photo allkarya_zpsxsfjfgmj.png

Bermula Daripada Pena Penghujung Mata, Dia Mula Mencetus Ilham Dan Menyusun Kata. Setiap Lorekan Mengandungi Bicara Yang Terkandung Seribu Satu Rahsia. Hanya Di Sini Dicurahkan Rasa Hati, Pendapat Peribadi Tentang Hakikat Duniawi Dan Di Sana, Alam Yang Kekal Hakiki.


- Weeda Airiza -



Yang Malas Menaip.

Tajuk entri bukan main lagi, Yang Malas Menaip. Habis tu, yang menaip sekarang ni siapa? Ahahaha. *lame* *Terkebil-kebil* Sebenarnya saya tak tahu nak taip apa sebab dah lama sangat rasanya tak menjejakkan jari ke sini. Bukan tiada cerita, tetapi saya sendiri tak tahu nak cerita apa. Hahaha.. Kesibukan kerja memang bukan alasan untuk malas menaip sebenarnya tapi tulah hakikatnya. Awal 2013 ni saya mengalami sindrom kemalasan menaip di papan keyboard *oh noooooo*

Secara jujurnya, saya diberi ujian sakit yang agak panjang. On dan off, jadi mood saya memang ada kalanya merundum. Saya lebih suka berseorangan, mendiamkan diri sambil melakukan perkara yang saya suka seperti membaca. Dah hampir dua bulan jugalah saya 'bertapa' di rumah. Hanya sesekali keluar berjumpa sahabat2 dan juga menghadiri sesi temu mesra novelis. Terima kasih kepada yang hadir berjumpa saya sebelum ini di Karangkraf Mall, Karnival Karangkraf, MPH Alamanda & juga Kolej Uniti Port Dickson!

Entri ni saya malas nak cerita pasal manuskrip akan datang *dasar pemalas* Agaknya berapa banyak perkataan malas yang saya dah tulis sampai sini? *mesti ada yg nak kira tu, kan? kan?? hehehe* Apapun, saya agak excited sebenarnya nak tunggu penghujung Mac ini sebab in shaa Allah, saya akan say 'Goodbye Malaysia'. *ouch! omputih sangat...* Ke mana saya nak pergi? Hehe Adalah, tunggu ya! Kali ni kena juga buat entri next holiday ni. Bukan apa, bila tak tulis, mesti nanti saya lupa aktiviti apa yang saya dah buat, kan?

Tadaaaa~ Hint 'Goodbye Malaysia'.
Kalau betul teka, hadiahnya saya akan bagi ole-ole dari tempat itu ;)
Teka kat bahagian komen kalau nak cuba. Saya serius ni, tau! :D

kredit kat Mr Google yang terchenta~

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

1 comments:

eimai.sitizulaika.CEO.Vassilias.Vassilisa said...

I surmise that it could be in the European continent hehe ;)