photo allkarya_zpsxsfjfgmj.png

Bermula Daripada Pena Penghujung Mata, Dia Mula Mencetus Ilham Dan Menyusun Kata. Setiap Lorekan Mengandungi Bicara Yang Terkandung Seribu Satu Rahsia. Hanya Di Sini Dicurahkan Rasa Hati, Pendapat Peribadi Tentang Hakikat Duniawi Dan Di Sana, Alam Yang Kekal Hakiki.


- Weeda Airiza -



Januari 2013

Assalamualaikum, Selamat Petang!

Alhamdulillah, walaupun dah terlewat sangat nak ucap Selamat Tahun Baru, saya tetap nak ucap kat sini Selamat Tahun Baru buat semua. Bulan ni saya agak sibuk dengan pelbagai perkara sampai saya dah lupa rumah kat sini. Muehehe~ Terlalu banyak perkara yang menuntut kesabaran saya dalam bekerja dan result yang saya dapat adalah demam + selsema + batuk + sakit tekak yang berpanjangan sampai seminggu lebih lamanya!

Banyak benda yang saya nak cerita tapi tak terluah angkara sakit yang agak lama. Antaranya trip saya ke Tawau - Semporna - Pulau Mabul~ Weeee syoknya! Saya rasa macam nak pergi lagi :D Saya akan ceritakan semua pengalaman saya untuk dikongsi. Seriously, best sangat! Rasa tak nak balik Semenanjung. Kekeke~ Apapun, bulan ni memang bulan yang mencabar buat saya selain daripada dapat pergi bercuti.

Bulan ni juga menyaksikan kelahiran dua baby saya iaitu novel CINTA 2U DOT MY dan juga JIRANKU, MR CENDAWAN! Alhamdulillah. Syukur. Kehadiran mereka telah melengkapkan profil karya saya sekarang yang berjumlah 5 buah. :) Terima kasih buat mereka yang sentiasa ada di sisi di saat saya jatuh dan bangun. You know who you are :) Especially untuk para pembaca karya saya. Walaupun nama saya tak besar mana, tapi kehadiran pembaca2 yang menggemari karya saya sudah cukup buat saya mengukir senyuman. :)

Di lain entri, saya akan ceritakan pengalaman bercuti saya, okey? :)

on the way ke Mabul Island!~ Subhanallah, air laut sangat jernih :)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS