photo allkarya_zpsxsfjfgmj.png

Bermula Daripada Pena Penghujung Mata, Dia Mula Mencetus Ilham Dan Menyusun Kata. Setiap Lorekan Mengandungi Bicara Yang Terkandung Seribu Satu Rahsia. Hanya Di Sini Dicurahkan Rasa Hati, Pendapat Peribadi Tentang Hakikat Duniawi Dan Di Sana, Alam Yang Kekal Hakiki.


- Weeda Airiza -



Teater Istana Budaya

Assalamualaikum, Selamat Malam!

Yeah! Minggu lepas dapat juga saya lepaskan geram saya untuk menonton teater. Kali terakhir, saya menonton teater Cuci The Musical : Last Kopek! *merasa juga ambil gambar dengan Hans Isaac muahaha~* Kali ni, disebabkan ada juga Hans Isaac *walaupun as pengarah saja* saya tetap sibuk nak pergi tengok Lawak Ker Der 2. Ironinya, bila program ni ditayangkan kat TV ataupun masa Season 1 dulu, saya tak pernah nak ambil pusing pun. *bunyi cengkerik*


Maka, dengan penuh semangat, saya pergi menonton bersama Nysa, bekas housemate saya masa study di UiTM Shah Alam dahulu. Nasib baik ada dia, at least takdelah saya meroyan nak pergi tengok teater seorang diri walaupun saya tahu, saya bakal buat macam tu. Kebetulan, dia kerja pun tak jauh dari Istana Budaya. Saya pula hanya ambil masa 10 minit bawa kereta ke situ, memang sangat ngam! untuk menonton teater. Pada saya, ini adalah salah satu cara saya untuk melepaskan stress.


Overall, memang bikin pipi comel saya sakit sepanjang malam. Awal-awal lagi saya dah mula ketawa menonton aksi Nabil dengan Lawak Ker Der Style performance *kalau siapa tahu Oppa Gangnam Style, haaa mesti faham* :p Yang paling saya suka, mestilah Harith Iskander! Lawaknya sangat super duper best!!! Lawak yang berisi + difahami dengan mudah + cerita pasal typical Malaysian behaviour + memang lawak sangat cara pencapaian! He's really an awesome stand-up comedian in Malaysia! *eh! Terkeluar terus English hiks~*

Secondly, saya suka Jozan walaupun most of their lawak berunsur agak luc**. Erm, saya okey tapi kalau dah terlalu banyak, memang berkerut jugalah dahi kadang-kadang. Hehehe~ *saya rasa dah saya jatuh chenta dengan Zizan buat pertama kali~ ouch!* Boboi pun okey, still ada lawak walaupun banyak lawaknya yang saya hanya mampu tersengih *mungkin saya dah mula mengantuk ataupun memang tak mencapai piawaian lawak saya hehehe~* 

Apapun, semuanya awesome! I tell you~ Theater is not an easy performance. Yang penting, live! Berbaloi sangat. Saya respect sangat semua pelakon teater. Congratulations kerana telah menyempurnakan hari saya menonton teater. What's next? :D

Entry Quote
'Sahabat bukan sentiasa menghubungi anda, tetapi sahabat adalah seseorang
yang pasti bertanya khabar biarpun jarang menghubungi anda'
~ Weeda Airiza ~

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments: