2018_allkarya

Bermula Daripada Pena Penghujung Mata, Dia Mula Mencetus Ilham Dan Menyusun Kata. Setiap Lorekan Mengandungi Bicara Yang Terkandung Seribu Satu Rahsia. Hanya Di Sini Dicurahkan Rasa Hati, Pendapat Peribadi Tentang Hakikat Duniawi Dan Di Sana, Alam Yang Kekal Hakiki.


- Weeda Airiza -



Resume Terbaik?

Assalamua'laikum dan Selawat kpd Baginda Rasulullah S.A.W.

Kalau sesiapa ada nampak status FB saya semalam, saya ada komen mengenai 'karenah' resume yang dihantar oleh sesetengah remaja zaman sekarang. Memang pening! Kadang-kadang saya pun tak faham, apakah mereka tidak diajar ataupun sememangnya mereka malas? Klik sini untuk contoh. :)

Bertitik tolak daripada itu, ada beberapa orang adik-adik saya telah bertanya tentang soal resume. Bagaimana mahu membuat resume yang baik? Pada saya, tiada istilah resume terrrrbaik kerana pada dasarnya resume adalah ringkasan terhadap profil kita sendiri apabila mahu memohon kerja. *nama pun RINGKASan kan? jadi, perlu ringkas dan padat*

Sejujurnya, saya bukan pakar dalam bidang resume tetapi inshaALLAH, boleh berkongsi pengalaman dengan kalian. Saya pernah membuat resume *berkali-kali, itupun lepas banyak kali research huhu* dan juga meneliti resume orang lain yang ingin ditemuduga *oh, ini part yg sgt best! :p*. Ada beberapa perkara yang perlu diberikan perhatian ketika mahu memcorakkan resume. 

PERKARA 1 - TAHU APA ITU RESUME
Seperti yg saya beritahu di atas, resume ialah profil ringkasan tentang diri kita yang mengandungi maklumat secara am. Maksudnya, maklumat yg simple dan senang nak bagitahu tempat kerja tu, siapa kita. *tak usah gatal nak letak info tentang makanan kegemaran, kenangan manis, kawan karib dan sebagainya. itu biodata! :p* Admin office yg akan check, dia orang pun banyak kerja lain, jadi bila tulis resume, cuba fikir tentang pihak sebelah sana yang akan baca.

Keyword 1 - Resume ini dibuat untuk MENUNJUKKAN kepada pihak sebelah sana tentang kelebihan dan kekuatan kita serta KENAPA dia orang perlu PILIH kita untuk bekerja. Bukanlah bermaksud untuk BERLAGAK tetapi lebih kepada menujukkan keyakinan yang ada. Bila mereka nampak KEYAKINAN pada resume kita, inshaALLAH akan ada rezeki kita untuk bekerja :)

Keyword 2 - Sebaiknya, tunjukkan resume yg kita buat tu ada relation dgn apa yg kita pohon. Contoh, kalau minta kerja setiausaha, susun resume kemas-kemas seperti mana kerja setiausaha yg selalunya detail dan tersusun. Kalau minta kerja designer pula, tak salah nak create resume dengan sedikit design supaya nampak menarik. Di bawah nanti saya bagi contoh :)

PERKARA 2 - RINGKASAN PROFIL
Make it simple. Selalunya akan ada :

Gambar *guna gambar passport atau yg clear. jangan letak gambar di tepi pokok bunga ataupun gambar pelik-pelik. satu lagi, gambar kena kecil dan attached dalam resume. jangan hantar as attachement lain yg menyukarkan admin utk tengok -__-*

Nama Penuh *seperti dlm IC. tk payah mengada letak nama panggilan manja -__-*

Tarikh / Tempat Lahir *harus. tak nak pun tak apa*

Status / Warganegara / Bangsa / Agama *kena bagitahu, especially tang warganegara tu hehe*

Alamat Rumah / No Telefon Bimbit *bg yg utama, tak payah bagi byk2*

Emel *harus. agak pelik kalau zaman sekarang tiada emel*

Transportation (Kenderaan) *bagitahu secara jujur boleh bawa kereta / motor*

Expected Salary (Gaji yang ingin dipohon) *yg ini mcm2 ragam boleh jumpa. tapi sejujurnya kita letakkan higher sikit salary sebab bila temuduga nanti, mesti admin nak negotiate (maksudnya nak dikurangkan sikit)*

Reference (Rujukan) *selalunya kat sini ada nama, alamat dan no telefon org yg boleh pihak admin cari sebagai rujukan dia orang. kadang2 dia orang telefon untuk tahu kita ni macam mana kat office lama. jangan tipu! kalau baru minta kerja, selalunya kita letak nama pensyarah*

PERKARA 3 - RINGKASAN PENDIDIKAN
Tulis mana yang perlu sahaja. Biasanya tulis di mana kita mula bersekolah sehingga tahap terakhir kita belajar. *tadika tak payah masuk ye -__-* Mula dari sekolah rendah, menengah, kolej, universiti dan lain-lain. Contoh :

Year 2008 – 2009 : Universiti ......
BA (Hons) - (Final CGPA – )
Anugerah Dekan in Semester ...... (GPA – ) *kalau ada anugerah, letak semua. anugerah utama sajalah okey*

Year 2002 – 2005 : Universiti ......
Dilploma in - (Final CGPA – )
Involved with ..... *kalau aktif kokurikulum, boleh juga letak*

Year 1997 – 2001 : Sekolah Menengah ......
Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Jurusan - (Result) *bagitahu dengan jujur*
Penilaian Menengah Rendah (PMR) - (Result) *bagitahu dengan jujur*
Represented ...... *kalau ada wakil sekolah, yg penting saja!* 
Librarian Prefect ......

Year 1991 – 1996 : Sekolah Rendah ......
Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) - (Result) *bagitahu dengan jujur*

PERKARA 4 : RINGKASAN PENGALAMAN
Perlu jujur. Kalau nak tulis semua pun boleh tapi seeloknya ambil yang berkenaan saja. Biasanya admin office akan tengok terus di bahagian ni semasa menerima resume. Pendidikan tu sebagai sokongan saja. Sebab itulah kalau kita selalu pindah office, pihak admin akan tanya macam-macam nanti masa interview. Tulis secara ringkas seperti contoh :

May 2007 - Nov 2013 : *mulakan dgn tahun yg paling baru di atas*
Nama tempat kerja
Jawatan
Senarai projek / kerja yang kita pernah buat

January 2003 - April 2007 :
Nama tempat kerja
Jawatan
Senarai projek / kerja yang kita pernah buat

PERKARA 5 : RINGKASAN KEMAHIRAN (SKILL) / PENGALAMAN DI LUAR BIDANG
Untuk memberitahu kemahiran yg kita ada. Senaraikan semua kemahiran yg ada KENA MENGENA saja dengan kerja yg dipohon. *kalau minta kerja as designer, tulis kemahiran pandai memasak, memang nak kenalah tu...!* Contoh :

- Basic Office Software - Words, Excel, Power Point
- Graphic Design - Adobe Photoshop, Illustrator

PERKARA 6 : RINGKASAN KARAKTER DIRI
Pengenalan diri sendiri. Ni kena isi supaya admin tahu serba sedikit karakter kita. *bagitahu yang baik-baik, jgn bagitahu suka marah, suka berangan, suka shopping hehehe* Tunjukkan karakter kita ni jenis yang suka bekerja dan boleh bekerja. Contoh :

- Team Player
- Ability to work independently
- Prefer to work in a fairly organized environment, where my performance can be measured with some accuracy
- Always looking forward to learn more knowledge and experience

PERKARA 6 : BONUS
Bonus ni maksudnya nak letak pun boleh, tak nak letak pun boleh. Kalau letak, nampak sikitlah ada effort nak minta kerja. Contoh bonus ni adalah objektif kita minta kerja di situ. Contoh :

- To achieve personal skills development and experience by contributing new ideas and skills also providing full commitments towards achieving personal and organizational goals.

SIAP! LEPAS TU?
Okey, bila dah susun cantik-cantik maklumat dalam resume tu, kenalah emel dengan CANTIK juga. Selalunya kat sini banyak sangat orang lupa. Saya selalu dapat resume yang dihantar tapi tiada pengenalan kata. KOSONG. Maksudnya hantar atau forward saja attachment. Tak ada say Hi Hello Salam Dear Sir *kalau dapat ni memang masuk trash saja emel tu -__-*

Di sinilah orang akan nampak PROFESSIONALISM kita. Tak kisah nak hantar VIA SAMSUNG, VIA XPERIA, VIA IPHONE, VIA segala mesin sekalipun, pastikan ada sedikit penulisan dalam emel! Lebih baik kalau attach guna komputer dan hantar. Kalau tak ada pun tak apa, cuma sekali lagi saya tekankan, TAIP PENGENALAN, JANGAN TINGGALKAN. Contoh paling ringkas :

Dear Sir (Assalamua'laikum Tuan/Puan),
Saya ingin memohon kerja di pejabat Tuan/Puan sebagai Setiausaha sepertimana yang tertera di iklan Jobstreet. Di sini saya kepilkan profil yang mengandungi maklumat diri saya untuk tindakan lanjut daripada pihak Tuan/Puan. Segala kerjasama daripada pihak Tuan/Puan saya dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

Yang Benar,
Nama Penuh

Cukup. Kalau ada pengenalan macam ni pun, sejuk sikit admin tu nak baca. Biarlah nampak over formal *bila baca balik mesti macam apehal skema sangat ayat aku??? hahaha* tk apa, itukan memang etika bekerja? :)

PERKARA LAIN?
Selain daripada perkara yang saya huraikan macam kat atas tu, ada beberapa peringatan atau nasihat yang boleh kalian fikirkan. Lain pejabat, lain caranya. Pendek kata, sila faham dahulu kerja apa yang kalian nak dan lepas tu baru minta. Antara perkara yang perlu diberi perhatian :

~ JANGAN HANTAR BANYAK-BANYAK EMEL
Maksudnya bukan tak boleh nak minta 100 tempat kerja, tapi LEBIH BAIK, satu emel khusus untuk satu pejabat saja. Copy paste saja pun ayatnya, kan? :)

~ TAK PERLU ATTACHED SIJIL YANG MENIMBUN
Selalunya sijil hanya dibawa ketika temuduga. Masa hantar mohon kerja, tak perlu.

~ GUNA BAHASA FORMAL & NORMAL
Memang saya tahu zaman sekarang ni semua perkataan dah jadi luar biasa. Kalau boleh, emm.. MEMANG KENA guna bahasa formal dan normal bila emel. *janganlah pergi taip emel macam taip kat kawan-kawan, nak menangis tau rasa bila saya dapat emel macam ni.. sobs -__-*

CONTOH?
Ada dua contoh yg saya kepilkan di sini. Satu, resume biasa yang sangat ringkas. Satu lagi adalah resume designer *senang cerita, dua2 saya punyalah tu... entri diri sendiri, kenalah guna diri sendiri punya :)* Jujurnya, saya buat sedikit reseach tentang kaedah buat resume yang lebih baik. Kalian pun boleh research. Banyak template dan contoh yang ada di internet. Pergi ja dating dengan Mr Goo yg baik hati tu, mesti terus jumpa :D Ni contoh saja okey? Saya percaya kalian boleh buat berganda2 lebih baik daripada saya, inshaALLAH... :)

RESUME RINGKAS
*klik untuk lebih besar*



 RESUME RINGKAS + DESIGN
*klik untuk lebih besar*




Tu dia!! Panjangnya saya tulis untuk hari ni. Hehehe. Tak apa, perkongsian bersama. :) Sejujurnya lagi, contoh resume yang saya kepilkan kat sini bukanlah baik sangat, tapi saya cuba sekadar yang mampu untuk explain dan harap sedikit sebanyak kalian *terutamanya yang baru mula nak kerja* akan faham secara ringkas apa itu resume. Bila kalian memudahkan pekerjaan orang lain *yg nak membaca resume kalian* inshaALLAH jalan kalian juga akan dipermudahkan. Kalau ada yang nak tahu lebih lanjut, boleh inbox saya di FB Weeda Airiza :) Selamat mencuba & selamat berjaya! ^___^

Wassalam...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Umrah : Persediaan Fizikal

Assalamua'laikum dan Selawat kpd Baginda Rasulullah S.A.W.

Diam tak diam, dah pun masuk sepuluh akhir Ramadhan. Moga segala amalan kita diterima ALLAH SWT hendaknya sepanjang bulan yang amat mulia ini. Saya nak sambung topik umrah seperti yang saya bagitahu sebelum ni. Minta maaf sebab ambil masa yang lama untuk berkongsi. Sejujurnya sekarang saya memang agak liat nak update entry disebabkan kekangan masa, tapi in shaa ALLAH saya pasti akan terus menulis kerana ianya merupakan salah satu penenang stress saya! Heee~~

Bila sebut persediaan fizikal untuk menunaikan umrah, rata-rata orang akan memberikan nasihat supaya berjalan kaki atau berjogging dan juga beriadah kerana di tanah suci Mekah dan Madinah nanti kita akan lebih banyak berjalan daripada biasa. Jawapan saya, memang ya! Ringankan kaki untuk membiasakan diri berjalan sekurang-kurangnya dua bulan sebelum berangkat. Kalau Haji pula, ramai orang sarankan biarlah kalau boleh enam bulan sebelum pergi.

Secara amnya, saya sendiri tidak membuat latihan yang begitu memberangsangkan ketika mahu berangkat ke sana. Sebulan sebelum pergi barulah saya sibuk buat preparation diri seperti bersenam *tu pun kadang-kadang*, makan vitamin *tu pun lepas mak bising :p* dan juga berjalan-jalan tak ketahuan hala *tawaf dalam shopping complex!*. Pendek kata, saya memang buat hanya 50% saja persediaan fizikal sebab kebetulan, kerja di office tengah banyak. Jadi bila hujung minggu, kerja saya hanyalah... tidur *tolong jgn ikut perangai ni isk isk*

Justeru, ringkasan untuk persediaan fizikal daripada hasil pemerhatian saya dan juga pengalaman yang saya perolehi :


1. Minum AIR MASAK BANYAK
Kalau bukan penggemar air masak, hurm... Memang masalah nanti. Kalau boleh amalkan setiap hari, bukan hanya bila nak pergi umrah atau Haji. Minum air masak banyak2 supaya dapat keluarkan toksin dari dalam badan. Bila toksin banyak keluar, in shaa ALLAH badan akan jadi lebih ringan. Kalau kurang bersenam pun, mesti akan rasa bertenaga.

2. Elak AIS
Sila elakkan AIS! Sebab utama, AIS boleh melemahkan tubuh badan walaupun masa minum tu... Hahhhh nikmatnya!! Kalau tak tahan sangat nak minum air sejuk, masukkan air dalam peti sejuk, bukan directly masukkan ais dalam air yang kita nak minum.


3. BERSENAM / RIADAH
Ini terpulang kepada individu. Tak kira cara macam mana pun, sekurang-kurangnya, keluarkan peluh setiap hari. Kemas bilik pun salah satu aktiviti yang akan mengeluarkan toksin dalam badan. Jadi, usahakanlah walaupun yang keluar tu hanyalah beberapa titisan peluh. Isk.

4. POTONG RAMBUT
Hmm... Memang pelik bunyinya tapi kalau korang jenis yang cepat rimas bila panas, mungkin cara yang terbaik, potong pendek rambut. Bukan apa, bila pendek, senang nak jaga dan truthfully untuk kaum wanita, kat sana kita akan bertelekung, bertudung almost 20 jam sehari. Kalau yang dah biasa, alhamdulillah. Mana yang selalu rimas dan suka membebel bila panas, adalah lebih baik potong rambut tu supaya percakapan pun terjaga, kepala pun ringan dan nak beribadah pun takde masalah. Apapun, terpulang pada individu. Ni pun saya dapat hasil daripada pemerhatian saya masa kat sana. Hehe~


5. Makan VITAMIN
Dua tiga bulan sebelum pergi sana, rajinkan diri makan vitamin atau food supplement yang lain sebab biasanya effect vitamin ni lama baru nampak. Kalau setakat seminggu sebelum pergi baru nak ambil, hurmm... *sayalah tu hehehe*

6. Rajinkan diri ke MASJID / MAJLIS ILMU
Kalau ada masa *mesti cari masa!* pergilah Masjid ataupun majlis-majlis ilmu supaya feel untuk ke sana akan lebih terasa. Sesungguhnya MALAS itu memang musuh utama, tapi cuba try test tengok. Lawan rasa tu sebab kat sana, kita akan sentiasa akan ke masjid untuk merebut pahala solat berjemaah dan beriktikaf di dalam masjid yang suci. Kalau tak terdaya sangat, rajinkan tgk ceramah2 kat Youtube :)

7. Uzur untuk WANITA
Bab ni memang selalu akan menjadi tanda tanya kepada wanita-wanita yang pergi sana. Sila pastikan korang rujuk dulu mana2 doktor atau ustaz/ustazah untuk masalah ini. Pada saya sendiri, belum tentu dengan mengambil ubat penahan period akan memberhentikan period kita. Masa saya di sana pun, ada kakak ni dah ambil ubat penahan (cucuk) dan periodnya tetap datang. Kadang kala kita tak perasan, effect selepas itu akan ada termasuklah gangguan terhadap kesihatan kita. 

Cara paling mudah, amalkan doa untuk menahan period dan berserahlah pada ALLAH SWT. Redha dgn apa yang telah ditentukan kerana itu juga adalah ibadah yang diberikan oleh ALLAH untuk kita. Saya sendiri mengalaminya di awal minggu saya datang. Sedih memang sedih tetapi ada banyak lagi perkara yang boleh kita lakukan selain daripada pergi ke masjid. Zikrullah dan membaca terjemahan / buku di hotel juga merupakan ibadah :)

Kalau nak cerita tentang persediaan fizikal ni memang sangat banyak. Pokok pangkalnya, rajinkan usaha untuk membaca kerana dari situ kita akan menjadi lebih bersedia :) Saya harap pembaca entri ini akan memahami serba sedikit tentang konsep persediaan fizikal dari sudut perspektif saya sendiri. In shaa ALLAH sehingga berjumpa lagi untuk entri persediaan mental.

Wassalam...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Umrah : Persediaan Kelengkapan

Assalamua'laikum dan Selawat kpd Baginda Rasulullah S.A.W.

Sebulan juga rupanya blog saya bersawang. Hehehe. Tuntutan kerja telah membantutkan saya menjenguk ke sini tapi alhamdulillah, ada juga masa hari ini. Selamat berpuasa kepada semua umat Nabi Muhammad S.A.W. Semoga kedatangan Ramadhan kali ini menerbitkan kesyukuran dan keinsafan yang tidak ternilai untuk kita sebagai bekalan amalan menuju ke alam akhir di sana. In shaa Allah. Saya akan sambung sedikit perjalanan umrah yang saya tak sempat nak cerita tempoh hari :)

PERSEDIAAN BARANG-BARANG UMRAH & ZIARAH

Setelah mengalami pengalaman sendiri, jujur kalau saya katakan hanya perlu bawa sikit saja baju sebab banyak masa kita akan peruntukkan di masjid dan melakukan ziarah. Namun, ianya bergantung juga kepada kalian punya diri. Kalau memang tak boleh pakai baju lama-lama, baiklah bawa lebih. Usah risau kalau tak cukup, sebab banyak perkhidmatan dobi dan juga jubah-jubah bergayut di pintu kedai. *agak-agak tak sempat basuh, pergilah rembat jubah-jubah yang dijual murah kat situ :p* 

Kalau dobi, biasanya diorang akan charge dalam 5 Riyal per jubah. Pengalaman saya sendiri, saya hantar dobi sekali di Mekah dan sekali di Madinah. Okeylah berkorban sikit duit daripada berkorban masa nak basuh baju dan nak gantung lagi. Saya share kat sini barang-barang yang saya bawa ke sana. Tak semestinya kalian bawa semua tau. Bergantung kepada keperluan masing2. Moga boleh dijadikan panduan dan ilmu yang berguna untuk kalian :)

PAKAIAN SOLAT
1. Telekung - 2 Helai
2. Anak tudung - 2 Helai
3. Stokin tangan - 1 Pasang
4. Stokin kaki (atau kasut khuf sbg ganti stokin untuk kegunaan dlm masjid) - 2 Pasang
5. Sejadah kecil 

PAKAIAN BIASA
1. Jubah - 5 Helai
2. Tudung - 2 Helai (sejujurnya pada saya, tinggalkan selendang. Lebih mudah kalau bawa tudung yang serkup terus. Jimat masa)
3. Baju kelawar - 1 Helai (untuk relax2 dlm hotel hehe)
4. Baju & seluar tidur - 1 Pasang
5. Stokin tidur - 1 Pasang
6. Pakaian dalam - Jangan lupa pula!
7. Selipar biasa (untuk ke masjid) - 1 Pasang
8. Kasut yang selesa (untuk berjalan/ziarah) - 1 Pasang
9. Tuala - 1 Helai (banyak hotel sana ada penyediakan tuala) 
10. Tuala kecil - 1 Helai (untuk bawa dalam beg pergi masjid)
11. Baju sejuk / sweater - 1 Helai (Masjid Nabawi sejuk + bilik hotel lagi sejuk)

KEPERLUAN MANDI
1. Berus gigi + ubat gigi
2. Sabun mandi + syampoo + pencuci muka dan lain2
* Biasanya ada jual juga pembersih khas ketika dalam ihram, boleh juga bawa yang ini jika khuatir terlanggar pantang semasa dalam ihram.

KEPERLUAN DIRI
1. Segala bedak + keperluan diri yang basic. Alat solek tu, tinggalkanlah ya :)
2. Telefon + kamera + charger. Laptop tu pun kalau boleh, tolak tepi :)

KEPERLUAN KESIHATAN
1. Ubat demam + selsema + batuk + sakit kepala dan lain2
2. Minyak gamat + bam + plaster + minyak angin
3. Supplemen tambahan (bergantung kpd masing-masing)
* Ubat agak mahal di farmasi sana, oleh itu digalakkan bawa dari sini sebab kita tak tahu apa akan jadi kat sana.

LAIN-LAIN
1. Biskut2 + cokelat2 + gula2 kecil. Tak usah bawa maggi, kat sana banyak makanan Arab yang best boleh try :D Maggi kat Madinah sedap! Walaupun namanya IndoMee. Hehehe
2. Uncang kasut (simpan kasut dalam ni dan bawa masuk masjid)
3. Buku doa + buku panduan + buku cerita (novel silalah tolak sejauhnya hehe)
4. Alat tulis (2 batang pen cukuplah letak dalam beg. Senang nak isi borang dalam flight)
5. Wang secukupnya. Kalau boleh, asingkan 3 bahagian masa packing bag tapi jangan lupa letak mana pula ya! Tujuannya untuk berjaga2. Bawa sikit saja dalam poket.
6. Gunting (untuk tahallul) Tak bawa pun takpe. Kat sana, ramai orang boleh tolong guntingkan :)
7. Botol air kecil (untuk isi air Zamzam kat masjid sebagai bekalan air)
8. Spray wuduk (persediaan untuk memudahkan ambil wuduk di mana2. Tak bawa pun takpe rasanya, sebab saya sendiri tak guna spray ni masa pergi hari tu)
9. Kaca mata hitam (ini perlu jika kalian tak tahan panas dan silau)
10. Beg tarik besar
11. Beg bimbit tangan
12. Beg kecil untuk ke masjid / ziarah

Rasanya dah cukup list yang saya buat ni. Kalau ada yang nak komen, tinggalkanlah komen di sini ya supaya kita boleh share sama2 :) Oh ya. Kebanyakan barang-barang ni saya beli online di Facebook Kelengkapan Haji dan Umrah. Klik kat situ ya? Atau boleh lawati blognya di SINI.

In shaa Allah, lepas ni saya akan kongsi entri persediaan fizikal, mental dan persediaan akhir sebelum berangkat menuju ke tanah suci Mekah serta Madinah. Cukuplah kita bersederhana dalam melakukan persediaan kerana telitilah dulu niat di hati kita pergi ke sana untuk apa. Banyak ujian yang akan berlaku di sana sama ada besar atau kecil dan sama ada kita sedar ataupun tidak. Kunci untuk menyedarinya adalah, sentiasa banyakkan zikrullah. In shaa Allah.

Wassalam...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Umrah : Persediaan Ilmu

Assalamua'laikum dan Selawat kpd Baginda Rasulullah S.A.W.

Okey nak sambung cerita perjalanan umrah :) Kami ke Mekah melalui transit di Dubai dahulu dan kemudian ke Jeddah. Rombongan seramai lebih kurang 80 orang ini diketuai oleh Ustaz Yussaine Yahya, Mudir di Ma'had Tahfiz Al Quran Al Imam An Nawawi (MATIN), Kangar Perlis. Kami pergi dengan agensi Multaqa Al-Iman yg berpusat di Pendang, Kedah.

Ada beberapa orang pemuda tahfiz ikut sekali dan saya pula pergi bersama pakcik yg menjadi mahram saya serta keluarga makcik termasuk sepupu perempuan. Urusan untuk menunaikan umrah ini semuanya dilakukan oleh makcik saya di Kangar. Alhamdulillah, segalanya berjalan dgn sempurna. Kami pergi menaiki penerbangan Emirates. 6 jam ke Dubai, transit di sana dan kemudian 2 jam terbang ke Jeddah.

Sebelum pergi, ramai yg menasihati saya supaya belajar utk sabar dan banyakkan berdoa moga dipermudahkan urusan. Persediaan barang2 pun saya buat sedikit demi sedikit supaya tak terasa sangat keluar duitnya. *maklumlah, tak pernah pergi hehehe* Kat sini saya kongsi beberapa web dan video yg saya rujuk. Ni semua gara-gara tak sempat nak pergi kursus umrah. *byk kursus jatuh pd hari Sabtu, sedangkan saya pula bekerja hari tu o__O*

Pada saya sendiri, ada beberapa persedian yg perlu dibuat sebelum menjejakkan kaki ke tanah suci Mekah dan Madinah, iaitu :
a) Persediaan Ilmu - Kisah-Kisah Umrah, Mekah & Madinah
b) Persediaan Barang2 Utk Umrah & Ziarah
c) Persediaan Fizikal
d) Persediaan Mental / Rohani
e) Persediaan Akhir


PERSEDIAAN ILMU : Rujukan Kisah-Kisah Umrah

Utk kisah2 umrah, saya suka ke blog Hidup Biar Allah Sayang. Klik pada link tu ya? Ada byk panduan yg telah dikongsi di situ, saya habiskan baca semua sekali dan catit mana yg perlu dalam sebuah buku kecil yg saya buat khas utk perjalanan umrah ini. Selain tu juga, saya gemar ke sebuah blog di mana tuan punyanya memang tinggal di kota suci Mekah, iaitu blog Pengalaman di Kota Mekah.

Selain tu, saya juga rujuk beberapa buah video, Kursus Intensif Umrah oleh Ustaz Fathul Bari Mat Jahya, Panduan Mengerjakan Ibadah Haji dan Umrah, Umrah Andalusia dan juga talk tentang Umrah oleh Ustaz Muhd Zainul Asri Haji Ramli. Kalau nak tambah lagi, korang google saja, mesti jumpa banyak pengalaman2 org lain yg boleh dijadikan rujukan. Yg saya bagi ni hanyalah yg paling utama pada saya :)

PERSEDIAAN ILMU : Rujukan Kisah Kota Suci Mekah & Madinah

Ada kawan saya berpesan supaya kalau nak feel lebih, jangan lupa baca kisah2 kota suci Mekah & Madinah. Justeru, sejak awal tahun hari tu lagi saya dah beli beberapa buah buku untuk saya baca supaya bila saya ke sana, saya dapat rasai sendiri melalui ilmu-ilmu yg telah saya kutip sebelum itu. Ini di antara buku-buku yg saya baca :

a) Misteri Kaabah (saya sedang cari balik buku tu utk dptkan nama penerbit)
b) Rinduku Pada Baitullah oleh Dr Ridzwan Bakar - Karya Bestari, Karangkraf
c) Makkah al-Mukarramah : Kelebihan & Sejarah oleh Abd. Basit Abdul Rahman - Telaga Biru
d) Madinah Munawwarah oleh Abd. Basit Abdul Rahman - Telaga Biru
e) Aku Sanggup Duhai Muhammad... oleh Muhd Nasruddin Dasuki - Karya Bestari, Karangkraf
f) 100 Pesanan Terakhir Rasulullah oleh Muhd Nasruddin Dasuki - Karya Bestari, Karangkraf
g) Travelog Haji Muslimah oleh Sabariah Md Udin - PTS Islamika (saya tak sempat habis baca yg ini tapi kalau nak pergi haji, mmg buku ni sgt bagus utk dibaca)
h) Teman Tetamu Allah : Panduan Umrah & Ziarah oleh Darul Nu'man (buku yg diberi oleh agensi utk dibaca. Tak silap saya, ada dijual di kedai-kedai)

Selain daripada buku-buku yg saya baca seperti di atas, byk lagi buku-buku lain yg berada di pasaran. Tak nak baca pun takpe, sebab akan ada mutawwif yg menjaga masa umrah nanti tapi apa salahnya sebagai orang Islam, kita mendalami sejarah-sejarah tempat perjuangan Nabi-Nabi & Rasul terdahulu supaya in shaa Allah, menambahkan keimanan dan ketaqwaan kita pada Allah SWT. Saya pasti, ada rindu yg bakal menggamit di hati kalian apabila membaca kisah-kisah sejarah dahulu :)

Saya akan sambung kembali, in shaa Allah. Wassalam...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Penghalusan Jiwa dan Raga.

Assalamua'laikum dan Selawat kpd Baginda Rasulullah S.A.W.

Alhamdulillah, akhirnya saya dapat kembali semula ke sini untuk menulis seperti biasa. Syukur, di saat ini saya sudahpun berada di tanah air setelah selamat pulang jam 9 pagi semalam. Agak lama perjalanan pulang yg memakan masa lebih kurang 36 jam ini, tapi segalanya berjalan dgn lancar akhirnya. Saya happy kerana jemaah yg sama2 menunaikan umrah dgn saya semuanya peramah & saling membantu :)

Entri2 mengenai umrah akan saya kongsi untuk tatapan, sebagai rujukan umum untuk pembaca yg berminat ke sana dan sebagai pemangkin semangat utk kalian menetapkan niat untuk ke rumah Allah jua suatu hari nanti, in shaa Allah. Semuanya berlaku secara pantas. Saya terdetik hati untuk ke sana setelah melalui pelbagai kenangan pahit dan manis yg berlaku dalam hidup ini. Jauh di dalam sanubari, ada sesuatu yg kosong. Yg ingin saya penuhi tetapi masa tu, saya pun tak tahu apa benda yg patut saya buat. 


Kekeliruan saya akhirnya menemui jawapan apabila di suatu pagi yg hening sebelum Subuh, berlaku sesuatu dalam diri ini yg membuatkan saya sebak tiba-tiba. Dalam jiwa, saya rindu dengan sesuatu. Dalam hati, saya niat. Saya teringin untuk menunaikan umrah. Saya teringin menjejakkan kaki ke Masjidilharam dan Masjid Nabawi. Saya teringin untuk menghirup udara kota suci Mekah dan Madinah. Yg paling utama, saya inginkan sesuatu yg boleh memulihkan dan memperbaiki diri ini serta mengosongkan fikiran yg berserabut.

Alhamdulillah, jemputan itu membuatkan saya tersedar. Saya akui, saya leka dan lumrah manusia, mahu menjadi lebih baik tetapi belum berjumpa jalannya. Saya teringat kata-kata seorang sahabat, yg paling penting adalah hati. Hati yg akan menentukan jalannya. Hati yg akan menggerakkan fikiran. Hati juga yg akan mencorakkan kehidupan. Tapi, bagaimana mahu memastikan hati ini baik? Bagaimana nak memastikan hati ini mengikut ajaran agama dan sunnah Nabi? 

Wallahua'lam. Saya sendiri masih di awangan, cuba mencari kekuatan hati untuk persediaan akhirat. Dunia hanyalah persinggahan untuk mencari bekalan, dibawa ke dunia akhir yg akan kekal selamanya. Masa ini singkat. Tersangatlah singkat. Jika rajin mencari, in shaa Allah dipermudahkan dan jumpalah jalannya. Macam pergi pasar nak beli sayur. Kalau pergi dgn hati yg ikhlas dan mmg nak beli, mesti bersungguh2 dan akhirnya berjumpa, kan? Sayur tu kemudian dimasak dan dinikmati. 

Begitu juga dgn kehidupan ini. Ikhlaskan hati, bentukkan hati agar berusaha mencari bekalan untuk dinikmati kemudian hari, apabila kita sudah ditakdirkan menemui ILAHI. Entri ini hanyalah pra kisah umrah yg akan saya kongsi sedikit demi sedikit kepada semua :) In shaa Allah, ianya tidak terhad kepada kisah umrah saja, saya cuma mahu mengajak pembaca sama-sama terus berfikir bagaimana untuk mencari keredhaanNYA dalam dunia yg serba sibuk dan sentiasa berputar dgn laju sekarang ini...

Moga berjumpa lagi, wassalam... :)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Perjalanan Baru.

Assalamua'laikum,

Bermula esok, in shaa Allah sebuah perjalanan baru akan saya daki. Sebuah perjalanan yang memfokuskan seluruh fikiran mental dan fizikal. Justeru, saya ingin memohon maaf sekiranya ada keterlanjuran kata dan tingkahlaku sepanjang anda mengenali saya. Moga ALLAH SWT sentiasa merahmati kalian dan in shaa Allah, jika dizinkan-NYA saya akan menjejakkan tinta tulisan semula di sini :)

Wassalam.

- Weeda Airiza -

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Tekanan Perasaan. Moody.

Assalamua'laikum, Selamat Petang!

Kehidupan saya agak sibuk dua hingga tiga minggu ni *bila masa ntah yang tak sibuk o__O* Kerja di office menuntut double kesabaran saya, apatah lagi next week saya akan fly ke luar Malaysia. Justeru, banyak benda bermain di fikiran dan mmg saya akui, saya lagi cepat moody. Manusia mana yang tak berperasaan, kan? Cuma yang paling penting, adalah cara untuk mengawal perasaan tersebut.

Setiap orang punya cara untuk mengawal perasaan sendiri. Ada yang pergi makan, ada yang keluar hang out untuk melepaskan tekanan, ada yang pergi shopping dan yang paling banyak orang buat rasanya - tido! Hehe~ Saya ada cara sendiri untuk terapikan diri walaupun kadang-kadang tak berkesan juga. Janji dapat kurangkan sikit perasaan amarah. Kat sini, saya kongsi tips beberapa cara untuk mengawal perasaan. Sekadar perkongsian untuk semua. Kalau nak tambah, boleh juga :)


ISTIGHFAR / BERDOA / SOLAT / MENGAJI
Untuk orang Islam, disarankan agar beristighfar banyak2 sekiranya dah terasa lain macam *especially bila nak mula angin dengan orang, kan?* Susah sebenarnya pada kita utk terus ingat, tapi cuba. In shaa Allah berkesan. Terus fikir, takpe, ni ujian saja. Kejap lagi mesti happy. Saya tahu, mmg susah tapi bagus untuk amalkan :) Satu lagi, solat dan lepas tu mengaji. Ramai yang dah tahu keistimewaannya, jadi saya tak nak cerita panjang yang ini sebab semuanya datang daripada hati.


MENANGIS
Cukup perlu! Seriously dapat mengurangkan tekanan tapi janganlah menangis sampai lupa diri. Duduk seorang diri kat mana2 yang perlu dan menangislah sebentar sambil istighfar. Takde orang akan tengok. Bayangkan masa tu hanya kita saja yang menghadap ILAHI dan DIA melihat kita. Menangislah sepuasnya kerana tiada orang lain yang akan faham diri kita kecuali DIA.


MENONTON TV
Kalau dah tahu tengah stress atau perasaan tak betul tu, janganlah gatal pergi tengok drama yang bakal tambah stress! Misalnya baru lepas gaduh dengan boyfriend, pergi pula tengok drama yang sedih... Memang cari nahas namanya. Kalau boleh, elakkan semua program tv yg berat. Mana yang boleh tengok motivasi, boleh tengok. Mana yang mmg tak boleh, disarankan tengok drama / program kelakar. Macam saya, bila mood turun sampai ke lantai, saya buka Running Man / Family Outing / Reality Program yang lawak2. Tengoklah banyak kali pun, mesti ketawa. Hormon gembira akan mula dikeluarkan dan naturally kita akan menjadi bertambang tenang.

kalau giniler muka2 yg ada kat gym, tak stress pun, nak pergi juga! muahaha~

BERIADAH
Saya tak tahu berapa ramai yang boleh buat yang ni *saya langsung tak suka buat ahahha* Ada juga yg pergi jogging / gym untuk lepaskan perasaan. Good! Mana yang tak boleh, lupakanlah... Nanti lagi sakit hati bila tengok keadaan sekeliling tempat jogging. Ada sampah tepi jalan pun boleh menambahkan stress, silap2 tengok org dating kat gym pun rasa nak baling pemberat kat diorang, betul!


MAKAN / MINUM
Rasanya paling banyak cara, ini yang nombor satu! Hihihi~ Makanlah. Jangan over sudah! Tips, pergi cari minuman dulu sebelum rasa nak makan macam2. Bila banyak minum air, perut rasa kenyang. Macam saya, Chatime yang akan jadi habuan saya kalau dah moody. Hazelnut Chocolate + Pudding! :D *baru sudah minum semalam, nampak sangat stress :p* Ada org sarankan cokelat, ya betul tapi kalau boleh cari makanan favourite masa nak kurangkan stress. Cari makanan yg biasa makan, bukan makanan yg baru nak try. Kalau tak menepati selera, kan tambah stress tu? :)


SHOPPING / TENGOK WAYANG / WINDOW SHOPPING
Mostly saya rasa perempuan akan banyak buat yang ini tapi bukan untuk saya. *ya betul, tak tipu!* Lagi stress, lagi saya tak keluar rumah. Pelik? Mungkin tu cara saya. Pada yg boleh jalan2, silalah. Cuma berpadalah dgn wang ringgit. Masa keluar, kemain hilang stress beli itu beli ini. Sudahnya balik rumah, tambah stress sebab tengok duit habis! Fikir dulu masak2 ya :)


TIDUR
The best ever! Kalau boleh tidur, tidur. Tutup habis segala telefon/laptop supaya tidur tu berkualiti. Kalau boleh, bagitahu dulu family, BFF atau sesiapa yang dikhuatiri akan mencari korang. Takdelah kejap lagi korang dengar pagar rumah digegarkan pula. Tak payah kunci jam, kecuali nak solat. 


MEMBACA
Disarankan seperti menonton tv tapi jangan baca bahan bacaan berat. Lagi sakit kepala. Bacalah komik atau segala bahan ringan yang tidak membebankan fikiran untuk menganalisa setiap ayat yg korang baca tu.

hilangkan stress! kembalikan senyuman :)

Apapun, stress merupakan satu dugaan kecil. Cara nak kurangkan stress, buat benda yang kita happy. Kalau tengah stress kerja / assignment banyak, tanamkan dalam diri, kejap lagi nak buat benda yang best! Secara tak langsung, korang akan semangat nak habiskan kerja /  assignment. Cakap memang mudah, yang nak membuat tu, kita sendiri! Stress pun ada pelbagai stress. Stress kerja, stress kawan dan macam2 lagi. Yg ni saya akan cuba cerita the next entry okey? 

Jadi, tepuk dada tanyalah selera :) 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Vietnam Trip - Day 4 (Final)

Assalamualaikum, Selamat malam!

Alhamdulillah, berjaya juga nak menaip malam ni untuk habiskan cerita trip ke Vietnam. Lama betul, kan? Perginya bulan 3. Habis share cerita bulan 5. Muehehe~ Kali ni entri tak panjang, sebab kami pun ada sekerat hari saja di Vietnam :)

KAMPUNG MELAYU HALAL RESTAURANT
Kami breakfast ramai-ramai kat sini. Kalau tak salah, nasi goreng dengan ayam rempah. Saya sempat membantai kopi susu ais lagik!! *nyuummmehhh* yelah, dah last day, kan? Mahal tu memanglah tapi bukan selalu dapat kopi sedap macam tu. Hehehe~ *balik Malaysia langsung tak sentuh kopi*

antara pemandangan yg saya suka

Apa yg saya suka di bandar Ho Chin Minh ni? Saya suka sangat dgn taman2 tengah bandar yg diorang buat. Macam pelik sebab tengah2 jalan! Ramai pula tu yg beriadah dan berjalan2. Mula2 tu terfikir juga, apa yg diorang suka sangat buat kat sini? Tak jammed ke kawasan ni? Lepas tu baru saya sedar, diorang semua naik motor! Patutlah... Senang parking dan senang sangat nak ke hulu dan ke hilir. Kalau kat Malaysia, dah tentu asyik kena hon sebab parking tepi jalan.

jualan frame2 di tepi jalan. tokeinya duduk atas motor okey... ;)

HOTEL
Lepas balik drpd breakfast, kami sibuk mengemas saja. Sempat pergi minta permission kat kaunter nak bawa penimbang naik. *muahaha~ puncanya segan nak bgtahu org jumlah berat beg ngehhhh* Penimbang tu berat giler! Saya dan roomate yg berusaha bawak naik ke tingkat 9! Berdebar juga nak timbang ni. Hiks~ Tengok2... Hah amik! Over 3 kilo! Tergaru2 kepala time tu... Roomate saya lagi best, over dkt 10 kilo! Naik AA, mmg sure kena charges but Boss dh cakap nanti check in group. Jadi, boleh cover antara satu sama lain :)

TAN SON NHAT INTERNATIONAL AIRPORT
Alhamdulillah, dah sampai airport! Terasa berat hati juga sikit nak balik tapi excitednya lebih kepada balik! Hehehe~ Sebab truthfully Ho Chin Minh mmg syurga shopping. Saya akui, saya memang bukan kaki shopping walaupun boleh bershopping. Walaupun rambang mata, nafsu nak membeli bergelodak, tapi alhamdulillah saya masih mampu tersenyum tanpa menghiraukan wallet yg sibuk nak keluar drpd beg tu. 

suasana masa nak beratur check in beg~ bergambar itu kemestian :D


Lepas bergambar ramai2 dgn Mr David, kami check in beg. Punyalah lama juga sebab menunggu seorang demi seorang lepas. Yg kesiannya, orang belakang kitorang. Terpaksa tunggu lama. Lepas habis, kami ke kastam. Orang2 kastam diorang ni pada saya, minta maaf sangat2 cakap... Sangat tak mesra. Serious sangat. Macam nak marah pula tu. Bagi passport pun mcm hentak kat meja. Hmm... Mungkin saya saja yg terkena ataupun diorang mmg mcm tu... Nasihat saya, masa lalu kastam diorang, jangan sibuk berbual kuat2 atau bergurau senda yg over. Kita di negara diorang, apapun boleh jadi :)

yg besau tu kanak2 praktikal okey. haha~

menculik topi boss utk posing. ngagaga~

Habis kastam, last sekali kena imbas beg dan diri. Alhamdulillah, semuanya okey. Kami terus ke gate menunggu dan masa ni saya sibuk nak cari air mineral. Ini semua gara2 nak kena telan ubat mabuk! Ngeee~~ Air mineral dijumpai tapi kena bayar dalam dollar. Isk. Takpelah, nak balik dah pun! Tak sabar nak guna duit RM. Huhu~ Sambil berkeliaran, sambil makan segala baki kudapan yg ada sebab flight delay setengah jam. Byk kudapan yg tak habis, even maggi pun tk habis sebab terlalu sibuk travel + shopping + penat. Nasihat saya lagi, kalau travel mcm ni, cukup bawa 3 paket biskut kecil dgn 2 cup maggie. Cokelat kecil2 bolehlah sebab balik Malaysia pun tak guna space yg banyak dalam beg.

kastam. panjangnya~~~ kesabaran sangat2 perlu :)

FLIGHT
Atas flight masa ni, memang agendanya tido. Disebabkan duduk agak jauh ke belakang, tak sempatlah nak makan nasi lemak yg best tu :( Yg ada pun maggi. Yg lain, habis! Mungkin sbb kami balik tengah hari, jadi masing2 yg kat depan2 tu lapar. Takpelah, nak balik Malaysia pun. Dah boleh makan apa saja yg nak kat airport tu nanti :D 

yeah! flight dah smpi lepas delay setengah jam~~

LCCT
Alhamdulillah, tiba dgn selamat! Lepas melalui kastam dan beg, boss bagi sedikit kata2 akhir sebelum kami start keja esoknya! Huwaaaaaa~ *nasib baik esok tu bos bagi balik jam 3. muahhaa* Kata2 boss yg paling best - "in shaa Allah, kerja kuat2, company stabil, next year kita pergi Korea" Uwarghhh~~~~ Nakkkk nakkkk~~~ Maka sejak itu, saya berazam nak jadi lebih fokus dgn kerjaya saya *semangat!!* Padahal mmg fokus juga sebelum ni, cuma lebih semangatlah sebab ada juga benda yg nak looking forward next year! Hee~~

Sebelum saya mengakhiri coretan trip Vietnam ni, saya mohon maaf sangat2 jikalau ada tersalah kata. Saya tiada niat lain untuk menunjuk, tetapi ni semua pengalaman saya yg ingin dikongsi buat pembaca. Manalah tahu, kalau ada yg nak pergi nanti, bolehlah pakai sebahagian tips saya. Moga2 boleh dijadikan panduan berguna untuk semua. Jauh pemandangan, luas pengalaman yg kita dapat sebenarnya. Jgn jadikan kemampuan sebagai alasan, bila kita nak tahu sesuatu benda tu, dengan cara membaca dan mengumpul maklumat di internet tu pun dah dtgkan hasil yg lebih banyak, in shaa Allah :)

keluarga kerja kami :) boss tkde dlm gmbr sbb dia yg amik hehehe~

Terima kasih kpd keluarga company saya, Deconstbuilt Sdn Bhd yg banyak bagi support antara satu sama lain. Alhamdulillah, saya bersyukur di sini dan moga dipermudahkan rezeki untuk kita bekerja dan beribadah. In shaa Allah. Moga berjumpa lagi! Terima kasih kerana membaca :)

tengok sapa yg menyibuk masa saya nak unpack beg kat rumah!~

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Vietnam Trip - Day 3

Assalamualaikum, Selamat Malam!

Adooohai~ Lamanya nak ambil masa habiskan cerita trip ni walhal perginya 4 hari 3 malam... Nak ceritanya 4 bulan! Uwaaaa~ Okey nak habiskan cerita hari ketiga kat sini. Lepas dah habis keempat hari, baru nak cerita macam-macam lagi. Niat di hati nak share, tapi jari jemari memalaskan diri, huh cemana tu? Okey! Utk hari ni, kami ambil keputusan untuk breakfast di bilik hotel. Jadi, ada chance lah bangun lambat! Muahahah :p Breakfast yg disediakan adalah Nasi Lemak dan ayam rendang yg agak pelik. Rasanya memang macam rendang tp warnanya... memang pelik. Hee~ Alhamdulillah, bolehlah juga masuk dalam tekak :D

MEKONG RIVER
Jauhnya perjalanan lebih kurang dua jam dr bandar. Seperti biasa, nota dan pen tak lepas drpd tgn untuk saya catit apa-apa benda yg menarik di sepanjang pemerhatian saya di sana. Keadaan masih sama, dipenuhi dengan deretan motosikal, jalan2 sempit dan pelbagai gelagat org di tepi jalan. Sepanjang pergi ke sana, kiri kanan penuh dengan kawasan padi yang terbentang. Dah rasa macam balik Perlis pula. Hehehe~

kawasan tanah lapang memang banyak sangat. yg putih dalam gambar ni bukanlah UFO ye, tetapi sebuah bangunan yg tak ingat namanya tapi kalau tak salah, ada kena mengena dgn Michael Jackson. itupun sbb terdengar mr David cakap...

nampak tak ada benda kat tengah2 padi tu? hah, kalau nak tahu, itulah kubur owner kwsn padi ni! bila diorang mati, diorang kena tanam kat tmpt padi masing2 sebab mengikut tradisi, mereka hidup utk menuai padi, jadi bila bangun balik nanti pun, mesti kat tempat padi mereka...

Sampai saja kat sana, tempat pertama yg dituju adalah... toilet! Hehehe~ Pesan saya, bawalah botol mineral kosong tu sekali sebab tak semua tempat ada paip air ya... Setelah ambil masa dalam beberapa minit berjalan dan bershopping *lagik!* especially topi *kekononnya panas* baru kami menuju ke arah bot yg menanti...

Wuhooo! Selama ni asyik tahu Mekong River sebab belajar Geografi, sekarang rasa sangat suka hati sebab boleh splash air Mekong kat muka sendiri! Lols~ Takdelah sampai macam tu :p Happy sangat2 sebab dapat peluang melihat kwsan yg selama ni hanya ada di bayangan buku teks sekolah. Hihi~

ouh cerianya kami! carilah saya dalam gambar ni hehehe~

BEE FARM
Sampai2 ja, Mr David mula buka cerita tentang tmpt tersebut. Kat sini, diorang memang ternak lebah-lebah tu utk dapatkan madu dan royal jelly. Kami sempat rasa madu yg ASLI, yg memang LEBAH TENGAH HURUNG. Pekerja tu pegang jari kita dan colek kat tmpt yg ada madu. Eyy... Saya tengah terbayang kalau terkena sengat tu cemana? 

Isk! Lepas sempat rasa madu yg memang sedap tu, ada acara minum teh yg dicampur dengan limau dan lebah punya sarang tu. Tak ingat pula namanya apa -___- Pd sesetengah org, rasanya memang tak boleh terima tp pada saya yg memang hantu segala teh terutamanya teh hijau, saya teguk dgn penuh nikmat. Hee~

Selain rasa teh, kami juga diberi rasa royal jelly yg asli. Pesanan saya, jgn hidu. Telan saja. Sebab apa? Jangan tanya *muehehehe* Sempat juga kami beli beberapa botol utk dibawa pulang. Smpi sekarang saya pakai royal jelly tu utk buat mask. Hasilnya? Lebih comel dari kak Ton #eh! :p Royal jelly ni bagus utk mencantikkan luaran dan dalaman *feeewitt~~* So, kalau berkesempatan nak beli, jangan lupa beli tau!


erk~ walaupun rasanya sedap, persekitaran itu sgt menakutkan okey!

dalam pinggan kecik tu merupakan kudapan yg boleh dimakan utk menghilangkan rasa pahit teh. apapun, mmg marvelous yg teramat!

COCONUT CANDY SHOP
Ouh! Saya suka kedai gula2 kelapa ni! Mr David explained, diorang masak sendiri kelapa yg dah diperah mcm santan tu dan campur pelbagai perisa yg berbeza. Saya beli 5 jenis sebab 5 saja yg ada. Kalau sepuluh jenis, memang saya beli juga semua. Hihi~ Ada perisa original, cokelat dan durian! Dua lagi saya dah tak ingat apa benda tapi sedaplah juga. Bila tgk pekerja bungkus, memang menganga. Pantas giler!!

gula-gula kelapa! simple saja cara bungkusnya :)

SHOPPING
Di sepanjang perjalanan menuju ke arah kawasan makan 5 Seasonal Fruit, penuh orang berjual beli. Saya dah makin kempis duit, jadi saya tengok saja orang tawar menawar. Kebanyakan barang pun memang ada di jual kat bandar. Cuma saya terkejut kat sini, barangnya lagi murah. Ada juga member2 yg frust sebab beli kat bandar lagi mahal. Nasihat saya, kalau dah beli, jangan pergi tanya. Nanti frust tak pasal2 :D

shoppinglah selagi terdaya. baju Vietnam mmg cantik! kalaulah saya kurus... #eh! :p

5 SEASONAL FRUITS
Kami dibawa makan 5 jenis buah dalam 1 pinggan. Saya dapat buah ciku, jambu air, betik, nangka dan nanas. Ada juga air teh yg saya rasa, saya seorang ja yg dapat minum bercawan2. muehehe~ Sambil makan tu, korang akan dihiburkan dengan pelbagai lagu drpd wanita2 Vietnam. Mula2 ingat free, rupa-rupanya, kena bagi tips daaa~~ Jadi, sediakanlah beberapa ribu dong untuk service ni ye! 

makan! makan! dan makan lagi! sgt fresh~

NAIK SAMPAN!
Acara wajib untuk ke bot yg menunggu! Kalau rasa tak boleh naik sampan kecik tu, hah tinggallah kat situ. Haha~ Sebab tu saja cara yg ada untuk balik ke bot. Walaupun nampak macam bahaya ataupun ngeri sebab tiada pelampung keselamatan, jangan risau. Ramai org boleh selamatkan. Hehehe~ *cakap senanglah kan, padahal yg tukang tulis ni pun dah pucat lesi bila tau kena juga naik!* Don't worry, kecil besar semua okey. Orang2nya semua mahir mengayuh sampan. Kalau suruh kita, sampai matahari terbenam agaknya pun belum sampai 100 meter!

kat sini dah rasa macam mabuk sungai. apatah lagi bila nampak sampan yg begitu... kecik. 

aliran traffic. muehehehe~

Masa dalam bot ni, haaa perhatikanlah alam sekitar puas-puas. Bukan sng nak menikmati pemandangan macam ni. Dalam bot ni juga, korang disarankan untuk pegang sisi bot yg dalam. Bukan luar okey! Nanti tak pasal-pasal tgn korang tergores dgn bot lain. Boleh tahan juga traffic jammed atas air ni...

*abaikan muka comel di dpn tu* pakcik belakang itu sgt peramah sbb dia panggil kitorang nak tunjuk rumah tradisional dia walaupun masing2 menghadapi masalah komunikasi. hehee~

nampak tak begitu sesaknya aliran traffic sungai??

HALAL MEKONG RESTAURANT
Saya rasa, dalam byk2 pergi makan di Vietnam ni... Inilah restoran yg saya makan dgn penuh selera. Muahaha Sbb masakannya macam kampung style~ Ikan cencaru bakar air asam, sayur kacang simple, udang goreng tepung, sup ayam. Campur penat sangat agaknya, memang makan tak pandang kiri kanan! Actually masa ni saya dah diserang mabuk sungai. Memang rasa mual, tapi kena tahanlah sebab makanan sungguh enak di hadapan mata. Hihie~

nak pergi restoran ni pun perlu naik bot dan lintas bot2 semua utk ke jeti -.-

HOTEL
Lepas makan, kami terus ambil keputusan untuk balik hotel dan singgah Ben Thanh Market. Kalau ikutkan, dari awal lagi rasa nak pergi tapi apakan daya, jadual pack sangat. Saya pula lagi best, ingatkan jauhlah pasar tu. Rupanya sebelah pasar malam je! Hish! Bas drop depan hotel dan ada yg terus ke market manakala saya dan roomate pula ambil keputusan nak balik dulu untuk mandi & rehat. Ben Thanh Market tutup jam 6.30 ptg, jadi kami hanya ada kurang 2 jam saja untuk ke sana.

BEN THANH MARKET
Ouh! Ini betul2 syurga shopping kain namanya! Saya dan kawan2 lain berpusing2 dalam masa lebih kurang sejam jugalah sampai kedai tutup sebab kesuntukan masa. Memang tak beli apapun sebab kebanyakan barang dah beli sebelum tu. Nak kata menyesal, ada juga. Sebab kalau beli kain cotton, kat sini boleh dapat RM25 saja! Sebelum tu saya beli RM35. Erm... Sabor sajalah. Hehehe

suasana dalam Ben Thanh Market. byk gerai dah nak ditutup. pastikan korang tahu mana pintu keluar ye! kang hilang pula dalam market ni...

lihatlah kain2 yg menggoda poket!~ dahlah cantik2, murah pula tu. masa nilah keinginan untuk menjadi tokey kain telah muncul di kepala huahuahua~

KAMPUNG MELAYU HALAL RESTAURANT
Makan malam sekali lagi kat sini!~ Kalau perhatikan menu, memang agak mahal. Ada satu lagi restoran sebelahnya iaitu restoran Hajah Basiroh tu murah sikit. Disebabkan kami dah terikat dgn pakej, makan jelah kan? Hehe~ Alhamdulillah semua makanan memang sedap :)

PASAR MALAM BEN THANH
Hah! Sekali lagi kami round pasar malam untuk habiskan duit!!! Hahaha~ Saya ada lagi beberapa ratus ribu dong. Jadi, saya ambil keputusan nak tinggalkan beberapa keping not saja sebab nak bagi abah yg memang dah pesan nak duit dong utk simpanan. Tak banyak pun beli sebab sebenarnya mata dah layu. Memang penat kalau ikutkan. Saya syorkan korang kalau nak pergi shopping, tak usah pergi ke tempat-tempat bersejarah. Nanti takut penat sangat. But trust me, rugi tak pergi diorang punya historical area. *alang-alang dah sampai negara situ, kan?*

officemates yg masih sibuk tawar menawar. kesian adik lelaki yg boleh tahan handsome tu! haha~ tersengih2 sbb kena usik pasal diajak kahwin supaya boleh jadi tokei kain kat Malaysia! ahahaha~ ni kat kedai telekung Hajah Basiroh. murah sangat2~

Kaki dah almost cramp. Kat area sini, ada beberapa kedai runcit. Sempat jugalah singgah untuk beli air botol. Saya sarankan supaya jgn lupa minum byk air sebab kita akan sentiasa aktif kat sini. Aktif fizikal sbb jalan kaki byk untuk shopping dan juga aktif mental apabila tiba bab mengira! Hehe~ Balik saja hotel, saya dan roomate sekali lagi try packing semua barang. Dah macam area apa kami punya bilik. Muehheeh~ 

Actually risau juga kalau terlebih had. Nasib baik ternampak ada penimbang besar kat lobi hotel. Jadi kami cadang nak ambil bawa naik atas. Nak timbang kot2 terlebih berat. Nanti charges pula kat airport. Kalau tengok rupa, memang dah terlebih pun sebab bila zip beg, emm... macam nak meletus beg tu! Haha~

letih menunggu bisnes tawar menawar yg tgh berlangsung... muehehehe~

to be continue... Last Day! ;)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS