Yeah! Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur kembali lagi! Syukur alhamdulillah, kali ni aku diberi peluang sekali lagi untuk menghadiri sesi temu mesra / turun padang berjumpa para pembaca yang dikasihi. InsyaALLAH, aku akan berada di Dewan Tun. Dr. Ismail, PWTC pada jam 2 hingga 5 petang hari Selasa. *hari pekerja, cuti yahooo!* Kepada yang mahu berjumpa, dah beli novel lama dan nak sembang-sembang, bolehlah datang pada hari tersebut, okey?
Kemungkinan besar aku juga akan turun pada hari Ahad dalam tengah hari untuk beri sokongan kepada teman-teman penulis. Yang paling penting, mahu kacau Elin Nadia, Liyana Zahim dan Muna Mahira semasa sesi temu mesra mereka. Muahaha~ *siap korang! :p* Jangan lupa singgah Pesta Buku Karangkraf ini okey, banyak gila hadiah sedang menanti! *err, penulis boleh masuk, kan? hikss* Teruja pula tengok hadiah-hadiah yang terpampang indah tu... *habisler duit den pasni... -___-*
Kalau nak tengok lagi besor, check this link! Cepat klik SINI~~ :D
0 comments:
Post a Comment