2018_allkarya

Bermula Daripada Pena Penghujung Mata, Dia Mula Mencetus Ilham Dan Menyusun Kata. Setiap Lorekan Mengandungi Bicara Yang Terkandung Seribu Satu Rahsia. Hanya Di Sini Dicurahkan Rasa Hati, Pendapat Peribadi Tentang Hakikat Duniawi Dan Di Sana, Alam Yang Kekal Hakiki.


- Weeda Airiza -



Showing posts with label Pembayang Novel. Show all posts
Showing posts with label Pembayang Novel. Show all posts

Soalan Pembayang Bombastik!

Assalamualaikum, Selamat Malam!

Pergh. Tengok tajuk entri macam bombastik sangat soalan-soalan yang akan dikeluarkan. Hehe~ Sebenarnya saya almost lupa nak post pasal soalan pembayang novel sampailah seorang sahabat merangkap adik memberitahu saya yang dia tengah  tunggu soalan-soalan ni keluar. Hahaha~ Punyalah busy sampai lupa nak jenguk rumah online ni. Ades. To Fatin, thank you very much from the bottom of my heart kerana mengingatkan kakakmu yang semakin meningkat umurnya ini. Hehe <3

Okey jom! Kita tengok soalan-soalan yang diberikan di bawah. Soalan ni saya tak susun secara teratur. Bukan bermakna soalan pertama untuk pembayang pertama. Saya buat random saja dan tugas korang semua, kenalah cari jawapan dalam pembayang-pembayang yang telah saya beri sebelum ni. Satu lagi! Hah, tak acilah kan saya dah bagi soalan mudah, saya bagi lagi satu tugasan yang perlu dilengkapkan.


Kalau tak buat dua-dua ni, kira penyertaan tu reject. Hee~ Pemenang akan diketahui pada bulan Januari nanti, sejurus selepas novel CINTA 2U DOT MY berada di pasaran. Saya belum mampu lagi nak beri hadiah yang mahal-mahal. Justeru, saya ikhlas memberi novel saya secara percuma kepada 3 orang pemenang bertuah. Yang lain jangan risau, mungkin bukan rezeki lagi... Lagipun, penyertaan ni free saja, tiada bayaran dikenakan :D So, jom tengok soalan!

Langkah 1 : Baca Dahulu Sinopsis Cinta 2U Dot My

Langkah 2 : Jawab Semua Soalan di Bawah Ini

01. Apakah jurusan pembelajaran Rayyan Ziqri & Auni Hafya di universiti?

02. Berapakah umur Rayyan Ziqri & Auni Hafya? *Mereka sebaya*

03. Auni Hafya sangat gemarkan sejenis sandwich ikan. Apakah nama ikan tersebut?

04. Lengkapkan ayat. Ibu Rayyan Ziqri berasal dari Malaysia, manakala ayahnya pula berasal dari _ _ e _ _ _ d (7 huruf).

05. Kedua-dua hero dan heroin novel ini memakai telefon jenama yang sama. Nyatakan jenis telefon tersebut.

06. Makanan ini menjadi favourite kebanyakan watak-watak dalam novel ini kerana ianya di jual di gerai tepi jalan. Namakan makanan tersebut.

07. Rayyan Ziqri mempunyai pertalian darah dengan seorang model dan pelakon terkenal di sebuah negara kelahiran ayahnya. Namakan model dan pelakon tersebut.

08. Apakah kerjaya sampingan Rayyan Ziqri selain menjadi seorang pelakon?

Langkah 3 : Lengkapkan Slogan 

Saya mahu baca novel Cinta 2U Dot My karya Weeda Airiza kerana... (tidak lebih dari 20 patah perkataan)

Langkah 4 : Hantarkan Jawapan, Slogan & Butiran Peribadi ke Emel

Nama Facebook :
Nombor Telefon / Emel Untuk Dihubungi :

Hantar ke : weeda.airiza@gmail.com sebelum 31 Disember 2012

Langkah 5 : Tunggu Sampai Saya Umum

Senangkan? Jom mula sekarang! All the best! :)

Entry Quote
"Kawallah diri, kawallah hati, nescaya dapat mengawal iman
yang sentiasa akan diuji."
~ Weeda Airiza ~

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Pembayang Novel Akhir! - Bhgn 8

Assalamualaikum, Selamat Malam! 

Nampaknya saya dah sampai ke bahagian akhir untuk pembayang novel seterusnya! Lepas ni korang boleh kumpul kelapan-lapan pembayang dan tak lama saja lagi, saya akan keluarkan soalan-soalan bombastik untuk dijawab. Senang saja! Tapi...! Hah, mesti ada tapi! Kenalah lengkapkan slogan supaya saya senang pilih pemenang. Ngee~ Senang saja slogan, so don't worry, be happy! :)


Weeewit!! :D Apakah? Ini adalah sejenis benda yang akan menimbulkan rasa LAPAR. Muehehe~ Jangan tenung lama-lama, nanti meleleh air liur! *padahal sendiri dah terliur-liur ni~* kekeke~ Semua orang akan cakap ni burger tapi burger apa? Hah, tunggu soalan keluar baru jawab, okey? Tu saja buat masa ni. Isk, senang sangat soalan-soalan yang bakal saya beri. Kalau nak novel free, rajinkan diri menghantar jawapan ya! See you later! Tata~~~~

Entry Quote
'Kebahagiaan hanya akan tiba jika kita sentiasa ikhlas dalam menzahirkan
kasih sayang terhadap orang di sekeliling.'
~ Weeda Airiza ~

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Pembayang Novel Seterusnya - Bhgn 7

Assalamualaikum, Selamat Malam!

Yeah! Hanya tinggal 2 lagi sahaja pembayang novel yang akan diberikan untuk semua. Percayalah, kesemua pembayang ni senang saja. Soalan pula tak payah cerita, lagi senang! Saya memang tengah rasa bermurah hati ni nak bagi novel free 3 buah kat sesiapa yang bertuah. *plus extra hadiah kalau ada rezeki lebih wee~~* InsyaALLAH.

Nah~ Ini adalah pembayang yang ke 7. Hmm. Saya rasa semua orang tahu apa benda ni. *senang kan? kan?* Kalau tak tahu tu, silalah ambil sedikit masa untuk mencari apa nama buah ni. Takpun, tanya kawan-kawan atau saudara mara yang terdekat. So, korang tenunglah dulu gambar ni ya sampailah saya senaraikan soalan-soalan yang perlu korang jawab, okey?

Entry Quote
'Pengorbanan seseorang itu selalunya hanya akan mula dihargai
apabila dirinya telah tiada. Lumrah hidup.'
~ Weeda Airiza ~

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Pembayang Novel Seterusnya - Bhgn 6

Assalamualaikum, Selamat Malam!

Phew. Dah sampai bahagian ke 6 rupanya. Tinggal lagi 3 saja pembayang yang akan saya berikan termasuklah pembayang entri ni. Kalau ikutkan, semua pembayang ni senang saja. Nanti bila saya dah keluarkan soalan-soalan berkaitan, for sure korang semua boleh jawab. Hanya jawab soalan, sertakan slogan dan tunggu pengumuman. :D

Kali ni, pembayangnya adalah makanan. Sebenarnya ni favourite food saya. Saya dengan Mr Fish ni memang tak dapat dipisahkan. Kalau ada 'si dia' kat atas meja makanan, memang saya capai yang itu dulu. Makanan lain saya nampak macam sekali imbas saja. Warna oren Mr Fish ni memang mencabar minda lapar saya. Kadang-kadang bila saya nak award diri sendiri dengan sesuatu, saya makan Mr Fish yang raw! Wee, nyum nyum!


Courtesy from Mr Google gambar di atas itu ye. Berdasarkan blog yang saya 'curik' gambar ni, yang putih tu adalah goat cheese yang dicampur dengan sedikit mayonis dan perahan jus lemon. *meleleh pula bila terbayang sambil menaip ni aish~~ drools~* Juga ada campuran arugula, iaitu salad yang terkenal dalam masakan Itali. Salad ni nama saintifiknya adalah Eruca Sativa. Nak tahu lebih lanjut, silalah tanya Mr Google ya! He's really brilliant okey. :p Cuba teka apa kaitan gambar ini dengan next novel saya~ :)

Entry Quote
'Wanita boleh ingat perkara 10 tahun lepas,
sedangkan lelaki boleh lupa perkara yang berlaku semalam.'
~ Weeda Airiza ~

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Pembayang Novel Seterusnya - Bhgn 5

Assalamualaikum, Selamat Malam!

Ada orang tanya saya apa sebenarnya yang ingin saya sampaikan dalam entri pembayang-pembayang novel seterusnya. Okey, meh saya terangkan dengan jelasnya di sini. :D Actually kalau tiada aral yang melintang dan jika novel baru saya berjaya diterbitkan, saya ingin berkongsi hadiah dengan pembaca semua. Kumpulkan saja pembayang-pembayang yang saya bagi sehingga bahagian ke 8. *kenapa 8? sebab saya lahir 8 ogos muahahaha *gedik* 

Lepas 8 bahagian, saya akan kemukakan 8 soalan juga untuk korang semua cuba menjawab. Last sekali, mesti ada slogan 'Saya ingin memiliki novel baru Weeda Airiza kerana...' *jangan lebih 18 patah perkataan* Saya akan pilih 3 pemenang bertuah *8 banyak sangat hihi*. Pemenang of courselah akan dapat hadiah special daripada saya. Selain novel yang terbaru, ada juga hadiah misteri yang bakal dimenangi! *err, tapi bukan duitlah ya? ngeee*


So, jom tengok bahagian 5! Huh? Kiraan apakah ini? Haaaa~~ Silalah ambil calculator scientific tu cepat kalau nak senang kira. *saya sendiri pun nak pengsan create soalan ni... ahahah :p* Korang kena tengok betul-betul dan fahamkan maksudnya. Bila soalan keluar nanti, mesti dengan secepat kilat korang boleh jawab! Kalau tak reti, ehmm... *bunyi cengkerik* Ingat tau, simpan dulu pembayang-pembayang ni. Jangan risau sebab soalan senang sangat, tak payah pergi beli buku rujukan~ kekekeke~~ Sehingga berjumpa lagi! Fikir ya, jangan tak fikir~~ Tata Titi Tutu~~~

** keyboard takde tanda bahagi, jadi digantikan dengan tulisan 'bahagi' *sobs*

[(188 - 72) bahagi 2 + (16 x 3.5 )] - [9 + (36 x 3) - 27] = ??

Entry Quote
'Dalam diam ada rasa, dalam hati ada bahagia, dalam doa ada jawapannya'
~ Weeda Airiza ~

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Pembayang Novel Seterusnya - Bhgn 4

Phew~ Jenuh aku nak mencari pembayang lagi untuk novel aku seterusnya ni. Bukan main mencari tapi manuskrip tak habis-habis lagi tulis! *muahhahaa* InsyaALLAH, dijamin sebelum Aidilfitri akan aku tamatkan cerita kali ini. *baru rasa nak sambut raya keke* Okey, tanpa membuang masa aku perkenalkan...


Tada!! Oh my novel! Siapa lelaki yang handsome giler ni? *handsome bagi akulah setakat ni hehe* Lelaki ni adalah seorang pelakon dan model di sebuah negara. Lebih mengharukan lagi, beliau ada kena mengena dengan hero novel aku akan datang. *pengsan* Nampak sangat angan-angan yang tinggi melangit terpaksa dikuburkan di dalam novel. Hahaha~ Kalau nak kenal dengan sepupu sepapat yang real dengan actor ni memang goodbye lah jawabnya kan.

Tak pasal-pasal pagi yang indah ni aku memaksakan diri untuk menghadap deretan lelaki-lelaki Irish yang macho *opsss!! hahaha* Apapun, kumpulkan dulu pembayang-pembayang ni. Tunggu sampai manuskrip aku dah approve, baru aku akan buka soalan-soalan yang perlu dijawab, bukan untuk dimasak okie! Soalan-soalan aku semua takde talian hayat. Hanya ada Mr Gooogle saja. Gunakan ia sebaiknya. Hihi~

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Pembayang Novel Seterusnya - Bhgn 3

Jom continue main teka-teka! Hurm, nampak gaya aku memang pemalas kalau dalam soal update blog. Lepas balik dari office waktu petang, dah penat. Malam pula menulis. Lepas tu mengantuk. Facebook jarang buka. Twitter saja yang aktif sebab itu boleh taip melalui telefon! ^___^ Kalau nak follow, sila tekan sini. Hehehe

Okay! Ni pembayang novel aku seterusnya. Sebuah pemandangan yang sangat cantik! Aku memang suka sangat tempat-tempat macam ni. Green scenery! Nak pula kalau ada laut kat sebelah macam tu. Cuba bayangkan rumah kat tepi laut, komputer menghadap ke pemandangan laut, sure idea datang mencurah-curah! Silap-silap satu novel boleh siap dalam 3 minggu je! Wahhhh~~~~ 


Ini adalah Cliffs of Moher, sebuah tempat yang memang menjadi tarikan di sebuah negeri. Nak tahu negeri apa? Kenalah korang gunakan khidmat Mr Gooooooooogle! Ngeee~~~ Apalah agaknya kaitan gambar ni dengan novel aku seterusnya eh?

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Pembayang Novel Seterusnya - Bhgn 2

Hah! Ini siri dua untuk pembayang novel seterusnya. Walaupun novel belum siap sepenuhnya, tapi aku saja mahu bagi hint supaya korang boleh teka jalan cerita novel ini. Kalau tiada aral melintang, aku akan buat satu pertandingan khas! InsyaALLAH jika ditakdirkan manuskrip ini lulus, pemenang akan dapat hadiah FREE! Dah tentulah buku aku yang akan korang dapat ^________^ 

Pembayang Kedua!~ Huh? Ada buku? Ada juga reel film? Apakah petanda yang dimaksudkan? Apakah ianya berkaitan dengan hero dan heroinnya? Ataupun berkenaan suasana dalam novel tersebut? Jeng~ Jeng~ Jeng~ ;)


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Pembayang Novel Seterusnya - Bhgn 1

Pergh, awal gila aku nak bagi hint. :p Yang sebenarnya, aku tak tahu nak tulis entri apa dah. *sebulan off blog, lepas tu mengada nak buat entri banyak-banyak! :D* Timbullah idea untuk aku menulis serba sedikit dan berkongsi idea untuk novel akan datang. Buat masa ni, tak dapat nak cerita panjang-panjang sebab karya tu sendiri masih dalam pembikinan. InsyaALLAH, cuba menghabiskannya secepat mungkin untuk terbitan 2013. Moga karya selepas ini diterima sepertimana Sayang 3 Dalam 1 dan Nyanyian Syahdu ;)


Anyways, gambar bawah ni adalah hint kepada novel aku seterusnya. Setiap kali aku buat entri, aku akan letak hint baru. Muahaha~ Hint-hint ni akan membawa korang berteka teki tentang watak dan juga jalan ceritanya. Novel masih bergenre komedi romantik, ringan, mudah difahami dan mestilah ada pengajaran untuk mematangkan kita dalam kehidupan. Adakah di bawah ini heronya? Jeng Jeng Jeng !


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS