photo allkarya_zpsxsfjfgmj.png

Bermula Daripada Pena Penghujung Mata, Dia Mula Mencetus Ilham Dan Menyusun Kata. Setiap Lorekan Mengandungi Bicara Yang Terkandung Seribu Satu Rahsia. Hanya Di Sini Dicurahkan Rasa Hati, Pendapat Peribadi Tentang Hakikat Duniawi Dan Di Sana, Alam Yang Kekal Hakiki.


- Weeda Airiza -



Ramadan 1436

Assalamua'laikum dan Selawat kpd Baginda Rasulullah S.A.W.

Saya memerlukan masa hampir 5 minit untuk menaip intro entri ini -.- Semua gara-gara kapasiti komputer yang menjadi semakin lemah, walhal kalau ikutkan komposisinya memang power! *sebab pemilik dulu - adik lelaki saya - adalah seorang games designer* Hmm, adalah tu yang tak kena. *cakap ajelah tak reti jaga komputer sendiri muahahaha* Mengenangkan saya sedang berpuasa, maka... tabahkanlah diri!

Alhamdulillah, sekali lagi kita dapat menunaikan ibadah puasa tahun ini. Syukur, semoga segala ibadah yang kita lakukan akan diterima oleh ALLAH SWT. Belum terlambat sekiranya saya nak juga ucap selamat berpuasa kepada semua sahabat Muslim. *padahal dah 2 minggu puasa -.-* Maafkan saya yang memang culas mahu update blog. *ada ke sebenarnya orang baca?*

Sebetulnya, bulan Ramadan kali ini terasa sangat mencabar. Saya sendiri tak tahu kenapa. Saya sedar, saya lebih malas dari tahun lepas. Allahu... Ujian. Bulan ini juga saya telah kehilangan nenek saudara saya. Arwah meninggal dunia hari Jumaat lepas, penghulu segala hari pada bulan Ramadan :') Sebak. Mengenangkan masakan tradisinya, dendeng daging yang memang marvellous tak dapat lagi nak dirasai. Al-Fatihah untuk arwah Khatijah Dirun.

Seperti yang saya sebut tadi, kemalasan melanda untuk kesekian kali. Tahun ni juga kami malas buat biskut raya. *ekstrem dah tu rasanya :p* Bukan apa, kasihan pada oven dan microwave. *alasan! hahaha~* Maka, dengan kemalasan tu membuatkan saya menjadi semakin malas untuk update social network. Kadang-kadang saya rasa teknologi lebih menyusahkan diri. *pada sayalah...*

InsyaALLAH lepas ni saya nak tumpukan blog pula. Instagram akan di delete. Twitter masih ada. Facebook juga ada untuk sesi temu mesra peminat. *lols. perasan.* Malu pula rasa tengok blog selalu bersarang, walhal nama pun penulis. Sepatutnya lebih rajin mengetuk keyboard, tapi apakan daya, lebih rajin menghadap drama! *isk... cannot... cannot...*

Semoga berjumpa di entri akan datang. *tengah fikir nak cerita apa lepas ni.*

Wassalam...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments: