2018_allkarya

Bermula Daripada Pena Penghujung Mata, Dia Mula Mencetus Ilham Dan Menyusun Kata. Setiap Lorekan Mengandungi Bicara Yang Terkandung Seribu Satu Rahsia. Hanya Di Sini Dicurahkan Rasa Hati, Pendapat Peribadi Tentang Hakikat Duniawi Dan Di Sana, Alam Yang Kekal Hakiki.


- Weeda Airiza -



Pesta Buku Antarabangsa

Lama sudah saya mahu menitipkan coretan tentang Pesta Buku Antarabangsa yang berlangsung hampir tiga minggu yang lepas tetapi kekangan kerja mengatasi segalanya. Pertama kali saya dapat duduk dan menurunkan tandatangan di atas buku sendiri merupakan sebuah pengalaman yang sangat-sangat berharga. Akhirnya impian menjadi kenyataan. Alhamdulillah!

Pesta buku kali ini sungguh luar biasa. Orang ramai bersesak tidak kira hari biasa ataupun hari minggu. Di sana sini masyarakat menyinggah gerai demi gerai yang memberikan pelbagai diskaun menarik untuk pengunjung. Saya sendiri tidak berkesempatan untuk berjalan dan meninjau gerai-gerai buku yang biasanya saban tahun saya kunjungi. Terlalu sesak! Surau dan tandas pula usah cerita, sentiasa penuh!


Seperti biasa, dewan yang menempatkan Karangkraf menjadi tempat persinggahan ramai. Pelbagai aktiviti diadakan untuk menarik minat golongan pembaca pelbagai peringkat umur. Saya juga tidak terkecuali untuk mendapatkan bahan-bahan bacaan yang ternyata murah tetapi berbaloi untuk simpanan bertahun-tahun lamanya. Saya juga berkesempatan menemui beberapa orang pembaca dan bertukar fikiran.

 Bersama ibu saudara saya dari Johor, yang kebetulan datang ke pesta buku


Terima kasih di atas segala sokongan yang telah diberikan. InsyaALLAH berbekalkan dorongan dan semangat daripada kalian, saya ingin berjaya dan mencontohi penulis-penulis buku lain. Sebagai seorang penulis, bukan hanya sekadar menulis untuk berkongsi ilmu, tetapi juga sebagai salah satu tempat kita membina kerjaya dan membentuk jati diri sendiri. Selamat membaca dan berkarya untuk semua! ^___^

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Renungan : Mangsa Banjir

Sekadar mahu berkongsi cerita. Saya ambil gambar ini daripada FB kawan, terima kasih Kam :) Suasana mangsa tsunami rakyat Jepun. Sangat kemas, tersusun dan yang lebih penting, ada privasi di antara mereka. Negara yang sungguh prihatin dan menjaga rakyatnya. Macam menarik pula tengok idea khemah terbuka ini kan? ^______^



Cuba bandingkan dengan keadaan mangsa banjir rakyat di negara kita. :)
Renung-renungkan dan selamat berfikir... Hehe

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Istimewanya Penulis

Pernahkah anda terfikir, apa istimewanya penulis di mata anda? Ceritanya? Gaya bahasa? Orangnya? Ada 1001 perkara yang orang suka tentang penulis. Ianya terpulang kepada pandangan individu. Setiap orang punya kesukaan sendiri termasuk genre cerita tersebut. Ada yang gemarkan cerita cinta jiwang, misteri ataupun ada juga yang suka cerita 'gila-gila'.

Apa istimewanya penulis? Selain daripada menghasilkan sebuah karya milik sendiri, penulis juga boleh menjadi 1001 jenis watak dalam masa yang sama. Bayangkan, ketika menulis sebuah bab, terdapat lebih kurang 3 hingga 4 watak yang akan muncul. Manusia A sehingga manusia B, C dan D mempunyai perwatakan yang berbeza mengikut aliran cerita. Penulis harus menjadi A, kemudian bertukar menjadi C atau B dan D. Itulah salah satu keistimewaan penulis.

Selain itu, penulis banyak berimaginasi. Kadangkala, hanya dengan melihat satu insiden yang berlaku di depan mata atau mendengar cerita daripada orang sekeliling, penulis dengan sendirinya akan mengembangkan cerita tersebut di dalam fikirannya. Oleh sebab itu, ada sesetengah penulis akan sentiasa membawa sebuah buku peribadi yang mengandungi koleksi idea yang kadang kala timbul secara tiba-tiba.
Banyak lagi boleh dikupas jika dihayati tentang cerita penulis. Ini hanyalah sekilas pandangan daripada saya. Penulis menulis tentang cerita orang lain tetapi adakah cerita penulis itu sendiri ditulis oleh penulis yang lain?

^______^

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS