2018_allkarya

Bermula Daripada Pena Penghujung Mata, Dia Mula Mencetus Ilham Dan Menyusun Kata. Setiap Lorekan Mengandungi Bicara Yang Terkandung Seribu Satu Rahsia. Hanya Di Sini Dicurahkan Rasa Hati, Pendapat Peribadi Tentang Hakikat Duniawi Dan Di Sana, Alam Yang Kekal Hakiki.


- Weeda Airiza -



Showing posts with label Novel. Show all posts
Showing posts with label Novel. Show all posts

Novel Baharu

Assalamua'laikum dan Selawat kpd Baginda Rasulullah S.A.W.

Setelah lama tidak menjengah laman web sendiri, baharulah saya perasan tahun ni saya langsung tak menaip kat sini! *cubit pipi sendiri* Tak tahu nak taip apa selain daripada nak mengumumkan akhirnya saya beranak satu lagi! kekeke~~ Taraaaaaaaa~~


Saya jual cinta! Siapa yang sudi nak beli? kekeke~ Terimalah buah tangan terbaharu daripada saya, JUAL BELI CINTA. Masih mengekalkan genre komedi romantik. Kali ini saya cerita tentang dua orang watak utama yang mempunyai darah kacukan. Aaron Faiq Lee dan Airin Zulaikha Shane. Check out sinopsis di bawah ya! InsyaAllah esok lusa saya akan cerita tentang novel ini dengan lebih lanjut. 

Kepada yang berminat, boleh juga singgah di Ilham Karangkraf. Saya dah update bab 1 sampai bab 35 di sana. ^_^ Bab 35 adalah bab akhir ya. Selainnya boleh baca novel ni. Untuk pengetahuan, novel ni dah mula dijual masa Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur lepas. Terima kasih banyak kepada yang sudah mendapatkannya! *hugskisses* Semoga terhibur membaca ^_^

Ilham Karangkraf

Sinopsis :

Kenangan silam yang pahit memang parah! Lagi-lagi kalau pernah putus cinta. Lebih sakit, kalau lelaki itu selamba pergi tanpa salam terakhirnya! Geram! Puas Airin Zulaikha Shane mencari di mana buah hati pengarang jantungnya. Kepulangannya ke Malaysia hanya menambah rajuk di hati. Lelaki itu tetap tidak ditemui. 

Namun, dalam diam... Zulaikha mula mendambakan Razif, jejaka yang ditemui secara tidak sengaja saban tahun. Siapa sebenarnya dia? Sekejap ada, sekejap tak ada. Misteri betul! Dalam masa yang sama, Aaron Faiq Lee pula dilanda rebut taufan dalam jiwa. Dipaksa kahwin dengan Shiela memang dia tidak gemar! Macam dalam drama katanya. 

Persahabatan akrab antara Faiq dan Zulaikha yang bermula akibat perlanggaran troli, mencetuskan idea yang tidak disangka. Daripada bestfriend yang berkongsi suka dan duka, Faiq menghulurkan lamaran yang tidak disangka. Zulaikha sudah garu kepala. Siapa sebenar jodohnya? Ah, buang masa! Zulaikha memaksa dirinya menepis bayangan Razif dan beralih kepada idea gila Faiq. 

“Faiq, jom kita kahwin!”

Wassalam...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Memang Dia Orangnya!

Assalamua'laikum dan Selawat kpd Baginda Rasulullah S.A.W.

Alhamdulillah. Secara rasminya, kini saya sudah memiliki sebuah lagi baby baru! Bukan seorang ya. Sebuah! Hahaha~ Seorang itu masih belum tiba dan tidak mungkin tiba selagi saya belum diijabkabulkan dengan 'dia' yang telah ditetapkan ALLAH. Bila? Jangan tanya. Sebab saya sendiri pun belum jumpa :)

awak adalah cinta pertama saya. ingat, saya sayang awak!

Taraaa!! Inilah dia rupa baby baru itu. Hehehe~ Truthfully, saya gembira. Saya bersyukur kerana baby ini dilahirkan tanpa komplikasi yang sukar. Karya kali ini memakan masa yang agak lama kerana saya mempunyai banyak agenda dari tahun lepas. Kali ini juga bergenre komedi romantik dengan bahasa dan gaya yang santai serta mudah difahami, insyaALLAH.

Memang Dia Orangnya! mengisahkan Azeem dan Hani yang pernah bertemu pertama kali di hadapan pintu pak guard universiti. Ada adegan menarik bakal berlaku di situ di mana hati mereka kemudiannya dijentik perasaan sayang. Orang kata, mana ada manusia jatuh cinta sudden macam tu saja, ye ke? Lain bagi Azeem dan Hani. Mereka jatuh cinta pandang pertama you! Terus melafaz janji setia hari tu juga! *haruuuu!*

Hari yang mereka janji untuk bertemu kembali itu tiba tapi sayangnya Azeem mungkir janji dan hilang macam tu saja. Hani mula rasa kesal dan sakit hati sampai satu dekad lamanya! Yelah, cinta pertama. Mesti tak boleh lupa, kan? *orang yang tulis ni pun sama. eh.* Yang penting, cerita ini bukan cerita saya. Hahaha~ Inspirasi? Ilham ini tiba-tiba saja datang masa tahun lepas. Kalau tak salah, masa tu saya tengah conteng-conteng kertas dan buat mapping watak.

Okey, berbalik pada cerita, akhirnya Hani dan Azeem bertemu kembali tetapi ketika ini Azeem menjadi pengurus pembinaan spa mama Hani. Kebetulan, Hani yang perlu mewakili mamanya untuk projek ini. Mereka kenal tetapi mereka berpura-pura. Huh? Kenapa eh? Azeem dengan rasa serba salahnya. Hani pula dengan rasa bengangnya. Azeem nak minta maaf. Hani pula nak hamburkan kemarahan. Tapi kenapa dua-dua diam membisu? Mungkinkah sebab Hani sudah ada orang baru iaitu Nazmi? Ngagagaga~~~

Novel ini akan mula berada di Pesta Buku Antarabangsa bermula 24 April ini di PWTC. Edisi Pesta Buku adalah edisi terhad. Jadi, kenalah datang grab cepat-cepat okey! Penulisnya pun tak dapat pegang lagi tau! *sobs* Kalau nak order, boleh inbox saya di Facebook, okey?

cover novel memang dia orangnya!

Alright, nampak tak di situ ada wajah comel terpampang di belakang cover? Muehehe~ Wajah itu berlainan sedikit daripada penulisnya. *oh, bukan plastic surgery, tetapi make-up terover hahaha :p* Kalau terjumpa saya di PBAKL, tegur-tegurlah ya? Sehingga berjumpa kembali di entri yang akan datang. Saya nak post banyak ni, termasuk peraduan macam mana nak menang novel ini & nak join novelis-novelis untuk sesi Makan Sampai Lebam, Sembang Sampai Pengsan! ^__^

Wassalam...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Perlukah Penulis Dapat Anugerah?

Assalamua'laikum dan Selawat kpd Baginda Rasulullah S.A.W.

Mengancamkan tajuk entri? Hiks~ Perlukah penulis dapat anugerah? *perlu ke?*dengan gaya mata ke atas, tangan di dada* Siapa penulis untuk dapat anugerah? Penulis ni selebriti juga ke? Kenapa penulis pun nak glamour? Layak ke dia orang dapat? Hah~ Itu mungkin antara persoalan yang ada di dalam diri seseorang bila terpandangkan soalan ini.

Sejujurnya anugerah untuk bidang penulisan sudahpun diketengahkan melalui pelbagai bentuk sama ada pertandingan mahupun penghargaan. Pada saya sendiri, *anggap saya bukan penulis* penulis memainkan peranan yang penting dalam membentuk masyarakat dengan menyalurkan ilmu pengetahuan. Bukan hanya penulis novel, tetapi juga penulis pelbagai jenis genre.


Tahun ini, Grup Buku Karangkraf menganjurkan Anugerah Grup Buku Karangkraf 2013 (AGBK2013) dan borang-borang undian telahpun keluar di akhbar Sinar Harian mulai hari ini. *wow~ rasa macam kerat borang ABPH! Hiks~* Justeru, sesiapa yang mahu penulis kesayangan mereka memenangi anuugerah-anugerah yang dipertandingkan, bolehlah mula beli akhbar ya! *err... saya tak tercalon untuk tahun ni, harap maklum hihi*

Sebenarnya saya nak cerita panjang mengenai persoalan penulis dan anugerah ini tetapi adalah lebih baik saya repost saja kata-kata Wayang Minda yang saya setuju secara keseluruhannya :)


APAKAH PENULIS PERLUKAN ANUGERAH? 

Esok, Grupbuku Karangkraf memulakan pencarian untuk memberi anugerah kepada para penulis melalui Anugerah Grupbuku Karangkraf atau AGBK. Tujuan utama anugerah ini adalah untuk memberi pengiktirafan kepada para penulis. Siapa yang mengiktiraf mereka? Para pembaca. Anugerah Penulis Pilihan, Buku Pilihan dan Penulis Harapan dengan 16 kategori lain pasti meriah. 

Peminat bukulah yang akan memilih dan membuat keputusan siapakah yang selayaknya menerima anugerah-anugerah itu. Kerja penulis buku bukannya mudah. Ia kerja yang payah yang memerlukan disiplin kental. Perlu istiqamah kata orang, untuk menyiapkan sesebuah buku. Berminggu, berbulan malah bertahun mereka tunduk menghadap komputer. Mereka bukan manusia biasa. 

Jika setakat menulis tiga empat baris ayat seperti di dalam instagram atau facebook, itu semua orang boleh buat. Jika menulis 10 para menjadi sebuah artikel, itu ramai orang boleh lakukan. Tetapi menulis beratus-ratus para, 200 hingga 600 halaman bukan boleh dilakukan oleh semua orang. Hanya orang yang benar-benar berminat sahaja yang sanggup lakukan. Ia adalah marathon fikiran. 

Siapa sanggup menulis begitu terperinci, menceritakan sesuatu ataupun menghuraikan sesuatu dengan panjang lebar? Selagi penulis tidak mengakhiri tulisannya dengan perkataan ‘tamat,’ selagi itulah apa yang ditulisnya akan membayangi setiap langkahnya, mengintai di waktu senggangnya dan mengusik tidurnya. Dan, apabila seseorang penulis membuat noktah di hujung ayat akhirnya, ia umpama seorang ibu yang melahirkan seorang bayi. 

Seluruh tenaga mengandung idea dapat dilepaskan dengan kelahiran sebuah buku. Namun, apakah penulis perlukan anugerah? Penulis menulis kerana dia berminat. Bukan duit yang dikejar. Jika wang dimahunya, lebih baik buat kerja lain yang cepat mendatangkan wang ringgit. Kerana minatlah dia bersengkang mata mencurahkan apa yang bertakung di mindanya untuk khalayak. Itulah kepuasan baginya.

Kerana itu, penulis tidak perlukan anugerah. Tetapi sebaliknya, golongan pembaca yang menatap karya mereka, yang memperoleh ilmu, yang terinspirasi dan termotivasi, malah terhibur dengan sesebuah buku itulah yang seharusnya meraikan penulis dengan memberi mereka anugerah itu.

Anugerah itu sebagai tanda penghormatan kepada manusia unik yang telah menyuntik sesuatu yang hidup di fikiran, hati dan jiwa mereka. Justeru itu, apresiasi pembaca melalui pemilihan dalam Anugerah Grupbuku Karangkraf adalah salah satu caranya.

Wassalam...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Jiranku Mr. Cendawan!

Assalamualaikum, Selamat Malam!

Alhamdulillah, novel remaja saya yang bertajuk 'Jiranku Mr Cendawan!' bakal diterbitkan tidak lama lagi.  Tersenyum saya lihat covernya yang begitu ceria. Terima kasih yang teramat buat editor saya, Norfilzah,  pereka grafik, Tengku Safrina, pelukis ilustrasi, Tan Teck Hwa dan warga Unit Teen@Prima, Grup Buku Karangkraf. I'm so happy, really. :)

klik untuk lihat dengan lebih jelas

Jom baca apa kisahnya!

Dhany dah pulang? 

Yeay! Tak sabar rasanya Fazura menunggu kepulangan Jiran a.k.a teman baiknya yang berhijrah ke luar negara. Namun, persahabatan yang ingin dijalin kembali menjadi porak peranda kerana Fazura terkejut melihat perubahan Dhany. Betulkah itu dia? Tapi kenapa? 

Fazura keliru. Puas Dhany berusaha mahu berkawan semula tetapi Fazura menolak! Adakah Dhany merasakan sejenis kulat bernama cendawan boleh membuatkan mereka berkawan semula? Dapatkah Fazura menerima kehadiran Dhany sebagai kawan baiknya kembali sama seperti dahulu?

Ya, ceritanya memang ada kena mengena dengan cendawan. Selain daripada cerita mengenai persahabatan mereka, saya selitkan juga informasi tentang cendawan dan pelbagai kisah lucu tentang kulat ini. Hee~ Kenapa saya cerita pasal cendawan? Sebab saya sendiri sebenarnya suka sangat dengan spesis ni! Ahahaha~ Dari sinilah timbul idea untuk saya garap bagi menghasilkan novel remaja yang padat dengan kisah persahabatan, lucu dan memberi pengajaran. :)

Entry Quote
'Bermula dengan niat, segalanya akan pasti.'
~ Weeda Airiza ~

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Novel Bulan November Alaf 21

Maklumat lanjut, boleh layari www.alaf21.com.my :)


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Pembayang Novel Seterusnya - Bhgn 1

Pergh, awal gila aku nak bagi hint. :p Yang sebenarnya, aku tak tahu nak tulis entri apa dah. *sebulan off blog, lepas tu mengada nak buat entri banyak-banyak! :D* Timbullah idea untuk aku menulis serba sedikit dan berkongsi idea untuk novel akan datang. Buat masa ni, tak dapat nak cerita panjang-panjang sebab karya tu sendiri masih dalam pembikinan. InsyaALLAH, cuba menghabiskannya secepat mungkin untuk terbitan 2013. Moga karya selepas ini diterima sepertimana Sayang 3 Dalam 1 dan Nyanyian Syahdu ;)


Anyways, gambar bawah ni adalah hint kepada novel aku seterusnya. Setiap kali aku buat entri, aku akan letak hint baru. Muahaha~ Hint-hint ni akan membawa korang berteka teki tentang watak dan juga jalan ceritanya. Novel masih bergenre komedi romantik, ringan, mudah difahami dan mestilah ada pengajaran untuk mematangkan kita dalam kehidupan. Adakah di bawah ini heronya? Jeng Jeng Jeng !


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Promosi Novel

Tara!! Yeay!! Aku dah buka promosi beli novel terus daripada aku. Senang saja untuk sesiapa yang tak berkesempatan mahu ke kedai untuk membeli novel. Aku pun sebenarnya lagi suka tempah online sebab kesibukan waktu menyebabkan segala-galanya nampak macam terkejar-kejar. Jadi, untuk pembaca yang disayangi, boleh tengok banner iklan di bawah ni. Kalau ada sebarang kemusykilan atau apa saja berkaitan, boleh inbox aku di FB atau emel.

Terima kasih banyak-banyak~~~ ^_____^


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Sayang 3 Dalam 1


Alhamdulillah. Akhirnya lahir juga karya kedua aku bersama Alaf 21 Januari ini. 'SAYANG 3 DALAM 1' mempunyai seribu satu makna tersendiri. Kehadiran 3 orang abang yang amat disayanginya sejak kecil lagi dan kemunculan 3 orang jejaka lain mengharu birukan hidup seorang gadis yang bernama Aryana Shafnie. Ingin tahu selanjutnya? Jom tengok sinopsis!

Sinopsis :

Seronok kan bila jadi anak bongsu? Itu yang dirasai oleh Aryana. Macam Dania dalam drama bersiri Awan Dania! Disayangi, dilindungi dan dilayan bagai menatang minyak yang penuh oleh tiga orang abangnya.

Hmm… bila sebut tentang percintaan, Aryana menongkat dagu sambil bingung memikirkan pilihan hati. Pertemuannya dengan Arel sejak pertama kali bersua di dalam lif yang rosak, menyebabkan gadis itu menjadi tidak keruan. Hati jiwangnya mula terusik. Saat Aryana mula mengenal cinta, muncul pula Zafran menagih kasih yang tidak kesampaian. 

Cinta monyet zaman sekolah sudah berlalu dan kini jejaka itu benar-benar menyayangi Aryana. Gadis itu bertambah bingung apabila Aizam cuba mengetuk pintu hatinya yang sudah sedia dipecah masuk oleh orang lain. Amboi, kasih sayang buat dirinya datang bertimpa-timpa, sekali harung!

Mahu atau tidak, kehidupan harus diteruskan. Sekarang, hanya ada satu cara yang harus dilakukan. Fikir dan bertindak! 

The best man wins! 

Hati kata, pilihlah dia. Otak kata, jangan! Hei, kasih… yang mana satu pilihan hatiku?

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Sedutan 1 Nyanyian Syahdu

"Tiada rintihan dapat kuberikan bila memandang wajahmu yang sayu ini. Aku keliru Rul... Keliru dengan persahabatan ini. Apakah yang tersirat di wajahmu itu? Walau hatiku berkata sayang, tetapi mungkin kau tidak pernah mendengarnya. Rul... Aku..."

Benarkah Khazrul masih cintakan aku? Shazrin menahan tangisnya. Dia tahu dia tidak sepatutnya berbuat demikian kerana dia sudah menerima Ezlan tetapi dia akur jika takdir mengubah segala-galanya.

~ Shazrin ~

"Bicara indah kan kukata, Hadirmu menjelma seindah suria, Mencerminkan kebahagiaan, Menjalin kemesraan, Ratuku dengarkanlah, Laguku ini hanya untukmu, Kan kusebut namamu, Biar kau jauh di mataku..."

Apa yang kau tangiskan Shazrin? Suka? Atau kau berduka? Lelaki itu mengetap bibir. Aku benar-benar menyayangi kau sejak dahulu lagi. Kasihku padamu tidak pernah berubah.

~ Khazrul Iqram ~

"Saya tahu mungkin ini terlalu cepat pada awak. Tapi saya cakap dengan ikhlas, saya betul-betul sayangkan awak... Saya mahu jadikan awak sebagai isteri saya. Rin, kalau awak nak tahu, saya dah cakap pada atuk, saya nak memperisterikan awak jikalau awak sudi."

Aku gusar apabila melihat Shazrin yang mendiamkan diri. Aku sedar aku mempunyai peluang yang tipis kerana belum pun setahun aku mengenali Shazrin, bahkan hanya baru beberapa bulan.

~ Ezlan ~

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS