2018_allkarya

Bermula Daripada Pena Penghujung Mata, Dia Mula Mencetus Ilham Dan Menyusun Kata. Setiap Lorekan Mengandungi Bicara Yang Terkandung Seribu Satu Rahsia. Hanya Di Sini Dicurahkan Rasa Hati, Pendapat Peribadi Tentang Hakikat Duniawi Dan Di Sana, Alam Yang Kekal Hakiki.


- Weeda Airiza -



Showing posts with label Grup Buku Karangkraf. Show all posts
Showing posts with label Grup Buku Karangkraf. Show all posts

Perlukah Penulis Dapat Anugerah?

Assalamua'laikum dan Selawat kpd Baginda Rasulullah S.A.W.

Mengancamkan tajuk entri? Hiks~ Perlukah penulis dapat anugerah? *perlu ke?*dengan gaya mata ke atas, tangan di dada* Siapa penulis untuk dapat anugerah? Penulis ni selebriti juga ke? Kenapa penulis pun nak glamour? Layak ke dia orang dapat? Hah~ Itu mungkin antara persoalan yang ada di dalam diri seseorang bila terpandangkan soalan ini.

Sejujurnya anugerah untuk bidang penulisan sudahpun diketengahkan melalui pelbagai bentuk sama ada pertandingan mahupun penghargaan. Pada saya sendiri, *anggap saya bukan penulis* penulis memainkan peranan yang penting dalam membentuk masyarakat dengan menyalurkan ilmu pengetahuan. Bukan hanya penulis novel, tetapi juga penulis pelbagai jenis genre.


Tahun ini, Grup Buku Karangkraf menganjurkan Anugerah Grup Buku Karangkraf 2013 (AGBK2013) dan borang-borang undian telahpun keluar di akhbar Sinar Harian mulai hari ini. *wow~ rasa macam kerat borang ABPH! Hiks~* Justeru, sesiapa yang mahu penulis kesayangan mereka memenangi anuugerah-anugerah yang dipertandingkan, bolehlah mula beli akhbar ya! *err... saya tak tercalon untuk tahun ni, harap maklum hihi*

Sebenarnya saya nak cerita panjang mengenai persoalan penulis dan anugerah ini tetapi adalah lebih baik saya repost saja kata-kata Wayang Minda yang saya setuju secara keseluruhannya :)


APAKAH PENULIS PERLUKAN ANUGERAH? 

Esok, Grupbuku Karangkraf memulakan pencarian untuk memberi anugerah kepada para penulis melalui Anugerah Grupbuku Karangkraf atau AGBK. Tujuan utama anugerah ini adalah untuk memberi pengiktirafan kepada para penulis. Siapa yang mengiktiraf mereka? Para pembaca. Anugerah Penulis Pilihan, Buku Pilihan dan Penulis Harapan dengan 16 kategori lain pasti meriah. 

Peminat bukulah yang akan memilih dan membuat keputusan siapakah yang selayaknya menerima anugerah-anugerah itu. Kerja penulis buku bukannya mudah. Ia kerja yang payah yang memerlukan disiplin kental. Perlu istiqamah kata orang, untuk menyiapkan sesebuah buku. Berminggu, berbulan malah bertahun mereka tunduk menghadap komputer. Mereka bukan manusia biasa. 

Jika setakat menulis tiga empat baris ayat seperti di dalam instagram atau facebook, itu semua orang boleh buat. Jika menulis 10 para menjadi sebuah artikel, itu ramai orang boleh lakukan. Tetapi menulis beratus-ratus para, 200 hingga 600 halaman bukan boleh dilakukan oleh semua orang. Hanya orang yang benar-benar berminat sahaja yang sanggup lakukan. Ia adalah marathon fikiran. 

Siapa sanggup menulis begitu terperinci, menceritakan sesuatu ataupun menghuraikan sesuatu dengan panjang lebar? Selagi penulis tidak mengakhiri tulisannya dengan perkataan ‘tamat,’ selagi itulah apa yang ditulisnya akan membayangi setiap langkahnya, mengintai di waktu senggangnya dan mengusik tidurnya. Dan, apabila seseorang penulis membuat noktah di hujung ayat akhirnya, ia umpama seorang ibu yang melahirkan seorang bayi. 

Seluruh tenaga mengandung idea dapat dilepaskan dengan kelahiran sebuah buku. Namun, apakah penulis perlukan anugerah? Penulis menulis kerana dia berminat. Bukan duit yang dikejar. Jika wang dimahunya, lebih baik buat kerja lain yang cepat mendatangkan wang ringgit. Kerana minatlah dia bersengkang mata mencurahkan apa yang bertakung di mindanya untuk khalayak. Itulah kepuasan baginya.

Kerana itu, penulis tidak perlukan anugerah. Tetapi sebaliknya, golongan pembaca yang menatap karya mereka, yang memperoleh ilmu, yang terinspirasi dan termotivasi, malah terhibur dengan sesebuah buku itulah yang seharusnya meraikan penulis dengan memberi mereka anugerah itu.

Anugerah itu sebagai tanda penghormatan kepada manusia unik yang telah menyuntik sesuatu yang hidup di fikiran, hati dan jiwa mereka. Justeru itu, apresiasi pembaca melalui pemilihan dalam Anugerah Grupbuku Karangkraf adalah salah satu caranya.

Wassalam...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Jualan Gudang Karangkraf

Assalamualaikum, Selamat Malam!

Saya betul-betul tengah teruja untuk ke Jualan Gudang Karangkraf ni. Ngee~ Bukan apa, kalau novel pun dah jual sampai RM3 senaskhah, siapa yang tak nak, betul tak? Dalam hati ni dah niat memborong tapi selalunya bila sampai sana, akan jadi rambang mata. Nafsu harus dikawal! Nanti tak pasal-pasal bukan takat bocor wallet, beg plastik pun boleh koyak~ Hihihi~


Jom kita pergi ramai-ramai! Namun, satu saja masalah saya sekarang ni. Actually schedule saya dah hampir full weekend ni, tu tak termasuk pergi Jualan Gudang Karangkraf ni -_____- *nangis~~~* Kalau tutup 10 malam kan bagus, uwaaaaaaa! Takpelah, saya berdoa moga rezeki menyebelahi saya nanti. Buku-buku yang saya cadang nak beli sebenarnya lebih kepada berunsur motivasi sebab saya nak buat sedikit penyelidikan. Ngeee~ 

Okey kepada yang boleh pergi, jom pergi ya. Bukan setakat novel, ada buku untuk remaja, kanak-kanak dan juga buku agama. Bila lagi anda semua boleh beli bahan bacaan dengan harga yang paling murah, betul tak? Kalau nak beli banyak, Jualan Gudang Karangkraf ni ada jual secara pakej. Lebih jimat! *sebenarnya tengah menyesal baru beli beberapa buah buku dua minggu lepas sebab lupa ada jualan gudang. sobs. sobs*

Entry Quote
"Bahasa melambangkan perilaku seseorang itu, elok bahasa, eloklah peribadinya."
~ Weeda Airiza ~

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Pesta Buku Karangkraf!

Yeah! Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur kembali lagi! Syukur alhamdulillah, kali ni aku diberi peluang sekali lagi untuk menghadiri sesi temu mesra / turun padang berjumpa para pembaca yang dikasihi. InsyaALLAH, aku akan berada di Dewan Tun. Dr. Ismail, PWTC pada jam 2 hingga 5 petang hari Selasa. *hari pekerja, cuti yahooo!* Kepada yang mahu berjumpa, dah beli novel lama dan nak sembang-sembang, bolehlah datang pada hari tersebut, okey?

Kemungkinan besar aku juga akan turun pada hari Ahad dalam tengah hari untuk beri sokongan kepada teman-teman penulis. Yang paling penting, mahu kacau Elin Nadia, Liyana Zahim dan Muna Mahira semasa sesi temu mesra mereka. Muahaha~ *siap korang! :p* Jangan lupa singgah Pesta Buku Karangkraf ini okey, banyak gila hadiah sedang menanti! *err, penulis boleh masuk, kan? hikss* Teruja pula tengok hadiah-hadiah yang terpampang indah tu... *habisler duit den pasni... -___-*

Kalau nak tengok lagi besor, check this link! Cepat klik SINI~~ :D


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Jom ke MPH!

Jemputlah datang beramai-ramai ke MPH Subang Parade pada hari Sabtu ini jam 2-4 petang. Aku akan berada di situ dengan 2 orang lagi penulis iaitu Aleya Aneesa dan Kamsiah Abu. Mari datang untuk berbual mesra dan bergurau senda ya! Heee~~ Jumpa di sana! :)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Jom Ke Pameran Buku!

Jom! Jom! Wah~ Tawaran hebat sampai 70% di Pameran Buku POPULAR! Bolehlah datang kalau nak jumpa aku ataupun penulis-penulis lain yang datang daripada pelbagai publisher. Kalau dah beli novel, lepas tu nak jumpa pun boleh. Takde hal~ Mari kita beramah mesra, berkenal-berkenal dan bergosip-gosip ya! Heeeee~~~ Eh lupa pula nak cakap, aku akan berada di Central Market pada hari Ahad (11 Mac) jam 2 petang sampai 4 petang sahaja. See you there! :)

*carilah aku di mana! wink wink*

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Karnival Karangkraf!

Karnival Karangkraf datang lagi! Jom ramai-ramai meriahkan karnival ini, terbuka untuk semua dan karnival ini juga menerima Baucar Buku 1Malaysia. Macam-macam aktiviti yang akan dilangsungkan termasuklah sesi bertemu penulis dan novelis serta demo masak/pakai tudung/penanaman dan sebagainya! Kalau ada masa, datang ya?


Aku juga akan turut berada di sana untuk Sesi Temu Mesra Penulis & Novelis pada 29 Januari (petang). Boleh jumpa di sana untuk kita beramah mesra ya! Jangan segan-segan nak tegur, insyaALLAH, mesti akan dilayan! ^____^ Karnival sebegini pada aku memang mennyeronokkan sebab kita akan jumpa pelbagai gelagat orang. Jangan tak percaya, kadang-kadang daripada situasi sebeginilah akan munculnya pelbagai idea untuk novel-novel seterusnya. Jumpa di sana!~ :)

~ Sayang Tiga Dalam Satu, Sayang Semua Untuk Segalanya ~

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Pesta Buku Antarabangsa

Lama sudah saya mahu menitipkan coretan tentang Pesta Buku Antarabangsa yang berlangsung hampir tiga minggu yang lepas tetapi kekangan kerja mengatasi segalanya. Pertama kali saya dapat duduk dan menurunkan tandatangan di atas buku sendiri merupakan sebuah pengalaman yang sangat-sangat berharga. Akhirnya impian menjadi kenyataan. Alhamdulillah!

Pesta buku kali ini sungguh luar biasa. Orang ramai bersesak tidak kira hari biasa ataupun hari minggu. Di sana sini masyarakat menyinggah gerai demi gerai yang memberikan pelbagai diskaun menarik untuk pengunjung. Saya sendiri tidak berkesempatan untuk berjalan dan meninjau gerai-gerai buku yang biasanya saban tahun saya kunjungi. Terlalu sesak! Surau dan tandas pula usah cerita, sentiasa penuh!


Seperti biasa, dewan yang menempatkan Karangkraf menjadi tempat persinggahan ramai. Pelbagai aktiviti diadakan untuk menarik minat golongan pembaca pelbagai peringkat umur. Saya juga tidak terkecuali untuk mendapatkan bahan-bahan bacaan yang ternyata murah tetapi berbaloi untuk simpanan bertahun-tahun lamanya. Saya juga berkesempatan menemui beberapa orang pembaca dan bertukar fikiran.

 Bersama ibu saudara saya dari Johor, yang kebetulan datang ke pesta buku


Terima kasih di atas segala sokongan yang telah diberikan. InsyaALLAH berbekalkan dorongan dan semangat daripada kalian, saya ingin berjaya dan mencontohi penulis-penulis buku lain. Sebagai seorang penulis, bukan hanya sekadar menulis untuk berkongsi ilmu, tetapi juga sebagai salah satu tempat kita membina kerjaya dan membentuk jati diri sendiri. Selamat membaca dan berkarya untuk semua! ^___^

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Pesta Buku KL

Salam,

Pesta Buku Kuala Lumpur akan kembali lagi menemui semua bermula 22 April ini sehingga 1 Mei 2011. Seperti biasa, ramai warga pembaca akan memborong pelbagai jenis buku dengan adanya diskaun hebat dan tentulah kesemuanya berbaloi di beli! Ilmu tidak akan luput ditelan zaman. Dengan ilmulah, kita membentuk jatidiri dan berdiri seperti sekarang.


Saya akan berada di Booth Alaf21, Dewan Tun Dr. Ismail PWTC, Kuala Lumpur pada 23 April bermula jam 10 pagi sehingga 1 tengah hari. Selain saya, sudah tentu ramai lagi penulis-penulis berwibawa yang turut berada sama di booth Group Buku Karangkraf. Jadi, jangan lepaskan peluang bertemu kami semua!

Weeda Airiza

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS