2018_allkarya

Bermula Daripada Pena Penghujung Mata, Dia Mula Mencetus Ilham Dan Menyusun Kata. Setiap Lorekan Mengandungi Bicara Yang Terkandung Seribu Satu Rahsia. Hanya Di Sini Dicurahkan Rasa Hati, Pendapat Peribadi Tentang Hakikat Duniawi Dan Di Sana, Alam Yang Kekal Hakiki.


- Weeda Airiza -



Istiqamah

Assalamua'laikum dan Selawat kpd Baginda Rasulullah S.A.W.

Sejujurnya, bukan senang bagi kita untuk istiqamah dalam sesuatu perkara terutamanya bila berkaitan dengan ibadah diri. Perasan tak? Kalau bab baca novel, memang istiqamah setiap hari tapi kalau nak buat solat Dhuha atau bangun solat Tahajud tu, ALLAH saja yang tahu betapa beratnya perasaan yang dikacau itu. *syukur alhamdulillah jika kalian mampu istiqamah melakukannya :)*

Diri kata, kena disiplin! Istiqamah! Khusyuk! Tapi tak jadi juga. Hmm. Macam mana nak buat? Macam mana nak istiqamah supaya perkara yang kita lakukan itu menjadi amalan seharian sambil disertakan rasa keikhlasan dan meletakkan hal itu sebagai ibadah sehari-hari? Belajar atau bekerja itu juga suatu ibadah yang istiqamah jika hati itu bersih daripada rungutan jiwa.


Jangan paksa diri. Maksudnya, buat secara berperingkat jika diri itu senang give up. Contohnya nak belajar atau membaca. Mulakan dengan sejam sehari. Selepas dua atau tiga hari, naikkan masa itu menjadi sejam lima belas minit dan seterusnya tambah sedikit demi sedikit supaya tidak terasa berat masa yang diperuntukkan untuk belajar.

Sama juga seperti perkara lain. Undurkan diri sedikit demi sedikit daripada melakukan perkara yang ingin kita jauhkan. Teruskan berdoa agar ALLAH makbulkan hajat kita untuk tetapkan hati serta keimanan agar jiwa sentiasa dibersihkan. InsyaALLAH, doa itu adalah senjata. Walaupun tidak nampak, keyakinan itu harus ada agar hati akan terus kekal mengingati ALLAH Yang Maha Esa. :)

Wassalam...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Perlukah Penulis Dapat Anugerah?

Assalamua'laikum dan Selawat kpd Baginda Rasulullah S.A.W.

Mengancamkan tajuk entri? Hiks~ Perlukah penulis dapat anugerah? *perlu ke?*dengan gaya mata ke atas, tangan di dada* Siapa penulis untuk dapat anugerah? Penulis ni selebriti juga ke? Kenapa penulis pun nak glamour? Layak ke dia orang dapat? Hah~ Itu mungkin antara persoalan yang ada di dalam diri seseorang bila terpandangkan soalan ini.

Sejujurnya anugerah untuk bidang penulisan sudahpun diketengahkan melalui pelbagai bentuk sama ada pertandingan mahupun penghargaan. Pada saya sendiri, *anggap saya bukan penulis* penulis memainkan peranan yang penting dalam membentuk masyarakat dengan menyalurkan ilmu pengetahuan. Bukan hanya penulis novel, tetapi juga penulis pelbagai jenis genre.


Tahun ini, Grup Buku Karangkraf menganjurkan Anugerah Grup Buku Karangkraf 2013 (AGBK2013) dan borang-borang undian telahpun keluar di akhbar Sinar Harian mulai hari ini. *wow~ rasa macam kerat borang ABPH! Hiks~* Justeru, sesiapa yang mahu penulis kesayangan mereka memenangi anuugerah-anugerah yang dipertandingkan, bolehlah mula beli akhbar ya! *err... saya tak tercalon untuk tahun ni, harap maklum hihi*

Sebenarnya saya nak cerita panjang mengenai persoalan penulis dan anugerah ini tetapi adalah lebih baik saya repost saja kata-kata Wayang Minda yang saya setuju secara keseluruhannya :)


APAKAH PENULIS PERLUKAN ANUGERAH? 

Esok, Grupbuku Karangkraf memulakan pencarian untuk memberi anugerah kepada para penulis melalui Anugerah Grupbuku Karangkraf atau AGBK. Tujuan utama anugerah ini adalah untuk memberi pengiktirafan kepada para penulis. Siapa yang mengiktiraf mereka? Para pembaca. Anugerah Penulis Pilihan, Buku Pilihan dan Penulis Harapan dengan 16 kategori lain pasti meriah. 

Peminat bukulah yang akan memilih dan membuat keputusan siapakah yang selayaknya menerima anugerah-anugerah itu. Kerja penulis buku bukannya mudah. Ia kerja yang payah yang memerlukan disiplin kental. Perlu istiqamah kata orang, untuk menyiapkan sesebuah buku. Berminggu, berbulan malah bertahun mereka tunduk menghadap komputer. Mereka bukan manusia biasa. 

Jika setakat menulis tiga empat baris ayat seperti di dalam instagram atau facebook, itu semua orang boleh buat. Jika menulis 10 para menjadi sebuah artikel, itu ramai orang boleh lakukan. Tetapi menulis beratus-ratus para, 200 hingga 600 halaman bukan boleh dilakukan oleh semua orang. Hanya orang yang benar-benar berminat sahaja yang sanggup lakukan. Ia adalah marathon fikiran. 

Siapa sanggup menulis begitu terperinci, menceritakan sesuatu ataupun menghuraikan sesuatu dengan panjang lebar? Selagi penulis tidak mengakhiri tulisannya dengan perkataan ‘tamat,’ selagi itulah apa yang ditulisnya akan membayangi setiap langkahnya, mengintai di waktu senggangnya dan mengusik tidurnya. Dan, apabila seseorang penulis membuat noktah di hujung ayat akhirnya, ia umpama seorang ibu yang melahirkan seorang bayi. 

Seluruh tenaga mengandung idea dapat dilepaskan dengan kelahiran sebuah buku. Namun, apakah penulis perlukan anugerah? Penulis menulis kerana dia berminat. Bukan duit yang dikejar. Jika wang dimahunya, lebih baik buat kerja lain yang cepat mendatangkan wang ringgit. Kerana minatlah dia bersengkang mata mencurahkan apa yang bertakung di mindanya untuk khalayak. Itulah kepuasan baginya.

Kerana itu, penulis tidak perlukan anugerah. Tetapi sebaliknya, golongan pembaca yang menatap karya mereka, yang memperoleh ilmu, yang terinspirasi dan termotivasi, malah terhibur dengan sesebuah buku itulah yang seharusnya meraikan penulis dengan memberi mereka anugerah itu.

Anugerah itu sebagai tanda penghormatan kepada manusia unik yang telah menyuntik sesuatu yang hidup di fikiran, hati dan jiwa mereka. Justeru itu, apresiasi pembaca melalui pemilihan dalam Anugerah Grupbuku Karangkraf adalah salah satu caranya.

Wassalam...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS