photo allkarya_zpsxsfjfgmj.png

Bermula Daripada Pena Penghujung Mata, Dia Mula Mencetus Ilham Dan Menyusun Kata. Setiap Lorekan Mengandungi Bicara Yang Terkandung Seribu Satu Rahsia. Hanya Di Sini Dicurahkan Rasa Hati, Pendapat Peribadi Tentang Hakikat Duniawi Dan Di Sana, Alam Yang Kekal Hakiki.


- Weeda Airiza -



Konvokesyen MMU & UTM

Assalamualaikum, Selamat Malam!

Saya nak ucapkan tahniah buat adik lelaki saya - Nasrunnizar, adik perempuan saya - Nazurah Azri dan sepupu terdekat saya - Wan Nur Fasihah atas kejayaan kalian dalam bidang pelajaran! Baru-baru ni mereka bertiga dah selamat mengharungi majlis konvokesyen. Sibuk jadinya mak dan abah sebab terpaksa bercuti dan ke hulu ke hilir membereskan hal konvokesyen tapi saya tahu, mereka mesti bangga. :)

Dengan adik lelaki dan sepupu kami :)

Sepupu saya, Fasihah grad Ijazah Sarjana Muda IT Programming dan adik lelaki saya pula grad BA (hons) Virtual Reality. Dua-dua grad dari Universiti Multimedia Malaysia (MMU). Bila tengok kesibukan adik saya mengharungi study dia, memang buat saya nak menitiskan air mata bila dia berjaya grad! Alhamdulillah. *sobsob~ naluri seorang kakak yang menyayangi adiknya sobs~* Oh, pada yang tak tahu, Virtual Reality tu ala-ala Games Designing. Saya sendiri pun keliru mulanya. Hehe~

Jealous tengok pingat yang adik perempuan saya dapat -___-

Nazurah pula berjaya grad Diploma in Quantity Surveying dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan yang paling mengharukan saya, dia dapat First Class Diploma. *kenapa Diploma saya tak ada pangkat eh?* Tak aci. Muahaha. Alhamdulillah. Adik yang ni memang super suka belajar, jadi semangat dia memang sentiasa over dalam study. :p Sekarang dia dah sambung belajar untuk Ijazah Sarjana Muda manakala adik lelaki saya tu pula tengah prepare untuk sambung pengajian ke peringkat Master di UK. Hopefully segalanya dipermudahkan, insyaALLAH. Amin.

Keluarga saya & sepupu

Menjadi kakak sulung sememangnya suatu tanggungjawab yang berat. Bila abah dan mak sibuk, saya yang kena take in charge. Kadang-kadang blur juga fikiran bila adik yang itu tengah stress, yang ini pula malas belajar, yang satu lagi sibuk main games tak peduli assignment. -____- Itu baru 3 orang adik. Kalau ada adik-adik yang ramai tu, macam mana agaknya ya? Isk. Bila masing-masing dah grad, baru saya lega sebab dah pasti, diorang tahu bagaimana susah payahnya nak habiskan study. 

Dulu masa saya belajar, hanya abah dan mak tempat saya mengadu. Menangis sana sini sebab nak siapkan assignment. Alhamdulillah, saya benar-benar puas apabila berjaya mencapai First Class Degree of Honours dalam bidang Interior Architecture. Terasa segala pengorbanan sepanjang saya belajar akhirnya berbaloi. Sekarang saya tengah bimbang sebab tahun depan, saya ada seorang lagi adik perempuan yang bakal ambil SPM! Saya tahu dia pasti boleh lakukan yang terbaik, insyaAllah. Amin :)

Syukur padaMU, ALLAH SWT.

Entry Quote
'Jangan terlalu mengharap, bimbang melukakan hati.
Jangan terlalu leka, bimbang memakan diri.'
~ Weeda Airiza ~

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

3 comments:

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

tahniah pada adik2..

Weeda Airiza said...

Terima kasih banyak ila :D

Ayesha Ramlee said...

rindu zaman konvo..