2018_allkarya

Bermula Daripada Pena Penghujung Mata, Dia Mula Mencetus Ilham Dan Menyusun Kata. Setiap Lorekan Mengandungi Bicara Yang Terkandung Seribu Satu Rahsia. Hanya Di Sini Dicurahkan Rasa Hati, Pendapat Peribadi Tentang Hakikat Duniawi Dan Di Sana, Alam Yang Kekal Hakiki.


- Weeda Airiza -



Memang Dia Orangnya!

Assalamua'laikum dan Selawat kpd Baginda Rasulullah S.A.W.

Alhamdulillah. Secara rasminya, kini saya sudah memiliki sebuah lagi baby baru! Bukan seorang ya. Sebuah! Hahaha~ Seorang itu masih belum tiba dan tidak mungkin tiba selagi saya belum diijabkabulkan dengan 'dia' yang telah ditetapkan ALLAH. Bila? Jangan tanya. Sebab saya sendiri pun belum jumpa :)

awak adalah cinta pertama saya. ingat, saya sayang awak!

Taraaa!! Inilah dia rupa baby baru itu. Hehehe~ Truthfully, saya gembira. Saya bersyukur kerana baby ini dilahirkan tanpa komplikasi yang sukar. Karya kali ini memakan masa yang agak lama kerana saya mempunyai banyak agenda dari tahun lepas. Kali ini juga bergenre komedi romantik dengan bahasa dan gaya yang santai serta mudah difahami, insyaALLAH.

Memang Dia Orangnya! mengisahkan Azeem dan Hani yang pernah bertemu pertama kali di hadapan pintu pak guard universiti. Ada adegan menarik bakal berlaku di situ di mana hati mereka kemudiannya dijentik perasaan sayang. Orang kata, mana ada manusia jatuh cinta sudden macam tu saja, ye ke? Lain bagi Azeem dan Hani. Mereka jatuh cinta pandang pertama you! Terus melafaz janji setia hari tu juga! *haruuuu!*

Hari yang mereka janji untuk bertemu kembali itu tiba tapi sayangnya Azeem mungkir janji dan hilang macam tu saja. Hani mula rasa kesal dan sakit hati sampai satu dekad lamanya! Yelah, cinta pertama. Mesti tak boleh lupa, kan? *orang yang tulis ni pun sama. eh.* Yang penting, cerita ini bukan cerita saya. Hahaha~ Inspirasi? Ilham ini tiba-tiba saja datang masa tahun lepas. Kalau tak salah, masa tu saya tengah conteng-conteng kertas dan buat mapping watak.

Okey, berbalik pada cerita, akhirnya Hani dan Azeem bertemu kembali tetapi ketika ini Azeem menjadi pengurus pembinaan spa mama Hani. Kebetulan, Hani yang perlu mewakili mamanya untuk projek ini. Mereka kenal tetapi mereka berpura-pura. Huh? Kenapa eh? Azeem dengan rasa serba salahnya. Hani pula dengan rasa bengangnya. Azeem nak minta maaf. Hani pula nak hamburkan kemarahan. Tapi kenapa dua-dua diam membisu? Mungkinkah sebab Hani sudah ada orang baru iaitu Nazmi? Ngagagaga~~~

Novel ini akan mula berada di Pesta Buku Antarabangsa bermula 24 April ini di PWTC. Edisi Pesta Buku adalah edisi terhad. Jadi, kenalah datang grab cepat-cepat okey! Penulisnya pun tak dapat pegang lagi tau! *sobs* Kalau nak order, boleh inbox saya di Facebook, okey?

cover novel memang dia orangnya!

Alright, nampak tak di situ ada wajah comel terpampang di belakang cover? Muehehe~ Wajah itu berlainan sedikit daripada penulisnya. *oh, bukan plastic surgery, tetapi make-up terover hahaha :p* Kalau terjumpa saya di PBAKL, tegur-tegurlah ya? Sehingga berjumpa kembali di entri yang akan datang. Saya nak post banyak ni, termasuk peraduan macam mana nak menang novel ini & nak join novelis-novelis untuk sesi Makan Sampai Lebam, Sembang Sampai Pengsan! ^__^

Wassalam...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Bila April Tiba

Assalamua'laikum dan Selawat kpd Baginda Rasulullah S.A.W.

Pejam celik, jatuh bangun sudahpun masuk bulan April. Cepat sungguh waktu berlalu. Perjalanan hidup saya seperti biasa. Sibuk kadang-kadang. *pura-pura sibuk pun ada juga :p* Sejujurnya tiga bulan pertama tahun 2014 ini saya habiskan masa dengan menyelesaikan manuskrip terbaru yang bertajuk Memang Dia Orangnya! Karya ini memakan masa yang lama juga untuk disiapkan kerana tahun lepas saya ada banyak agenda yang perlu dibereskan.

Alhamdulillah. Segalanya telah selesai kini. Kenduri adik lelaki pun sudah settle. Insya-ALLAH novel terbaru juga akan mula berada di pasaran pada Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur penghujung bulan ini. Alhamdulillah. Kesyukuran itu hanya pada DIA Yang Maha Esa. Tanpa petunjuk, hidayah dan ilham daripada-NYA, mana mungkin dapat saya menamatkan manuskrip saya yang kelima bersama Grup Buku Karangkraf ini.

sentiasalah bersyukur dengan nikmat yang ALLAH berikan agar hati kita menjadi tenang selalu. segalanya sudah tertulis kepada kita sejak azali, maka sebaiknya kita belajar untuk redha kerana setiap perkara yang berlaku, ada hikmahnya...

Cerita hot awal tahun juga dimonopoli oleh kisah MH370. Saya mengikutinya sejak awal sampai kadang-kala pening kepala sendiri sebab terlalu banyak spekulasi dan kisah yang mungkin ada di antaranya benar ataupun sengaja direka. Cukup pada hati saya, ALLAH Maha Besar. Segala yang berlaku ini semua kehendakNYA. Setiap yang terjadi itu ada hikmahnya. Hidup mesti diteruskan biarpun misteri ini masih menyelubungi kesayuan setiap manusia, lebih-lebih lagi pada keluarga mangsa kejadian.

Sedekahkan Al-Fatihah setiap kali berasa duka dengan misteri yang menimpa mereka. Tak semestinya untuk mangsa kejadian, malah sedekahkan juga untuk keluarga & mereka yang membantu dalam misi pencarian. Semoga hati mereka sentiasa kuat dan tabah menjalani ujian kehidupan ini. Hari ini hari mereka. Hari kita belum tentu lagi ada yang mahu mendoakannya :) Lapangkan hati, hadiahkan surah buat saudara Islam kita yang juga sedang berjuang menegakkan agama Islam. Kita tahu kita jauh dan tidak mampu untuk menolong, tetapi doa kan ada? :)

Wassalam...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS