photo allkarya_zpsxsfjfgmj.png

Bermula Daripada Pena Penghujung Mata, Dia Mula Mencetus Ilham Dan Menyusun Kata. Setiap Lorekan Mengandungi Bicara Yang Terkandung Seribu Satu Rahsia. Hanya Di Sini Dicurahkan Rasa Hati, Pendapat Peribadi Tentang Hakikat Duniawi Dan Di Sana, Alam Yang Kekal Hakiki.


- Weeda Airiza -



Kucing Comel Saya - BeebO

Assalamualaikum, Selamat Malam!

Hiks~ Saya nak cerita pasal kucing saya. Sebenarnya dah beberapa kali tertangguh sebab setiap kali nak buat entri baru, ada saja benda lain yang distract. Now, saya nak cerita tentang budak kecil yang comel ni. Nama ia, BeebO! Ianya kucing jantan dan saya ambilnya di SPCA, Ampang. Kebetulan, pergi sana sebab nak cari kucing untuk kawan. Tiba-tiba ternampak si kecil ni lalu terus tertawan! Hee~~

BeebO

Paling saya suka - Membuli BeebO ngehngehngeh~~

Masa ambil tu, umurnya baru 7 bulan. Warna kelabu-putih dan saya ingatkan spesis persian sampailah beberapa hari yang lepas, ada kawan ayah datang bertandang. Barulah saya tahu, rupanya BeebO ni spesis Maine Coon. Mukanya memang garang. First time, ramai yang takut nak approach tapi yang sebenarnya BeebO ni memang manjanya mengalahkan baby! Suakan saja tangan kat BeebO *macam nak angkat baby tu* Kalau BeebO nak, mesti BeebO naikkan kedua-dua belah kaki hadapannya ke bahu orang tersebut. Ngee~

Sebab tu, setiap pagi sebelum ke tempat kerja, mesti BeebO nak naik ke bahu dan kena dukung dulu. *isk, ngados!* Macam tu juga kalau waktu balik, mesti BeebO yang terkam dulu di muka pintu. Kucing spesis ni memang memahami tuannya. Kalau kita kata no, ia tak akan buat. Kalau panggil, memang ia akan terus berlari ke arah kita. Trust me, Maine Coon Cat memang fun sangat-sangat! Cuba baling barang, mesti ia akan angkut balik ke arah kita. Best, kan? :D

Hobinya yang terlalu over - Masuk dalam plastik walaupun tahu dirinya besar

Selagi ada tempat sempit, selagi itulah BeebO suka -__-

Pendek kata, ke mana saja kami pergi, kat situlah BeebO ada. BeebO akan mengikut sesiapa yang ia suka dan mengganggu jikalau kami start buat kerja. Kalau ayah tengah buka laptop, dengan selamba BeebO akan duduk atas laptop masa ayah tengah menaip. *nakal sangat~~* Kalau saya tengah duduk, BeebO akan duduk atas kaki saya. Isk. BeebO jarang berbunyi tapi kalau dah start berbunyi, memang rasa nak penyek saja sebab comel sangat! Grrr~ Masa saya buat research, barulah saya tahu cerita mengenai spesis Maine Coon ini.

Kucing ni digelar sebagai Gentle Giant Cat. Rupanya boleh membesar sampai 4 kaki panjangnya! o___O Patutlah ramai orang yang datang bertandang ke rumah akan cakap 'Besarnya kucing kau!' Saya rasa biasa saja sebab dah dekat 2 tahun kami jaganya walaupun sekarang beratnya hampir 6kg. Terkejut jugalah saya bila tengok kucing ni sebenarnya mampu membesar sampai 5 tahun lamanya sedangkan kucing spesis lain dalam 1-2 tahun saja. Saya tengah bayangkan kalau BeebO besar macam gambar kat bawah ni, apa patut saya buat? *nanti orang kata saya bela anak harimau* -______-

Salah satu spesis Maine Coon *cuba bayangkan BeebO besar ni, erk!*

Entry Quote
'Lebih baik memikirkan hal diri sendiri daripada memikirkan
mereka yang belum tentu memikirkan hal kita.'
~ Weeda Airiza ~

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

2 comments:

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

mahal tak kucing nie. ila igt nk bela kucing jgak nti

Weeda Airiza said...

Tak sure pula Ila. Kalau beli di SPCA mmg maximum semua kucing2 dalam 50-300 ringgit... Kalau beli kitten, murah sketlah.. :) lepas stress bila kita usap2 dia.. ^___^