photo allkarya_zpsxsfjfgmj.png

Bermula Daripada Pena Penghujung Mata, Dia Mula Mencetus Ilham Dan Menyusun Kata. Setiap Lorekan Mengandungi Bicara Yang Terkandung Seribu Satu Rahsia. Hanya Di Sini Dicurahkan Rasa Hati, Pendapat Peribadi Tentang Hakikat Duniawi Dan Di Sana, Alam Yang Kekal Hakiki.


- Weeda Airiza -



Entri Berhabuk.

Assalamua'laikum dan Selawat kpd Baginda Rasulullah S.A.W.

Ya!! Entri yang sangat berhabuk. Haih. Semakin malas pula saya untuk update blog. *mungkin sebab ada Facebook, hari-hari letak status di sana* Sebenarnya, tak berapa nak best macam kita tulis blog kat sini. Kalau nak panjang berjela-jela, mestilah kena tulis kat sini, kan? Kalau tidak, mesti penuh timeline sahabat-sahabat saya di Facebook. Hihi.

Nak cerita apa ya? Okeylah. Saya nak cerita fasal novel terbaru. Err. Memang lepas Cinta 2U Dot My, saya belum ada novel baru. Kali ini memang pergerakan penulisan saya sedikit slow. Mula-mula target tunda menulis lepas balik umrah. Lepas tu bila masuk Ramadhan, nak concentrate puasa. Kemudian raya. Habis raya, nak rehat sekejap. Sedar-sedar dah bulan Oktober!!! *pengsan*


Sekarang masih struggle menyiapkan separuh lagi perjalanan. Ditambah pula pejabat yang tiba-tiba tengah sibuk macam tiada ruang untuk hari esok. Akhir Disember ini pula saya bakal menerima seorang adik ipar, maka lagilah saya sibuk menyiapkan adik bujang saya nan seorang itu! Busy saya mengalahkan pengantin. Muahaha. Mujurlah kenduri bulan Mac tahun depan.

InshaAllah saya cuba juga buat yang terbaik. Jalan cerita semua dah ada. Cuma pemalas nak taip dan cari ilham menulis saja. *itu dinamakan writer's block atau lazy writer muahhaaha* Oh ya! Sabtu lepas telah berlangsung event novelis dan para reader yang dikasihi :D Nanti saya cerita lebih lanjut di entri selepas ini. *moga-moga bukan entri tiga hingga empat bulan akan datang -__-* 

Saya juga nak sambung sikit entri umrah yang lepas. 
Ya, masih berhutang cerita dengan kalian :) 

Wassalam...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments: