2018_allkarya

Bermula Daripada Pena Penghujung Mata, Dia Mula Mencetus Ilham Dan Menyusun Kata. Setiap Lorekan Mengandungi Bicara Yang Terkandung Seribu Satu Rahsia. Hanya Di Sini Dicurahkan Rasa Hati, Pendapat Peribadi Tentang Hakikat Duniawi Dan Di Sana, Alam Yang Kekal Hakiki.


- Weeda Airiza -



Al-Kisah Jual Beli Cinta

Assalamua'laikum dan Selawat kpd Baginda Rasulullah S.A.W.

Semangat posting kali ke-2. Muahahaa~ Kali ni nak cerita pasal macam mana saya boleh dapat idea untuk novel terbaharu - Jual Beli Cinta. Al-kisah, tajuk asal yang saya berikan sebenarnya adalah Saat Kau Pilih Aku tapi bila sampai di tangan publisher, mereka pasti akan mengubahnya mengikut kehendak pasaran. Tajuk Jual Beli Cinta ni terilham semasa saya baru nak tidur *-.- jenuh kalau ilham datang time ni*


cover yang omeyyy~~ ada juga kata tak omey -.- anyways, thank you to my graphic designer yang bertungkus lumus 'mengait' setiap huruf tu ^_^
harganya RM24 untuk semenanjung, RM 27 untuk sabah & sarawak :)

Actually, heroin dalam novel ni iaitu Airin Zulaikha Shane adalah dua pupu kepada Rayyan Ziqri Shane, hero dalam novel saya terdahulu, Cinta 2U Dot My. Sedikit sebanyak, cerita Rayyan selepas perkahwinannya bersama Auni Hafya ada saya ceritakan di dalam novel Jual Beli Cinta. Bukan itu saja, novel ni special sebab saya bawa habis semua watak-watak novel terdahulu sebagai cameo. *comel rasa bila mereka muncul. rasa real~~*

Ada orang tanya, kenapa suka create watak kacukan? Sebenarnya watak mereka ni saja yang kacukan Melayu, Arab dan Irish. Novel-novel lain semuanya confirm Melayu tulen *adalah juga sikit-sikit cameo dari Korea Selatan :p especially dalam novel Sayang 3 Dalam 1* Dalam Jual Beli Cinta ni, kedua-dua watak utamanya anak kacukan. Heronya, Aaron Faiq Lee berdarah Melayu, Filipina dan Korea. Agaknya macam mana rupa anak-anak mereka? *Melayu + Filipina + Korea + Arab + Ireland o__O erk~*

*bayangkanlah Faiq dan bebola kain ini~ nangis!~ suweet sangat kalau lelaki macam ni bagi korang sweater yang dikait sendiri. hah, tak suweet? xD*

Ringkasnya, Faiq mempunyai bisnes rahsianya - bubblyknit - *nama kena comel ye* bisnes mengait! Hah, ambik! Lelaki mengait? Macam tak percaya aje bunyinya, kan? Tapi trust me! Mesti ada kat luar sana tu. Pada saya, Faiq ni sangat sweet. *yelah, sendiri yang create wataknya kan :p* seriously, saya gambarkan Faiq ni seorang lelaki macho yang berjawatan bos di syarikat event management tapi mempunyai hobi mengait.

Zulaikha pula sebenarnya adalah pelanggan setianya selama ini di instagram bisnes Faiq. Namun, gadis itu tak tahu sebenarnya pemilik bisnes tersebut adalah lelaki! *macam mana agaknya jadi nanti?* Novel Jual Beli Cinta ini bergenre komedi romantik, ringan, tiada unsur-unsur keganasan mahupun beratnya kepala nak fikir masalah yang bersimpang-siur. Saya 'design' novel ini dengan cara paling sempoi dan mudah untuk difahami.

antara feedback yang diterima. sobs~ terharu hakak! thanks a lot everyone :) really appreciate it. terima kasih kerana sudi membaca karya terbaharu ni :) <3 klik untuk gambar lagi besar dan jelas~

Setakat ini feedback semuanya alhamdulillah. Terima kasih kepada yang sudi  memilikinya. InsyaALLAH now tengah pulun novel baharu. Mungkin siapkan novel remaja dahulu. *itupun mampu sehari sehelai -.- kemalasan tidak terbendung!* Apapun, thanks a lot for all. My supporters yang selalu berada di sisi, thanks a lot! :) Love you to the moon and back! *throwing confetti ala-ala dapat awards lol*

Till then. Daa~~ Ops! Novel ni saya ada update di Ilham Karangkraf.  ;)

Wassalam...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Novel Baharu

Assalamua'laikum dan Selawat kpd Baginda Rasulullah S.A.W.

Setelah lama tidak menjengah laman web sendiri, baharulah saya perasan tahun ni saya langsung tak menaip kat sini! *cubit pipi sendiri* Tak tahu nak taip apa selain daripada nak mengumumkan akhirnya saya beranak satu lagi! kekeke~~ Taraaaaaaaa~~


Saya jual cinta! Siapa yang sudi nak beli? kekeke~ Terimalah buah tangan terbaharu daripada saya, JUAL BELI CINTA. Masih mengekalkan genre komedi romantik. Kali ini saya cerita tentang dua orang watak utama yang mempunyai darah kacukan. Aaron Faiq Lee dan Airin Zulaikha Shane. Check out sinopsis di bawah ya! InsyaAllah esok lusa saya akan cerita tentang novel ini dengan lebih lanjut. 

Kepada yang berminat, boleh juga singgah di Ilham Karangkraf. Saya dah update bab 1 sampai bab 35 di sana. ^_^ Bab 35 adalah bab akhir ya. Selainnya boleh baca novel ni. Untuk pengetahuan, novel ni dah mula dijual masa Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur lepas. Terima kasih banyak kepada yang sudah mendapatkannya! *hugskisses* Semoga terhibur membaca ^_^

Ilham Karangkraf

Sinopsis :

Kenangan silam yang pahit memang parah! Lagi-lagi kalau pernah putus cinta. Lebih sakit, kalau lelaki itu selamba pergi tanpa salam terakhirnya! Geram! Puas Airin Zulaikha Shane mencari di mana buah hati pengarang jantungnya. Kepulangannya ke Malaysia hanya menambah rajuk di hati. Lelaki itu tetap tidak ditemui. 

Namun, dalam diam... Zulaikha mula mendambakan Razif, jejaka yang ditemui secara tidak sengaja saban tahun. Siapa sebenarnya dia? Sekejap ada, sekejap tak ada. Misteri betul! Dalam masa yang sama, Aaron Faiq Lee pula dilanda rebut taufan dalam jiwa. Dipaksa kahwin dengan Shiela memang dia tidak gemar! Macam dalam drama katanya. 

Persahabatan akrab antara Faiq dan Zulaikha yang bermula akibat perlanggaran troli, mencetuskan idea yang tidak disangka. Daripada bestfriend yang berkongsi suka dan duka, Faiq menghulurkan lamaran yang tidak disangka. Zulaikha sudah garu kepala. Siapa sebenar jodohnya? Ah, buang masa! Zulaikha memaksa dirinya menepis bayangan Razif dan beralih kepada idea gila Faiq. 

“Faiq, jom kita kahwin!”

Wassalam...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Bagaimana Mahu Menulis?

Assalamua'laikum dan Selawat kpd Baginda Rasulullah S.A.W.

Entri lepas saya ada cerita bagaimana seseorang penulis boleh mendapat ilham. Kali ni, saya nak cerita pula bagaimana kita mahu mula menulis. Ada orang kata, menulis itu susah. Apatah lagi bila melihat para novelis atau penulis dengan buku tebal 200 sehingga 1000 mukasurat. *rasa nak pengsan, kan?* Apapun, semua orang boleh! Awak juga boleh! Ya, janji kena ada disiplin dan minat.

1. Medium menulis
2. Watak-watak
3. Plot cerita
4. Plot bab
5. Format

Lima point di atas itu adalah ciri-ciri utama penyediaan untuk menulis. Kebanyakan penulis mempunyai cara yang berlainan. Kadang-kadang ada penulis yang tidak perlu membuat plot bab dan dia hanya menulis mengikut apa yang difikirkannya. Ada juga penulis yang melakukan perincian secara mendalam sebelum menulis. Pendek kata, carilah jalan yang bersesuaian dengan diri.

Usah terlalu  mengikut cara penulis-penulis lain kerana hanya kita yang tahu tahap kemampuan kita. Bila hati tenang, jiwa akan gembira. Bila jiwa gembira, nak buat kerja pun rasa suka. Betul tak? *ke saya je yang cakap macam tu? Hihihi~* Alright, next cerita!


Medium Menulis
Cari apa-apa medium untuk memulakan penulisan. Setiap kali muncul idea, conteng di situ. Buku, komputer atau diari pun boleh digunakan. Janji ada tempat untuk kita refer. Nanti taklah keliru. Pengalaman saya sendiri, di awal novel cerita tentang si heroin pakai kereta Wira. Di tengah cerita, pakai kereta Waja pula. Ni semua gara-gara apa? Gara-gara malas conteng idea! :p Jadi, cari medium yang paling anda suka. Hias medium anda tu dengan apa saja yang boleh buatkan anda gembira. Contohnya, conteng dengan pen-pen colourful.

Watak-Watak
Paling penting. Jotdown cerita watak anda tu dalam medium penulisan anda. Tulis je mamat ni umur berapa, adik beradik dia, suka makan apa dan apa-apa saja. Create your own character using your own imagination! Kalau boleh, senaraikan watak penting. Lagi best, tampal terus watak imaginasi anda dalam buku. It's okay, writer memang mempunyai imaginasi tinggi. Don't worry kalau rasa pelik atau tiba-tiba tersengih sorang-sorang! It's natural. xD

Plot Cerita
Sinopsis keseluruhan novel yang ingin dibuat. Permulaan, pertengahan, klimaks dan pengakhiran. Selalunya dalam 1 atau 2 mukasurat. Plot cerita ni juga selalu kita pakai untuk hantar ke production kalau nak buat drama. Untuk simpanan sendiri, tak perlulah tulis formal. Cukup kita saja yang faham :)

Plot Bab
Kebanyakan penulis yang saya kenal, tak ramai yang menulis bab demi bab. Selalunya mereka buat saja dan kemudian baru susun balik. Plot bab ni adalah cara saya untuk menghasilkan novel. Secara ringkas, saya akan tulis bab 1 saya nak cerita apa. Kemudian, bab 2 cerita apa. Selalunya saya buat 10 bab pertama. Lepas tu dah dekat 10 bab, baru saya sambung lagi. Ianya sebagai guideline supaya saya tak tersasar cerita. Cuba tengok sama ada plot bab dapat membantu anda atau tidak kerana kita perlu cuba dulu untuk mendapatkan keserasian :)

Format
Format ni memang ramai yang tanya saya. Boleh juga tanya terus kepada publisher yang kita nak hantar tapi selalunya gunakan Miscrosoft Word, double spacing, jenis font ni biasanya terpulang kepada penulis. Saya guna Maiandra GD, saiz 12. Macam bonda saya, dia kena ada font yang sesuai supaya mood menulis itu sampai. Saya pula dari dulu asyik dengan font yang sama. Saya memang tak boleh tulis pakai Times New Roman. Ahahaha~ Entahlah, tak tahu apa pasal. Idea jarang muncul kalau saya pakai font tu :p

Daripada segi bab pula, setiap bab dalam 5 sehingga 7 mukasurat. Jangan terlalu pendek dan jangan pula terlalu panjang. Baca novel-novel atau buku penulis lain untuk melihat cara menulis yang bersesuaian. Jalan cerita pula harus ada pengajaran untuk masyarakat kerana kita, adalah apa yang kita tulis. Kalau boleh untuk yang beragama Islam, elakkan memberi cerita yang mempunyai aksi panas kerana sebolehnya, kita mahu masyarakat terdidik dengan apa yang kita tulis. Niat tu perlu betul. Kalau bukan di sini kita ditanya, di sana nanti kita perlu menjawabnya :)

Kalau ada apa-apa pertanyaan ataupun ingin saya bantu, boleh cari saya di Facebook ataupun emel weeda.airiza@gmail.com InsyaAllah saya terbuka hati untuk menolong anda merealisasikan impian bergelar penulis. Kita usaha sama-sama, kita berjaya dunia akhirat sama-sama. InsyaAllah.

Wassalam...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS