2018_allkarya

Bermula Daripada Pena Penghujung Mata, Dia Mula Mencetus Ilham Dan Menyusun Kata. Setiap Lorekan Mengandungi Bicara Yang Terkandung Seribu Satu Rahsia. Hanya Di Sini Dicurahkan Rasa Hati, Pendapat Peribadi Tentang Hakikat Duniawi Dan Di Sana, Alam Yang Kekal Hakiki.


- Weeda Airiza -



Berubah Demi Diri.

Huh? Tajuk yang skema dan penuh motivasi. Ngee~ Apa yang berubah? Diri sendiri? Kerana apa? *banyak pulak soalan!* Okey, aku just nak cerita pendek, tak mahu panjang-panjang, nanti korang tidur *zzzzzz* Tidaklah aku mahu berkhutbah, tetapi saja mahu berkongsi tentang apa yang aku rasakan lately ni, tentang kehidupan dan juga perubahan ke arah yang lebih baik.

Semua orang ingin berubah. Yes! Siapa yang taknak tu, bukan manusia namanya. Change yourself to become a good people! Bukan senang sebenarnya nak berubah. Perubahan drastik juga kadang-kala tak menjanjikan apa-apa. Lebih elok, slow and steady. Aku sebenarnya dah lama fikirkan hal ini. Mahu berubah menjadi insan yang lebih baik, cemerlang dan juga solehah. Tapi, dugaan sentiasa melanda. Kadang-kadang taklah sebesar mana pun masalah yang datang, tapi bila dah hari-hari kena, sakit juga tu.

Puas aku cari jawapan sehinggalah seorang sahabatku memberikan sepotong ayat dan menyebabkan aku terus termenung. "Kalau seseorang itu menyakiti hatimu dan membuatkan dirimu menjadi tidak baik, maka lepaskanlah dirimu daripada bersahabat dengannya. Buat apa kita berkawan kalau hati kita sering disakiti?" - Mr S. Terima kasih sahabat :)


Maka, aku memutuskan untuk berundur perlahan-lahan daripada segala apa yang boleh buat aku terleka. Memang sukar. Ya, amat sukar apatah lagi bila niat ikhlas kita diuji. Aku tahu, ramai di luar sana mahukan perubahan, kan? Tabahkanlah diri, sekurang-kurangnya Tuhan telah memberikan petunjuk buat kita dan bersyukurlah kerana kita salah seorang daripada mereka yang terpilih untuk diberi hidayah daripada-NYA.

Semenjak dua menjak ini, ramai sahabat aku telah mengalami penghijrahan ke arah kehidupan yang lebih baik. Syukran jazilan ya ALLAH. Benar, sampai bila kita mahu berada di takuk yang sama? Tak kiralah demi kehidupan, kejayaan atau apa-apa saja. Ini semua untuk diri sendiri, bukan orang lain kerana kita adalah kita dan kita juga yang merencanakan diri kita untuk masa depan dengan izin daripada-NYA. :)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Maulidur Rasul.

Firman Allah : Sesungguhnya Allah dan para malaikatnya berselawat kepada nabi. Wahai orang-orang beriman, berselawatlah kamu kepadanya dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya. (Al-Ahzab: 56)

Salam Maulidur Rasul kepada semua yang mengunjungi blog ini. Semoga kita semua mendapat kerahmatan Yang Maha Esa. Maulidur Rasul merupakan hari keputeraan Nabi Muhammad S.A.W. Baginda dilahirkan pada hari Isnin, 12 Rabiul Awal Tahun Gajah. Banyak artikel tentang Maulidur Rasul untuk dibaca melalui internet. Secara ringkasnya, sentiasalah berselawat kepada junjungan Nabi Muhammad S.A.W. tidak hanya pada hari Maulidur Rasul, tetapi jadikanlah ia sebagai amalan harian, setiap hari. Sebaiknya, ikutilah sunnah-sunnah Nabi Muhammad S.A.W. 

Artikel berkaitan yang boleh di baca :

~ Bukalah Hati, Insafi Diri, Bersihkan Jiwa & Berakhlak Mulia ~
Quote by Weeda Airiza

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Bahagi Masa.

Topik : Cara untuk membahagikan masa. Wah! Serius betul tajuk aku kali ni, kan? Heee~~ Sesekali. :p Bukan apa, actually ramai yang tanya aku macam mana aku membahagikan masa dengan kerja-kerja yang berlambak tu. Kerja office, kerja novelis, kerja part-time, kerja sebagai anak dan macam-macam lagi. *ada 1 saja belum, kerja sebagai seorang isteri. Muahahaha~~~*


Kalau ikutkan, aku sendiri pun boleh dikategorikan sebagai pemalas bin double pemalas. Cuma, kadang-kadang terpaksa kuatkan semangat sendiri, bayangkan kalau tak buat kerja, tak dapat duit, tak dapat nak kutip pengalaman, betul? *angguk cepat!* Maka, aku kongsikan sikit rahsia-rahsia untuk membahagikan masa sebaik mungkin. Ini pendapat aku sahaja, kalau rasa nak follow, boleh try... :)

BELI BUKU PERSONAL
Tak kisah buku macam mana pun, buku latihan sekolah tu pun boleh, mana yang okeylah bagi korang. Macam aku, demand lebih sikit. Mesti nak buku hardcover dan comel kalernya. *feel lebih* Jadikan buku ni sebagai pakwe atau makwe korang. Semua benda yang patut diingat tapi dikhuatiri lupa, letak dalam tu. Jangan malas tulis. Kalau rasa tulisan teruk pun takpe, takde orang nak baca melainkan kita sendiri. ^____^

THINGS TO DO - EVERYDAY
Pagi-pagi lepas breakfast *jangan skip breakfast, tak bagus untuk tubuh & minda ye!* ambil masa sekejap saja, tulis apa yang patut korang buat hari tu. List satu persatu, jangan ada tinggal. Mana yang urgent, letak tanda ni ha ---> *. Kalau boleh, selesaikan mana yang perlu dahulu. Lebih advance, korang buat things-to-do tu setiap minggu, bermaksud, mula saja hari Isnin, senaraikan kerja-kerja sampai hari Ahad nanti.

CHECK!
Sebelum tidur, check list korang. Tengok mana yang belum siap, yang dah siap. Aku jamin selalunya hari pertama, kalau ada 10 benda nak buat, korang akan settle 1 saja. *akulah tu dulu. hahahah~~* Jangan risau, by the time, korang akan rasa lebih bertanggungjawab untuk siapkan kerja, especially bila tengok senarai tu makin sikit.

Simple, kan? Setiap minggu & hari-hari aku akan tulis apa yang perlu aku buat. Tujuan utama adalah supaya aku tak kelam kabut dan panik tak pasal-pasal. Lupa itu, lupa ini. Bila tengok check list dah bertanda right semuanya, gerenti korang rasa lebih bersemangat & tak sabar-sabar nak settle kerja hari esok. Truthfully, memang berkesan untuk aku yang selalunya ada lebih kurang 15 ke 20 things-to-do dalam masa sehari.

Just keep it simple, that's the secret~ Selamat mencuba! :)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS