2018_allkarya

Bermula Daripada Pena Penghujung Mata, Dia Mula Mencetus Ilham Dan Menyusun Kata. Setiap Lorekan Mengandungi Bicara Yang Terkandung Seribu Satu Rahsia. Hanya Di Sini Dicurahkan Rasa Hati, Pendapat Peribadi Tentang Hakikat Duniawi Dan Di Sana, Alam Yang Kekal Hakiki.


- Weeda Airiza -



Berubah Demi Diri.

Huh? Tajuk yang skema dan penuh motivasi. Ngee~ Apa yang berubah? Diri sendiri? Kerana apa? *banyak pulak soalan!* Okey, aku just nak cerita pendek, tak mahu panjang-panjang, nanti korang tidur *zzzzzz* Tidaklah aku mahu berkhutbah, tetapi saja mahu berkongsi tentang apa yang aku rasakan lately ni, tentang kehidupan dan juga perubahan ke arah yang lebih baik.

Semua orang ingin berubah. Yes! Siapa yang taknak tu, bukan manusia namanya. Change yourself to become a good people! Bukan senang sebenarnya nak berubah. Perubahan drastik juga kadang-kala tak menjanjikan apa-apa. Lebih elok, slow and steady. Aku sebenarnya dah lama fikirkan hal ini. Mahu berubah menjadi insan yang lebih baik, cemerlang dan juga solehah. Tapi, dugaan sentiasa melanda. Kadang-kadang taklah sebesar mana pun masalah yang datang, tapi bila dah hari-hari kena, sakit juga tu.

Puas aku cari jawapan sehinggalah seorang sahabatku memberikan sepotong ayat dan menyebabkan aku terus termenung. "Kalau seseorang itu menyakiti hatimu dan membuatkan dirimu menjadi tidak baik, maka lepaskanlah dirimu daripada bersahabat dengannya. Buat apa kita berkawan kalau hati kita sering disakiti?" - Mr S. Terima kasih sahabat :)


Maka, aku memutuskan untuk berundur perlahan-lahan daripada segala apa yang boleh buat aku terleka. Memang sukar. Ya, amat sukar apatah lagi bila niat ikhlas kita diuji. Aku tahu, ramai di luar sana mahukan perubahan, kan? Tabahkanlah diri, sekurang-kurangnya Tuhan telah memberikan petunjuk buat kita dan bersyukurlah kerana kita salah seorang daripada mereka yang terpilih untuk diberi hidayah daripada-NYA.

Semenjak dua menjak ini, ramai sahabat aku telah mengalami penghijrahan ke arah kehidupan yang lebih baik. Syukran jazilan ya ALLAH. Benar, sampai bila kita mahu berada di takuk yang sama? Tak kiralah demi kehidupan, kejayaan atau apa-apa saja. Ini semua untuk diri sendiri, bukan orang lain kerana kita adalah kita dan kita juga yang merencanakan diri kita untuk masa depan dengan izin daripada-NYA. :)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments: