photo allkarya_zpsxsfjfgmj.png

Bermula Daripada Pena Penghujung Mata, Dia Mula Mencetus Ilham Dan Menyusun Kata. Setiap Lorekan Mengandungi Bicara Yang Terkandung Seribu Satu Rahsia. Hanya Di Sini Dicurahkan Rasa Hati, Pendapat Peribadi Tentang Hakikat Duniawi Dan Di Sana, Alam Yang Kekal Hakiki.


- Weeda Airiza -



Bersarang

Assalamua'laikum dan Selawat kpd Baginda Rasulullah S.A.W.

Baru hari ini terbuka kembali hati untuk update blog yang... ya, semakin bersarang! Muehehe. Bukan tak ada cerita, berlambak sebenarnya tapi jemari ini sangat lazy untuk mengetuk keyboard. *padahal di facebook kemain lagi mengetuk muahaha*evillaugh* 

Belum terlambat lagi rasanya untuk saya mengucapkan selamat berpuasa kepada semua :) Alhamdulillah, rezeki kita daripada ALLAH SWT untuk sekali lagi bertemu dengan Ramadhan yang mulia. Semoga bulan ini akan menjadi pencetus kepada kita untuk menjadi lebih baik lagi, insyaALLAH. Cubalah kita sama-sama istiqamah melakukan apa yang diperintahkan-NYA dan menjauhi larangan-NYA.

*terpesona melihat abang kartun yg depan sekali ni waaaa*

Oh ya. Kesempatan ini saya nak ucapkan berbanyak terima kasih kepada semua yang sudi memiliki karya terbaru saya, MEMANG DIA ORANGNYA! Alhamdulillah, feedback yang diterima semuanya membuatkan saya tersenyum sampai ke telinga. *hugskisseshugskisses* Ada beberapa orang telah memberikan review tetapi saya belum sempat nak post. Boleh juga lihat di Instagram milik saya *kliksini*

InsyaALLAH, lepas ni saya cuba update blog hari-hari. *wah~ berjaya atau tidak, tunggu saja kekeke~* Kalau dulu, saya memang suka sangat menulis diari tetapi entah kenapa, semakin menginjak dewasa, *threeseriesokey!* saya semakin malas untuk mengabadikan tinta pada buku diari. Apakah ini faktor umur? Mungkinlah. Hahaha~ Yang pasti, insyaALLAH saya akan terus menulis selagi dizinkan oleh Yang Maha Esa. Amin... Salam kasih dan sayang buat semua pembaca :)

Wassalam...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments: