2018_allkarya

Bermula Daripada Pena Penghujung Mata, Dia Mula Mencetus Ilham Dan Menyusun Kata. Setiap Lorekan Mengandungi Bicara Yang Terkandung Seribu Satu Rahsia. Hanya Di Sini Dicurahkan Rasa Hati, Pendapat Peribadi Tentang Hakikat Duniawi Dan Di Sana, Alam Yang Kekal Hakiki.


- Weeda Airiza -



Showing posts with label Cerita Santai. Show all posts
Showing posts with label Cerita Santai. Show all posts

Fitnah Teknologi

Assalamua'laikum dan Selawat kpd Baginda Rasulullah S.A.W.

Sedikit serius dengan tajuk entri hari ini. Entah kenapa, nowadays macam dah terlalu banyak cerita yang viral di media massa. Kadang-kala seram nak klik, risau minda tak dapat nak proses dan takut kalau bila share, perkara tu boleh jadi fitnah. Bahaya! Zaman sekarang ni, apapun boleh jadi. Teknologi sebenarnya lebih banyak membutakan mata hati kita jikalau salah guna.

Gambar boleh super-imposed. Teks boleh diedit. Informasi boleh jadi berputar-belit. Semuanya sebab apa? Teknologi. Bila sesuatu cerita keluar, kita tak pasti sama ada perkara itu benar ataupun tidak. Sometimes, nampak betul tapi bila disampaikan daripada seorang ke seorang, cerita itu akan jadi lain. Kalau share, silap haribulan kita dah salah sangka. Marah bukan main, lupa yang sebenarnya kita tak tahu jalan cerita. Parah!

Justeru, apa yang kita boleh buat? Biarkan? Ataupun join sekali komen? Nasihat saya, baca sekali lalu tanpa mendalami lebih lanjut isu masalah tersebut, lagi-lagi kalau melibatkan ramai orang ataupun pihak lain. Kalau mendalami pun, biar balance. Usah kita judge secara melulu sebab kita sendiri pun tak tahu cerita sebenar, betul tak?


Lebih risau, kalau kita join sekali komen. Sedangkan bila baca pun, kita pasti sudah rasa meluap-luap, kalau komen nanti, entah apa yang akan kita tulis. Bimbang bila ayat mengguris hati orang lain, ataupun menyebabkan peperangan mental di situ, siapa yang salah? Siapa yang mulakan dahulu? Siapa yang tak marah dengan apa yang berlaku, betul tak? Kalau saya tak mention pun, pasti kalian lebih tahu kisah terhangat zaman kini. 

Kalau nak komen juga, komen baik-baik. Sebarkan yang baik-baik. Jangan sampai posting kita boleh menimbulkan fitnah di kemudian hari. Fikir dahulu sebelum sharing. Kerana button share sebiji, tak mustahil isi dunia boleh bergegar begitu saja. Teknologi banyak memberikan manfaat sekiranya digunakan dengan betul. Usah terpedaya lagi dengan pelbagai cerita yang belum ada kesahihannya. 

Jadilah pemerhati dan pendengar yang cool. Berdoa untuk mereka, mana tahu jikalau ada yang dapat berubah dengan doa kita itu. Maybe one day they will be better than us. Who knows, right? Masa tu jangan pula kita masih berada di takuk yang lama. Don't be a keyboard warrior. Sampaikan komen atau ilmu dengan cara paling halus kalau mahu. Otherwise, put aside your thinking. Takut kalau terbabas, silap-silap tindakan kita yang jadi viral.

Apapun, jaga-jaga. Seperti petikan status saya semalam - Jaga-jaga. Keyboard warrior boleh mendatangkan pelbagai fitnah daripada segenap segi. Bahaya zaman sekarang bukan saja setakat berada di luar rumah, tapi di hadapan mata teknologi juga. Itu bahaya yang kita tidak nampak kesan dan balasannya. Ada akal, ada iman, fikir mana yang terbaik untuk diri.

Tanamkan kembali niat kita di hati. Kita mahu jadi lebih baik. Kita mahu masuk syurga, bukan? Sama-sama kita muhasabah diri dan berdoa supaya perkara-perkara yang berlaku di zaman sekarang ini tidak berlanjutan sehingga boleh menyebabkan perpecahan bangsa, mahupun agama. Sematkan dalam jiwa, ALLAH sentiasa bersama kita. :)

Wassalam...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Istiqamah

Assalamua'laikum dan Selawat kpd Baginda Rasulullah S.A.W.

Sejujurnya, bukan senang bagi kita untuk istiqamah dalam sesuatu perkara terutamanya bila berkaitan dengan ibadah diri. Perasan tak? Kalau bab baca novel, memang istiqamah setiap hari tapi kalau nak buat solat Dhuha atau bangun solat Tahajud tu, ALLAH saja yang tahu betapa beratnya perasaan yang dikacau itu. *syukur alhamdulillah jika kalian mampu istiqamah melakukannya :)*

Diri kata, kena disiplin! Istiqamah! Khusyuk! Tapi tak jadi juga. Hmm. Macam mana nak buat? Macam mana nak istiqamah supaya perkara yang kita lakukan itu menjadi amalan seharian sambil disertakan rasa keikhlasan dan meletakkan hal itu sebagai ibadah sehari-hari? Belajar atau bekerja itu juga suatu ibadah yang istiqamah jika hati itu bersih daripada rungutan jiwa.


Jangan paksa diri. Maksudnya, buat secara berperingkat jika diri itu senang give up. Contohnya nak belajar atau membaca. Mulakan dengan sejam sehari. Selepas dua atau tiga hari, naikkan masa itu menjadi sejam lima belas minit dan seterusnya tambah sedikit demi sedikit supaya tidak terasa berat masa yang diperuntukkan untuk belajar.

Sama juga seperti perkara lain. Undurkan diri sedikit demi sedikit daripada melakukan perkara yang ingin kita jauhkan. Teruskan berdoa agar ALLAH makbulkan hajat kita untuk tetapkan hati serta keimanan agar jiwa sentiasa dibersihkan. InsyaALLAH, doa itu adalah senjata. Walaupun tidak nampak, keyakinan itu harus ada agar hati akan terus kekal mengingati ALLAH Yang Maha Esa. :)

Wassalam...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Resume Terbaik?

Assalamua'laikum dan Selawat kpd Baginda Rasulullah S.A.W.

Kalau sesiapa ada nampak status FB saya semalam, saya ada komen mengenai 'karenah' resume yang dihantar oleh sesetengah remaja zaman sekarang. Memang pening! Kadang-kadang saya pun tak faham, apakah mereka tidak diajar ataupun sememangnya mereka malas? Klik sini untuk contoh. :)

Bertitik tolak daripada itu, ada beberapa orang adik-adik saya telah bertanya tentang soal resume. Bagaimana mahu membuat resume yang baik? Pada saya, tiada istilah resume terrrrbaik kerana pada dasarnya resume adalah ringkasan terhadap profil kita sendiri apabila mahu memohon kerja. *nama pun RINGKASan kan? jadi, perlu ringkas dan padat*

Sejujurnya, saya bukan pakar dalam bidang resume tetapi inshaALLAH, boleh berkongsi pengalaman dengan kalian. Saya pernah membuat resume *berkali-kali, itupun lepas banyak kali research huhu* dan juga meneliti resume orang lain yang ingin ditemuduga *oh, ini part yg sgt best! :p*. Ada beberapa perkara yang perlu diberikan perhatian ketika mahu memcorakkan resume. 

PERKARA 1 - TAHU APA ITU RESUME
Seperti yg saya beritahu di atas, resume ialah profil ringkasan tentang diri kita yang mengandungi maklumat secara am. Maksudnya, maklumat yg simple dan senang nak bagitahu tempat kerja tu, siapa kita. *tak usah gatal nak letak info tentang makanan kegemaran, kenangan manis, kawan karib dan sebagainya. itu biodata! :p* Admin office yg akan check, dia orang pun banyak kerja lain, jadi bila tulis resume, cuba fikir tentang pihak sebelah sana yang akan baca.

Keyword 1 - Resume ini dibuat untuk MENUNJUKKAN kepada pihak sebelah sana tentang kelebihan dan kekuatan kita serta KENAPA dia orang perlu PILIH kita untuk bekerja. Bukanlah bermaksud untuk BERLAGAK tetapi lebih kepada menujukkan keyakinan yang ada. Bila mereka nampak KEYAKINAN pada resume kita, inshaALLAH akan ada rezeki kita untuk bekerja :)

Keyword 2 - Sebaiknya, tunjukkan resume yg kita buat tu ada relation dgn apa yg kita pohon. Contoh, kalau minta kerja setiausaha, susun resume kemas-kemas seperti mana kerja setiausaha yg selalunya detail dan tersusun. Kalau minta kerja designer pula, tak salah nak create resume dengan sedikit design supaya nampak menarik. Di bawah nanti saya bagi contoh :)

PERKARA 2 - RINGKASAN PROFIL
Make it simple. Selalunya akan ada :

Gambar *guna gambar passport atau yg clear. jangan letak gambar di tepi pokok bunga ataupun gambar pelik-pelik. satu lagi, gambar kena kecil dan attached dalam resume. jangan hantar as attachement lain yg menyukarkan admin utk tengok -__-*

Nama Penuh *seperti dlm IC. tk payah mengada letak nama panggilan manja -__-*

Tarikh / Tempat Lahir *harus. tak nak pun tak apa*

Status / Warganegara / Bangsa / Agama *kena bagitahu, especially tang warganegara tu hehe*

Alamat Rumah / No Telefon Bimbit *bg yg utama, tak payah bagi byk2*

Emel *harus. agak pelik kalau zaman sekarang tiada emel*

Transportation (Kenderaan) *bagitahu secara jujur boleh bawa kereta / motor*

Expected Salary (Gaji yang ingin dipohon) *yg ini mcm2 ragam boleh jumpa. tapi sejujurnya kita letakkan higher sikit salary sebab bila temuduga nanti, mesti admin nak negotiate (maksudnya nak dikurangkan sikit)*

Reference (Rujukan) *selalunya kat sini ada nama, alamat dan no telefon org yg boleh pihak admin cari sebagai rujukan dia orang. kadang2 dia orang telefon untuk tahu kita ni macam mana kat office lama. jangan tipu! kalau baru minta kerja, selalunya kita letak nama pensyarah*

PERKARA 3 - RINGKASAN PENDIDIKAN
Tulis mana yang perlu sahaja. Biasanya tulis di mana kita mula bersekolah sehingga tahap terakhir kita belajar. *tadika tak payah masuk ye -__-* Mula dari sekolah rendah, menengah, kolej, universiti dan lain-lain. Contoh :

Year 2008 – 2009 : Universiti ......
BA (Hons) - (Final CGPA – )
Anugerah Dekan in Semester ...... (GPA – ) *kalau ada anugerah, letak semua. anugerah utama sajalah okey*

Year 2002 – 2005 : Universiti ......
Dilploma in - (Final CGPA – )
Involved with ..... *kalau aktif kokurikulum, boleh juga letak*

Year 1997 – 2001 : Sekolah Menengah ......
Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Jurusan - (Result) *bagitahu dengan jujur*
Penilaian Menengah Rendah (PMR) - (Result) *bagitahu dengan jujur*
Represented ...... *kalau ada wakil sekolah, yg penting saja!* 
Librarian Prefect ......

Year 1991 – 1996 : Sekolah Rendah ......
Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) - (Result) *bagitahu dengan jujur*

PERKARA 4 : RINGKASAN PENGALAMAN
Perlu jujur. Kalau nak tulis semua pun boleh tapi seeloknya ambil yang berkenaan saja. Biasanya admin office akan tengok terus di bahagian ni semasa menerima resume. Pendidikan tu sebagai sokongan saja. Sebab itulah kalau kita selalu pindah office, pihak admin akan tanya macam-macam nanti masa interview. Tulis secara ringkas seperti contoh :

May 2007 - Nov 2013 : *mulakan dgn tahun yg paling baru di atas*
Nama tempat kerja
Jawatan
Senarai projek / kerja yang kita pernah buat

January 2003 - April 2007 :
Nama tempat kerja
Jawatan
Senarai projek / kerja yang kita pernah buat

PERKARA 5 : RINGKASAN KEMAHIRAN (SKILL) / PENGALAMAN DI LUAR BIDANG
Untuk memberitahu kemahiran yg kita ada. Senaraikan semua kemahiran yg ada KENA MENGENA saja dengan kerja yg dipohon. *kalau minta kerja as designer, tulis kemahiran pandai memasak, memang nak kenalah tu...!* Contoh :

- Basic Office Software - Words, Excel, Power Point
- Graphic Design - Adobe Photoshop, Illustrator

PERKARA 6 : RINGKASAN KARAKTER DIRI
Pengenalan diri sendiri. Ni kena isi supaya admin tahu serba sedikit karakter kita. *bagitahu yang baik-baik, jgn bagitahu suka marah, suka berangan, suka shopping hehehe* Tunjukkan karakter kita ni jenis yang suka bekerja dan boleh bekerja. Contoh :

- Team Player
- Ability to work independently
- Prefer to work in a fairly organized environment, where my performance can be measured with some accuracy
- Always looking forward to learn more knowledge and experience

PERKARA 6 : BONUS
Bonus ni maksudnya nak letak pun boleh, tak nak letak pun boleh. Kalau letak, nampak sikitlah ada effort nak minta kerja. Contoh bonus ni adalah objektif kita minta kerja di situ. Contoh :

- To achieve personal skills development and experience by contributing new ideas and skills also providing full commitments towards achieving personal and organizational goals.

SIAP! LEPAS TU?
Okey, bila dah susun cantik-cantik maklumat dalam resume tu, kenalah emel dengan CANTIK juga. Selalunya kat sini banyak sangat orang lupa. Saya selalu dapat resume yang dihantar tapi tiada pengenalan kata. KOSONG. Maksudnya hantar atau forward saja attachment. Tak ada say Hi Hello Salam Dear Sir *kalau dapat ni memang masuk trash saja emel tu -__-*

Di sinilah orang akan nampak PROFESSIONALISM kita. Tak kisah nak hantar VIA SAMSUNG, VIA XPERIA, VIA IPHONE, VIA segala mesin sekalipun, pastikan ada sedikit penulisan dalam emel! Lebih baik kalau attach guna komputer dan hantar. Kalau tak ada pun tak apa, cuma sekali lagi saya tekankan, TAIP PENGENALAN, JANGAN TINGGALKAN. Contoh paling ringkas :

Dear Sir (Assalamua'laikum Tuan/Puan),
Saya ingin memohon kerja di pejabat Tuan/Puan sebagai Setiausaha sepertimana yang tertera di iklan Jobstreet. Di sini saya kepilkan profil yang mengandungi maklumat diri saya untuk tindakan lanjut daripada pihak Tuan/Puan. Segala kerjasama daripada pihak Tuan/Puan saya dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

Yang Benar,
Nama Penuh

Cukup. Kalau ada pengenalan macam ni pun, sejuk sikit admin tu nak baca. Biarlah nampak over formal *bila baca balik mesti macam apehal skema sangat ayat aku??? hahaha* tk apa, itukan memang etika bekerja? :)

PERKARA LAIN?
Selain daripada perkara yang saya huraikan macam kat atas tu, ada beberapa peringatan atau nasihat yang boleh kalian fikirkan. Lain pejabat, lain caranya. Pendek kata, sila faham dahulu kerja apa yang kalian nak dan lepas tu baru minta. Antara perkara yang perlu diberi perhatian :

~ JANGAN HANTAR BANYAK-BANYAK EMEL
Maksudnya bukan tak boleh nak minta 100 tempat kerja, tapi LEBIH BAIK, satu emel khusus untuk satu pejabat saja. Copy paste saja pun ayatnya, kan? :)

~ TAK PERLU ATTACHED SIJIL YANG MENIMBUN
Selalunya sijil hanya dibawa ketika temuduga. Masa hantar mohon kerja, tak perlu.

~ GUNA BAHASA FORMAL & NORMAL
Memang saya tahu zaman sekarang ni semua perkataan dah jadi luar biasa. Kalau boleh, emm.. MEMANG KENA guna bahasa formal dan normal bila emel. *janganlah pergi taip emel macam taip kat kawan-kawan, nak menangis tau rasa bila saya dapat emel macam ni.. sobs -__-*

CONTOH?
Ada dua contoh yg saya kepilkan di sini. Satu, resume biasa yang sangat ringkas. Satu lagi adalah resume designer *senang cerita, dua2 saya punyalah tu... entri diri sendiri, kenalah guna diri sendiri punya :)* Jujurnya, saya buat sedikit reseach tentang kaedah buat resume yang lebih baik. Kalian pun boleh research. Banyak template dan contoh yang ada di internet. Pergi ja dating dengan Mr Goo yg baik hati tu, mesti terus jumpa :D Ni contoh saja okey? Saya percaya kalian boleh buat berganda2 lebih baik daripada saya, inshaALLAH... :)

RESUME RINGKAS
*klik untuk lebih besar*



 RESUME RINGKAS + DESIGN
*klik untuk lebih besar*




Tu dia!! Panjangnya saya tulis untuk hari ni. Hehehe. Tak apa, perkongsian bersama. :) Sejujurnya lagi, contoh resume yang saya kepilkan kat sini bukanlah baik sangat, tapi saya cuba sekadar yang mampu untuk explain dan harap sedikit sebanyak kalian *terutamanya yang baru mula nak kerja* akan faham secara ringkas apa itu resume. Bila kalian memudahkan pekerjaan orang lain *yg nak membaca resume kalian* inshaALLAH jalan kalian juga akan dipermudahkan. Kalau ada yang nak tahu lebih lanjut, boleh inbox saya di FB Weeda Airiza :) Selamat mencuba & selamat berjaya! ^___^

Wassalam...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Tekanan Perasaan. Moody.

Assalamua'laikum, Selamat Petang!

Kehidupan saya agak sibuk dua hingga tiga minggu ni *bila masa ntah yang tak sibuk o__O* Kerja di office menuntut double kesabaran saya, apatah lagi next week saya akan fly ke luar Malaysia. Justeru, banyak benda bermain di fikiran dan mmg saya akui, saya lagi cepat moody. Manusia mana yang tak berperasaan, kan? Cuma yang paling penting, adalah cara untuk mengawal perasaan tersebut.

Setiap orang punya cara untuk mengawal perasaan sendiri. Ada yang pergi makan, ada yang keluar hang out untuk melepaskan tekanan, ada yang pergi shopping dan yang paling banyak orang buat rasanya - tido! Hehe~ Saya ada cara sendiri untuk terapikan diri walaupun kadang-kadang tak berkesan juga. Janji dapat kurangkan sikit perasaan amarah. Kat sini, saya kongsi tips beberapa cara untuk mengawal perasaan. Sekadar perkongsian untuk semua. Kalau nak tambah, boleh juga :)


ISTIGHFAR / BERDOA / SOLAT / MENGAJI
Untuk orang Islam, disarankan agar beristighfar banyak2 sekiranya dah terasa lain macam *especially bila nak mula angin dengan orang, kan?* Susah sebenarnya pada kita utk terus ingat, tapi cuba. In shaa Allah berkesan. Terus fikir, takpe, ni ujian saja. Kejap lagi mesti happy. Saya tahu, mmg susah tapi bagus untuk amalkan :) Satu lagi, solat dan lepas tu mengaji. Ramai yang dah tahu keistimewaannya, jadi saya tak nak cerita panjang yang ini sebab semuanya datang daripada hati.


MENANGIS
Cukup perlu! Seriously dapat mengurangkan tekanan tapi janganlah menangis sampai lupa diri. Duduk seorang diri kat mana2 yang perlu dan menangislah sebentar sambil istighfar. Takde orang akan tengok. Bayangkan masa tu hanya kita saja yang menghadap ILAHI dan DIA melihat kita. Menangislah sepuasnya kerana tiada orang lain yang akan faham diri kita kecuali DIA.


MENONTON TV
Kalau dah tahu tengah stress atau perasaan tak betul tu, janganlah gatal pergi tengok drama yang bakal tambah stress! Misalnya baru lepas gaduh dengan boyfriend, pergi pula tengok drama yang sedih... Memang cari nahas namanya. Kalau boleh, elakkan semua program tv yg berat. Mana yang boleh tengok motivasi, boleh tengok. Mana yang mmg tak boleh, disarankan tengok drama / program kelakar. Macam saya, bila mood turun sampai ke lantai, saya buka Running Man / Family Outing / Reality Program yang lawak2. Tengoklah banyak kali pun, mesti ketawa. Hormon gembira akan mula dikeluarkan dan naturally kita akan menjadi bertambang tenang.

kalau giniler muka2 yg ada kat gym, tak stress pun, nak pergi juga! muahaha~

BERIADAH
Saya tak tahu berapa ramai yang boleh buat yang ni *saya langsung tak suka buat ahahha* Ada juga yg pergi jogging / gym untuk lepaskan perasaan. Good! Mana yang tak boleh, lupakanlah... Nanti lagi sakit hati bila tengok keadaan sekeliling tempat jogging. Ada sampah tepi jalan pun boleh menambahkan stress, silap2 tengok org dating kat gym pun rasa nak baling pemberat kat diorang, betul!


MAKAN / MINUM
Rasanya paling banyak cara, ini yang nombor satu! Hihihi~ Makanlah. Jangan over sudah! Tips, pergi cari minuman dulu sebelum rasa nak makan macam2. Bila banyak minum air, perut rasa kenyang. Macam saya, Chatime yang akan jadi habuan saya kalau dah moody. Hazelnut Chocolate + Pudding! :D *baru sudah minum semalam, nampak sangat stress :p* Ada org sarankan cokelat, ya betul tapi kalau boleh cari makanan favourite masa nak kurangkan stress. Cari makanan yg biasa makan, bukan makanan yg baru nak try. Kalau tak menepati selera, kan tambah stress tu? :)


SHOPPING / TENGOK WAYANG / WINDOW SHOPPING
Mostly saya rasa perempuan akan banyak buat yang ini tapi bukan untuk saya. *ya betul, tak tipu!* Lagi stress, lagi saya tak keluar rumah. Pelik? Mungkin tu cara saya. Pada yg boleh jalan2, silalah. Cuma berpadalah dgn wang ringgit. Masa keluar, kemain hilang stress beli itu beli ini. Sudahnya balik rumah, tambah stress sebab tengok duit habis! Fikir dulu masak2 ya :)


TIDUR
The best ever! Kalau boleh tidur, tidur. Tutup habis segala telefon/laptop supaya tidur tu berkualiti. Kalau boleh, bagitahu dulu family, BFF atau sesiapa yang dikhuatiri akan mencari korang. Takdelah kejap lagi korang dengar pagar rumah digegarkan pula. Tak payah kunci jam, kecuali nak solat. 


MEMBACA
Disarankan seperti menonton tv tapi jangan baca bahan bacaan berat. Lagi sakit kepala. Bacalah komik atau segala bahan ringan yang tidak membebankan fikiran untuk menganalisa setiap ayat yg korang baca tu.

hilangkan stress! kembalikan senyuman :)

Apapun, stress merupakan satu dugaan kecil. Cara nak kurangkan stress, buat benda yang kita happy. Kalau tengah stress kerja / assignment banyak, tanamkan dalam diri, kejap lagi nak buat benda yang best! Secara tak langsung, korang akan semangat nak habiskan kerja /  assignment. Cakap memang mudah, yang nak membuat tu, kita sendiri! Stress pun ada pelbagai stress. Stress kerja, stress kawan dan macam2 lagi. Yg ni saya akan cuba cerita the next entry okey? 

Jadi, tepuk dada tanyalah selera :) 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Ketentuan Yang Maha Esa

Assalamualaikum, Selamat Malam!

Kebelakangan ini saya selalu terfikirkan tentang ketentuan qada' dan qadar Ilahi. Mengapa kehidupan saya begini dan mengapa kehidupan orang lain begitu. Mungkin kerana ada beberapa insiden berlaku terhadap saya dan ia secara tidak langsung, membuka mata saya untuk lebih mengenali Pencipta alam semesta ini. Saya akui, ilmu saya masih cetek dan saya ingin sekali berubah atau dengan kata lain, melakukan 'penghijrahan' secara lahiriah serta rohaniah.

Baru-baru ini saya mengalami sebuah kejadian di mana ianya telah memberikan keinsafan yang cukup mendalam. Walaupun mungkin di luar saya masih kelihatan normal seperti biasa, tetapi hati saya menjadi kosong secara tiba-tiba. Seolah-olah ada perkara yang perlu saya lakukan untuk mengisi kekosongan itu. Puas saya berfikir sampai kusut pemikiran saya selama beberapa hari sehinggalah seorang teman baik, 'membuka' jiwa saya yang inginkan jawapan itu.


Kata-katanya membuatkan saya berfikir tentang hikmah yang DIA beri untuk kita selama ini. Saya harus bersyukur dengan pelbagai ujian hidup yang menimpa kerana melalui perkara sebeginilah saya tahu, DIA mahu saya mencari jalan menuju keredhaan-NYA dan jangan alpa di muka bumi ini. Sesungguhnya saya benar-benar mahu mencari perasaan yang dinamakan ketenangan. Sejak peristiwa tersebut, hati saya mula berbelah bahagi terhadap beberapa perkara dunia.

Mungkin orang akan mempertikaikan tentang perubahan sekelip mata yang bakal saya lakukan tetapi itulah yang dinamakan sebagai ketentuan Qada' dan Qadar daripada-NYA. Segala yang berlaku telah dirancang secara terperinci sejak sebelum kita dilahirkan lagi. Hati saya milik-NYA dan doakanlah agar saya dapat mencapai apa yang saya mahukan, yakni nikmat ukhrawi yang sebenar. Buat pembaca, InsyaALLAH, sama-samalah kita doakan agar kita semua menjadi khalifah-NYA yang lebih baik, beriman dan beramal-soleh di dunia dan akhirat. InsyaALLAH, Amin.

Entry Quote
'Walaupun jiwa sayu mencari makna, hati layu menggapai cinta,
ketahuilah ada DIA yang sentiasa berada di sisi kita'
~ Weeda Airiza ~

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Berubah Demi Diri.

Huh? Tajuk yang skema dan penuh motivasi. Ngee~ Apa yang berubah? Diri sendiri? Kerana apa? *banyak pulak soalan!* Okey, aku just nak cerita pendek, tak mahu panjang-panjang, nanti korang tidur *zzzzzz* Tidaklah aku mahu berkhutbah, tetapi saja mahu berkongsi tentang apa yang aku rasakan lately ni, tentang kehidupan dan juga perubahan ke arah yang lebih baik.

Semua orang ingin berubah. Yes! Siapa yang taknak tu, bukan manusia namanya. Change yourself to become a good people! Bukan senang sebenarnya nak berubah. Perubahan drastik juga kadang-kala tak menjanjikan apa-apa. Lebih elok, slow and steady. Aku sebenarnya dah lama fikirkan hal ini. Mahu berubah menjadi insan yang lebih baik, cemerlang dan juga solehah. Tapi, dugaan sentiasa melanda. Kadang-kadang taklah sebesar mana pun masalah yang datang, tapi bila dah hari-hari kena, sakit juga tu.

Puas aku cari jawapan sehinggalah seorang sahabatku memberikan sepotong ayat dan menyebabkan aku terus termenung. "Kalau seseorang itu menyakiti hatimu dan membuatkan dirimu menjadi tidak baik, maka lepaskanlah dirimu daripada bersahabat dengannya. Buat apa kita berkawan kalau hati kita sering disakiti?" - Mr S. Terima kasih sahabat :)


Maka, aku memutuskan untuk berundur perlahan-lahan daripada segala apa yang boleh buat aku terleka. Memang sukar. Ya, amat sukar apatah lagi bila niat ikhlas kita diuji. Aku tahu, ramai di luar sana mahukan perubahan, kan? Tabahkanlah diri, sekurang-kurangnya Tuhan telah memberikan petunjuk buat kita dan bersyukurlah kerana kita salah seorang daripada mereka yang terpilih untuk diberi hidayah daripada-NYA.

Semenjak dua menjak ini, ramai sahabat aku telah mengalami penghijrahan ke arah kehidupan yang lebih baik. Syukran jazilan ya ALLAH. Benar, sampai bila kita mahu berada di takuk yang sama? Tak kiralah demi kehidupan, kejayaan atau apa-apa saja. Ini semua untuk diri sendiri, bukan orang lain kerana kita adalah kita dan kita juga yang merencanakan diri kita untuk masa depan dengan izin daripada-NYA. :)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Maulidur Rasul.

Firman Allah : Sesungguhnya Allah dan para malaikatnya berselawat kepada nabi. Wahai orang-orang beriman, berselawatlah kamu kepadanya dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya. (Al-Ahzab: 56)

Salam Maulidur Rasul kepada semua yang mengunjungi blog ini. Semoga kita semua mendapat kerahmatan Yang Maha Esa. Maulidur Rasul merupakan hari keputeraan Nabi Muhammad S.A.W. Baginda dilahirkan pada hari Isnin, 12 Rabiul Awal Tahun Gajah. Banyak artikel tentang Maulidur Rasul untuk dibaca melalui internet. Secara ringkasnya, sentiasalah berselawat kepada junjungan Nabi Muhammad S.A.W. tidak hanya pada hari Maulidur Rasul, tetapi jadikanlah ia sebagai amalan harian, setiap hari. Sebaiknya, ikutilah sunnah-sunnah Nabi Muhammad S.A.W. 

Artikel berkaitan yang boleh di baca :

~ Bukalah Hati, Insafi Diri, Bersihkan Jiwa & Berakhlak Mulia ~
Quote by Weeda Airiza

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Bahagi Masa.

Topik : Cara untuk membahagikan masa. Wah! Serius betul tajuk aku kali ni, kan? Heee~~ Sesekali. :p Bukan apa, actually ramai yang tanya aku macam mana aku membahagikan masa dengan kerja-kerja yang berlambak tu. Kerja office, kerja novelis, kerja part-time, kerja sebagai anak dan macam-macam lagi. *ada 1 saja belum, kerja sebagai seorang isteri. Muahahaha~~~*


Kalau ikutkan, aku sendiri pun boleh dikategorikan sebagai pemalas bin double pemalas. Cuma, kadang-kadang terpaksa kuatkan semangat sendiri, bayangkan kalau tak buat kerja, tak dapat duit, tak dapat nak kutip pengalaman, betul? *angguk cepat!* Maka, aku kongsikan sikit rahsia-rahsia untuk membahagikan masa sebaik mungkin. Ini pendapat aku sahaja, kalau rasa nak follow, boleh try... :)

BELI BUKU PERSONAL
Tak kisah buku macam mana pun, buku latihan sekolah tu pun boleh, mana yang okeylah bagi korang. Macam aku, demand lebih sikit. Mesti nak buku hardcover dan comel kalernya. *feel lebih* Jadikan buku ni sebagai pakwe atau makwe korang. Semua benda yang patut diingat tapi dikhuatiri lupa, letak dalam tu. Jangan malas tulis. Kalau rasa tulisan teruk pun takpe, takde orang nak baca melainkan kita sendiri. ^____^

THINGS TO DO - EVERYDAY
Pagi-pagi lepas breakfast *jangan skip breakfast, tak bagus untuk tubuh & minda ye!* ambil masa sekejap saja, tulis apa yang patut korang buat hari tu. List satu persatu, jangan ada tinggal. Mana yang urgent, letak tanda ni ha ---> *. Kalau boleh, selesaikan mana yang perlu dahulu. Lebih advance, korang buat things-to-do tu setiap minggu, bermaksud, mula saja hari Isnin, senaraikan kerja-kerja sampai hari Ahad nanti.

CHECK!
Sebelum tidur, check list korang. Tengok mana yang belum siap, yang dah siap. Aku jamin selalunya hari pertama, kalau ada 10 benda nak buat, korang akan settle 1 saja. *akulah tu dulu. hahahah~~* Jangan risau, by the time, korang akan rasa lebih bertanggungjawab untuk siapkan kerja, especially bila tengok senarai tu makin sikit.

Simple, kan? Setiap minggu & hari-hari aku akan tulis apa yang perlu aku buat. Tujuan utama adalah supaya aku tak kelam kabut dan panik tak pasal-pasal. Lupa itu, lupa ini. Bila tengok check list dah bertanda right semuanya, gerenti korang rasa lebih bersemangat & tak sabar-sabar nak settle kerja hari esok. Truthfully, memang berkesan untuk aku yang selalunya ada lebih kurang 15 ke 20 things-to-do dalam masa sehari.

Just keep it simple, that's the secret~ Selamat mencuba! :)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Renungan : Mangsa Banjir

Sekadar mahu berkongsi cerita. Saya ambil gambar ini daripada FB kawan, terima kasih Kam :) Suasana mangsa tsunami rakyat Jepun. Sangat kemas, tersusun dan yang lebih penting, ada privasi di antara mereka. Negara yang sungguh prihatin dan menjaga rakyatnya. Macam menarik pula tengok idea khemah terbuka ini kan? ^______^



Cuba bandingkan dengan keadaan mangsa banjir rakyat di negara kita. :)
Renung-renungkan dan selamat berfikir... Hehe

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Istimewanya Penulis

Pernahkah anda terfikir, apa istimewanya penulis di mata anda? Ceritanya? Gaya bahasa? Orangnya? Ada 1001 perkara yang orang suka tentang penulis. Ianya terpulang kepada pandangan individu. Setiap orang punya kesukaan sendiri termasuk genre cerita tersebut. Ada yang gemarkan cerita cinta jiwang, misteri ataupun ada juga yang suka cerita 'gila-gila'.

Apa istimewanya penulis? Selain daripada menghasilkan sebuah karya milik sendiri, penulis juga boleh menjadi 1001 jenis watak dalam masa yang sama. Bayangkan, ketika menulis sebuah bab, terdapat lebih kurang 3 hingga 4 watak yang akan muncul. Manusia A sehingga manusia B, C dan D mempunyai perwatakan yang berbeza mengikut aliran cerita. Penulis harus menjadi A, kemudian bertukar menjadi C atau B dan D. Itulah salah satu keistimewaan penulis.

Selain itu, penulis banyak berimaginasi. Kadangkala, hanya dengan melihat satu insiden yang berlaku di depan mata atau mendengar cerita daripada orang sekeliling, penulis dengan sendirinya akan mengembangkan cerita tersebut di dalam fikirannya. Oleh sebab itu, ada sesetengah penulis akan sentiasa membawa sebuah buku peribadi yang mengandungi koleksi idea yang kadang kala timbul secara tiba-tiba.
Banyak lagi boleh dikupas jika dihayati tentang cerita penulis. Ini hanyalah sekilas pandangan daripada saya. Penulis menulis tentang cerita orang lain tetapi adakah cerita penulis itu sendiri ditulis oleh penulis yang lain?

^______^

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS