2018_allkarya

Bermula Daripada Pena Penghujung Mata, Dia Mula Mencetus Ilham Dan Menyusun Kata. Setiap Lorekan Mengandungi Bicara Yang Terkandung Seribu Satu Rahsia. Hanya Di Sini Dicurahkan Rasa Hati, Pendapat Peribadi Tentang Hakikat Duniawi Dan Di Sana, Alam Yang Kekal Hakiki.


- Weeda Airiza -



Umrah 6 Feb - Day 1 (Madinah)

Assalamua'laikum dan Selawat kpd Baginda Rasulullah S.A.W.

Lebih kurang jam 9.30 pagi waktu Madinah (2.30 ptg waktu Malaysia) kami tiba di Prince Mohammad Bin Abdulaziz International Airport, Madinah Al-Munawwarah. Alhamdulillah. Hati dah mula sebak mengenangkan suasana Masjid Nabawi. Kalau umrah yang lepas, saya masuk ke Tanah Haram Mekah dahulu. Kali ni pula tiba di Madinah. Berbeza sedikit perasaannya.


pandangan dari atas bas, sekitar airport

Cuaca ketika ini lebih kurang 12 darjah celcius. Keluar saja flight, yuhuuuuuuu sejuuuuk! Nyaman sangat angin bertiup dgn pemandangan bukit berbatu yang tandus. Kami menaiki bas untuk ke lobi ketibaan dan seterusnya melalui proses imigresen. Segalanya berlaku dengan lancar dan tidak memakan masa yang lama. Cuma, bila part nak cop jari jemari tu, pak arab imigresen main ambil aje jemari2 comel ini untuk diletakkan di atas mesin pengimbas. (-__-) *hello2... sabar ajelah*


Nota : Amalkan baca zikir untuk mempermudahkan urusan. "Rabbi yassir, wala tu'assir, rabbi tammim bil khoir." - Ya ALLAH, permudahkanlah urusanku, permudahkanlah jangan disulitkan.
Ada 3 buah bas yang telah tersedia. Bas 1 & 2 untuk Andalusia. Bas 3 untuk Fa Izin. Bas no 1 bersama mutawif Ustaz Norrosalam. Group kami pula ditempatkan di Bas no 2, diketuai oleh mutawif Ustaz Muhammad Abu Leith. Comel aje ustaznya. *serious comel, cara dia bercerita sepanjang perjalanan umrah dan ziarah sangat best!* Sementara ustaz memberikan salam perkenalan, kami sibuk ambil gambar pemandangan luar. Maklumlah, luas betul pandangan padang pasir yang berbukit-bukau. Segalanya nampak indah. Hanya ALLAH saja yang tahu.

Sejujurnya, jauh di sudut hati ini saya dapat merasai RASULULLAH telah tahu kami telah tiba di Madinah untuk menziarahi Baginda dan tempat yang mulia ini. Seolah-olah Baginda sedang tersenyum dan menyapa hati. Dulupun saya rasa benda yang sama apabila masuk saja Kota Madinah, air mata terus mengalir tidak berhenti-henti. Saya yakin bukan saya seorang saja yang rasa seperti itu. Ketika ini, jangan lupa teruskan berselawat ke atas RASULULLAH.

Ganjarannya terlalu besar. Sekali kita berselawat, kita akan dapat ganjaran 10 kali selawat daripada ALLAH ke atas diri kita, termasuklah rahmatNYA dan syafaat daripada Nabi Muhammad S.A.W. Rujuk SINI untuk extra informasi mengenai kelebihan berselawat ke atas junjungan nabi kita yang mulia.

“Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya berselawat kepada Nabi; wahai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu kepadanya dan ucapkan salam kepadanya.” (Al-Ahzab | 33: 56)

Akhirnya kami tiba di hotel Mawaddah Al-Safwa, lebih kurang 200m drpd pintu pagar no 15, Masjid Nabawi. Masa sampai, baharu saja azan Zohor berkumandang. Penuh jalan dengan jemaah yang sedang menuju ke masjid. Di hadapan hotel kami ada tempat melontar, kata ustaz. *melontar duit :p* Selepas dapat kunci bilik, kami menunggu lif. Servis lif di sini agak lambat dan memerlukan kesabaran. Namun, ada juga yang saling bertolakan atau potong queue. Ya, memang nampak selfish tapi bila kita dah ada di sini, cubalah mengalah dan sabar.

Nota : Jika mahu ke masjid, pastikan sejam atau dua jam lebih awal. Kadang2 terpaksa tunggu lif sampai setengah jam, lebih2 lagi jika waktu solat semakin hampir.

Selesai urusan di bilik, kami turun untuk makan tengah hari sebelum menunaikan solat Zohor di masjid. Sayang nak solat di bilik sebab kalau di masjid, gandaan pahalanya jadi 1000 kali lebih baik. Dari jauh lagi dah nampak payung2 besar berkembang cantik di perkarangan masjid. Seronok melihat wajah saudara2 yang first time pergi. Masing2 semangat dengan wajah bercahaya dengan gembira. Jangan lupa untuk terus beristighfar dan selawat di dalam hati, cuba membersihkan jiwa agar fokus dengan ibadah.

perkarangan masjid. sampai sudah saya tak berkesempatan nak tengok live payung ni dibuka atau ditutup. *sobs. tak ada rezeki :( kalau tak salah, payung ni buka dalam jam 5 pagi, tutup dlm jam 5 ptg. 

Nota : Amalkan setiap kali masuk saja ke dalam masjid, niat untuk beriktikaf agar mendapat pahala iktikaf di masjid. "Aku berniat untuk i'tikaf di masjid ini kerana ALLAH Ta'ala."

Ada banyak perkara yang boleh dilakukan di dalam masjid selain daripada solat berjemaah. Antaranya bacalah Al-Quran, terjemahan atau berzikir, berselawat. Kosongkan hati, lapangkan jiwa. Bayangkan RASULULLAH ada begitu hampir dengan kita. Jika ada masa, boleh tunaikan sekali solat qada'. Kurangkan berbual dan fokus dengan penyucian hati sendiri. Kalau ternampak apa2 yang pelik seperti perangai orang2 lain, biarkan. Itu antara dia dan ALLAH. Yang penting, hati kita.

Ruang Masjid Nabawi agak sejuk. Kalau tak tahan sejuk, boleh bawa sweater atau pakai inner dalam jubah. Tandas pun agak jauh, so jangan lupa bawa botol spray untuk wuduk. Tuala kecil pun boleh bawa sebagai alas ketika mengambil wuduk dengan spray. Jangan lepaskan peluang juga untuk minum air zamzam yang sentiasa ada di dalam masjid.

Nota : Sentiasa berdoa sebelum minum air zamzam. Sunat menghadap kiblat dan berdiri ketika meminumnya. "Bismillahirrahmanirrahim, ya ALLAH sesungguhnya aku bermohon kepadaMU ilmu yang bermanfaat, rezeki yang luas dan kesembuhan daripada segala jenis penyakit." 

Selesai solat Asar, kami keluar berjalan menuju ke pasaraya Bin Dawood yang terletak tidak jauh dari situ. Ada barang yang harganya murah dan ada yang mahal. Antara favourite benda yang nak dibeli adalah susu original dan berperisa dalam botol. Hanya 1.05 SR saja harganya. Sedap sangat! Lepas dah dua kali ke sana, saya memang sarankan tak perlu bawa jajan atau biskut dari Malaysia sebab kat sana ada macam2 benda boleh try, kecualilah kalau memang tak boleh hidup tanpa biskut Malaysia. Hehehe~

di bawah kubah hijau inilah terletaknya makam Rasulullah SAW, Saidina Abu Bakar As-Siddiq & Saidina Umar Al-Khattab r.a.

Rutin seterusnya lebih kurang sama. Pulang kembali ke masjid untuk solat Maghrib dan Isyak. Selepas itu makan malam dan berehat di bilik sebelum tidur awal. Cubalah untuk bangun lebih awal untuk buat solat malam di masjid - solat tahajud, solat taubat, solat hajat, solat sunat dan lain2 lagi. Disebabkan keletihan, malam ni memang tak pergi mana2. Lepas makan, boleh terus tergolek di katil. (-__-) *jangan ikut saya* At least, bagi perut hadam makanan tu dulu, ya? hiks.

InshaALLAH, bersambung di entri seterusnya ^_^

*sekiranya ada informasi yang salah atau terlepas pandang, boleh bagitahu di ruangan komen, inshaALLAH saya perbetulkan*

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments: