photo allkarya_zpsxsfjfgmj.png

Bermula Daripada Pena Penghujung Mata, Dia Mula Mencetus Ilham Dan Menyusun Kata. Setiap Lorekan Mengandungi Bicara Yang Terkandung Seribu Satu Rahsia. Hanya Di Sini Dicurahkan Rasa Hati, Pendapat Peribadi Tentang Hakikat Duniawi Dan Di Sana, Alam Yang Kekal Hakiki.


- Weeda Airiza -



Karya

Penyesalan : Nazweena Nazree
Tahun : 2004
Halaman : 132
Harga : Tiada (Hanya untuk edaran ke perpustakaan)
Terbitan : Nikaz Publications
ISBN : 983 188 078 1
Novel ini hanya untuk edaran ke perpustakaan di sekolah-sekolah dan negeri seluruh Malaysia. Ianya bertemakan tentang remaja dan alam persekolahan.

Nadia merupakan seorang pelajar perempuan tingkatan tiga dan merupakan seorang pustakawan sekolah. Dia sangat aktif dalam pelbagai aktiviti yang diadakan di sekolah termasuk penulisan esei, aktiviti ko-kurikulum dan juga kelab IT.

Nadia juga adalah seorang pelajar yang bijak dan bakal menghadapi peperiksaan PMR tidak lama lagi. Namun, aktiviti-aktiviti yang disertainya menyebabkan dia hampir lalai dalam melunaskan tanggungjawabnya sebagai seorang pelajar. Kata-kata nasihat daripada teman-teman baiknya juga tidak dipedulikan sehinggalah suatu hari, Nadia menyesal akibat daripada perbuatannya sendiri.


Nyanyian Syahdu : Weeda Airiza
Tahun : 2011
Halaman : 512
Harga : RM 19.90
Terbitan : Alaf 21 Sdn Bhd
ISBN : 978 983 124 647 4

Masih sayangkah aku kepada dirinya? Patutkah aku berterus terang tentang perasaan ini atau aku lebih rela menyaksikan kebahagiaan yang dikecapinya dan membiarkan hatiku terus diseksa? - Khazrul


Engkaukah itu yang dahulunya saban waktu merinduiku dan berjanji tidak membiarkan aku kesepian menanti cinta yang tidak kutahu ke mana perginya? - Shazrin


Kasih yang bertaut di antara Khazrul dan Shazrin di zaman remaja terlerai begitu sahaja apabila Khazrul nekad mengejar cita-citanya dalam bidang hiburan penuh glamor. Perwatakan Khazrul yang seakan bermain tarik tali meresahkan jiwa Shazrin.

Sementara itu, perkenalan tanpa sengaja dengan seorang wartawan kacak, telah mula mengelirukan makna cinta dan kasih di hati Shazrin. Di saat mahu belajar menerima hakikat bahawa cintanya perlu diberikan kepada yang lebih berhak, Khazrul datang merayu cintanya. 

Mampukah Khazrul berjuang mendapatkan cintanya semula dan sanggupkah Shazrin menduakan cinta barunya untuk lelaki itu dalam percintaan penuh egoistik ini?


Sayang 3 Dalam 1 : Weeda Airiza
Tarikh Terbit : 15 Januari 2012
Halaman : 512
Harga : RM 21.00
Terbitan : Alaf 21 Sdn Bhd
ISBN : 978 983 124 750 1

Seronok kan bila jadi anak bongsu? Itu yang dirasai oleh Aryana. Macam Dania dalam drama bersiri Awan Dania! Disayangi, dilindungi dan dilayan bagi menatang minyak yang penuh oleh tiga orang abangnya.

Hmm… bila sebut tentang percintaan, Aryana menongkat dagu sambil bingung memikirkan pilihan hati. Pertemuannya dengan Arel sejak pertama kali bersua di dalam lif yang rosak, menyebabkan gadis itu menjadi tidak keruan. Hati jiwangnya mula terusik.

Saat Aryana mula mengenal cinta, muncul pula Zafran menagih kasih yang tidak kesampaian. Cinta monyet zaman sekolah sudah berlalu dan kini jejaka itu benar-benar menyayangi Aryana. Gadis itu bertambah bingung apabila Aizam cuba mengetuk pintu hatinya yang sudah sedia dipecah masuk oleh orang lain. Amboi, kasih sayang buat dirinya datang bertimpa-timpa, sekali harung!

Mahu atau tidak, kehidupan harus diteruskan. Sekarang, hanya ada satu cara yang harus dilakukan. Fikir dan bertindak! The best man wins!

Hati kata, pilihlah dia. Otak kata, jangan! Hei, kasih… yang mana satu pilihan hatiku?



Jiranku Mr Cendawan! : Weeda Airiza
Tarikh Terbit : Januari 2013
Halaman : 224
Harga : RM 15.00 (Semenanjung Malaysia)
Harga : RM 18.00 (Sabah & Sarawak)
Terbitan : Buku Prima Sdn Bhd
ISBN : 978 967 0342 50 4

Dhany dah pulang?

Yeay! Tak sabar rasanya Fazura menunggu kepulangan Jiran a.k.a teman baiknya yang berhijrah ke luar negara. Namun, persahabatan yang ingin dijalin kembali menjadi porak peranda kerana Fazura terkejut melihat perubahan Dhany. Betulkah itu dia? Tapi kenapa?

Fazura keliru. Puas Dhany berusaha mahu berkawan semula tetapi Fazura menolak! Adakah Dhany merasakan sejenis kulat bernama cendawan boleh membuatkan mereka berkawan semula? Dapatkah Fazura menerima kehadiran Dhany sebagai kawan baiknya kembali sama seperti dahulu?


Cinta 2U Dot My : Weeda Airiza
Tarikh Terbit : Januari 2013
Halaman : 600
Harga : RM 23.00 (Semenanjung Malaysia)
Terbitan : Alaf 21 Sdn Bhd 
ISBN : 978 983 124 831 7

Ditakdirkan Auni Hafya bertentang mata dengan Rayyan Ziqri. Ouch! Sekelip mata, rasa tenang mereka terus terbakar! Aura negatif kedua-duanya telah bertembung!

Oh tidak! Perang perasaan ini telah menyebabkan masing-masing tercampak ke Kutub Utara dan Kutub Selatan! Namun, tugasan akhir semester telah menarik mereka semula ke zon tengah.

Berbaldi air mata Auni bila profesor mengesahkan bahawa dia perlu menjadi pengganti heroin program realiti yang dibintangi oleh Rayyan! Paling tragis, dialah penulis skripnya.

Penulis skrip merangkap pelakon? Ah, terasa macam gila kuasa. Tiba masanya, mereka ibarat pasangan bahagia yang sedang diulit cinta, namun… itu semua hanya lakonan di hadapan kamera! Bila arahan ‘cut!’ kedengaran, masing-masing mula bercakaran.

Oh TUHAN! Kalau begini caranya, bila masa tugasan drama cinta mereka akan berakhir?!



Memang Dia Orangnya! : Weeda Airiza
Tarikh Terbit : 24 Mei 2014
Halaman : 592
Harga : RM23 (Semenanjung Malaysia)
Terbitan : Alaf21 Sdn Bhd
ISBN : 978 983 124 954 3

Ada orang kata, mana mungkin dinamakan cinta kalau hanya kenal dalam satu hari. Ya ke? Namun, Hani dan Azeem bukanlah orangnya. 

Pertemuan depan pondok pak guard sedekad yang lepas membuahkan rasa cinta pandang pertama mereka. Dalam satu hari, Hani dan Azeem mengikat janji setia. Tiba harinya, lelaki itu menghilangkan diri. Hani melopong sendirian.

Dia pasrah tetapi sisa rindu bercampur geram dan bengang itu terbawa-bawa sehingga sedekad lamanya! 

Kehadiran Nazmi pula tidak mampu menutup rasa ingin tahu Hani terhadap Azeem. Doanya dimakbulkan. Bulat mata gadis itu apabila Azeem muncul kembali sebagai pengurus pembinaan spa milik mamanya. Mereka kenal. Mereka tahu tetapi kenapa mereka berpura-pura?! False alarm! Azeem dan Hani terpaksa menjalankan misi mereka yang tersendiri!



Jual Beli Cinta : Weeda Airiza
Tarikh Terbit : Jun 2015
Halaman : 573
Harga : RM24 (Semenanjung Malaysia)
Harga : RM27 (Sabah & Sarawak)
Terbitan : Alaf21 Sdn Bhd
ISBN : 978 967 860 563 2
Kenangan silam yang pahit memang parah! Lagi-lagi kalau pernah putus cinta. Lebih sakit, kalau lelaki itu selamba pergi tanpa salam terakhirnya! Geram! Puas Airin Zulaikha Shane mencari di mana buah hati pengarang jantungnya.
Kepulangannya ke Malaysia hanya menambah rajuk di hati. Lelaki itu tetap tidak ditemui. Namun, dalam diam... Zulaikha mula mendambakan Razif, jejaka yang ditemui secara tidak sengaja saban tahun. Siapa sebenarnya dia? Sekejap ada, sekejap tak ada. Misteri betul!
Dalam masa yang sama, Aaron Faiq Lee pula dilanda rebut taufan dalam jiwa. Dipaksa kahwin dengan Shiela memang dia tidak gemar! Macam dalam drama katanya. Persahabatan akrab antara Faiq dan Zulaikha yang bermula akibat perlanggaran troli, mencetuskan idea yang tidak disangka. Daripada bestfriend yang berkongsi suka dan duka, Faiq menghulurkan lamaran yang tidak disangka.
Zulaikha sudah garu kepala. Siapa sebenar jodohnya? Ah, buang masa! Zulaikha memaksa dirinya menepis bayangan Razif dan beralih kepada idea gila Faiq.
“Faiq, jom kita kahwin!”

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS