photo allkarya_zpsxsfjfgmj.png

Bermula Daripada Pena Penghujung Mata, Dia Mula Mencetus Ilham Dan Menyusun Kata. Setiap Lorekan Mengandungi Bicara Yang Terkandung Seribu Satu Rahsia. Hanya Di Sini Dicurahkan Rasa Hati, Pendapat Peribadi Tentang Hakikat Duniawi Dan Di Sana, Alam Yang Kekal Hakiki.


- Weeda Airiza -



V.I.P Anniversary Event. 1001 Kisah.

Assalamua'laikum, Selamat Malam!

Cerita trip dah habis ya! Jom saya nak cerita pula beberapa excitement yg berlaku pada saya dalam bulan April lepas. Tengok tajuk, mesti ada yg hairan ataupun ada yg dah tahu ataupun ada yg fikir, apa bendalah pula V.I.P ni? Very Important Person? No no no... It's Versatality In Performances. *hah!~ terkeluar terus bahasa penjajah hehe* Maksudnya? Huh? Kepelbagaian dalam persembahan :)


Dipendekkan cerita, untuk event ini, saya menjadi Emcee sekali lagi. Ya, diulang, Emcee ataupun bahasa biasanya, juruacara. *uhuks janggal sungguh guna sebutan ni -__-* Kalau tak silap, saya dah almost 4 tahun kot jadi MC utk kebanyakan majlis anjuran kelab peminat artis nan seorang ini. Al-kisahnya, terjun dalam bidang pengacaraan *eh! statement over :p* bukanlah sesuatu yg saya minat pun. Disebabkan dah takde org nak volunteer, sayalah kena undi sebulat suara tanpa bertanding! :( *sobs*

Jom saya cerita sikit. Sebenarnya masuk tahun ni, saya dah 9 tahun menjadi event organizer bersama sahabat2 saya yg lain. Kami menjadikan kerjaya tambahan ini sebagai salah satu cabang sosial yg dapat mengurangkan rasa stress bekerja. *tipulah kalau organize event pun tak stress -__-* Dari sini, saya sendiri banyak belajar cara untuk lebih fokus dan lebih detail dalam melakukan sesuatu pekerjaan. Banyak pengalaman yg saya dapat belajar. 

credit : fatin :) ye, saya sedang jadi MC hehe~

Event bermula jam 2.30 ptg pada 28 April yg lalu. Saya sendiri tiba dalam jam 2.30 ptg akibat kesesakan jalan raya di hadapan Sogo. *huhu, maaf sangat2* Syukur alhamdulillah, dapat parking kereta dgn mudah. :) Truthfully, event kali ni mmg saya langsung takde cue card. Entah kenapa. Selalunya saya prepare dulu tapi kali ni saya nak cuba go with the flow. Apapun, guideline schedule tetap ada utk saya rujuk dari semasa ke semasa.

sebahagian yg hadir

Sampai saja, saya dapat berita yg buat saya garu kepala. Sepatutnya mereka tiba dgn flight hari tersebut tetapi apakan daya, kita hanya mampu merancang. Atas sebab2 tak dapat dielakkan, 3 org drpd ahli kumpulan iaitu Yandy, Marlon dan Amen tidak dapat turut serta. Saya hanya mampu tersenyum sambil mendoakan agar mereka yg hadir boleh menerima situasi ini. Lagi 2 org anggota pula iaitu Adam dan Afiq, saya difahamkan dalam perjalanan. Seorang di dalam flight, seorang lagi masih di dalam kereta.

siapa cam? inilah afiq, hero dalam teaser saya, Cinta 2U Dot My! ;)

Saya teruskan event dgn rasa gembira apabila melihat wajah2 peminat *bukan peminat saya tau~ hehe perasan!! tp peminat VIP :D* yg hadir beramai2 utk memeriahkan suasana disamping berjumpa dgn artis2 yg mereka minati. Pelbagai acara games telah berlangsung termasuk sesi suai kenal, lucky draw dan makan2. Alhamdulillah. Tak lama kemudian, Afiq tiba dan dia disambut dgn sorakan oleh peminat2. *kesian dia kene buli!! kekeke* Saya meneruskan acara sambil menjeling jam yg hampir menunjukkan angka 4. Adam masih belum sampai! *pengsan* 

musical chair! saya paling tak suka acara ni tapi sebab saya MC, saya suka buat acara ni! muahaha :p

Bisik saya pd sahabat yg saya dh anggap mcm kakak sendiri, "Kak, mana Adam? Flight belum touch down ke?" Kak Weina mengangkat bahu, sebagai tanda belum mempunyai jawapan yg pasti. *erk!  saya dh tak senang duduk masa ni* Ouh ya. Kebanyakan yg hadir adalah peminat setia Adam sejak AF2 lagi. Ada juga yg tidak pernah bertemu dan menjadikan event ini sebagai tempat pertama pertemuannya. Namun, berita tergempar yg diterima, terpaksa saya telan dgn pahit. *terus migrain* Dia masih di Sabah - Ayat yg membuatkan saya macam nak tergolek ke lantai! *pengsan balik*

Sebagai MC, saya mula jadi risau atas feedback yg bakal saya terima dan yg lebih risau, bagaimana agaknya perasaan mereka yg datang dr jauh seperti Pahang, Terengganu, Perak dan Melaka dapat menerima kenyataan ini? Pelbagai persoalan berlegar dalam kepala saya. Explanation drpd Adam buat saya menarik nafas panjang. Mmg benar, Tuhan yg menentukan segalanya. Saya beristighfar utk mencari kekuatan bagi mengumumkan perkara tersebut. Bukan sng sebenarnya menjadi seorang MC kerana harus mencari jalan untuk melancarkan event tanpa melibatkan perasaan sendiri. *maklumlah, tgh keliru, geram, marah, sedih bla bla bla :p*

terima kasih dan terima kasih :) 

Saya beri peluang Adam bercakap dgn beberapa org peminatnya yg datang dari jauh melalui handphone. Hati saya mula terusik apabila seseorang telah mengalirkan air matanya kerana excitement menunggu 9 tahun utk berjumpa dgn artis kesayangannya akhirnya tidak kesampaian. *argh! touching okey!* Datangnya pula jauh dari Utara. Secara tak sedar, air mata saya pula yg tumpah! *ciskek! habis segala make-up cair -__-* 

Suasana jadi sayu sementara waktu. Hanya suara Adam yg berkumandang melalui PA system kerana saya beri peluang kepadanya utk explain kepada semua. *masa ni saya tgh bayangkan situasi saya sebagai peminat dan juga yg diminati (eh, ada ke minat saya? muehehe) mmg sukar utk dijelaskan, tetapi apa yg pasti, saya faham bagaimana rasanya menjadi peminat yg frust dan mcm mana menjadi seseorang yg frust kerana tidak dapat memenuhi kehendak peminatnya :) sebab tu agaknya saya emo terlebih... hehehe*

Alhamdulillah. Saya happy akhirnya bila semua yg hadir dapat menerima kenyataan. Sesungguhnya manusia hanya merancang dan Tuhan yg menentukan segala2nya. Saya tahu, ada kesedihan dan calar dalam hati mereka. Tipulah kalau tiada. Saya sendiri termenung panjang bila melihat kesanggupan mereka utk datang dan sama2 menjalin silaturrahim baru dgn rakan2 yg ada. *saya sendiri pun terharu bila Pesta Buku tempoh hari, ada yg datang dari jauh semata2 mahu berjumpa dan sign novel saya untuk mereka huhuhu* Apapun, saya bersyukur kerana majlis berjalan dgn lancar dan masing2 tersenyum lebar. Buat mereka yg hadir tempoh hari, saya ucapkan berbanyak terima kasih kerana memahami situasi mereka dan kami.

vip. yandy, adam, afiq, amen dan marlon.

Buat VIP, yg sudah saya anggap seperti adik beradik sendiri, happy 2nd anniversary :) Saya kenal mereka dah lama dan saya ikuti perjuangan mereka utk mencari rezeki. Sebagai kakak/adik, saya kagum dgn semangat juang yg mereka ada. Mereka hanya manusia biasa seperti kita, yg mahu mencari rezeki utk berjaya, yg mahu bertatih menjadi manusia sempurna dan juga yg mahu mencorakkan kehidupan mereka ke arah yg lebih baik. Benar, kadang kala saya mengeluh melihat sikap manusia yg tak habis2 memburukkan sesama manusia. Bukan saja mereka, bahkan org2 lain juga. Saya sendiri pun pernah kena.

Hmm... Alamak! Maaflah terpanjang pula ceritanya. Isk kenapalah saya tak reti langsung nak pendekkan entri? -___- Minta maaf sangat2. Suka sgt saya bercerita sampai lupa diri *erk!* 

Kepada mereka yg bergelar peminat,
Moga sentiasa terus memberikan sokongan buat yg diminati tanpa terlalu menyentuh soal peribadi. Kadang kala, mereka juga perlukan 'rehat' secukupnya terutama setelah digasak oleh pihak media. Moga sentiasa menjadi peminat yg memahami kerana tak semua permintaan kalian dpt ditunaikan. Kadang2 bukan mereka tak nak layan, mungkin sebab letih kerana jadual yg terlalu sibuk. Peminat yg terbaik adalah peminat yg dpt menerima mereka seadanya, sentiasa menyokong dalam setiap kerjaya ykjjjjjjjjjjjjjjjjjjjjjmg mereka lakukan selagi tidak bercanggah dgn agama & kehidupan. :)

Kepada mereka yg menjadi org yg diminati,
Hargailah setiap pengorbanan, semangat dan sokongan yg diberikan oleh peminat. Mereka bukanlah mahukan perhatian yg berlebihan. Cukuplah sekadar memberikan kata2 terima kasih, mengingati mereka seadanya dan sentiasa update cerita kerjaya utk pengetahuan mereka. Hanya lima minit, anda akan membuatkan beberapa ribu orang menjadi gembira :) Menjadi seseorang yg diminati masyarakat adalah bermaksud telah bersedia utk 'mendedahkan' sedikit kehidupan peribadi kerana ingatlah... Tanpa mereka, tidak mungkin kita akan dapat membina kerjaya seperti sekarang.

Saya sedar kini, pengorbanan itu sangat manis jika kena dengan caranya. Terus terang, saya bersyukur mempunyai para pembaca yg sentiasa menyokong karya saya. *tumpang beri ucapan :p* Saya akan terus cuba memperbaiki segala kekurangan yg ada dengan izin-NYA. Segala yg berlaku mempunyai hikmah di sebaliknya. Begitu juga dgn event VIP kali ini. Ada sesuatu telah mengusik jauh di sudut hati saya dan biarlah ianya menjadi rahsia. :) Terima kasih. Saya amat menghargai semua org yg telah menghadirkan diri ke majlis ini. Moga kita akan terus menjadi sahabat :)

teehee~ sempat lagi ada org minta sign :p terima kasih Izan :)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

6 comments:

Nurfatin Atikah said...

Yup,ada sedikit kesedihan dalam hati bila dgr berita tu.. tp apa pun, still happy dgn mcm2 aktiviti :)

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

semoga terus berjaya !!

Weeda Airiza said...

Fatin, thank you very much sbb join ya :) in shaa Allah ada rezeki kita jumpa lagi :) thank u kerana memahami.. :)

Weeda Airiza said...

thank you sgt2 kak :) akak pon moga terus berjaya mencapai cita2 ya! :)

mia izzati said...

bukak blog liyana terjumpa nama weeda..emm saya rasa masa zaman adam dulu..awak orang2 kuat adam dulu kan..

Weeda Airiza said...

Hehehe ya Mia, saya salah seorang org2 kuat kelab peminatnya dulu smpi sekarang hehe ;)