photo allkarya_zpsxsfjfgmj.png

Bermula Daripada Pena Penghujung Mata, Dia Mula Mencetus Ilham Dan Menyusun Kata. Setiap Lorekan Mengandungi Bicara Yang Terkandung Seribu Satu Rahsia. Hanya Di Sini Dicurahkan Rasa Hati, Pendapat Peribadi Tentang Hakikat Duniawi Dan Di Sana, Alam Yang Kekal Hakiki.


- Weeda Airiza -



Pengantin Baru!


Wewiiit~~ Selamat Pengantin Baru buat Yusry KRU & Lisa Surihani. Sakit pipi-pipi aku tengok gambar pernikahan mereka sebab senyum terover! Hahaha~ Suweeeeeeeeeet sangat! Syukur alhamdulillah segalanya telah selesai! Jodoh mereka, doakan agar mereka bahagia sehingga ke akhir hayat. Amin!

Sekarang aku tak sabar pula nak tunggu wedding 2 orang best friends aku yang dijadualkan berlangsung April ini. Mereka bakal melangkah ke gerbang perkahwinan dan sekaligus menyebabkan meninggalkan aku sendiri bertitlekan 'solo'. *terdiam, bunyi cengkerik menjadi latar belakang* Tengah terfikir, sedihkah aku nanti? Ermm... Sedangkan bestfriend lelaki aku dulu yang dah kahwin, aku boleh menangis? Inikan pula bestfriend perempuan? Maklumlah, persahabatan kami hampir menjangkau 17 tahun! *they are the best! love love so much!*

Takpelah, memang ada pasangan aku itu cuma mungkin masih dalam kesesakan lalu lintas atau tersekat di traffic light ataupun sesat entah ke mana-mana. Nak kata berusaha mencari, emm.. Aku mengharapkan dia yang datang sebab aku terlalu sibuk *alasan!* Mak dah beri hint, nak umum dalam FB untuk pencarian menantunya. Erk?? Noooooooooooooo~~~~

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Mencari Mood

Ada sesiapa nampak mood aku? Entahlah, dia hilang tiba-tiba saja minggu ni. Tercicir agaknya di mana-mana. Pelik. Kalau ada nampak, tolong pulangkan kat aku ya! Ini semua mesti gara-gara terlalu penat, mood yang ada terus hilang, merajuk! *eyy, pantang betul aku dengan benda-benda merajuk ni* Dah beberapa hari, kehilangan mood. Hanya buat aku sugul dan termenung saja.

Nak menulis memang terasa susah sangat kalau mood tiada. Ada sesetengah penulis berpendapat, jangan dihirau sangat tentang mood. Kalau belum start, memang langsung mood tak ada. Cuba dah start, hah! Tak sempat jari ni nak stop daripada ketuk keyboard!~ Tapi pada aku, memang kalau mood tiada, tak jalanlah jawabnya kerja aku. *harus kena feeling-feeling dulu, baru boleh garap cerita, hehe*

Apa aku nak buat kalau mood aku hilang? *nak mencari? sah-sah tak jumpa kat tengah jalan okey!*


1. The most common thing to do for some people - sleep?!
Ada sesetengah orang, bila mood tiada, terus tidur. Bestnya kalau begitu. Aku jenis yang paling susah nak tidur siang. Entah, sesekali baru menjadi. Sebab pada aku, tidur kena selesa. Maksudnya, kena sunyi, sejuk dan minda tenang. *cerewetnya...*

2. Baca buku? - No!
Nama pun tiada mood, nak membaca memang jauh sekalilah...

3. Facebook? Twitter?
Ermm... Sesekali bolehlah layan, tapi selalunya aku hanya akan scroll ke bawah, ke atas. Lepas tu, tutup. T.T

Habis tu, nak buat apa???

Tengok TV? Percaya atau tidak, aku memang kurang menonton televisyen tapi sebaliknya menonton skrin komputer. Muahaha~ Selalunya aku banyak download drama, filem ataupun variety show negara-negara lain untuk ditonton dan dijadikan bahan gelak. Seriously, ketawa mampu membangkitkan mood kembali. :) Antara cerita yang aku selalu ulang tengok - Running Man dan drama realiti We Got Married

Usually, sebelum aku start menulis, aku mesti kena tengok cerita lawak. Tak kiralah apapun, janji boleh menaikkan mood kembali. :) Bila dah happy, baru boleh tulis dengan gembiranya. Hehehe~~ Jadi, tak perlu susah sangat cari mood kat tengah jalan, cukup cari benda yang boleh buat kita happy. Tak semestinya video, makanan manis macam Big Apple *doublenyummmmm* pun boleh...! Cuma, berpada-padalah ya! :)

*Ubat paling mujarab terutamanya kepada orang Islam, bacalah Al-Quran ataupun solat sunat. Insya-ALLAH, memang berkesan! Bila hati tenang, automatik kita akan rasa lebih segar. Mulanya memang malas tapi kuatkanlah hati. :)*

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Berubah Demi Diri.

Huh? Tajuk yang skema dan penuh motivasi. Ngee~ Apa yang berubah? Diri sendiri? Kerana apa? *banyak pulak soalan!* Okey, aku just nak cerita pendek, tak mahu panjang-panjang, nanti korang tidur *zzzzzz* Tidaklah aku mahu berkhutbah, tetapi saja mahu berkongsi tentang apa yang aku rasakan lately ni, tentang kehidupan dan juga perubahan ke arah yang lebih baik.

Semua orang ingin berubah. Yes! Siapa yang taknak tu, bukan manusia namanya. Change yourself to become a good people! Bukan senang sebenarnya nak berubah. Perubahan drastik juga kadang-kala tak menjanjikan apa-apa. Lebih elok, slow and steady. Aku sebenarnya dah lama fikirkan hal ini. Mahu berubah menjadi insan yang lebih baik, cemerlang dan juga solehah. Tapi, dugaan sentiasa melanda. Kadang-kadang taklah sebesar mana pun masalah yang datang, tapi bila dah hari-hari kena, sakit juga tu.

Puas aku cari jawapan sehinggalah seorang sahabatku memberikan sepotong ayat dan menyebabkan aku terus termenung. "Kalau seseorang itu menyakiti hatimu dan membuatkan dirimu menjadi tidak baik, maka lepaskanlah dirimu daripada bersahabat dengannya. Buat apa kita berkawan kalau hati kita sering disakiti?" - Mr S. Terima kasih sahabat :)


Maka, aku memutuskan untuk berundur perlahan-lahan daripada segala apa yang boleh buat aku terleka. Memang sukar. Ya, amat sukar apatah lagi bila niat ikhlas kita diuji. Aku tahu, ramai di luar sana mahukan perubahan, kan? Tabahkanlah diri, sekurang-kurangnya Tuhan telah memberikan petunjuk buat kita dan bersyukurlah kerana kita salah seorang daripada mereka yang terpilih untuk diberi hidayah daripada-NYA.

Semenjak dua menjak ini, ramai sahabat aku telah mengalami penghijrahan ke arah kehidupan yang lebih baik. Syukran jazilan ya ALLAH. Benar, sampai bila kita mahu berada di takuk yang sama? Tak kiralah demi kehidupan, kejayaan atau apa-apa saja. Ini semua untuk diri sendiri, bukan orang lain kerana kita adalah kita dan kita juga yang merencanakan diri kita untuk masa depan dengan izin daripada-NYA. :)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Maulidur Rasul.

Firman Allah : Sesungguhnya Allah dan para malaikatnya berselawat kepada nabi. Wahai orang-orang beriman, berselawatlah kamu kepadanya dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya. (Al-Ahzab: 56)

Salam Maulidur Rasul kepada semua yang mengunjungi blog ini. Semoga kita semua mendapat kerahmatan Yang Maha Esa. Maulidur Rasul merupakan hari keputeraan Nabi Muhammad S.A.W. Baginda dilahirkan pada hari Isnin, 12 Rabiul Awal Tahun Gajah. Banyak artikel tentang Maulidur Rasul untuk dibaca melalui internet. Secara ringkasnya, sentiasalah berselawat kepada junjungan Nabi Muhammad S.A.W. tidak hanya pada hari Maulidur Rasul, tetapi jadikanlah ia sebagai amalan harian, setiap hari. Sebaiknya, ikutilah sunnah-sunnah Nabi Muhammad S.A.W. 

Artikel berkaitan yang boleh di baca :

~ Bukalah Hati, Insafi Diri, Bersihkan Jiwa & Berakhlak Mulia ~
Quote by Weeda Airiza

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Bahagi Masa.

Topik : Cara untuk membahagikan masa. Wah! Serius betul tajuk aku kali ni, kan? Heee~~ Sesekali. :p Bukan apa, actually ramai yang tanya aku macam mana aku membahagikan masa dengan kerja-kerja yang berlambak tu. Kerja office, kerja novelis, kerja part-time, kerja sebagai anak dan macam-macam lagi. *ada 1 saja belum, kerja sebagai seorang isteri. Muahahaha~~~*


Kalau ikutkan, aku sendiri pun boleh dikategorikan sebagai pemalas bin double pemalas. Cuma, kadang-kadang terpaksa kuatkan semangat sendiri, bayangkan kalau tak buat kerja, tak dapat duit, tak dapat nak kutip pengalaman, betul? *angguk cepat!* Maka, aku kongsikan sikit rahsia-rahsia untuk membahagikan masa sebaik mungkin. Ini pendapat aku sahaja, kalau rasa nak follow, boleh try... :)

BELI BUKU PERSONAL
Tak kisah buku macam mana pun, buku latihan sekolah tu pun boleh, mana yang okeylah bagi korang. Macam aku, demand lebih sikit. Mesti nak buku hardcover dan comel kalernya. *feel lebih* Jadikan buku ni sebagai pakwe atau makwe korang. Semua benda yang patut diingat tapi dikhuatiri lupa, letak dalam tu. Jangan malas tulis. Kalau rasa tulisan teruk pun takpe, takde orang nak baca melainkan kita sendiri. ^____^

THINGS TO DO - EVERYDAY
Pagi-pagi lepas breakfast *jangan skip breakfast, tak bagus untuk tubuh & minda ye!* ambil masa sekejap saja, tulis apa yang patut korang buat hari tu. List satu persatu, jangan ada tinggal. Mana yang urgent, letak tanda ni ha ---> *. Kalau boleh, selesaikan mana yang perlu dahulu. Lebih advance, korang buat things-to-do tu setiap minggu, bermaksud, mula saja hari Isnin, senaraikan kerja-kerja sampai hari Ahad nanti.

CHECK!
Sebelum tidur, check list korang. Tengok mana yang belum siap, yang dah siap. Aku jamin selalunya hari pertama, kalau ada 10 benda nak buat, korang akan settle 1 saja. *akulah tu dulu. hahahah~~* Jangan risau, by the time, korang akan rasa lebih bertanggungjawab untuk siapkan kerja, especially bila tengok senarai tu makin sikit.

Simple, kan? Setiap minggu & hari-hari aku akan tulis apa yang perlu aku buat. Tujuan utama adalah supaya aku tak kelam kabut dan panik tak pasal-pasal. Lupa itu, lupa ini. Bila tengok check list dah bertanda right semuanya, gerenti korang rasa lebih bersemangat & tak sabar-sabar nak settle kerja hari esok. Truthfully, memang berkesan untuk aku yang selalunya ada lebih kurang 15 ke 20 things-to-do dalam masa sehari.

Just keep it simple, that's the secret~ Selamat mencuba! :)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Cuti!

Yeay! Yeay! Selamat Hari Wilayah Persekutuan! Bunyi macam gembira sajakan? Of course, sebab aku cuti! *gelaksukasuki* ^___^ Hari Wilayah ni kita sambut untuk meraikan Kuala Lumpur sebagai ibu negara Malaysia, aku sendiri pun baru sibuk google beberapa tahun yang lalu sebab macam terfikir pula kenapa KL ada cuti-cuti ni? Now, dah faham dah... :p

Hari ni takde apa nak buat. Rasa mahu tidur saja T.T Kepenatan yang teramat minggu lepas masih belum di'qada'kan. *ngehngehngeh~* Jadi, aku ambil keputusan sendiri untuk berehat sepanjang hari! Yes! *ketepikan kerja-kerja lain dan tersenyum lebar* Harapnya, korang semua pon ada agenda masing-masing dan semoga ianya berjalan lancar. :) Jom tido! *zzzzzz*

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS