2018_allkarya

Bermula Daripada Pena Penghujung Mata, Dia Mula Mencetus Ilham Dan Menyusun Kata. Setiap Lorekan Mengandungi Bicara Yang Terkandung Seribu Satu Rahsia. Hanya Di Sini Dicurahkan Rasa Hati, Pendapat Peribadi Tentang Hakikat Duniawi Dan Di Sana, Alam Yang Kekal Hakiki.


- Weeda Airiza -



Holiday Yang Best?

Semenjak dua menjak ni aku asyik terfikir pasal nak pergi bercuti saja. *kes parah* Bila fikir balik, memang dah lama aku tak bercuti. Selalu kerja yang menyekat segala urusan. Kalau dah setiap hari terfikir kerja, memang cuti pun tak bermakna! Tempat mana yang korang suka kalau pergi cuti? Jom nak tunjuk list favourite percutian aku walaupun pergi cuti dua tahun sekali! Muahaha~

1. Tanah Tinggi
All-Time Favourite!~ Yang paling aku suka adalah di Fraser Hill sebab tempat tu macam rasa duduk di oversea. Bangunan old design ala-ala English, ditambah dengan kesejukan dan nyaman saja rasa. Tapi yang tak berapa best sini, sebab tak banyak tempat nak melawat. Cameron Highlands pun sangat best! Sebab banyak ladang vegetables, foods, kaktus dan lain-lain yang boleh lawat! Bayangkan, petik strawberi dan makan dengan cokelat panas. Lepas tu pergi pasar malam kat Tanah Rata beli fried mushrooms panas-panas! Argh! T.T Stress!


*sabar je tengok pemandangan dua ni T.T*


2. Pantai
Aku suka duduk tepi pantai sambil baca buku. *macam dalam drama sangat~ hahaha* Seriously, kalau pergi pantai jarang mandi, tapi lebih suka duduk di tepi pokok dan tutup mata sambil dengar deruan ombak. *pergh, tenang giler* Kalau dulu, memang pantang bila balik kampung di Kuantan saja, mesti tempat yang ditujui adalah Pantai Gelora, Pantai Teluk Cempedak, Pantai Batu Hitam. Yang best kalau mandi pantai, semua ruam-ruam atau jerawat kat badan boleh hilang. Lagi bagus daripada pakai ubat. Heee~~ Selalunya kalau bercuti di pantai, tak banyak yang dapat dibuat. Cuma lepak dan bersantai BBQ malam2 serta hirup angin yang bau garam. Hehehe


3. Air Terjun / Sungai
Biasanya kalau ke tempat air terjun ataupun sungai, aku lagi suka pergi sehari saja. Kalau bermalam kat sana rasa macam tak kena. *dasar penakut* hahahaha~ Faham-faham sajalah ye! Tak banyak tempat sungai yang aku pernah pergi. Antaranya Sg Congkak, Taman Rimba Ampang dengan Ulu Yam. Yang syok kalau pergi sini, makan Ayam BBQ panas-panas sambil berendam dalam air sungai yang sangat sejuk! Wee~~ Boleh bayangkan tak? Cuma yang tak best kalau ada makhluk-makhluk yang sibuk sama nak mandi T.T *monyet dan seumpamanya* Nak pula sungai selalunya berada di hutan, lagilah kena berjaga-jaga dengan serangan haiwan besar ataupun kecil. ;)

Tempat yang paling aku nak pergi sekarang!
Sipadan Island!!! Confirm aku nak pergi honeymoon kat sini!
*calon suami please!* Muahahahaha~~


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Pembayang Novel Seterusnya - Bhgn 2

Hah! Ini siri dua untuk pembayang novel seterusnya. Walaupun novel belum siap sepenuhnya, tapi aku saja mahu bagi hint supaya korang boleh teka jalan cerita novel ini. Kalau tiada aral melintang, aku akan buat satu pertandingan khas! InsyaALLAH jika ditakdirkan manuskrip ini lulus, pemenang akan dapat hadiah FREE! Dah tentulah buku aku yang akan korang dapat ^________^ 

Pembayang Kedua!~ Huh? Ada buku? Ada juga reel film? Apakah petanda yang dimaksudkan? Apakah ianya berkaitan dengan hero dan heroinnya? Ataupun berkenaan suasana dalam novel tersebut? Jeng~ Jeng~ Jeng~ ;)


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS