2018_allkarya

Bermula Daripada Pena Penghujung Mata, Dia Mula Mencetus Ilham Dan Menyusun Kata. Setiap Lorekan Mengandungi Bicara Yang Terkandung Seribu Satu Rahsia. Hanya Di Sini Dicurahkan Rasa Hati, Pendapat Peribadi Tentang Hakikat Duniawi Dan Di Sana, Alam Yang Kekal Hakiki.


- Weeda Airiza -



Umrah 6 Feb - Day 1 (Madinah)

Assalamua'laikum dan Selawat kpd Baginda Rasulullah S.A.W.

Lebih kurang jam 9.30 pagi waktu Madinah (2.30 ptg waktu Malaysia) kami tiba di Prince Mohammad Bin Abdulaziz International Airport, Madinah Al-Munawwarah. Alhamdulillah. Hati dah mula sebak mengenangkan suasana Masjid Nabawi. Kalau umrah yang lepas, saya masuk ke Tanah Haram Mekah dahulu. Kali ni pula tiba di Madinah. Berbeza sedikit perasaannya.


pandangan dari atas bas, sekitar airport

Cuaca ketika ini lebih kurang 12 darjah celcius. Keluar saja flight, yuhuuuuuuu sejuuuuk! Nyaman sangat angin bertiup dgn pemandangan bukit berbatu yang tandus. Kami menaiki bas untuk ke lobi ketibaan dan seterusnya melalui proses imigresen. Segalanya berlaku dengan lancar dan tidak memakan masa yang lama. Cuma, bila part nak cop jari jemari tu, pak arab imigresen main ambil aje jemari2 comel ini untuk diletakkan di atas mesin pengimbas. (-__-) *hello2... sabar ajelah*


Nota : Amalkan baca zikir untuk mempermudahkan urusan. "Rabbi yassir, wala tu'assir, rabbi tammim bil khoir." - Ya ALLAH, permudahkanlah urusanku, permudahkanlah jangan disulitkan.
Ada 3 buah bas yang telah tersedia. Bas 1 & 2 untuk Andalusia. Bas 3 untuk Fa Izin. Bas no 1 bersama mutawif Ustaz Norrosalam. Group kami pula ditempatkan di Bas no 2, diketuai oleh mutawif Ustaz Muhammad Abu Leith. Comel aje ustaznya. *serious comel, cara dia bercerita sepanjang perjalanan umrah dan ziarah sangat best!* Sementara ustaz memberikan salam perkenalan, kami sibuk ambil gambar pemandangan luar. Maklumlah, luas betul pandangan padang pasir yang berbukit-bukau. Segalanya nampak indah. Hanya ALLAH saja yang tahu.

Sejujurnya, jauh di sudut hati ini saya dapat merasai RASULULLAH telah tahu kami telah tiba di Madinah untuk menziarahi Baginda dan tempat yang mulia ini. Seolah-olah Baginda sedang tersenyum dan menyapa hati. Dulupun saya rasa benda yang sama apabila masuk saja Kota Madinah, air mata terus mengalir tidak berhenti-henti. Saya yakin bukan saya seorang saja yang rasa seperti itu. Ketika ini, jangan lupa teruskan berselawat ke atas RASULULLAH.

Ganjarannya terlalu besar. Sekali kita berselawat, kita akan dapat ganjaran 10 kali selawat daripada ALLAH ke atas diri kita, termasuklah rahmatNYA dan syafaat daripada Nabi Muhammad S.A.W. Rujuk SINI untuk extra informasi mengenai kelebihan berselawat ke atas junjungan nabi kita yang mulia.

“Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya berselawat kepada Nabi; wahai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu kepadanya dan ucapkan salam kepadanya.” (Al-Ahzab | 33: 56)

Akhirnya kami tiba di hotel Mawaddah Al-Safwa, lebih kurang 200m drpd pintu pagar no 15, Masjid Nabawi. Masa sampai, baharu saja azan Zohor berkumandang. Penuh jalan dengan jemaah yang sedang menuju ke masjid. Di hadapan hotel kami ada tempat melontar, kata ustaz. *melontar duit :p* Selepas dapat kunci bilik, kami menunggu lif. Servis lif di sini agak lambat dan memerlukan kesabaran. Namun, ada juga yang saling bertolakan atau potong queue. Ya, memang nampak selfish tapi bila kita dah ada di sini, cubalah mengalah dan sabar.

Nota : Jika mahu ke masjid, pastikan sejam atau dua jam lebih awal. Kadang2 terpaksa tunggu lif sampai setengah jam, lebih2 lagi jika waktu solat semakin hampir.

Selesai urusan di bilik, kami turun untuk makan tengah hari sebelum menunaikan solat Zohor di masjid. Sayang nak solat di bilik sebab kalau di masjid, gandaan pahalanya jadi 1000 kali lebih baik. Dari jauh lagi dah nampak payung2 besar berkembang cantik di perkarangan masjid. Seronok melihat wajah saudara2 yang first time pergi. Masing2 semangat dengan wajah bercahaya dengan gembira. Jangan lupa untuk terus beristighfar dan selawat di dalam hati, cuba membersihkan jiwa agar fokus dengan ibadah.

perkarangan masjid. sampai sudah saya tak berkesempatan nak tengok live payung ni dibuka atau ditutup. *sobs. tak ada rezeki :( kalau tak salah, payung ni buka dalam jam 5 pagi, tutup dlm jam 5 ptg. 

Nota : Amalkan setiap kali masuk saja ke dalam masjid, niat untuk beriktikaf agar mendapat pahala iktikaf di masjid. "Aku berniat untuk i'tikaf di masjid ini kerana ALLAH Ta'ala."

Ada banyak perkara yang boleh dilakukan di dalam masjid selain daripada solat berjemaah. Antaranya bacalah Al-Quran, terjemahan atau berzikir, berselawat. Kosongkan hati, lapangkan jiwa. Bayangkan RASULULLAH ada begitu hampir dengan kita. Jika ada masa, boleh tunaikan sekali solat qada'. Kurangkan berbual dan fokus dengan penyucian hati sendiri. Kalau ternampak apa2 yang pelik seperti perangai orang2 lain, biarkan. Itu antara dia dan ALLAH. Yang penting, hati kita.

Ruang Masjid Nabawi agak sejuk. Kalau tak tahan sejuk, boleh bawa sweater atau pakai inner dalam jubah. Tandas pun agak jauh, so jangan lupa bawa botol spray untuk wuduk. Tuala kecil pun boleh bawa sebagai alas ketika mengambil wuduk dengan spray. Jangan lepaskan peluang juga untuk minum air zamzam yang sentiasa ada di dalam masjid.

Nota : Sentiasa berdoa sebelum minum air zamzam. Sunat menghadap kiblat dan berdiri ketika meminumnya. "Bismillahirrahmanirrahim, ya ALLAH sesungguhnya aku bermohon kepadaMU ilmu yang bermanfaat, rezeki yang luas dan kesembuhan daripada segala jenis penyakit." 

Selesai solat Asar, kami keluar berjalan menuju ke pasaraya Bin Dawood yang terletak tidak jauh dari situ. Ada barang yang harganya murah dan ada yang mahal. Antara favourite benda yang nak dibeli adalah susu original dan berperisa dalam botol. Hanya 1.05 SR saja harganya. Sedap sangat! Lepas dah dua kali ke sana, saya memang sarankan tak perlu bawa jajan atau biskut dari Malaysia sebab kat sana ada macam2 benda boleh try, kecualilah kalau memang tak boleh hidup tanpa biskut Malaysia. Hehehe~

di bawah kubah hijau inilah terletaknya makam Rasulullah SAW, Saidina Abu Bakar As-Siddiq & Saidina Umar Al-Khattab r.a.

Rutin seterusnya lebih kurang sama. Pulang kembali ke masjid untuk solat Maghrib dan Isyak. Selepas itu makan malam dan berehat di bilik sebelum tidur awal. Cubalah untuk bangun lebih awal untuk buat solat malam di masjid - solat tahajud, solat taubat, solat hajat, solat sunat dan lain2 lagi. Disebabkan keletihan, malam ni memang tak pergi mana2. Lepas makan, boleh terus tergolek di katil. (-__-) *jangan ikut saya* At least, bagi perut hadam makanan tu dulu, ya? hiks.

InshaALLAH, bersambung di entri seterusnya ^_^

*sekiranya ada informasi yang salah atau terlepas pandang, boleh bagitahu di ruangan komen, inshaALLAH saya perbetulkan*

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Umrah 6 Feb - Day 1 (Malaysia)

Assalamua'laikum dan Selawat kpd Baginda Rasulullah S.A.W.

Segala pujian bagi ALLAH S.W.T yang telah menjemput saya sekali lagi untuk menjejakkan kaki ke Tanah Haram Mekah & Madinah Al-Munawwarah bagi menyempurnakan ibadah umrah dan ziarah. Tak tergambar dengan perasaan apabila peluang itu datang sekali lagi. Kali ini saya ke sana bersama ibu, ayah, adik-adik dan adik-beradik ibu serta ayah.

Entri perjalanan umrah pada tahun 2013 dahulu tak sempat saya garapkan kerana kekangan masa. Namun, ada sebahagiannya yang boleh dijadikan panduan pembaca seperti persediaan fizikal, kelengkapan dan ilmu. Boleh juga klik di ruangan Travel Trip di sebelah ruang kanan yang tertera arkib 'Umrah'.

Persediaan Fizikal - Klik Sini
Persediaan Kelengkapan - Klik Sini
Persediaan Ilmu - Klik Sini

Jam 10.30 malam bersamaan 5 Februari hari Isnin, saya beserta ahli keluarga (berjumlah 13 orang) telahpun bersiap sedia untuk ke airport KLIA2. Awal2 lagi kami dah tempah kereta Starex bersama pemandunya untuk menghantar kami ke sana (7 orang naik Starex & selebihnya dengan sebuah lagi kereta tunang adik) dan juga mengambil sewaktu pulang nanti. Boleh lihat di SINI (Sewa Kereta). Alhamdulillah, servis yang sangat baik diberikan oleh mereka. Actually, saya cari saja di Facebook dan tawakal, berserah pada ALLAH untuk memudahkan segala urusan.



Kali ni saya pergi dengan Andalusia Travel & Tours, dari 6 Februari sehingga 17 Februari. Pakej yang diambil adalah pakej Air Asia X. Jujur, pada mulanya saya agak kerisauan apabila ibu bercadang mengambil pakej ini kerana saya risaukan tempat duduk flight mungkin agak sempit dan kurang selesa untuk kami. Tapi sebenarnya tak ada yang perlu dirisaukan kerana yang paling penting adalah niat dalam hati kita.

PERBETULKAN NIAT

Ini yang paling penting bila mahu berangkat. Istighfar banyak2 dalam hati, perbetulkan niat kita untuk ke sana. Usah fikirkan kesusahan yang bakal dihadapi sprt takut penat, takut demam atau takut macam2 lagi. Especially takut nak buat umrah, takut kalau tak nampak Kaabah, takut pengsan tengah jalan bila nak ke masjid... Semua tu urusan ALLAH. Apa yang perlu kita buat adalah berserah, berniat agar kita pergi dengan perasaan untuk memohon keampunan, mendekatkan diri dengan ALLAH dan RASULULLAH, mahu memperbaiki diri dan menyucikan jiwa kita yang penuh dengan dosa ini.

InshaALLAH, dengan niat yang betul, segalanya dimudahkan. Belajar untuk bersabar. Jangan gopoh terutama apabila terpaksa menunggu lama di airport atau di imigresen. Kita pergi bukan seorang diri tapi dengan orang2 lain yang tidak dikenali. Bertoleransi walaupun mereka tidak buat begitu. Maklumlah, lain orang lain perangainya. Apapun, SABAR... ^_^

Ada 2 group daripada Andalusia untuk flight ni. Satu group lagi daripada Fa Izin International Travel & Tours. Sebahagian yang lain daripada group2 Indonesia. Jujurnya, pasti ada sebahagian besar yang akan menguji kesabaran anda, hehehe... Apapun, jam 5 pagi kami sudah mula terbang menuju ke Madinah Al-Munawwarah. Naik2 saja terus ZzzZzZ...

rombongan kami seramai 13 orang

siblings dan cousins. ngeteh sementara menunggu boarding. jam 3 pagi masa ni, bayangkanlah... hihi

Penerbangan memakan masa hampir 8 jam. Makanan dihidangkan 2 kali. Dua2 free, dah termasuk pakej. Tapi kalau nak air panas, of course kena beli. RM6 harga untuk secawan air panas. First food, Nasi Lemak Pak Nasser. Second, Thai Green Curry with Rice. Alhamdulillah for everything. Beware, jangan complaint banyak2. Belajar untuk terima sama ada sedap atau tak. RASULULLAH sendiri kalau tak suka sesuatu makanan tu, Baginda akan diam. 

Masa ni kadang2 kita tak perasan mulut kita mengomel itu ini. "Eh, ikan bilis keciknya, kedekut..." "Macam ni je nasi lemak?" "Pedas sangat, nak bagi aku sakit perut ke?" Hah, macam2 lah lagi. Kalau tak boleh nak tahan juga cakap, cakaplah dalam hati. Itu semua rezeki daripada ALLAH, segala apa yang kita terima tu dah ditetapkan. Jadi, belajarlah untuk bersyukur :) Perlahan2 kita berubah, inshaALLAH lama2 kita akan biasa untuk bersuara bila perlu saja.

InshaALLAH, berjumpa di entri seterusnya ^_^

*sekiranya ada informasi yang salah atau terlepas pandang, boleh bagitahu di ruangan komen, inshaALLAH saya perbetulkan*

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Fitnah Teknologi

Assalamua'laikum dan Selawat kpd Baginda Rasulullah S.A.W.

Sedikit serius dengan tajuk entri hari ini. Entah kenapa, nowadays macam dah terlalu banyak cerita yang viral di media massa. Kadang-kala seram nak klik, risau minda tak dapat nak proses dan takut kalau bila share, perkara tu boleh jadi fitnah. Bahaya! Zaman sekarang ni, apapun boleh jadi. Teknologi sebenarnya lebih banyak membutakan mata hati kita jikalau salah guna.

Gambar boleh super-imposed. Teks boleh diedit. Informasi boleh jadi berputar-belit. Semuanya sebab apa? Teknologi. Bila sesuatu cerita keluar, kita tak pasti sama ada perkara itu benar ataupun tidak. Sometimes, nampak betul tapi bila disampaikan daripada seorang ke seorang, cerita itu akan jadi lain. Kalau share, silap haribulan kita dah salah sangka. Marah bukan main, lupa yang sebenarnya kita tak tahu jalan cerita. Parah!

Justeru, apa yang kita boleh buat? Biarkan? Ataupun join sekali komen? Nasihat saya, baca sekali lalu tanpa mendalami lebih lanjut isu masalah tersebut, lagi-lagi kalau melibatkan ramai orang ataupun pihak lain. Kalau mendalami pun, biar balance. Usah kita judge secara melulu sebab kita sendiri pun tak tahu cerita sebenar, betul tak?


Lebih risau, kalau kita join sekali komen. Sedangkan bila baca pun, kita pasti sudah rasa meluap-luap, kalau komen nanti, entah apa yang akan kita tulis. Bimbang bila ayat mengguris hati orang lain, ataupun menyebabkan peperangan mental di situ, siapa yang salah? Siapa yang mulakan dahulu? Siapa yang tak marah dengan apa yang berlaku, betul tak? Kalau saya tak mention pun, pasti kalian lebih tahu kisah terhangat zaman kini. 

Kalau nak komen juga, komen baik-baik. Sebarkan yang baik-baik. Jangan sampai posting kita boleh menimbulkan fitnah di kemudian hari. Fikir dahulu sebelum sharing. Kerana button share sebiji, tak mustahil isi dunia boleh bergegar begitu saja. Teknologi banyak memberikan manfaat sekiranya digunakan dengan betul. Usah terpedaya lagi dengan pelbagai cerita yang belum ada kesahihannya. 

Jadilah pemerhati dan pendengar yang cool. Berdoa untuk mereka, mana tahu jikalau ada yang dapat berubah dengan doa kita itu. Maybe one day they will be better than us. Who knows, right? Masa tu jangan pula kita masih berada di takuk yang lama. Don't be a keyboard warrior. Sampaikan komen atau ilmu dengan cara paling halus kalau mahu. Otherwise, put aside your thinking. Takut kalau terbabas, silap-silap tindakan kita yang jadi viral.

Apapun, jaga-jaga. Seperti petikan status saya semalam - Jaga-jaga. Keyboard warrior boleh mendatangkan pelbagai fitnah daripada segenap segi. Bahaya zaman sekarang bukan saja setakat berada di luar rumah, tapi di hadapan mata teknologi juga. Itu bahaya yang kita tidak nampak kesan dan balasannya. Ada akal, ada iman, fikir mana yang terbaik untuk diri.

Tanamkan kembali niat kita di hati. Kita mahu jadi lebih baik. Kita mahu masuk syurga, bukan? Sama-sama kita muhasabah diri dan berdoa supaya perkara-perkara yang berlaku di zaman sekarang ini tidak berlanjutan sehingga boleh menyebabkan perpecahan bangsa, mahupun agama. Sematkan dalam jiwa, ALLAH sentiasa bersama kita. :)

Wassalam...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS