2018_allkarya

Bermula Daripada Pena Penghujung Mata, Dia Mula Mencetus Ilham Dan Menyusun Kata. Setiap Lorekan Mengandungi Bicara Yang Terkandung Seribu Satu Rahsia. Hanya Di Sini Dicurahkan Rasa Hati, Pendapat Peribadi Tentang Hakikat Duniawi Dan Di Sana, Alam Yang Kekal Hakiki.


- Weeda Airiza -



Resume Terbaik?

Assalamua'laikum dan Selawat kpd Baginda Rasulullah S.A.W.

Kalau sesiapa ada nampak status FB saya semalam, saya ada komen mengenai 'karenah' resume yang dihantar oleh sesetengah remaja zaman sekarang. Memang pening! Kadang-kadang saya pun tak faham, apakah mereka tidak diajar ataupun sememangnya mereka malas? Klik sini untuk contoh. :)

Bertitik tolak daripada itu, ada beberapa orang adik-adik saya telah bertanya tentang soal resume. Bagaimana mahu membuat resume yang baik? Pada saya, tiada istilah resume terrrrbaik kerana pada dasarnya resume adalah ringkasan terhadap profil kita sendiri apabila mahu memohon kerja. *nama pun RINGKASan kan? jadi, perlu ringkas dan padat*

Sejujurnya, saya bukan pakar dalam bidang resume tetapi inshaALLAH, boleh berkongsi pengalaman dengan kalian. Saya pernah membuat resume *berkali-kali, itupun lepas banyak kali research huhu* dan juga meneliti resume orang lain yang ingin ditemuduga *oh, ini part yg sgt best! :p*. Ada beberapa perkara yang perlu diberikan perhatian ketika mahu memcorakkan resume. 

PERKARA 1 - TAHU APA ITU RESUME
Seperti yg saya beritahu di atas, resume ialah profil ringkasan tentang diri kita yang mengandungi maklumat secara am. Maksudnya, maklumat yg simple dan senang nak bagitahu tempat kerja tu, siapa kita. *tak usah gatal nak letak info tentang makanan kegemaran, kenangan manis, kawan karib dan sebagainya. itu biodata! :p* Admin office yg akan check, dia orang pun banyak kerja lain, jadi bila tulis resume, cuba fikir tentang pihak sebelah sana yang akan baca.

Keyword 1 - Resume ini dibuat untuk MENUNJUKKAN kepada pihak sebelah sana tentang kelebihan dan kekuatan kita serta KENAPA dia orang perlu PILIH kita untuk bekerja. Bukanlah bermaksud untuk BERLAGAK tetapi lebih kepada menujukkan keyakinan yang ada. Bila mereka nampak KEYAKINAN pada resume kita, inshaALLAH akan ada rezeki kita untuk bekerja :)

Keyword 2 - Sebaiknya, tunjukkan resume yg kita buat tu ada relation dgn apa yg kita pohon. Contoh, kalau minta kerja setiausaha, susun resume kemas-kemas seperti mana kerja setiausaha yg selalunya detail dan tersusun. Kalau minta kerja designer pula, tak salah nak create resume dengan sedikit design supaya nampak menarik. Di bawah nanti saya bagi contoh :)

PERKARA 2 - RINGKASAN PROFIL
Make it simple. Selalunya akan ada :

Gambar *guna gambar passport atau yg clear. jangan letak gambar di tepi pokok bunga ataupun gambar pelik-pelik. satu lagi, gambar kena kecil dan attached dalam resume. jangan hantar as attachement lain yg menyukarkan admin utk tengok -__-*

Nama Penuh *seperti dlm IC. tk payah mengada letak nama panggilan manja -__-*

Tarikh / Tempat Lahir *harus. tak nak pun tak apa*

Status / Warganegara / Bangsa / Agama *kena bagitahu, especially tang warganegara tu hehe*

Alamat Rumah / No Telefon Bimbit *bg yg utama, tak payah bagi byk2*

Emel *harus. agak pelik kalau zaman sekarang tiada emel*

Transportation (Kenderaan) *bagitahu secara jujur boleh bawa kereta / motor*

Expected Salary (Gaji yang ingin dipohon) *yg ini mcm2 ragam boleh jumpa. tapi sejujurnya kita letakkan higher sikit salary sebab bila temuduga nanti, mesti admin nak negotiate (maksudnya nak dikurangkan sikit)*

Reference (Rujukan) *selalunya kat sini ada nama, alamat dan no telefon org yg boleh pihak admin cari sebagai rujukan dia orang. kadang2 dia orang telefon untuk tahu kita ni macam mana kat office lama. jangan tipu! kalau baru minta kerja, selalunya kita letak nama pensyarah*

PERKARA 3 - RINGKASAN PENDIDIKAN
Tulis mana yang perlu sahaja. Biasanya tulis di mana kita mula bersekolah sehingga tahap terakhir kita belajar. *tadika tak payah masuk ye -__-* Mula dari sekolah rendah, menengah, kolej, universiti dan lain-lain. Contoh :

Year 2008 – 2009 : Universiti ......
BA (Hons) - (Final CGPA – )
Anugerah Dekan in Semester ...... (GPA – ) *kalau ada anugerah, letak semua. anugerah utama sajalah okey*

Year 2002 – 2005 : Universiti ......
Dilploma in - (Final CGPA – )
Involved with ..... *kalau aktif kokurikulum, boleh juga letak*

Year 1997 – 2001 : Sekolah Menengah ......
Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Jurusan - (Result) *bagitahu dengan jujur*
Penilaian Menengah Rendah (PMR) - (Result) *bagitahu dengan jujur*
Represented ...... *kalau ada wakil sekolah, yg penting saja!* 
Librarian Prefect ......

Year 1991 – 1996 : Sekolah Rendah ......
Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) - (Result) *bagitahu dengan jujur*

PERKARA 4 : RINGKASAN PENGALAMAN
Perlu jujur. Kalau nak tulis semua pun boleh tapi seeloknya ambil yang berkenaan saja. Biasanya admin office akan tengok terus di bahagian ni semasa menerima resume. Pendidikan tu sebagai sokongan saja. Sebab itulah kalau kita selalu pindah office, pihak admin akan tanya macam-macam nanti masa interview. Tulis secara ringkas seperti contoh :

May 2007 - Nov 2013 : *mulakan dgn tahun yg paling baru di atas*
Nama tempat kerja
Jawatan
Senarai projek / kerja yang kita pernah buat

January 2003 - April 2007 :
Nama tempat kerja
Jawatan
Senarai projek / kerja yang kita pernah buat

PERKARA 5 : RINGKASAN KEMAHIRAN (SKILL) / PENGALAMAN DI LUAR BIDANG
Untuk memberitahu kemahiran yg kita ada. Senaraikan semua kemahiran yg ada KENA MENGENA saja dengan kerja yg dipohon. *kalau minta kerja as designer, tulis kemahiran pandai memasak, memang nak kenalah tu...!* Contoh :

- Basic Office Software - Words, Excel, Power Point
- Graphic Design - Adobe Photoshop, Illustrator

PERKARA 6 : RINGKASAN KARAKTER DIRI
Pengenalan diri sendiri. Ni kena isi supaya admin tahu serba sedikit karakter kita. *bagitahu yang baik-baik, jgn bagitahu suka marah, suka berangan, suka shopping hehehe* Tunjukkan karakter kita ni jenis yang suka bekerja dan boleh bekerja. Contoh :

- Team Player
- Ability to work independently
- Prefer to work in a fairly organized environment, where my performance can be measured with some accuracy
- Always looking forward to learn more knowledge and experience

PERKARA 6 : BONUS
Bonus ni maksudnya nak letak pun boleh, tak nak letak pun boleh. Kalau letak, nampak sikitlah ada effort nak minta kerja. Contoh bonus ni adalah objektif kita minta kerja di situ. Contoh :

- To achieve personal skills development and experience by contributing new ideas and skills also providing full commitments towards achieving personal and organizational goals.

SIAP! LEPAS TU?
Okey, bila dah susun cantik-cantik maklumat dalam resume tu, kenalah emel dengan CANTIK juga. Selalunya kat sini banyak sangat orang lupa. Saya selalu dapat resume yang dihantar tapi tiada pengenalan kata. KOSONG. Maksudnya hantar atau forward saja attachment. Tak ada say Hi Hello Salam Dear Sir *kalau dapat ni memang masuk trash saja emel tu -__-*

Di sinilah orang akan nampak PROFESSIONALISM kita. Tak kisah nak hantar VIA SAMSUNG, VIA XPERIA, VIA IPHONE, VIA segala mesin sekalipun, pastikan ada sedikit penulisan dalam emel! Lebih baik kalau attach guna komputer dan hantar. Kalau tak ada pun tak apa, cuma sekali lagi saya tekankan, TAIP PENGENALAN, JANGAN TINGGALKAN. Contoh paling ringkas :

Dear Sir (Assalamua'laikum Tuan/Puan),
Saya ingin memohon kerja di pejabat Tuan/Puan sebagai Setiausaha sepertimana yang tertera di iklan Jobstreet. Di sini saya kepilkan profil yang mengandungi maklumat diri saya untuk tindakan lanjut daripada pihak Tuan/Puan. Segala kerjasama daripada pihak Tuan/Puan saya dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

Yang Benar,
Nama Penuh

Cukup. Kalau ada pengenalan macam ni pun, sejuk sikit admin tu nak baca. Biarlah nampak over formal *bila baca balik mesti macam apehal skema sangat ayat aku??? hahaha* tk apa, itukan memang etika bekerja? :)

PERKARA LAIN?
Selain daripada perkara yang saya huraikan macam kat atas tu, ada beberapa peringatan atau nasihat yang boleh kalian fikirkan. Lain pejabat, lain caranya. Pendek kata, sila faham dahulu kerja apa yang kalian nak dan lepas tu baru minta. Antara perkara yang perlu diberi perhatian :

~ JANGAN HANTAR BANYAK-BANYAK EMEL
Maksudnya bukan tak boleh nak minta 100 tempat kerja, tapi LEBIH BAIK, satu emel khusus untuk satu pejabat saja. Copy paste saja pun ayatnya, kan? :)

~ TAK PERLU ATTACHED SIJIL YANG MENIMBUN
Selalunya sijil hanya dibawa ketika temuduga. Masa hantar mohon kerja, tak perlu.

~ GUNA BAHASA FORMAL & NORMAL
Memang saya tahu zaman sekarang ni semua perkataan dah jadi luar biasa. Kalau boleh, emm.. MEMANG KENA guna bahasa formal dan normal bila emel. *janganlah pergi taip emel macam taip kat kawan-kawan, nak menangis tau rasa bila saya dapat emel macam ni.. sobs -__-*

CONTOH?
Ada dua contoh yg saya kepilkan di sini. Satu, resume biasa yang sangat ringkas. Satu lagi adalah resume designer *senang cerita, dua2 saya punyalah tu... entri diri sendiri, kenalah guna diri sendiri punya :)* Jujurnya, saya buat sedikit reseach tentang kaedah buat resume yang lebih baik. Kalian pun boleh research. Banyak template dan contoh yang ada di internet. Pergi ja dating dengan Mr Goo yg baik hati tu, mesti terus jumpa :D Ni contoh saja okey? Saya percaya kalian boleh buat berganda2 lebih baik daripada saya, inshaALLAH... :)

RESUME RINGKAS
*klik untuk lebih besar*



 RESUME RINGKAS + DESIGN
*klik untuk lebih besar*




Tu dia!! Panjangnya saya tulis untuk hari ni. Hehehe. Tak apa, perkongsian bersama. :) Sejujurnya lagi, contoh resume yang saya kepilkan kat sini bukanlah baik sangat, tapi saya cuba sekadar yang mampu untuk explain dan harap sedikit sebanyak kalian *terutamanya yang baru mula nak kerja* akan faham secara ringkas apa itu resume. Bila kalian memudahkan pekerjaan orang lain *yg nak membaca resume kalian* inshaALLAH jalan kalian juga akan dipermudahkan. Kalau ada yang nak tahu lebih lanjut, boleh inbox saya di FB Weeda Airiza :) Selamat mencuba & selamat berjaya! ^___^

Wassalam...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

5 comments:

Unknown said...

Kalau guna gambar yg crop sendiri tp background dinding kaler mcm oren sikit, agak-agak boleh tak? Terima kasih...

Unknown said...

Ya boleh, tapi gambar biar nampak jelas :)

Anonymous said...

terima kasih sgt utk info ini. :D

semoga maju jaya admin blogger :)

Unknown said...

tq for ur info...
amat bermakna info ini...

sari said...

terime kasih n sangat membantu