2018_allkarya

Bermula Daripada Pena Penghujung Mata, Dia Mula Mencetus Ilham Dan Menyusun Kata. Setiap Lorekan Mengandungi Bicara Yang Terkandung Seribu Satu Rahsia. Hanya Di Sini Dicurahkan Rasa Hati, Pendapat Peribadi Tentang Hakikat Duniawi Dan Di Sana, Alam Yang Kekal Hakiki.


- Weeda Airiza -



Showing posts with label Cerita Diri. Show all posts
Showing posts with label Cerita Diri. Show all posts

Bila April Tiba

Assalamua'laikum dan Selawat kpd Baginda Rasulullah S.A.W.

Pejam celik, jatuh bangun sudahpun masuk bulan April. Cepat sungguh waktu berlalu. Perjalanan hidup saya seperti biasa. Sibuk kadang-kadang. *pura-pura sibuk pun ada juga :p* Sejujurnya tiga bulan pertama tahun 2014 ini saya habiskan masa dengan menyelesaikan manuskrip terbaru yang bertajuk Memang Dia Orangnya! Karya ini memakan masa yang lama juga untuk disiapkan kerana tahun lepas saya ada banyak agenda yang perlu dibereskan.

Alhamdulillah. Segalanya telah selesai kini. Kenduri adik lelaki pun sudah settle. Insya-ALLAH novel terbaru juga akan mula berada di pasaran pada Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur penghujung bulan ini. Alhamdulillah. Kesyukuran itu hanya pada DIA Yang Maha Esa. Tanpa petunjuk, hidayah dan ilham daripada-NYA, mana mungkin dapat saya menamatkan manuskrip saya yang kelima bersama Grup Buku Karangkraf ini.

sentiasalah bersyukur dengan nikmat yang ALLAH berikan agar hati kita menjadi tenang selalu. segalanya sudah tertulis kepada kita sejak azali, maka sebaiknya kita belajar untuk redha kerana setiap perkara yang berlaku, ada hikmahnya...

Cerita hot awal tahun juga dimonopoli oleh kisah MH370. Saya mengikutinya sejak awal sampai kadang-kala pening kepala sendiri sebab terlalu banyak spekulasi dan kisah yang mungkin ada di antaranya benar ataupun sengaja direka. Cukup pada hati saya, ALLAH Maha Besar. Segala yang berlaku ini semua kehendakNYA. Setiap yang terjadi itu ada hikmahnya. Hidup mesti diteruskan biarpun misteri ini masih menyelubungi kesayuan setiap manusia, lebih-lebih lagi pada keluarga mangsa kejadian.

Sedekahkan Al-Fatihah setiap kali berasa duka dengan misteri yang menimpa mereka. Tak semestinya untuk mangsa kejadian, malah sedekahkan juga untuk keluarga & mereka yang membantu dalam misi pencarian. Semoga hati mereka sentiasa kuat dan tabah menjalani ujian kehidupan ini. Hari ini hari mereka. Hari kita belum tentu lagi ada yang mahu mendoakannya :) Lapangkan hati, hadiahkan surah buat saudara Islam kita yang juga sedang berjuang menegakkan agama Islam. Kita tahu kita jauh dan tidak mampu untuk menolong, tetapi doa kan ada? :)

Wassalam...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Entri 2014

Assalamua'laikum dan Selawat kpd Baginda Rasulullah S.A.W.

Hanya tinggal beberapa hari lagi untuk menjejaki bulan Mac. Sekejap sangat rasanya. Ini entri pertama tahun 2014. Itupun baru nak update lepas kena bising. Hahaha :p Untuk kali pertamanya tahun ini saya tiada karya baru di awal tahun. *senyum kambing* Memang jealous tengok sahabat-sahabat lain dah ada novel baru tetapi saya perlu sabar menunggu. Namun alhamdulillah, minggu lepas saya dah berjaya hantar manuskrip penuh saya ke penerbit! *yeay yeay yeay!*

manuskrip yang telah siap sedia untuk dinilai~ proses yang paling seram hehehe

Kini, hanya perlu menunggu. Saya juga dalam perancangan untuk memulakan manuskrip remaja yang baru. Tahun ini banyak target. *jangan tanya target kahwin, tu tak ada buat masa ni :)* Saya cabar diri sendiri untuk hasilkan karya sebanyak yang mungkin. Bukan saja genre cinta dewasa, tetapi juga genre remaja dan saya terigin nak hasilkan buku motivasi. Moga-moga termakbul doa ini :)

Wassalam...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Perjalanan Baru.

Assalamua'laikum,

Bermula esok, in shaa Allah sebuah perjalanan baru akan saya daki. Sebuah perjalanan yang memfokuskan seluruh fikiran mental dan fizikal. Justeru, saya ingin memohon maaf sekiranya ada keterlanjuran kata dan tingkahlaku sepanjang anda mengenali saya. Moga ALLAH SWT sentiasa merahmati kalian dan in shaa Allah, jika dizinkan-NYA saya akan menjejakkan tinta tulisan semula di sini :)

Wassalam.

- Weeda Airiza -

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Ketentuan Yang Maha Esa

Assalamualaikum, Selamat Malam!

Kebelakangan ini saya selalu terfikirkan tentang ketentuan qada' dan qadar Ilahi. Mengapa kehidupan saya begini dan mengapa kehidupan orang lain begitu. Mungkin kerana ada beberapa insiden berlaku terhadap saya dan ia secara tidak langsung, membuka mata saya untuk lebih mengenali Pencipta alam semesta ini. Saya akui, ilmu saya masih cetek dan saya ingin sekali berubah atau dengan kata lain, melakukan 'penghijrahan' secara lahiriah serta rohaniah.

Baru-baru ini saya mengalami sebuah kejadian di mana ianya telah memberikan keinsafan yang cukup mendalam. Walaupun mungkin di luar saya masih kelihatan normal seperti biasa, tetapi hati saya menjadi kosong secara tiba-tiba. Seolah-olah ada perkara yang perlu saya lakukan untuk mengisi kekosongan itu. Puas saya berfikir sampai kusut pemikiran saya selama beberapa hari sehinggalah seorang teman baik, 'membuka' jiwa saya yang inginkan jawapan itu.


Kata-katanya membuatkan saya berfikir tentang hikmah yang DIA beri untuk kita selama ini. Saya harus bersyukur dengan pelbagai ujian hidup yang menimpa kerana melalui perkara sebeginilah saya tahu, DIA mahu saya mencari jalan menuju keredhaan-NYA dan jangan alpa di muka bumi ini. Sesungguhnya saya benar-benar mahu mencari perasaan yang dinamakan ketenangan. Sejak peristiwa tersebut, hati saya mula berbelah bahagi terhadap beberapa perkara dunia.

Mungkin orang akan mempertikaikan tentang perubahan sekelip mata yang bakal saya lakukan tetapi itulah yang dinamakan sebagai ketentuan Qada' dan Qadar daripada-NYA. Segala yang berlaku telah dirancang secara terperinci sejak sebelum kita dilahirkan lagi. Hati saya milik-NYA dan doakanlah agar saya dapat mencapai apa yang saya mahukan, yakni nikmat ukhrawi yang sebenar. Buat pembaca, InsyaALLAH, sama-samalah kita doakan agar kita semua menjadi khalifah-NYA yang lebih baik, beriman dan beramal-soleh di dunia dan akhirat. InsyaALLAH, Amin.

Entry Quote
'Walaupun jiwa sayu mencari makna, hati layu menggapai cinta,
ketahuilah ada DIA yang sentiasa berada di sisi kita'
~ Weeda Airiza ~

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Salam Ramadhan.

Assalamualaikum. Hi~!

Salam Ramadhan kepada semua yang mengenali aku dan selalu jejakkan tetikus ke dalam blog ini! Mohon maaf sebab aku sememangnya agak susah nak update blog, nak pula sekarang musim gila kerja. T.T Dari pagi sampai malam, memang jadual aku full. Yes, kalah orang-orang kenamanaan tau! Hehe~ Apapun, kita dah pun masuk hari berpuasa yang ke 6 esok. *cepat betul masa berlalu...*



Jom kita sama-sama mencari jalan untuk memperbaiki diri dalam bulan yang mulia ini. Sesungguhnya setiap apa yang kita lakukan dengan ikhlas, merupakan suatu ibadah dan insyaALLAH, jika hati kita redha untuk melakukannya, kita akan peroleh pahala yang besar. Rebutlah peluang dalam bulan Ramadhan untuk menjadi yang terbaik buat diri sendiri dan muhasabah diri adalah perkara yang harus dilakukan setiap hari agar kita dapat beroleh keinsafan, insyaALLAH.

Jadual aku memang kurang bulan ni. Lebih banyak duduk di rumah dan berehat meskipun agak sibuk menyiapkan manuskrip baru. Relaks sikit rasa bulan ni sebab balik ke rumah awal. Jam 8.30 dah mula kerja dan jam 4.30 dah boleh balik. Yeay! Apapun, bulan ni juga agak letih bagi aku sebab tiba-tiba kerja sangat banyak di office *rezeki Ramadhan* dan juga kami nak berpindah ke premis baru! *yeay lagi!*

Jadi, kepada semua... Selamat beristirehat. Jaga pemakanan dan jagalah diri di mana saja kalian berada. Semoga sentiasa berada di dalam kerahmatan Yang Maha Esa. :) **eh! Aku baru perasan. 3 perenggan aku semuanya bermula dengan huruf J! Bukan sengaja okie... :D**

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Holiday Yang Best?

Semenjak dua menjak ni aku asyik terfikir pasal nak pergi bercuti saja. *kes parah* Bila fikir balik, memang dah lama aku tak bercuti. Selalu kerja yang menyekat segala urusan. Kalau dah setiap hari terfikir kerja, memang cuti pun tak bermakna! Tempat mana yang korang suka kalau pergi cuti? Jom nak tunjuk list favourite percutian aku walaupun pergi cuti dua tahun sekali! Muahaha~

1. Tanah Tinggi
All-Time Favourite!~ Yang paling aku suka adalah di Fraser Hill sebab tempat tu macam rasa duduk di oversea. Bangunan old design ala-ala English, ditambah dengan kesejukan dan nyaman saja rasa. Tapi yang tak berapa best sini, sebab tak banyak tempat nak melawat. Cameron Highlands pun sangat best! Sebab banyak ladang vegetables, foods, kaktus dan lain-lain yang boleh lawat! Bayangkan, petik strawberi dan makan dengan cokelat panas. Lepas tu pergi pasar malam kat Tanah Rata beli fried mushrooms panas-panas! Argh! T.T Stress!


*sabar je tengok pemandangan dua ni T.T*


2. Pantai
Aku suka duduk tepi pantai sambil baca buku. *macam dalam drama sangat~ hahaha* Seriously, kalau pergi pantai jarang mandi, tapi lebih suka duduk di tepi pokok dan tutup mata sambil dengar deruan ombak. *pergh, tenang giler* Kalau dulu, memang pantang bila balik kampung di Kuantan saja, mesti tempat yang ditujui adalah Pantai Gelora, Pantai Teluk Cempedak, Pantai Batu Hitam. Yang best kalau mandi pantai, semua ruam-ruam atau jerawat kat badan boleh hilang. Lagi bagus daripada pakai ubat. Heee~~ Selalunya kalau bercuti di pantai, tak banyak yang dapat dibuat. Cuma lepak dan bersantai BBQ malam2 serta hirup angin yang bau garam. Hehehe


3. Air Terjun / Sungai
Biasanya kalau ke tempat air terjun ataupun sungai, aku lagi suka pergi sehari saja. Kalau bermalam kat sana rasa macam tak kena. *dasar penakut* hahahaha~ Faham-faham sajalah ye! Tak banyak tempat sungai yang aku pernah pergi. Antaranya Sg Congkak, Taman Rimba Ampang dengan Ulu Yam. Yang syok kalau pergi sini, makan Ayam BBQ panas-panas sambil berendam dalam air sungai yang sangat sejuk! Wee~~ Boleh bayangkan tak? Cuma yang tak best kalau ada makhluk-makhluk yang sibuk sama nak mandi T.T *monyet dan seumpamanya* Nak pula sungai selalunya berada di hutan, lagilah kena berjaga-jaga dengan serangan haiwan besar ataupun kecil. ;)

Tempat yang paling aku nak pergi sekarang!
Sipadan Island!!! Confirm aku nak pergi honeymoon kat sini!
*calon suami please!* Muahahahaha~~


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Cerita Ceritu Bahagian 1

Beware! Jeng! Jeng! Entri aku kali ni maybe sangat panjang sebab habis semua aktiviti last week aku nak cramp dalam satu entri. Weee~ Minggu lepas memang jadual aku tersangatlah pack! Bermula Ahad minggu sebelumnya, aku ada sign session di Central Market. Kemudian menjadi jemputan di Selamat Pagi 1 Malaysia, RTM pada hari Khamis, menonton teater hari Jumaat, menghadiri signing session di MPH Subang Parade pada hari Sabtu & kursus CIDB hari Ahad. *zzzzzzzzz*

Ahad - 11 Mac 2012
Berada di Central Market sempena Popular Book Fair dari jam 2 sehingga 4ptg. Sebelum itu menghadiri kenduri kahwin sebelah ibu di Cheras. 


Khamis - Program Selamat Pagi 1 Malaysia, 8pagi
First time on air, rasa macam nak lari saja. Hehe~ Takut sangat tiba-tiba blur tak tahu nak cakap apa. Malam sebelum tu aku tidur-tidur ayam sebab risau bangun lambat. Standy by pula jam 7.30pg. Sampai saja di sana, perlu solek dan Tuhan saja yang tahu betapa hati aku macam nak luruh ketika menunggu giliran. Phew~ Terima kasih kepada semua yang menonton! Terima kasih kepada BFF aku, Kamariah Jasmani kerana sempat mengambil gambar di depan TV! :)

erk~ Lainnya nampak muka kat TV -__-

 Pengalaman yang berharga :)

 Dengan ibu yang menemani dan Hezri, pengacara SP1M

 Boleh pula terserempak dengan Uncle Chef Wan kat sini, dia on air di RTM2 :)

Walaupun ke udara dalam masa lebih kurang 8 minit, ia memberikan sebuah pengalaman baru dan berharga tahun ini. Aku betul-betul respect dengan mereka yang bekerja di bahagian belakang tabir especially yang bersiaran secara langsung. Sentiasa perlu get ready untuk memastikan sebuah program itu berjaya. *tabik spring!* Erm, nampak gayanya macam aku perlu buat entri lain saja. Heee~ Cukup banyak ni nak dibebelkan :p 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Lorekan Pertama

Assalamualaikum,

Syukur alhamdulillah. Pertama kali memberikan lorekan buat blog baru yang di buat khas sempena kelahiran Weeda Airiza, seorang penulis baru yang baru berjinak dalam bidang penulisan biarpun punya pengalaman tersendiri di bidang itu sejak kecil lagi. ^______^


Terima kasih buat teman-teman yang sudah mendapatkan buku terbaru saya, Nyanyian Syahdu terbitan Alaf 21 Sdn. Bhd. Novel ini telah berada di pasaran sejak bulan Februari tahun lepas. Saya menerima perkhabaran tentang kelahiran novel ini ketika saya berada di London, England ketika mengikuti trip pejabat ke sana. Rasa sungguh tidak sabar untuk terbang balik ke Kuala Lumpur dan merasai sendiri keharuman setiap helai kertas karya sendiri itu. Syukur alhamdulillah.

InsyaALLAH saya akan cuba mengemaskini blog dengan berkongsi apa jua cerita yang boleh dijadikan panduan biarpun sedikit. Kita hanyalah manusia biasa yang punya hati dan perasaan serta tidak punya hak untuk memuaskan hati setiap pihak. Segala kebaikan itu datang daripadaNya dan setiap keburukan itu datang daripada kita yang kerdil ini.

Salam perkenalan,
Weeda Airiza
Daripada Pena Penghujung Mata, Tercetus Ilham Tersusun Kata, Terlarik Seribu Rahsia

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS