2018_allkarya

Bermula Daripada Pena Penghujung Mata, Dia Mula Mencetus Ilham Dan Menyusun Kata. Setiap Lorekan Mengandungi Bicara Yang Terkandung Seribu Satu Rahsia. Hanya Di Sini Dicurahkan Rasa Hati, Pendapat Peribadi Tentang Hakikat Duniawi Dan Di Sana, Alam Yang Kekal Hakiki.


- Weeda Airiza -



Renungan : Mangsa Banjir

Sekadar mahu berkongsi cerita. Saya ambil gambar ini daripada FB kawan, terima kasih Kam :) Suasana mangsa tsunami rakyat Jepun. Sangat kemas, tersusun dan yang lebih penting, ada privasi di antara mereka. Negara yang sungguh prihatin dan menjaga rakyatnya. Macam menarik pula tengok idea khemah terbuka ini kan? ^______^



Cuba bandingkan dengan keadaan mangsa banjir rakyat di negara kita. :)
Renung-renungkan dan selamat berfikir... Hehe

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Istimewanya Penulis

Pernahkah anda terfikir, apa istimewanya penulis di mata anda? Ceritanya? Gaya bahasa? Orangnya? Ada 1001 perkara yang orang suka tentang penulis. Ianya terpulang kepada pandangan individu. Setiap orang punya kesukaan sendiri termasuk genre cerita tersebut. Ada yang gemarkan cerita cinta jiwang, misteri ataupun ada juga yang suka cerita 'gila-gila'.

Apa istimewanya penulis? Selain daripada menghasilkan sebuah karya milik sendiri, penulis juga boleh menjadi 1001 jenis watak dalam masa yang sama. Bayangkan, ketika menulis sebuah bab, terdapat lebih kurang 3 hingga 4 watak yang akan muncul. Manusia A sehingga manusia B, C dan D mempunyai perwatakan yang berbeza mengikut aliran cerita. Penulis harus menjadi A, kemudian bertukar menjadi C atau B dan D. Itulah salah satu keistimewaan penulis.

Selain itu, penulis banyak berimaginasi. Kadangkala, hanya dengan melihat satu insiden yang berlaku di depan mata atau mendengar cerita daripada orang sekeliling, penulis dengan sendirinya akan mengembangkan cerita tersebut di dalam fikirannya. Oleh sebab itu, ada sesetengah penulis akan sentiasa membawa sebuah buku peribadi yang mengandungi koleksi idea yang kadang kala timbul secara tiba-tiba.
Banyak lagi boleh dikupas jika dihayati tentang cerita penulis. Ini hanyalah sekilas pandangan daripada saya. Penulis menulis tentang cerita orang lain tetapi adakah cerita penulis itu sendiri ditulis oleh penulis yang lain?

^______^

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Sedutan 1 Nyanyian Syahdu

"Tiada rintihan dapat kuberikan bila memandang wajahmu yang sayu ini. Aku keliru Rul... Keliru dengan persahabatan ini. Apakah yang tersirat di wajahmu itu? Walau hatiku berkata sayang, tetapi mungkin kau tidak pernah mendengarnya. Rul... Aku..."

Benarkah Khazrul masih cintakan aku? Shazrin menahan tangisnya. Dia tahu dia tidak sepatutnya berbuat demikian kerana dia sudah menerima Ezlan tetapi dia akur jika takdir mengubah segala-galanya.

~ Shazrin ~

"Bicara indah kan kukata, Hadirmu menjelma seindah suria, Mencerminkan kebahagiaan, Menjalin kemesraan, Ratuku dengarkanlah, Laguku ini hanya untukmu, Kan kusebut namamu, Biar kau jauh di mataku..."

Apa yang kau tangiskan Shazrin? Suka? Atau kau berduka? Lelaki itu mengetap bibir. Aku benar-benar menyayangi kau sejak dahulu lagi. Kasihku padamu tidak pernah berubah.

~ Khazrul Iqram ~

"Saya tahu mungkin ini terlalu cepat pada awak. Tapi saya cakap dengan ikhlas, saya betul-betul sayangkan awak... Saya mahu jadikan awak sebagai isteri saya. Rin, kalau awak nak tahu, saya dah cakap pada atuk, saya nak memperisterikan awak jikalau awak sudi."

Aku gusar apabila melihat Shazrin yang mendiamkan diri. Aku sedar aku mempunyai peluang yang tipis kerana belum pun setahun aku mengenali Shazrin, bahkan hanya baru beberapa bulan.

~ Ezlan ~

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Pesta Buku KL

Salam,

Pesta Buku Kuala Lumpur akan kembali lagi menemui semua bermula 22 April ini sehingga 1 Mei 2011. Seperti biasa, ramai warga pembaca akan memborong pelbagai jenis buku dengan adanya diskaun hebat dan tentulah kesemuanya berbaloi di beli! Ilmu tidak akan luput ditelan zaman. Dengan ilmulah, kita membentuk jatidiri dan berdiri seperti sekarang.


Saya akan berada di Booth Alaf21, Dewan Tun Dr. Ismail PWTC, Kuala Lumpur pada 23 April bermula jam 10 pagi sehingga 1 tengah hari. Selain saya, sudah tentu ramai lagi penulis-penulis berwibawa yang turut berada sama di booth Group Buku Karangkraf. Jadi, jangan lepaskan peluang bertemu kami semua!

Weeda Airiza

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Lorekan Pertama

Assalamualaikum,

Syukur alhamdulillah. Pertama kali memberikan lorekan buat blog baru yang di buat khas sempena kelahiran Weeda Airiza, seorang penulis baru yang baru berjinak dalam bidang penulisan biarpun punya pengalaman tersendiri di bidang itu sejak kecil lagi. ^______^


Terima kasih buat teman-teman yang sudah mendapatkan buku terbaru saya, Nyanyian Syahdu terbitan Alaf 21 Sdn. Bhd. Novel ini telah berada di pasaran sejak bulan Februari tahun lepas. Saya menerima perkhabaran tentang kelahiran novel ini ketika saya berada di London, England ketika mengikuti trip pejabat ke sana. Rasa sungguh tidak sabar untuk terbang balik ke Kuala Lumpur dan merasai sendiri keharuman setiap helai kertas karya sendiri itu. Syukur alhamdulillah.

InsyaALLAH saya akan cuba mengemaskini blog dengan berkongsi apa jua cerita yang boleh dijadikan panduan biarpun sedikit. Kita hanyalah manusia biasa yang punya hati dan perasaan serta tidak punya hak untuk memuaskan hati setiap pihak. Segala kebaikan itu datang daripadaNya dan setiap keburukan itu datang daripada kita yang kerdil ini.

Salam perkenalan,
Weeda Airiza
Daripada Pena Penghujung Mata, Tercetus Ilham Tersusun Kata, Terlarik Seribu Rahsia

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS