah yang teramat, saya terus ke hospital swasta untuk mendapatkan rawatan. Ada jugalah 2-3 klinik pergi. Semuanya macam tak memberi harapan je. First time saya kena cucuk sebab ambil darah *ye, first time okey. rasa nak menjerit sobs* dan yang paling memilukan, baru saya tahu jenis darah saya sendiri *malunya...* Lepas semua test, alhamdulillah tiada apa yang pelik. Semuanya okey! Bermula daripada tu, saya mula jaga makan dan kesihatan. *lumrah alam, dah sakit baru sibuk nak take care zzzzz*

Sekarang saya dah mula sihat semula dan sedang terkejar-kejar menghantar manuskrip! Woooo~ Cerita kali ni masih bergenre komedi romantik dan latar belakang cerita ini adalah di sebuah kolej universiti di mana hero dan heroinnya pelajar di sana. Lepas ni saya akan bagi hint lagi. Jangan lupa kumpul dan pemenang bertuah akan dapat free novel baru saya akan datang!~ ;)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments: