photo allkarya_zpsxsfjfgmj.png

Bermula Daripada Pena Penghujung Mata, Dia Mula Mencetus Ilham Dan Menyusun Kata. Setiap Lorekan Mengandungi Bicara Yang Terkandung Seribu Satu Rahsia. Hanya Di Sini Dicurahkan Rasa Hati, Pendapat Peribadi Tentang Hakikat Duniawi Dan Di Sana, Alam Yang Kekal Hakiki.


- Weeda Airiza -



Jalan-Jalan 1 Mac

Assalamua'laikum dan Selawat kpd Baginda Rasulullah S.A.W.

Sekejap saja dah masuk 1 Mac. Rasa macam baru semalam sambut tahun baru 2014. Huhu~ Tahun ni memang tak ada simpan azam, tak ada buat impian dan juga tak ada rasa nak rancang apa-apa. Cuma berusaha sebaiknya dan redha dengan ketentuan yang telah ALLAH sempurnakan buat kita. Tarikh hari ini adalah waktu bermulanya kerjaya saya sebagai seorang penulis secara serius.

Saya telahpun meletakkan jawatan sebagai Senior Interior Designer & sekarang mengambil keputusan untuk menjadikan kerjaya itu sebagai part-time saja *sedih! tapi dah masuk 30an ni, rasa macam tak mampu nak buat banyak kerja -.-* Semoga penghijrahan ini memberikan kebaikan terhadap diri ini yang masih lagi mencari jalan untuk membina kekuatan hati.

Okey! Apa cerita hari pertama bulan ini? Sejak awal pagi lagi saya dah bangun dan bersiap untuk mengikut mommy ke kenduri di Desa Pandan. Sepatutnya selepas itu kami ke Kelana Jaya tetapi disebabkan jammed yang teramatlah sangat di sepanjang MRR2, kami buat keputusan untuk berpatah semula ke Bangi dan menghadiri perasmian butik AisyahScarf.

perasmian butik oleh duta aisyahscarf, novelis popular laila kamilia, selebriti dazrin (tunjang utama drama cinta pandang ke-2) dan juga owner aisyahscarf yang sweet! :)

Rambang mata you! Hampir terkeluar soket mata bila tengok pelbagai tudung yang berwarna-warni dan tersangatlah cantik! Sementara menunggu perasmian, saya dan mommy berjalan ke hulu dan ke hilir untuk melihat koleksi-koleksi tudung yang boleh dibeli dengan harga yang berpatutan!~ *sambar jugalah 2-3 helai! hihihi* Masa ni ambil kesempatan juga untuk berborak dengan kak Laila Kamilia yang comel itu dan kak Rozita Abd Wahab yang juga merupakan seorang novelis Grup Buku Karangkraf.


barisan novelis dan juga retis!~ baru sedar perkataan CUTE itu dipegang oleh diri ini *perasan-dalam-diam* :p perhatian ya, misai tu memang dia yang pilih sendiri~ kami pun main grab saja apa yang ada depan mata, hehehe~

rasa macam kelakar tengok gambar ni. tak tahu kenapa. candid! :p

Tak lama lepas tu muncul pula novelis Murni Aqila~ Waduh!~ Havoc sekejap suasana kat situ bila kami busy mengambil gambar. Bukan senang okey nak ambil gambar dengan duta tudung! *lari~~ sure kena kejar dengan kak laila kalau dia baca entri ni kwang3~* Selain menikmati diskaun *itu yang paling best!*, sempat juga menikmati dessert di candy bar yang memang nyata marvellous rasanya! Terima kasih kepada kak Laila yang menjemput kami semua ke sini :)

saya, mommy dan dazrin~

Ini kali kedua saya jumpa pelakon Dazrin. Kali pertama sewaktu di Karnival Karangkraf dahulu. Dazrin adalah seorang yang happy go lucky dan memang tak sombong dengan orang-orang sekeliling. Moga dia masih begitu walaupun dah popular nanti :) Setakat ini, dia adalah antara aktor kegemaran saya selain daripada Amar Asyarf dan beberapa orang pelakon lain lagi~ *bila nak tulis, mesti lupa nama -.-*

inilah novel cinta pandang ke-2 oleh novelis laila kamilia. dramanya diinspirasikan daripada kisah novel ini, jangan lupa tengok tau! best sangat!! ;)

Drama Cinta Pandang ke-2 ni boleh buat saya melekat tengok selepas cerita Setia Hujung Nyawa! Kisahnya menarik dan saya suka dengan semua pelakonnya yang nampak natural~ Tahniah buat kak Laila dan team Cinta Pandang ke-2!~ Minggu ini adalah minggu akhir drama Cinta Pandang ke-2. Siapa yang terlepas tengok, boleh tengok di tonton.com.my okey? Sehingga berjumpa lagi! :D

Wassalam...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments: