2018_allkarya

Bermula Daripada Pena Penghujung Mata, Dia Mula Mencetus Ilham Dan Menyusun Kata. Setiap Lorekan Mengandungi Bicara Yang Terkandung Seribu Satu Rahsia. Hanya Di Sini Dicurahkan Rasa Hati, Pendapat Peribadi Tentang Hakikat Duniawi Dan Di Sana, Alam Yang Kekal Hakiki.


- Weeda Airiza -



Jualan Gudang Karangkraf

Assalamualaikum, Selamat Malam!

Saya betul-betul tengah teruja untuk ke Jualan Gudang Karangkraf ni. Ngee~ Bukan apa, kalau novel pun dah jual sampai RM3 senaskhah, siapa yang tak nak, betul tak? Dalam hati ni dah niat memborong tapi selalunya bila sampai sana, akan jadi rambang mata. Nafsu harus dikawal! Nanti tak pasal-pasal bukan takat bocor wallet, beg plastik pun boleh koyak~ Hihihi~


Jom kita pergi ramai-ramai! Namun, satu saja masalah saya sekarang ni. Actually schedule saya dah hampir full weekend ni, tu tak termasuk pergi Jualan Gudang Karangkraf ni -_____- *nangis~~~* Kalau tutup 10 malam kan bagus, uwaaaaaaa! Takpelah, saya berdoa moga rezeki menyebelahi saya nanti. Buku-buku yang saya cadang nak beli sebenarnya lebih kepada berunsur motivasi sebab saya nak buat sedikit penyelidikan. Ngeee~ 

Okey kepada yang boleh pergi, jom pergi ya. Bukan setakat novel, ada buku untuk remaja, kanak-kanak dan juga buku agama. Bila lagi anda semua boleh beli bahan bacaan dengan harga yang paling murah, betul tak? Kalau nak beli banyak, Jualan Gudang Karangkraf ni ada jual secara pakej. Lebih jimat! *sebenarnya tengah menyesal baru beli beberapa buah buku dua minggu lepas sebab lupa ada jualan gudang. sobs. sobs*

Entry Quote
"Bahasa melambangkan perilaku seseorang itu, elok bahasa, eloklah peribadinya."
~ Weeda Airiza ~

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Pembayang Novel Akhir! - Bhgn 8

Assalamualaikum, Selamat Malam! 

Nampaknya saya dah sampai ke bahagian akhir untuk pembayang novel seterusnya! Lepas ni korang boleh kumpul kelapan-lapan pembayang dan tak lama saja lagi, saya akan keluarkan soalan-soalan bombastik untuk dijawab. Senang saja! Tapi...! Hah, mesti ada tapi! Kenalah lengkapkan slogan supaya saya senang pilih pemenang. Ngee~ Senang saja slogan, so don't worry, be happy! :)


Weeewit!! :D Apakah? Ini adalah sejenis benda yang akan menimbulkan rasa LAPAR. Muehehe~ Jangan tenung lama-lama, nanti meleleh air liur! *padahal sendiri dah terliur-liur ni~* kekeke~ Semua orang akan cakap ni burger tapi burger apa? Hah, tunggu soalan keluar baru jawab, okey? Tu saja buat masa ni. Isk, senang sangat soalan-soalan yang bakal saya beri. Kalau nak novel free, rajinkan diri menghantar jawapan ya! See you later! Tata~~~~

Entry Quote
'Kebahagiaan hanya akan tiba jika kita sentiasa ikhlas dalam menzahirkan
kasih sayang terhadap orang di sekeliling.'
~ Weeda Airiza ~

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Jiranku Mr. Cendawan!

Assalamualaikum, Selamat Malam!

Alhamdulillah, novel remaja saya yang bertajuk 'Jiranku Mr Cendawan!' bakal diterbitkan tidak lama lagi.  Tersenyum saya lihat covernya yang begitu ceria. Terima kasih yang teramat buat editor saya, Norfilzah,  pereka grafik, Tengku Safrina, pelukis ilustrasi, Tan Teck Hwa dan warga Unit Teen@Prima, Grup Buku Karangkraf. I'm so happy, really. :)

klik untuk lihat dengan lebih jelas

Jom baca apa kisahnya!

Dhany dah pulang? 

Yeay! Tak sabar rasanya Fazura menunggu kepulangan Jiran a.k.a teman baiknya yang berhijrah ke luar negara. Namun, persahabatan yang ingin dijalin kembali menjadi porak peranda kerana Fazura terkejut melihat perubahan Dhany. Betulkah itu dia? Tapi kenapa? 

Fazura keliru. Puas Dhany berusaha mahu berkawan semula tetapi Fazura menolak! Adakah Dhany merasakan sejenis kulat bernama cendawan boleh membuatkan mereka berkawan semula? Dapatkah Fazura menerima kehadiran Dhany sebagai kawan baiknya kembali sama seperti dahulu?

Ya, ceritanya memang ada kena mengena dengan cendawan. Selain daripada cerita mengenai persahabatan mereka, saya selitkan juga informasi tentang cendawan dan pelbagai kisah lucu tentang kulat ini. Hee~ Kenapa saya cerita pasal cendawan? Sebab saya sendiri sebenarnya suka sangat dengan spesis ni! Ahahaha~ Dari sinilah timbul idea untuk saya garap bagi menghasilkan novel remaja yang padat dengan kisah persahabatan, lucu dan memberi pengajaran. :)

Entry Quote
'Bermula dengan niat, segalanya akan pasti.'
~ Weeda Airiza ~

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS